Ulasan 2 REIT Patuh Syariah Bagi Tahun 2020

REIT yang bermaksud Real Estate Investment Trust merupakan salah satu instrumen pelaburan yang didagangkan di Bursa Malaysia.

REIT merupakan satu instrumen pelaburan yang menarik kerana fundamentalnya adalah pelaburan berasaskan hartanah komersial yang dimiliki dan diuruskan sepenuhnya oleh pengurus dana dan pemaju hartanah.

REIT membuat keuntungan dalam hartanah melalui:

  • Menyewakan unit komersial kepada syarikat lain
  • Caj parkir kenderaan
  • Caj penyelenggaraan & pengurusan

Aset yang dimiliki pemaju hartanah menerusi REIT termasuklah pusat beli belah, hospital, kilang, gudang, ruang pejabat, ladang dan hotel.

Baca : Kenali Kaunter REIT Patuh Syariah Di Bursa Malaysia

Buat pengetahuan anda, terdapat 18 senarai REIT di Malaysia yang didagangkan di Bursa Malaysia dan hanya 4 REIT yang patuh syariah.

Untuk individu yang berminat untuk melabur dalam hartanah tetapi tidak mempunyai modal yang besar atau menghadapi masalah dengan dokumentasi, REIT adalah peluang untuk anda memiliki saham hartanah tanpa perlu membeli hartanah tersebut.

“Kalau selalu jalan – jalan di Pavilion, Bukit Bintang apa salahnya beli saham PAVREIT di Bursa Malaysia dengan modal serendah RM100.”

Baca : 6 Pelaburan Yang Boleh Kita Mula Dengan Modal RM100

Apa yang penting adalah pelaburan REIT tidak serumit pelaburan saham yang menggunakan teknik dan strategi yang lebih moden seperti Swing, Wyckoff dan sebagainya.

Dengan REIT, anda boleh menjangkakan untuk mendapat pulangan sehingga 6% setahun bergantung kepada jenis REIT tanpa perlu melihat carta dan mencari penyewa hartanah.

Jom kita dengarkan ulasan 2 REIT patuh syariah bagi tahun 2020.

1. Axis REIT (AXREIT)

Kredit Gambar: Axis REIT

Merupakan REIT paling popular di Malaysia selepas disenaraikan di Bursa Malaysia pada Ogos 2005.

Setakat artikel ini ditulis, Axis REIT mempunyai 56 hartanah dengan keluasan 10,596,560 kaki persegi di Lembah Klang, Johor, Pulau Pinang, Negeri Sembilan dan Kedah.

Baca : Tengok Dulu 11 Perkara Ini Sebelum Nak Melabur Saham Axis REIT

Harga saham sewaktu awal IPO adalah RM0.63 dan meningkat pada RM1.92 setakat Februari 2020 dengan peningkatan 207%.

Pulangan tahunan Axis REIT adalah 10.74% dan setiap RM1,000 yang dilaburkan di Axis REIT mampu menjadi RM3,070.

Dengan dividen, setiap RM1,000 yang terkumpul boleh menjadi RM5,120.

2. Al-’Aqar Healthcare REIT (ALAQAR)

Kredit Gambar: Al-‘Aqar

Merupakan REIT yang berasaskan pusat penjagaan kesihatan dan hospital yang didagangkan di Bursa Malaysia pada Ogos 2006.

Harga IPO pada tahun itu adalah RM1 dan meningkat kepada RM1.32 atau 32% pada Februari 2021 yang lalu.

Pulangan tahunan  Al-’Aqar adalah 5.94% dan jumlah pulangan dalam tempoh 15 tahun adalah 138%.

Baca : Nak Melabur Unit Al-Aqar Healthcare REIT? Ambil Tahu 10 Perkara Ini Dahulu

Setakat hari ini, Al-Aqar REIT merupakan satu – satunya REIT berasaskan pusat kesihatan yang didagangkan di Bursa Malaysia.

Sebelum ini, Al-Aqar mempunyai dua hospital di Indonesia dan bangunan sebelum dijual pada tahun 2016 dan 2017.

Mempunyai 23 hartanah merangkumi 19 hospital dan 3 pusat kesihatan di seluruh Malaysia dan lokasi primer di Australia.

Terbaru, mereka berjaya membina sebuah pusat orang tua di Queensland, Australia dan membina KPJ Batu Pahat Specialist Hospital.

Kedua-dua saham REIT ini Al-Aqar dan Axis adalah REIT yang paling popular dan mempunyai market capitalisation sebanyak RM956 juta dan RM2.67 bilion.

Harga saham didagangkan di antara RM1 – RM2 sahaja. Kos untuk memiliki 100 unit saham (1 lot) dengan modal tidak sampai RM200 sahaja.

Nak mula melabur dalam hartanah dengan REIT sebenarnya sangat mudah dan tidak memerlukan modal yang besar.

Sumber Rujukan:

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.

Previous ArticleNext Article

Sunway REIT Laksanakan Penjualan Aset Sunway Hotel Seberang Jaya Dengan Nilai RM60 Juta

Sunway City Kuala Lumpur, 28 Oktober 2025 – Sunway REIT Management Sdn. Bhd., pengurus kepada Sunway Real Estate Investment Trust (“Sunway REIT”), dengan sukacitanya mengumumkan bahawa RHB Trustees Berhad, pemegang amanah bagi Sunway REIT, telah menandatangani Perjanjian Jual dan Beli bersyarat (“SPA”) dengan Sunway Medical Centre Penang Sdn. Bhd. untuk cadangan pelupusan aset Sunway Hotel Seberang Jaya pada nilai pertimbangan RM60 juta (“Cadangan Pelupusan Aset”).

Sunway Hotel Seberang Jaya pada asalnya diperoleh pada tahun 2010 dengan harga RM52 juta, dengan tambahan RM15 juta telah dilaburkan sepanjang tempoh tersebut bagi inisiatif penambahbaikan aset. Nilai pelupusan aset ini mewakili premium sebanyak 9.1% berbanding nilai penilaian terkini, dan Sunway REIT dijangka akan merekodkan keuntungan pelupusan kira-kira RM4 juta (tidak termasuk kos sampingan pelupusan yang dianggarkan) selepas urus niaga ini selesai.

Cadangan Pelupusan Aset ini merupakan sebahagian daripada inisiatif kitar semula modal strategik Sunway REIT yang bertujuan untuk mengoptimumkan kualiti portfolio dan mewujudkan nilai jangka panjang. Seiring dengan itu, Sunway REIT merancang untuk membangunkan hotel baharu Sunway Hotel Seberang Jaya yang akan disepadukan secara menyeluruh di atas bangunan sedia ada Sunway Carnival Mall. Hotel baharu ini dijangka dapat meningkatkan kemudahan untuk tetamu serta menarik lebih ramai pengunjung ke pusat beli-belah tersebut.

Pembangunan bersepadu ini akan menampilkan kemudahan yang dinaik taraf termasuk dewan serbaguna (ballroom) dan sambungan terus ke pusat beli-belah, menjadikannya lokasi kompetitif bagi acara Mesyuarat, Insentif, Persidangan dan Pameran (“MICE”) di tanah besar Pulau Pinang. Daripada melabur untuk menaik taraf hotel lama berusia 27 tahun itu, modal akan digunakan dengan lebih berkesan untuk pembinaan hotel baharu yang menawarkan pulangan lebih baik dan menjamin daya tahan aset pada masa hadapan.

Pelupusan aset ini, pada kadar pemodalan sebanyak 5.3% berdasarkan pendapatan bersih hartanah tahun 2024, membolehkan Sunway REIT menjana semula nilai aset pada kadar yang menarik serta melabur semula dalam pembangunan yang lebih sejajar secara strategik.

Ng Bee Lien, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif / Ketua Pegawai Kewangan Sunway REIT Management Sdn. Bhd., berkata:

“Cadangan Pelupusan Aset Sunway Hotel Seberang Jaya ini merupakan sebahagian daripada strategi pengimbangan semula portfolio kami secara proaktif untuk membuka nilai dan mengagihkan semula modal ke dalam aset masa hadapan. Dengan melabur dalam hotel baharu yang bersepadu di atas Sunway Carnival Mall, kami berhasrat untuk meningkatkan sinergi aset, memperkukuh pengalaman tetamu, dan menangkap permintaan yang lebih besar daripada segmen perniagaan dan MICE di tanah besar Pulau Pinang. Langkah ini menegaskan komitmen kami terhadap penciptaan nilai jangka panjang dan pertumbuhan mampan untuk para pemegang unit kami.”