6 Tips Beli Rumah Pada Umur 30 Tahun

Adakah anda sering menangguh keinginan untuk membeli rumah sehingga usia sudah pun menjangkau 30 tahun?

Sikap sering menangguhkan pembelian rumah pada usia muda akan merugikan diri sendiri dan merupakan keputusan yang kurang bijak.

Ramai anak muda yang suka menangguhkan pembelian rumah pertama mereka di usia muda ekoran mahu enjoy dan juga memenuhi kehendak mereka yang sedikit sebanyak memberikan kesan yang buruk terhadap kehidupan mereka. 

Selain itu, sikap boros dan suka berbelanja juga merupakan antara faktor mereka menangguhkan pembelian rumah di usia muda. Mari kami kongsikan antara tips beli rumah pada umur 30 tahun.

1.Ketahui Jumlah Deposit Yang Perlu Disediakan

Dengan berbekalkan hasrat untuk membeli rumah pada umur 30 tahun, anda perlu menyemak terlebih dahulu kelayakan harga rumah yang ingin dibeli. Pastikan rumah yang ingin dibeli itu sepadan dengan kemampuan pendapatan gaji semasa anda. 

Andai kata pendapatan semasa anda hanya mampu membeli rumah berharga RM 300,000, maka jangan sesekali menanggung risiko untuk membeli rumah diluar kemampuan anda.

Anda perlu tahu bahawa deposit yang perlu disediakan adalah 15% daripada jumlah harga rumah tersebut. Biasanya, deposit tersebut digunakan untuk menampung kos bayaran muka rumah, kos guaman dan pelbagai jenis kos yang berkaitan dengan urusan pembelian rumah tersebut.

Jika pendapatan semasa anda melayakkan anda membeli rumah berharga RM150,000, anda perlu menyediakan deposit rumah sebanyak 15% daripada harga rumah tersebut.

2. Buat Tabung Simpanan

Menyimpan adalah sangat mudah, tetapi amat sukar untuk dilakukan secara konsisten oleh kita. Untuk merealisasikan impian membeli rumah pada usia 30 tahun, anda harus membuat tabung simpanan khas untuk pembelian rumah. 

Tips beli rumah pada umur 30 tahun adalah anda perlu buat simpanan secara konsisten dan jika tidak, ia akan menjadi angan-angan sahaja.

3. Buat Bajet Perbelanjaan Bulanan

Selain itu, tips untuk beli rumah pada usia 30 tahun adalah anda perlu sediakan bajet perbelanjaan bulanan. Bajet perbelanjaan bulanan perlu disediakan agar perbelanjaan yang dibuat oleh anda tidak habis kepada perkara yang tidak sepatutnya. 

Sekiranya anda gagal melaksanakan bajet perbelanjaan bulanan tersebut, maka anda perlu meningkatkan lagi disiplin diri anda. Tanpa kemahuan dan pengorbanan, sukar untuk kita kecapi kejayaan.

4. Paksa Diri Untuk Menyimpan

Jika anda tidak mampu menyimpan secara konsisten, maka anda harus memaksa untuk menyimpan wang secara paksa untuk membeli rumah. Cara yang paling senang adalah dengan menolak sebahagian daripada gaji bulanan anda daripada akaun simpanan anda ke dalam simpanan akaun simpanan 2, Tabung Haji dan sebagainya. Pastikan simpanan yang dilakukan itu tidak terlampau membebankan kewangan seharian anda.

5. Buat Kerja Sampingan

Untuk membeli rumah pada umur 30 tahun, bagi yang mempunyai masa terluang, anda mungkin boleh membuat kerja sampingan. Terdapat pelbagai cara untuk membuat kerja sampingan, antaranya menjual online, menjadi dropship, ejen jualan dan sebagainya. Apa yang paling penting bagi kita yang beragama Islam adalah sumber pendapatan kerja tersebut adalah halal.

6. Langsaikan Hutang Piutang

Tips yang ramai orang terlepas pandang dalam membeli rumah pada umur 30 tahun adalah mereka perlu menyelesaikan hutang piutang yang ada. Bagi anda yang mempunyai hutang kad kredit dan hutang PTPTN, pastikan membayar hutang tersebut agar rekod CCRIS anda bersih. Tahukah anda, dengan rekod CCRIS buruk, harapan untuk membeli rumah pertama anda akan musnah.

Kesimpulannya, tips di atas sememangnya perlu dicuba oleh anda yang ingin membeli rumah pada umur 30 tahun.  Sentiasa kekalkan disiplin ikuti tips di atas dan berbelanja dengan tidak boros.

Semoga dengan tips beli rumah pada umur 30 tahun ini dapat membantu anda sedikit sebanyak untuk mendapatkan rumah idaman anda secepatnya!

Baca juga:

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami akan kongsikan step by step cara guna strategi Swing dalam saham.

Webinar Swing Trading Intensif

• 9 – 10 Sept 2023, Sabtu – Ahad
• 9.00 pagi – 5.00 petang
• Melalui ZOOM

Daftar di sini: https://thekapital.my/swing

Previous ArticleNext Article

Sektor Pembinaan Malaysia Tidak Terjejas Impak Langsung “Hari Pembebasan”

KUALA LUMPUR, 22 April (Bernama) — Sektor pembinaan Malaysia secara umumnya tidak terjejas dengan impak langsung “Hari Pembebasan,” yang mengenakan tarif kepada lebih 180 rakan dagang melalui kadar timbal balas antara 10 dan 49 peratus di seluruh ASEAN.

Bagaimanapun Hong Leong Investment Bank Bhd (HLIB) berkata sekiranya impak meluas daripada langkah ini berlarutan, ia boleh meningkatkan potensi risiko gelombang kedua termasuk pekerjaan berkaitan perdagangan menjadi perlahan dan kemungkinan kepada pengurangan atau penangguhan sementara kontrak pusat data.

“Indeks Pembinaan KL menyusut 4.3 peratus sejak Hari Pembebasan, menjejaskan lagi prestasi setakat ini pada tahun ini. Pada keseluruhannya, kami berpendapat peningkatan premium risiko dan kesan kekayaan negatif memerlukan penyesuaian kepada penilaian kami.

“Pada pandangan kami, ciri tarif yang boleh berubah-ubah boleh menyebabkan penangguhan dalam keputusan pelaburan sekali gus menjejaskan aliran kerja industri,” kata HLIB menerusi nota hari ini.

HLIB berkata peluang tender semakin banyak dan pesat tahun ini, tanpa gangguan daripada kecerdasan buatan (AI), kebimbangan mengenai Deep Seek dan ketidaktentuan perdagangan global.

“Kami menjangkakan kontrak pusat data akan mula masuk secara perlahan-lahan bermula suku kedua 2025 dan seterusnya, dengan pemberian kontrak yang lebih besar kira-kira RM2 bilion bagi setiap pusat data berkemungkinan menjelang separuh kedua tahun ini, mengambil kira tempoh penilaian.

“Lebih menggembirakan, beberapa kontrak infrastruktur tenaga telah direalisasikan tahun ini. Bekalan elektrik oleh Tenaga Nasional Bhd terus berkembang dengan jumlah perjanjian yang dimeterai mencecah 5.9 gigawatt (GW) atau peningkatan 26 peratus berbanding 4.7GW pada suku sebelumnya.

Situasi keseluruhan dilihat positif buat masa ini.

Bagaimanapun HLIB berkata terdapat kemungkinan perbelanjaan modal pusat data akan menyusut.

“Berdasarkan analisis yang kami kumpulkan, dalam dua daripada tiga kemelesetan yang berlaku sebelum ini, terdapat penyusutan 27 peratus tahun ke tahun dalam perbelanjaan modal agregat oleh syarikat teknologi besar, diikuti dengan peningkatan mendadak.

Satu lagi risiko yang dilihat HLIB adalah kemungkinan berlakunya turun naik yang lebih ketara susulan perubahan kepada peraturan penyebaran AI oleh Amerika Syarikat (AS) yang akan berkuat kuasa pada 15 Mei.

Walaupun peraturan ini tertumpu kepada AS dan China, ia tetap mewujudkan cabaran kepada negara  yang berusaha untuk kekal berdaya saing dalam ekonomi digital.

Peraturan penyebaran AI AS adalah berkaitan pembangunan, penerimagunaan dan eksport teknologi AI.

— BERNAMA