Rumah DBKL : PPA & PPR disalah guna. Jangan zalim!

Salahguna rumah PPA & PPR

Rumah murah bukan untuk pelaburan tetapi untuk bantu orang!
Jangan zalim dan ambil hak 60,000 orang lain yang menunggu!

Saya baru-baru ni terbaca satu artikel di StarProperty mengenai rumah DBKL: PPA & PPR yang disalah guna.

Kenapa saya jadi marah? Kerana ada segelintir menyalahgunakan kemudahan perumahan yang disediakan untuk rakyat yang amat memerlukannya.

Dalam 946 unit yg disahkan disalah guna, 504 atau lebih 53% didapati didiami oleh orang lain. Ada yang dah pindah ke tempat lain tapi tak serahkan balik kepada DBKL.
Ada yang dibiarkan kosong dan yang lebih kurang ajar ada yang didiami warga asing.

Dah lah dapat rumah DBKL lepas tu sewa atas sewa pulak kepada warga asing! Rumah murah dijadikan pelaburan sublet pulak!

Ni baru sikit je yang sempat dikantoikan.

Cuba bayang kan, ada 60,000 orang dalam waiting list yang sangat memerlukan rumah DBKL. Tapi ada orang-orang yang tak bertanggungjawab yang salah gunakan kemudahan ini! Mereka ni dah dianggap mengambil hak orang lain! Setakat ni, hanya 328 dapat dirampas oleh DBKL, jauh daripada mencukupi untuk menampung keperluan sebenar!

59,560 unit PPA dan PPR di 62 lokasi di KL
44,097 unit atau 74% masih disewa
15,553 sudah dijual

Sempena tahun baru 2017 ni, saya doakan agar team pengurusan rumah DBKL terus gigih merampas balik unit-unit yang disalah gunakan. Usaha ini kita kena support!

Pada masa yang sama, saya juga doakan supaya mereka yang zalim dan tidak bertanggunjawab itu akan terbuka hati mereka utk menyerahkan kembali rumah-rumah DBKL yang mereka salahgunakan secara sukarela untuk benarkan ramai lagi yang perlukan.

Sumber : Ahyat Ishak, Pejuang Hartanah
Laporan asal : DBKL Confiscates Misused Housing Units

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Myra Terus Mempertingkatkan Pengalaman Pemilikan Rumah di Myra Senja Melalui Kerjasama Bersama Unity Kitchen

Shah Alam, Jun 22: Myra, segmen residensi Oriental Interest Berhad (OIB), telah berganding dengan Unity Kitchen untuk menawarkan pakej kabinet dapur yang direka khas untuk setiap unit pasaran terbuka di Myra Senja di Subang 2. Ini mencerminkan usaha pihak pemaju untuk mengurangkan keperluan pengubahsuaian selepas pembelian serta memudahkan proses peralihan ke rumah baharu dengan lebih lancar.

Terdahulu, Myra telah bekerjasama dengan Panasonic Malaysia untuk melengkapkan setiap unit Myra Senja yang layak dengan pakej peralatan asas cekap tenaga yang dipilih dengan teliti, sekali gus memperluaskan ciri-ciri standard yang ditawarkan bersama pembangunan tersebut.

Inisiatif terkini ini mencerminkan arah aliran di mana pembeli rumah semakin memberi perhatian kepada kos keseluruhan pemilikan rumah serta kemudahan untuk berpindah ke rumah baharu, di mana pengubahan ruang dapur masih menjadi satu komponen yang diutamakan oleh ramai pemilik.

Menurut Akil Hassan, Ketua Bahagian Pembangunan dan Sumber Manusia Myra, pemaju mempercaya bahawa falsafah yang mengutamakan pemilik rumah perlu melangkaui proses pembelian semata-mata, dengan pemaju memainkan peranan yang lebih besar dalam membantu pembeli menyesuaikan diri dengan kediaman
baharu mereka.

Menerima kunci rumah sepatutnya menjadi permulaan untuk menikmati kediaman baharu. Namun bagi ramai pemilik rumah, ruang penting seperti dapur masih memerlukan kerja-kerja pengubahsuaian yang memakan masa dan kos sebelum benar-benar sedia digunakan.

“Dengan mengintegrasikan ciri-ciri praktikal siap dengan rumah, kami berharap ini boleh meringankan beban yang sepatutnya ditanggung sendiri oleh pemilik rumah, membolehkan keluarga berpindah masuk dengan lebih cepat. Selaras dengan ini, kami akan terus mempertimbangkan kolaborasi dengan jenama-jenama tersohor agar dapat memberikan tambahnilai yang bermakna kepada pemilik rumah,” ujarnya. Dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM400 juta, Myra Senja terdiri daripad tiga menara kediaman dengan konfigurasi tiga atau empat bilik bersaiz dari 1,101kps ke 1,409kps, dengan harga dari RM658,000 hingga RM988,200. Dengan 12 unit kediaman di setiap tingkat, pembangunan berkepadatan rendah ini dibangunkan dengan susun atur yang lebih luas dan mesra keluarga bagi memberikan fleksibiliti serta ruang yang mencukupi apabila keperluan isi rumah berubah mengikut peredaran masa

Dibawah kolaborasi ini, setiap unit pasaran terbuka akan menerima pakej kabinet dapur yang terdiri dari kabinet atas dan bawah dari Unity Kitchen, permukaan kaunter batu kuartza, hud dapur, laci dengan system penutupan perlahan (soft close), manakala unit kediaman jenis T2B dipasang dengan kaunter dapur jenis “pulau” (island). Kabinet dapur di Myra Senja juga menampilkan lampu UNS LED khas dari Unity Kitchen dan juga teknologi papan anti-lipas proprietari Unity Kitchen yang disokong oleh program Care Plus yang menawarkan jaminan sehingga 10 tahun.

Menurut Erny Looi Chee En, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Unity Kitchen Sdn Bhd, kolaborasi ini mencerminkan komitmen bersama dalam menghasilkan kediaman yang memenuhi keperluan praktikal pemilik rumah.

“Pemilik rumah inginkan dapur yang menggabungkan ciri mudah digunakan, tahan lasak, serta mudah diselenggarakan. Dengan mengintegrasikan bahan berkualiti dan reka bentuk yang praktikal dari titik permulaan, kami harap boleh mencorakkan suasana dapur yang akan memberikan kepuasan berlanjutan kepada pemilik,” ujar beliau.

Sambutan pasaran terhadap Myra Senja amat menggalakkan, dengan kira-kira 60% unit di Blok B, Fasa 1 telah terjual setakat ini. Dalam pada ini, Myra sedang membuat persiapan pelancaran Blok A pada suku tahun
tiga 2026.

Pembangunan ini turut dilengkapi dengan podium berlandskap, kolam renang 25 meter, kawasan riadah bercirikan air, gelanggang badminton, bilik bacaan, dan ruang senaman terbuka untuk kemudahan harian.
Myra Senja juga menawarkan ruang perniagaan di tingkat bawah dan hotel butik untuk sekali gus mewujudkan pembangunan bercampur yang lebih dinamik bagi meningkatkan kemudahan harian untuk penghuni serta komuniti sekeliling.

Dengan kedudukan strategik di kawasan Subang 2 yang kian berkembang dan dikelilingi kawasan matang seperti Kota Damansara, Ara Damansara, Kwasa Damansara dan Elmina, selain daripada kemudahan pendidikan, peruncitan, dan kesihatan, Myra Senja mudah diakses melalui Lebuhraya DASH. Pendaftaran minat bagi Myra Senja kini dibuka, dan maklumat lanjut boleh didapati di www.myra.com.my atau @myrahomes and @_askmyra di Instagram dan Facebook