Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP dan Cara-Caranya

Pengeluaran Akaun 2 KWSP

“Duit dalam KWSP tu boleh ke kita keluarkan masa masih muda ni?”

“Boleh bro….”

Bagi anda yang mempunyai simpanan di KWSP, jom kita tengok jenis-jenis pengeluaran KWSP dan cara-cara untuk membuat pengeluaran tersebut. Bukan masa nak pencen je boleh keluarkan.

#1. Pengeluaran Umur 50 Tahun

Ada 2 jenis pengeluaran:

  1. Pengeluaran Penuh Akaun 2
  2. Pengeluaran Sebahagian Akaun 2

Cara-caranya:

#2. Pengeluaran Umur 55 Tahun

Ada 4 jenis pengeluaran:

  1. Kesemua Simpanan
  2. Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
  3. Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
  4. Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan

Cara-caranya:

 

#3. Pengeluaran Umur 60 Tahun

Ada 4 jenis pengeluaran:

  1. Kesemua Simpanan
  2. Sebahagian Simpanan (Amaun minimum RM2,000.00 & Setiap 30 hari dari tarikh permohonan pengeluaran terdahulu)
  • Bayaran Bulanan (Pengeluaran minimum RM3,000.00 iaitu RM250.00 sebulan untuk sekurang-kurangnya 12 bulan)
  • Kombinasi Sebahagian Simpanan + Bayaran Bulanan

Cara-caranya:

#4. Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan

Mudah miliki hartanah

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia atau isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
  • Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAU Penyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
  • Surat Nikah ATAU Sijil Perkahwinan ATAU Sijil Kelahiran Anak untuk Permohonan Membantu Pasangan
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

#5. Pengeluaran Hilang Upaya

Pengeluaran KWSP untuk Hilang Keupayaan

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan semua simpanan kwsp sekiranya ahli tidak berupaya dari segi fizikal atau mental atau kehilangan keupayaan fungsional kekal untuk memperolehi pekerjaan (employability)

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi  Borang Permohonan KWSP 9L (AHL)
  • Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar / Bukan Pakar (Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital / Klinik Swasta)
  • Surat Berhenti Kerja Daripada Majikan (jika ada) bagi ahli yang berhenti kerja dalam tempoh setahun dari tarikh permohonan

 

#6. Pengeluaran Meninggalkan Negara

Pengeluaran ini boleh dipohon oleh :

  • Warganegara malaysia yang telah melepaskan atau melucutkan taraf kewarganegaraan untuk berhijrah ke negara lain atau
  • bukan warganegara malaysia yang telah berhenti kerja dan akan meninggalkan malaysia

Cara-caranya:

 

#7. Pengeluaran Pendidikan

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di institut pengajian tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9H (AHL)
  • Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan Pakar / Bukan Pakar (Hospital / Klinik Kerajaan atau Hospital / Klinik Swasta)
  • Bawa Surat Tawaran Belajar
  • Bawa Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar yang asal
  • Bawa Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian
  • Bawa Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini (pelajar IPTA dikecualikan)
  • Bawa Borang Temuduga
  • Bawa Bukti Kelayakan Mengikuti Pengajian
  • Bagi Pengeluaran Pendidikan Anak Ahli – Bawa Kad Pengenalan Anak Ahli & Dokumen Bukti Pertalian

#8. Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan

Cara-caranya:

#9. Skim Pelaburan Ahli

Skim ini membolehkan ahli memindahkan sebahagian simpanan Akaun 1 untuk membuat pelaburan bagi menambah dan meningkatkan simpanan persaraan untuk menyara kehidupan semasa persaraan. Ahli boleh melaburkan simpanan tidak melebihi 30% daripada jumlah yang melebihi Simpanan Asas dalam Akaun 1 melalui Institusi Pengurusan Dana (IPD) yang dilantik.

Senarai Dana-dana Amanah Institusi Pengurusan Dana (IPD) Skim Pelaburan Ahli KWSP

Cara-caranya:

 Baca juga : Cara Melabur Unit Trust Menggunakan Akaun 1 KWSP

#10. Pengeluaran Membina / Membeli Rumah

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah. Ini membolehkan ahli memiliki sekurang-kurangnya sebuah rumah sebagai tempat perlindungan apabila bersara.

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9C (AHL)
  • Bawa Surat Perjanjian Jual Beli (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
  • Bawa Surat Kelulusan Pinjaman Perumahan (sekiranya kelulusan pinjaman kurang daripada setahun)
  • Bawa Surat Perjanjian Bina Rumah (Tarikh perjanjian tidak melebihi 3 tahun dari tarikh permohonan)
  • Bawa Suratan Hakmilik Tanah atas nama penjual / pemilik tanah
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

Pengeluaran Membina Rumah

Syarat pengeluaran: Ahli membina sebuah rumah kediaman / rumah kampung di atas tanah milik sendiri atau milik suami / isteri; ATAU Suami / isteri ahli membina sebuah rumah / rumah kampung di atas tanah milik ahli; ATAU Ahli membina rumah panjang (bagi Sabah & Sarawak); ATAU Ahli membina sebuah rumah di atas tanah FELDA atau tanah milik agensi kerajaan lain yang diiktiraf, dengan syarat mendapat pengesahan daripada agensi tersebut untuk menentukan status pemilikan tanah.

#11. Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta

Pilihan kepada ahli yang mempunyai simpanan melebihi RM1.05 juta mengeluarkan lebihan simpanan berkenaan untuk diuruskan sendiri oleh ahli.

Cara-caranya:

#12. Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan

Pengeluaran simpanan Akaun 2 untuk membiayai ansuran bulanan pinjaman perumahan bagi tujuan pembelian atau pembinaan rumah.

Cara-caranya:

  • Bawa Penyata Baki Pinjaman Perumahan mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP ATAU Penyata Baki Pinjaman Perumahan Dari Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) (Tarikh penyata baki tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima)
  • Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli (Senarai Nama Bank Panel KWSP Bagi Bayaran Pengkreditan Terus Ke Akaun Ahli)

Boleh juga baca perkongsian cara pengeluaran berdasarkan pengalaman blogger Hafiz Rahim di sini.

Maaf. Buat masa ini tiada pilihan untuk keluarkan duit KWSP jika nak ubahsuai rumah. Tapi kalau nak buat juga perlu kreatif sikit. Pilih pengeluaran ansuran bulanan pinjaman perumahan tapi duit yang dapat tu buat saving untuk tujuan ini.

#13. Pengeluaran Kematian

Pengeluaran penuh akaun ahli oleh penama / wasi / pentadbir pusaka / waris terdekat ahli apabila berlaku kematian ke atas ahli KWSP.

Cara-caranya:

 

#14. Pengeluaran Perumahan Fleksibel

Pengeluaran Perumahan Fleksibel adalah proses menghadang atau mengenepikan sebahagian simpanan dalam Akaun 2 ahli ke Akaun Pengeluaran Perumahan Fleksibel bagi membolehkan ahli mendapatkan pinjaman perumahan yang lebih tinggi untuk membeli / membina rumah.

Berdasarkan konsep ini, caruman bulanan kepada KWSP dianggap sebagai pendapatan. Dengan ini, ahli boleh mendapat    jumlah pinjaman yang lebih tinggi kerana penilaian kredit (credit assessment) ke atas pendapatan bersih turut mengambilkira caruman KWSP (bahagian pekerja dan majikan).

  • Maklumat lanjut mengenai jenis pengeluaran ini di sini

 

#15. Pengeluaran Kesihatan

KWSP pengerluaran kesihatan

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal dan / atau pembelian peralatan bantuan kesihatan yang diluluskan oleh lembaga kwsp yang dihidapi oleh ahli atau ahli keluarga yang dibenarkan.

Cara-caranya:

  • Bawa MyKad bagi Warganegara Malaysia dan isi Borang Permohonan KWSP 9D (AHL)
  • Bawa Laporan Perubatan Asal Dari Institusi Perubatan
  • Bawa Surat Pengesahan Majikan Mengenai Tanggungan Kos Rawatan
  • Bawa Kad Pengenalan Diri pesakit
  • Bawa Bukti Pertalian di antara pemohon dan pesakit (sekiranya pemohon bukan pesakit)
  • Bawa Bil Rawatan Pesakit Luar / Discaj Wad (Final Bill’) DAN Resit Bayaran Asal dari Pusat Perubatan (sekiranya bayaran telah dibuat)

#16. Pengeluaran Haji

KWSP Pengeluaran Haji

Kerajaan melalui pembentangan Bajet 2013 pada 28 September 2012 telah memperkenalkan inisiatif Pengeluaran Haji kepada ahli KWSP untuk membuat pengeluaran simpanan dari Akaun 2 untuk menunaikan ibadah Haji.

  • Maklumat lanjut mengenai jenis pengeluaran ini di sini

 

Sumber daripada: Jenis-Jenis Pengeluaran KWSP

*Nota: Mulai 1 April 2016, peminjam boleh membuat permohonan pengeluaran untuk bayaran balik pinjaman PTPTN secara atas talian (online) dengan menggunakan e-Pengeluaran.

Previous ArticleNext Article

8 Comments

    1. Buat masa ini masih idak boleh keluar duit simpanan KWSP untuk bayar hutang kad kredit.

      Namun kerajaan telah wujudkan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) untuk bantu individu yang menghadapi masalah pengurusan kewangan dengan menawarkan khidmat nasihat dan kaedah pembayaran balik yang bersesuaian.

      1. Adakah kwsp akan di sekat sekiranya seseorang itu ada hutang kad credit sedangkan kad credit tersebut bukan pinjaman keraajaan ia syarikat sdn bhd macan hong leong sdn bhd

  1. selamat pagi. saya nak tanya kalau kita nak keluarkan duit kwsp pakai ambil lesen kereta dapat ke tak?

LKAN: 24 Syarikat Subsidiari Lima Agensi Persekutuan Rugi Tiga Tahun Berturut-turut

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Sebanyak 24 daripada 42 syarikat subsidiari bagi lima Agensi Persekutuan telah merekodkan kerugian tiga tahun berturut-turut dari 2022 hingga 2024, menurut Laporan Ketua Audit Negara 1/2026 yang dikeluarkan hari ini.

“Pada 2024, sebanyak 24 syarikat subsidiari merekodkan kerugian berjumlah RM466.57 juta yang terdiri daripada 10 syarikat subsidiari yang beroperasi dalam negara manakala 14 syarikat subsidiari beroperasi luar negara,” kata laporan itu.

Berdasarkan penyata kewangan beraudit syarikat subsidiari bagi tahun kewangan 2024, kerugian yang dilaporkan mengambil kira penjejasan nilai atau rosot nilai dan bayaran faedah kepada agensi induk selaras dengan piawaian perakaunan yang diterima pakai.

Antara syarikat subsidiari Agensi Persekutuan yang melaporkan kerugian termasuklah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA), Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP), Lembaga Tabung Haji (LTH) dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Laporan berkenaan turut memaklumkan sebanyak 80 (37.9 peratus) daripada 211 syarikat subsidiari pada 2024 membayar dividen berjumlah RM2.634 bilion kepada 30 Agensi Persekutuan.

Dalam pada itu sebanyak sembilan (11.3 peratus) daripada 80 syarikat subsidiari membayar dividen berjumlah RM0.936 bilion kepada empat Agensi Persekutuan walaupun merekodkan kerugian.

“Analisis Audit mendapati 45 syarikat subsidiari telah membayar dividen tertinggi kepada lima Agensi Persekutuan berjumlah RM2.539 bilion,” kata laporan itu lagi.

Menurut laporan berkenaan, setakat 31 Dis, 2024, pinjaman dan amaun terhutang diberikan oleh 46 Agensi Persekutuan kepada 118 syarikat subsidiari adalah berjumlah RM15.322 bilion.

Jumlah tersebut terdiri daripada pinjaman kepada 15 syarikat subsidiari berjumlah RM2.841 bilion dan amaun terhutang daripada 103 syarikat subsidiari berjumlah RM12.481 bilion.

Sementara itu, sebanyak 105 Agensi Persekutuan pada 2024 mencatatkan lebihan semasa selepas cukai dan zakat berjumlah RM87.213 bilion manakala sebanyak 38 Agensi Persekutuan merekodkan kurangan semasa selepas cukai dan zakat berjumlah RM1.248 bilion.

“Secara keseluruhannya, lebihan semasa Agensi Persekutuan disumbangkan daripada janaan pendapatan aktiviti utama dan penambahan atau pelunasan geran Kerajaan Persekutuan serta hasil daripada faedah pelaburan.

“Manakala kurangan semasa disebabkan oleh penurunan hasil, peningkatan perbelanjaan operasi dan penjejasan nilai pelaburan,” kata laporan itu.

Laporan berkenaan mengesyorkan agar mempergiat usaha dalam meningkatkan penjanaan hasil secara berkesan bagi memastikan Agensi Persekutuan dapat meneruskan operasi berdasarkan usaha berterusan dan berupaya menjelaskan komitmen bayaran balik pinjaman tanpa sokongan kewangan berterusan daripada Kerajaan Persekutuan.

Selain itu, kementerian juga perlu mengkaji semula hala tuju dan pelan perniagaan syarikat subsidiari yang mengalami kerugian selama tiga tahun berturut-turut dan tidak memberikan pulangan yang sewajarnya serta menilai dan mempertimbangkan penutupan syarikat subsidiari yang berstatus dorman atau tidak aktif melebihi lima tahun.
— BERNAMA