Asas Dalam Geran Tanah Di Malaysia

Isu geran tanah di kalangan masyarakat kita semakin hari semakin kritikal. Hal ini berpunca kerana kurangnya ilmu dalam pengurusan harta benda dan pengurusan faraid di kalangan masyarakat.

Kesannya?

Harta yang tidak dituntut sejak Malaysia mencapai kemerdekaan adalah melebihi RM70 bilion. Satu amaun yang amat besar dan sepatutnya diagihkan secara adil dan saksama untuk mengurangkan kadar kemiskinan dan menggalakkan aktiviti ekonomi berlaku.

Antara masalah yang paling lazim berlaku dalam isu geran tanah adalah sebidang tanah mempunyai banyak nama dan adakalanya sehingga 10 penama.

Baca : Gagal Urus Hartanah Sewaktu Hidup, Merana 7 Generasi

Kedua, ada waris yang tidak bersetuju untuk menjual atau memajak tanah tersebut untuk pembangunan.

Dan ini menjadi sebab banyaknya tanah – tanah pusaka dan warisan yang terbengkalai yang mencacatkan pemandangan.

Masalah menjadi lebih rumit apabila pemilik geran menyerahkan urusan jual beli tanah pada broker kampung yang secara jelas tidak mempunyai sebarang kelayakan untuk menguruskan hartanah mereka.

Saban tahun, ada sahaja kes di mahkamah yang melibatkan penipuan dan pemalsuan dokumen daripada broker kampung.

Jadi, untuk mengelakkan perkara – perkara ini berlaku kepada anda dan keluarga kelak, rajin – rajinlah tambah ilmu berkenaan geran tanah.

Andai kata suatu hari nanti anda berminat untuk membeli sebidang tanah, ketahui dahulu dua jenis milikan tanah dan terma asas dalam geran tanah.

Baca : Bolehkah Saya Beli Rumah & Letak Nama Anak Bawah Umur Dalam Geran?

1. Tanah Hak Milik

Status pegangan adalah untuk selama-lamanya tanpa sebarang had masa dengan kadar kenaikan harga yang tinggi dan merupakan satu pelaburan yang baik untuk jangka panjang.

Urusan niaga tanah hak milik kekal adalah mudah kerana tidak perlu mendapatkan kelulusan Pejabat Tanah & Galian dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Bagi menjamin hak dan keistimewaan kaum Bumiputera di Malaysia, ada tanah hak milik kekal yang mempunyai sekatan (kaveat) pegangan.

Contohnya Tanah Rizab Melayu/ Bumiputera yang hanya boleh dimiliki atau dijual kepada kaum Bumiputera sahaja.

Tanah hak milik kekal tanpa sekatan pegangan (freehold) merupakan tanah yang paling berharga.

Tanah ini boleh dipindah milik kepada sesiapa sahaja termasuk kepada bukan Bumiputera dan menjadi buruan pemaju hartanah untuk dijadikan projek pembangunan kediaman dan komersial.

2. Tanah Hak Milik Pajakan (Leasehold)

Dikategorikan sebagai tanah yang diberi pajakan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) untuk tempoh 99 tahun.

Jika anda memajak tanah tersebut dalam tempoh tertentu seperti 75 tahun, anda bukanlah pemilik mutlak tanah tersebut.

Hal ini kerana, selepas tamat tempoh pajakan, tanah tersebut boleh diambil semula oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) tanpa sebarang pampasan.

Akan tetapi, anda masih boleh memanjangkan tempoh pajakan tanah itu menjadi 99 tahun dengan membuat pembayaran premium kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Sayangnya, segala urusan jual beli tanah jenis pajakan diwajibkan untuk mendapat kebenaran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan prosesnya memakan masa yang lama.

Satu perkara yang anda perlu tahu adalah, kadar kenaikan harga tanah jenis pajakan (leasehold) lebih perlahan berbanding tanah hak milik kekal (freehold).

Andai kata anda berminat untuk membeli tanah jenis pajakan, anda wajib pastikan tempoh pajakan tersebut tidak kurang daripada 75 tahun dan yang paling baik adalah melebihi 99 tahun.

Baca : 10 Jenis Jual Beli Hartanah Yang Berisiko

Jenis Geran Tanah Yang Anda Perlu Tahu

  • NT = Native Title
  • TL = Town Lease
  • FR = Field Register
  • CL = Country Lease
  • PL = Provisional Lease

Freehold / Pegangan Kekal

  • Native Titles (N.T.)
  • Field Registers (F.R.)

Leasehold / Pegangan Pajakan

  • Town Lease (T.L.)
  • Country Lease (C.L.)
  • Provisional Lease (P.L.)

Baca : Antara Freehold & Leasehold (Pegangan Bebas vs Pegangan Pajakan)

Memandangkan anda kini sudah ketahui sedikit sebanyak tentang asas geran tanah, ada baiknya jika anda berbincang dengan ahli keluarga terlebih dahulu jika ada geran tanah yang perlu diselesaikan.

Cubalah untuk selesaikan dengan bantuan peguam hartanah dan ejen hartanah berdaftar yang sah. Awas! Jangan bagi muka pada broker kampung.

Baca : 4 Tugas Dan Tanggungjawab Pentadbir Harta Pusaka Orang Mati

This image has an empty alt attribute; its file name is webinar-faizul-ridzuan-7-mac-2021-700x393.jpg

Pada tahun 2020, waktu PKP pertama, Tuan Faizul Ridzuan telah membuat 6 ramalan yang satu persatu menjadi kenyataan.

1. PKP mustahil hanya 2 minggu, akan berakhir pada bulan Jun 2020

2. Kita berada dalam recession yang paling teruk dalam sejarah moden Malaysia – Disahkan selepas beberapa minggu oleh World Bank

3. Interest bakal jatuh banyak akibat recession. Hari ni interest rate kita adalah pada kadar terendah dalam masa 50 tahun.

4. Bull run bagi saham dalam jangka masa 12-24 bulan sehingga boleh buat pulangan lebih daripada 100%. 2 bulan lepas ramalan saya, volume bursa naik pecah rekod 

5. Transaksi hartanah tahun 2020 akan jadi tahun paling teruk sejak tahun 2000, dan kita akan sampai market bottom. Sila nantikan data NAPIC yang akan keluar lagi beberapa minggu.

6. Property bull run akan tiba dalam masa 5 tahun

Terlepas nak hadiri webinar percuma Tuan Faizul Ridzuan minggu-minggu yang lalu? Jom kita sertai webinar seterusnya yang akan diadakan pada hari Ahad, 4 April 2021, jam 830 malam.

Daftar sekarang di -> Webinar Faizul Ridzuan

Slot ke webinar adalah terhad. Sila pastikan anda daftar dan hadir awal pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Kita jumpa nanti Ahad ini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PropertyGuru & iProperty Anjur FutureBuilt Summit 2025, Bentuk Era Baharu Pembangunan Bandar Malaysia

Kuala Lumpur, 30 Oktober 2025 – Haluan Malaysia menuju ke arah pertumbuhan bandar mampan menjadi tumpuan utama hari ini apabila PropertyGuru Malaysia dan iProperty Malaysia menghimpunkan lebih daripada 121 pemaju dan 350 delegasi di FutureBuilt Summit 2025.

Dengan kerjasama Green Building Index, GreenRE, dan People Systems Consultancy, sidang sehari ini menggabungkan pemaju hartanah, pembuat dasar, institusi kewangan, jurutera, dan pakar kelestarian bagi membincangkan bagaimana ekosistem hartanah dapat mempercepat peralihan negara ke arah bandar yang lebih hijau, pintar dan berdaya tahan.

Seiring dengan matlamat Malaysia untuk mencapai neutral karbon menjelang 2050, sektor hartanah kini diiktiraf sebagai pemacu utama pertumbuhan mampan. Menurut kajian terhadap 91 syarikat hartanah tersenarai di Malaysia[1], prestasi ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) yang kukuh dikaitkan dengan keuntungan yang lebih tinggi dan penilaian pasaran yang meningkat – memperkukuh hujah bahawa amalan mampan membawa nilai nyata kepada perniagaan. Ini menunjukkan bahawa pemaju yang melaksanakan prinsip ESG dengan menyeluruh bukan sahaja menyumbang kepada sasaran nyahkarbon negara, tetapi juga mencipta nilai yang dapat diukur untuk pemegang saham dan pihak berkepentingan.

Antara sorotan utama ialah Dr. Lee Nai Jia, Ketua Perisikan Hartanah, PropertyGuru Group, yang berkongsi pandangan tentang bagaimana keadaan ekonomi, dasar kerajaan, dan perubahan gaya hidup membentuk semula corak pembelian rumah di Malaysia. Berdasarkan data eksklusif PropertyGuru, permintaan perumahan mula pulih pada April 2025 selepas sedikit penyusutan, mencerminkan daya tahan pembeli walaupun dalam keadaan tidak menentu. Harga rumah bertingkat di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang juga terus meningkat dari tahun ke tahun, menunjukkan keyakinan pasaran yang stabil.

Dr. Nai Jia menambah bahawa pembeli muda – khususnya Generasi Z dan Milenial – kini lebih berhati-hati dan berorientasikan nilai, mengutamakan kepercayaan, jenama dan kelestarian apabila memilih pemaju. Beliau berkata, “Pemaju yang telus dan bertanggungjawab akan lebih menonjol dalam pasaran berhati-hati hari ini.” Kajian turut menunjukkan bahawa 84% rakyat Gen Z Malaysia memilih rumah bertingkat kerana kedekatannya dengan tempat kerja, pengangkutan awam dan kemudahan[2], manakala pembeli Milenial lebih cenderung membeli rumah hijau apabila mereka melihat harga yang adil, nilai yang baik dan memahami ciri mesra alam[3].

Kenneth Soh, Pengurus Negara PropertyGuru & iProperty Malaysia berkata: “Fokus FutureBuilt Summit terhadap ESG dan teknologi mencerminkan dua faktor utama yang membentuk landskap hartanah Malaysia. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 dan Belanjawan 2026, kita melihat penyelarasan lebih kukuh terhadap kelestarian, pendigitalan dan kemampuan memiliki rumah – dengan RM6.09 bilion diperuntukkan bagi meningkatkan kebolehdiaman, serta Skim Jaminan Kredit Perumahan yang diperluas bernilai RM20 bilion untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah. Data kami menunjukkan permintaan tertinggi ialah bagi rumah di bawah RM300,000, terutamanya di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Namun, kemampuan kini tidak hanya bergantung pada harga – ia turut merangkumi sambungan, keselesaan dan kelestarian. Perubahan ini membuka peluang kepada industri untuk mencipta pembangunan yang lebih inklusif, bertanggungjawab dan bersedia untuk masa depan.”

Sidang ini turut menampilkan sesi perbincangan bersama pemimpin pemikiran dan pembuat dasar mengenai pembiayaan mampan, pelaksanaan ESG, dan peranan teknologi dalam perancangan bandar pintar. Antara penceramah termasuk Ar. Sarly Adre Sarkum, Ketua Pegawai Eksekutif Green Building Index, yang membincangkan inovasi dalam pembangunan mampan, serta Nur Fateha Jamaluddin, Pengurus Kanan, GreenRE, yang menekankan nilai jangka panjang ESG. Panel oleh Green Building Index, GreenRE, Think City dan The Institution of Engineers Malaysia membincangkan pembangunan berfokus ESG, perancangan bandar, serta keperluan pembeli muda. Acara diakhiri dengan Meja Bulat CEO oleh Think City dan Triterra, yang menegaskan visi bersama ke arah komuniti yang mampan dan inklusif.

Cécile Corda, Ketua Kelestarian, PropertyGuru Group berkata: “Pasaran kini cenderung kepada kehidupan yang mampan dan inklusif, dan PropertyGuru bertindak balas dengan penyelesaian yang praktikal. Dengan melengkapkan pencari hartanah dan rakan industri dengan alatan untuk membuat keputusan yang bijak dan bertanggungjawab, kami membantu membentuk bandar yang berdaya tahan dan mendorong perubahan bermakna dalam landskap perumahan.”

Cécile turut berkongsi dapatan daripada Laporan Kelestarian PropertyGuru 2024, yang mendapati 83% rakyat Malaysia sanggup membayar lebih untuk rumah dengan ciri mampan, manakala 77% telah mempertimbangkan risiko iklim dalam keputusan hartanah mereka.

FutureBuilt Summit 2025 menegaskan pemikiran pertumbuhan baharu yang mentakrif semula kejayaan melebihi keuntungan semata-mata – iaitu memberi keutamaan kepada nilai jangka panjang untuk rakyat, komuniti dan alam sekitar. Ketika sektor hartanah Malaysia melangkah ke dekad penting yang dipengaruhi oleh urbanisasi, perubahan iklim dan jangkaan pembeli yang berkembang, sidang ini menyeru kerjasama awam-swasta bagi mempercepat peralihan ke arah bandar yang mampan, berdaya tahan dan inklusif. Para pemimpin bersetuju bahawa visi ini memerlukan ketelusan data, pembiayaan inovatif dan penjajaran dasar yang lebih kukuh untuk menterjemah aspirasi ESG kepada tindakan nyata.

Sidang ini mencerminkan komitmen PropertyGuru untuk membina sektor hartanah Malaysia yang lebih mampan, inovatif dan inklusif. Dengan menyatukan pemimpin industri, pembuat dasar dan pemaju, PropertyGuru terus memacu pertumbuhan bertanggungjawab dan komuniti yang bersedia untuk masa depan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.propertyguru.com.my.