6 Tanggapan Yang Salah Tentang Pelaburan Hartanah

Dalam apa jua jenis pelaburan, wujud tanggapan yang salah akan pelaburan tersebut. Industri hartanah juga tidak terkecuali daripada menerima tanggapan yang salah dan negatif menyebabkan masyarakat semacam skeptikal apabila kita berbicara soal pelaburan hartanah.

Memang wujud individu yang gagal dalam pelaburan hartanah, akan tetapi wujud juga individu yang untung hampir ratusan ribu bahkan jutaan ringgit hasil daripada pelaburan hartanah.

“Pelaburan hartanah hanya untuk orang yang banyak duit sahaja. Aku mana boleh, aku tak ada duit.”

Dan mereka itu bukanlah berbangsa asing apalagi beragama lain dari kita.

Asas dalam pelaburan hartanah adalah, kita sebagai pelabur hartanah wajib merancang strategi pelaburan hartanah tersebut samada anda inginkan aliran tunai positif atau lumpsum.

Sekiranya kita mempunyai tanggapan yang negatif mengenai pelaburan hartanah, artikel ini akan membantu kita dalam menerangkan perbezaan di antara tanggapan dan realiti dalam pelaburan hartanah.

Jom kita tengok 6 tanggapan yang salah tentang pelaburan hartanah.

1. Modal Yang Tinggi

Ini adalah tanggapan yang paling popular di kalangan rakyat Malaysia di mana mereka merasakan pelaburan hartanah memerlukan modal puluhan ribu atau ratusan ribu.

Sebenarnya tanggapan ini ada betul dan tidak.

Sekiranya anda cenderung untuk memulakan pelaburan hartanah anda dari pasaran undercon, anda hanya memerlukan modal yang rendah sahaja.

“Ada projek undercon yang kita hanya bayar booking fee RM1,000 sahaja untuk memiliki rumah!”

Baca : 6 Tips Usahawan Muda Perlu Tahu Sebelum Melabur Dalam Hartanah

Kita hanya perlu membayar booking fee kepada pemaju hartanah dan pastikan rekod CCRIS dan CTOS anda dalam keadaan cemerlang untuk anda layak mendapat 100% pembiayaan pinjaman dari bank.

Baca : Rumah Mahal? 5 Teknik Ini Boleh Bantu Kita Beli Rumah Dengan Kos Minima

Manakala pasaran subsale dan lelong memerlukan kita mengeluarkan modal entry cost yang tinggi.

2. Ramai Kawan Rugi Dalam Pelaburan Hartanah

Dalam pelaburan hartanah, kita memerlukan tempoh masa yang lama untuk benar-benar buat duit daripada pelaburan hartanah.

Tidak sedikit pemilik hartanah yang berhadapan dengan aliran tunai negatif / rugi untuk beberapa tahun sebelum berjaya mendapat untung hasil daripada pelaburan hartanah.

Baca : Bukan Semuanya Indah Dalam Pelaburan Hartanah

Apa yang menjadikan pelaburan hartanah kita gagal atau berjaya adalah ilmu hartanah, pengurusan kewangan dan strategi.

Kita tidak boleh melaburkan satu jumlah wang yang besar sebelum mengetahui pasaran semasa hartanah, risiko dan strategi hartanah.

3. Saya Masih Bekerja Dengan Majikan

Pelabuan hartanah dalam keadaan kita masih mempunyai pekerjaan hakiki 9 pagi – 5 petang adalah lebih baik daripada kita tidak mempunyai pekerjaan langsung.

Baca : Walaupun Bergaji RM2000 Tapi Masih Mampu Beli Rumah Pertama

Dalam proses masih bekerja ini, kita hanya perlu memastikan rekod CCRIS dan CTOS adalah cantik; supaya pihak bank mampu meluluskan pembiayaan pinjaman hartanah kita.

Baca : 4 Langkah Mulakan Pelaburan Hartanah

Jangan risau, untuk urusan jual beli dan dokumentasi kita boleh melantik ejen hartanah berdaftar yang sah untuk urusan jual beli hartanah.

4. Bank Susah Lulus Permohonan Pinjaman Saya

Sebagai bakal peminjam dari bank, kita perlu fahami dengan teliti bagaimana bank meluluskan permohonan pembiayaan pinjaman hartanah.

Kita juga perlu mengetahui jenis hartanah yang bersesuaian dengan gaji. Sekiranya gaji tahunan kita adalah RM40,000 setahun, jangan pula memohon pinjaman untuk hartanah berharga RM500,000!

Baca : 5 Sebab Permohonan Pinjaman Ditolak Oleh Bank

Ambil tahu inisiatif dan polisi terbaru kerajaan yang kadangkala membantu permohonan pinjaman hartanah, terutamanya untuk pembeli rumah pertama.

5. Saya Tidak Tahu Lokasi Sesuai Untuk Beli Rumah

Hari ini, lokasi bukan lagi indikator dalam menentukan kejayaan pelaburan hartanah.

Pelaburan hartanah adalah satu pasaran yang kompleks dan merangkumi pelbagai indikator lain seperti polisi kerajaan, jenis hartanah, peluang pekerjaan, pengangkutan awam dan sebagainya.

Sebagai permulaan, kita perlu melakukan kaji selidik mengenai lokasi yang sesuai untuk pelaburan hartanah.

Baca : Booster Yang Meningkatkan Nilai Hartanah

Sekiranya kita merancang untuk menyewakan hartanah itu, beli rumah di kawasan tumpuan pelajar dan keluarga seperti Cheras dan Shah Alam.

Dan jika kita ingin peram dan jual selepas satu tempoh masa, kita boleh beli di lokasi pinggir bandar yang mempunyai potensi seperti Seri Kembangan dan Sungai Buloh.

6. Saya Perlu Beli Kereta Dulu Sebelum Rumah

Tahukah anda, susut nilai kereta selepas 5 tahun adalah pada kadar 20%-55% mengikut jenama kereta tersebut.

Sedangkan trend kenaikan normal harga rumah di Malaysia adalah pada kadar 3%-5% setahun.

Baca : 5 Jenis Rumah Yang Rugi Jika Dibeli Tahun 2019

Logiknya, sekiranya kita layak untuk membeli rumah, kita terlebih layak untuk membeli kereta.

Dan sekiranya kita menangguhkan rumah untuk kereta, bersedialah untuk membayar lebih untuk rumah yang sama di kemudian hari.

Hendak Seribu Daya

Segala tanggapan negatif tersebut hanyalah alasan untuk anda berjaya.

Tiada orang di dunia ini yang terus mengalami untung berpanjangan selepas pertama kali melabur, baik di dalam pelaburan saham mahu pun hartanah.

Akhir kata, jangan jadikan segala tanggapan negatif yang dimomokkan orang sekeliling kita dan juga yang bermain dalam fikiran menjadi halangan untuk kita berjaya dalam pelaburan hartanah.

Pelajarilah ilmu pengurusan kewangan, ilmu hartanah dan strategi hartanah yang betul untuk memastikan kejayaan kita dalam pelaburan hartanah.

Anda Nak Beli Rumah, Tapi Adakah Anda Tahu Tahap Kewangan Anda?

Takut-takut ianya kurang memuaskan, nanti nak apply pinjaman tak lepas pula.

  • Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
  • Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
  • Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?

Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.

Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.

Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:

✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis

Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Belanjawan 2026: Membina Pasaran Perumahan Masa Depan untuk Malaysia

Ketika rakyat menantikan Belanjawan 2026, pasaran hartanah berada di persimpangan yang penting. Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) menetapkan sasaran reformasi perumahan bercita-cita tinggi, termasuk penyediaan sejuta rumah mampu milik menjelang 2035. Namun, ujian sebenar adalah memastikan aspirasi ini diterjemahkan kepada langkah-langkah yang menangani keadaan pasaran semasa. Data pasaran terkini menunjukkan wujud cabaran dan juga peluang. Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), jumlah transaksi hartanah Malaysia menurun 1.3% pada separuh pertama 2025 kepada 196,232 transaksi, manakala nilai transaksi meningkat 1.9% kepada RM107.68 bilion. Angka ini menunjukkan sebuah pasaran bercampur, dengan jumlah transaksi lebih rendah tetapi nilai keseluruhan lebih tinggi, mencerminkan sentimen pembeli yang berhati-hati tetapi harga kekal berdaya tahan. Ini menandakan pasaran menunggu kejelasan dan sokongan yang lebih kukuh.

Kami mendapati permintaan terhadap rumah mampu milik kekal kukuh, khususnya untuk kediaman berharga bawah RM300,000. Sehingga September 2025, lebih 20,500 hartanah di seluruh negara disenaraikan di PropertyGuru di bawah paras harga ini, dengan kira-kira 2,500 di Kuala Lumpur sahaja. Namun, kebanyakan rumah ini adalah stok sedia ada, terletak jauh daripada kemudahan pengangkutan awam, atau memerlukan renovasi besar — menekankan bahawa kemampuan bukan sekadar tentang harga.

Kemampuan Perumahan

Perumahan mampu milik bukan sekadar mencapai sasaran angka, tetapi memastikan rumah benar-benar berada dalam jangkauan isi rumah. NAPIC melaporkan harga rumah purata di Malaysia pada separuh pertama 2025 adalah RM486,070, jauh melebihi tahap mampu milik untuk ramai keluarga B40 dan M40 bawahan. Berdasarkan paras pendapatan, rumah di bawah RM300,000 dianggap mampu milik, namun penawarannya di lokasi strategik masih terhad.

Data platform kami menunjukkan ketahanan positif dalam tingkah laku pembeli. Carian untuk rumah bawah RM300,000 melonjak 27.3% dari April hingga Jun 2025 dan kekal stabil sepanjang Julai, mencerminkan kesan positif sokongan dasar dan kestabilan sentimen. Walaupun terdapat penurunan antara Disember 2024 hingga September 2025, di mana carian untuk rumah bawah RM300,000 susut 8.7% akibat ketidaktentuan ekonomi, lonjakan semula ini membuktikan rakyat Malaysia cepat kembali apabila mereka melihat peluang dan kestabilan di pasaran.

Lokasi tetap menjadi faktor kritikal. Permintaan tertinggi bagi rumah mampu milik adalah di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang — negeri-negeri dengan tumpuan pekerjaan, infrastruktur dan kemudahan. Belanjawan 2026 boleh memberi impak besar dengan menggalakkan pembangunan rumah berharga sederhana yang berhubung dengan pengangkutan awam di koridor berpermintaan tinggi. Sementara itu, skim Sewa-untuk-Milik (RTO) boleh menjadi jambatan praktikal untuk banyak keluarga. Bagi isi rumah B40, di mana tahap mampu sewa sekitar RM1,500, skim RTO yang berstruktur baik boleh membuka laluan ke arah pemilikan rumah sambil menangani keperluan perumahan mendesak.

Menyelaraskan Penawaran Dengan Permintaan Sebenar

Cabaran perumahan di Malaysia adalah memastikan penawaran mencukupi dan seiring dengan keperluan pembeli rumah. Sebahagian projek masih menyasarkan harga lebih tinggi, menyebabkan jurang dalam segmen pertengahan di mana majoriti pembeli berpotensi sedang mencari. Menurut NAPIC, pelancaran perumahan baharu menurun sebanyak 46% pada separuh pertama 2025 kepada 23,380 unit, berbanding 43,167 unit pada separuh pertama 2024. Pada masa yang sama, jumlah rumah siap yang tidak terjual meningkat 16.3% kepada 26,911 unit bernilai RM18.6 bilion.

Belanjawan 2026 berpeluang merapatkan jurang ini. Menyokong projek berharga sederhana di koridor bandar berpermintaan tinggi, menggalakkan pembangunan semula kawasan terbiar, serta mempercepatkan kelulusan melalui digitalisasi dan garis masa yang lebih jelas akan memastikan penawaran baharu lebih mencerminkan realiti isi rumah Malaysia.

Perumahan Mampan dan ESG

Kemampuan sahaja tidak akan menjamin masa depan sektor perumahan Malaysia. Semakin ramai rakyat Malaysia mahukan rumah yang bukan sahaja mampu milik, tetapi juga lestari, cekap tenaga dan bertanggungjawab secara sosial. Projek di pasaran kebelakangan ini menunjukkan pemaju mula mengintegrasikan prinsip tersebut ke dalam projek mereka, daripada mengekalkan kawasan hijau yang luas dalam pelan induk perbandaran kepada menggabungkan ciri bandar rendah karbon dan pintar yang meningkatkan kebolehdiaman sambil mengurangkan impak alam sekitar.

Pada masa yang sama, bangunan baharu mencapai pensijilan hijau tertinggi, menampilkan kemajuan dalam reka bentuk yang memberikan manfaat nyata dari segi kecekapan tenaga, air dan sumber. Perkembangan ini membuktikan bahawa kelestarian bukan sekadar ideal, tetapi piawaian yang boleh dicapai dan ditingkatkan dalam sektor ini. Ini sejajar dengan keutamaan ESG global serta boleh mengurangkan kos jangka panjang isi rumah sambil melindungi nilai aset.

Belanjawan 2026 boleh mempercepatkan peralihan ini dengan memberi insentif terhadap penggunaan teknologi binaan hijau, daripada panel solar di bumbung dan sistem penjimatan air kepada Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang mengurangkan pembaziran dan mempercepatkan pembinaan. Pada masa yang sama, dasar yang menggalakkan pengubahsuaian stok rumah sedia ada dengan penambahbaikan penjimatan tenaga dapat mengurangkan kos utiliti bulanan untuk keluarga dan memanjangkan jangka hayat hartanah lama.

Aspek sosial ESG juga penting. Membentuk kerangka komuniti campuran yang layak didiami dengan sokongan pengangkutan, pendidikan, dan penjagaan kesihatan akan memastikan dasar perumahan menyumbang kepada matlamat nasional yang lebih inklusif dan mobiliti sosial. Pendedahan lebih telus tentang piawaian prestasi bangunan, termasuk penarafan tenaga dan kesihatan dana penyelenggaraan, juga akan meningkatkan keyakinan pembeli serta menggalakkan pengurusan aset yang lebih baik.

Dengan mengintegrasikan pertimbangan ESG dalam dasar perumahan, Malaysia boleh membina bukan sahaja lebih banyak rumah, tetapi rumah yang lebih baik — cekap, berdaya tahan dan seiring dengan trajektori pembangunan jangka panjang negara di bawah RMK13.

Memperkasakan Ekosistem Perumahan

Belanjawan 2026 bukan sekadar dokumen fiskal. Ia adalah peluang untuk mencerminkan realiti pasaran dan aspirasi rakyat Malaysia. Dengan memberi tumpuan kepada kemampuan, menyelaraskan penawaran dengan permintaan sebenar, dan menempatkan kelestarian dalam perumahan, kerajaan dapat memastikan visi RMK13 diterjemahkan kepada hasil yang nyata.

Di PropertyGuru dan iProperty, kami kekal komited untuk bekerjasama dengan pembuat dasar, pemaju, dan institusi kewangan bagi menyediakan pandangan serta alatan digital yang membantu rakyat Malaysia membuat keputusan pemilikan rumah dengan yakin. Belanjawan 2026 boleh menjadi asas kepada ekosistem perumahan yang telus, inklusif, dan berdaya tahan — di mana setiap rakyat Malaysia mempunyai pilihan sebenar, dan peluang yang adil, untuk memiliki rumah.