Empat Perkara Penting Yang Bakal Menggerakkan Pasaran Pada Minggu Ini (4-8 Mei 2020)

Pasaran Wall Street jatuh agak mendadak pada akhir dagangan minggu lalu (1 Mei 2020) apabila ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China dicetuskan oleh Presiden Donald Trump. Beliau mengancam China dengan tariff baru ekoran penularan pandemik Covid-19.

Ketiga-tiga indeks utama dalam bursa saham AS jatuh melebihi dua peratus dengan catatan kerugian sepanjang minggu lalu.

Ada juga pendapat mengatakan bulan Mei adalah tempoh kebanyakan indeks saham membuat kejatuhan ditambah lagi dengan aliran tunai pada akhir bulan.

Indeks Dow Jones Industrial Average (DJIA) yang terdiri daripada 30 syarikat besar dalam bursa saham AS jatuh sebanyak 2.55%. Indeks S&P 500 yang sering dijadikan panduan prestasi keseluruhan ekonomi pula susut 2.81%. Indeks komposit Nasdaq pula ditutup 3.2% lebih rendah pada Jumaat lepas.

Trump berkata pada Jumaat kerajaannya mungkin akan mengenakan tarif baru terhadap China atau membatalkan sebahagian obligasi hutangnya terhadap Beijing berikutan penularan wabak koronavirus baru tersebut. Trump mendakwa Amerika Syarikat mempunyai bukti yang menunjukkan virus tersebut datang daripada Institut Virologi di Wuhan.

Ancaman terbaru ini mencetuskan semula ketegangan perang perdagangan AS-China yang sudah lama reda sekaligus membayangi keyakinan pelabur terhadap pembukaan semula ekonomi.

Sepanjang bulan April pasaran Wall Street mencatat kenaikan yang meyakinkan dengan indeks S&P 500 dan Dow Jones merekodkan prestasi terbaik sejak 33 tahun yang lalu.

Prestasi positif ini turut memberi kesan positif kepada pasaran global dengan indeks-indeks Asia termasuk indeks Nikkei 225, indeks komposit Shanghai, indeks komposit Kuala Lumpur (KLCI) turut merekodkan prestasi terbaik pada bulan April sejak jatuh ke paras terendah pada bulan Mac 2020.

Berikut adalah empat catalyst yang akan menjadi perhatian pelabur sepanjang minggu ini.

1. Pembukaan Semula Ekonomi

Penularan wabak Covid-19 belum berakhir di mana pakar kesihatan menjangka ia akan berterusan dalam tempoh dua tahun. Kebanyakan negara yang telah mengarahkan perintah berkurung di negara masing-masing kini berkira-kira untuk membuka semula ekonomi secara berperingkat.

Antaranya adalah Malaysia sendiri yang membuka sebahagian besar sektor ekonomi pada Isnin (4 Mei 2020) selepas hampir dua bulan tempoh kawalan pergerakan. Amerika Syarikat telah mengumumkan pembukaan semula ekonomi lebih awal dan akan dilakukan secara berperingkat. Selain itu, negara-negara Eropah juga akan membuka semula ekonomi mereka termasuk Itali dan Jerman pada hari Isnin.

Pembukaan semula ekonomi tidak dapat dielakkan kerana kesan yang terlalu besar kepada ekonomi. Negara kecil seperti Malaysia sahaja mengalami kerugian RM63 billion sepanjang tempoh kawalan pergerakan seperti yang dinyatakan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Khamis (30 April 2020).

Bayangkan kerugian yang dialami oleh negara-negara maju seperti Eropah dan AS jika mereka menutup ekonomi lebih lama. Ia bukan sahaja menjejaskan ekonomi domestik malah rantaian ekonomi global bakal terjejas lebih teruk.

Daripada perspektif pasaran, berita pembukaan semula ekonomi memberi kesan positif kepada pasaran saham khususnya. Hal ini dapat dilihat dalam prestasi pasaran pada minggu lalu.

2. Ketegangan Amerika Syarikat – China

Ketegangan perang perdagangan tercetus semula sejak hampir setengah tahun apabila Presiden Donald Trump memperbaharui ancamannya terhadap China. White House merancang untuk mengenakan tarif baru kepada China yang didakwa oleh AS menjadi penyebab kepada penularan wabak Covid-19.

Amerika Syarikat dan China sebelum ini telah berunding semula bagi mempersetujui beberapa perkara dalam perdagangan dua hala dalam usaha menamatkan perang dagang yang berlangsung sejak Januari 2018.

Rundingan terakhir di antara kedua-dua negara telah memberikan hasil positif pada 15 Januari 2020 apabila perjanjian Fasa Satu AS-China termeterai khususnya dalam isu hak cipta intelektual, perkongsian teknologi dan tarif dalam sektor makanan dan pertanian.

Hal ini sebenarnya telah banyak memberi kelegaan kepada pasaran selepas perang dagang yang berlangsung selama dua tahun. Kini, ia dicetuskan semula oleh Presiden Trump yang menuduh wabak Covid-19 berasal daripada makmal virologi di Wuhan dan bakal menambah tarif terhadap China.

3. Data Non-Farm Payroll (NFP)

Data NFP adalah laporan ekonomi yang ditunggu-tunggu pada setiap bulan lebih-lebih lagi dalam situasi penularan wabak pada masa ini. Seperti yang telah dilaporkan sebelum ini, Amerika Syarikat mencatatkan hampir 30 juta pengangguran dalam tempoh tidak sampai dua bulan ekoran pemberhentian pekerja di negara itu.

Minggu ini kita bakal mendapat maklumat yang lebih lanjut tentang situasi semasa pasaran pekerjaan daripada laporan data NFP pada Jumaat (8 Mei). Secara keseluruhan bacaan sudah tentu merekodkan kejatuhan yang begitu mendadak dalam pasaran buruh pada bulan April.

Penganalisa pasaran menjangkakan pengurangan 21 juta pekerjaan dalam sektor bukan perladangan (Non-Farm) dengan kadar pengangguran mencecah 16%.

Kanada pada masa yang sama turut mengeluarkan data pasaran buruhnya dengan jangkaan kehilangan lima juta pekerjaan. Kadar pengangguran pula melonjak daripada 7.8% kepada 20% di antara bulan Mac dan April 2020.

4. Keadaan Pasaran Komoditi Hitam

Selepas tempoh yang mencabar, harga minyak mentah menokok 17% pada minggu lalu berbanding minggu sebelumnya. Pengukuhan dalam penanda aras West Texas Intermediate (WTI) dipacu oleh pertambahan kecil dalam stok minyak mentah dan juga kejatuhan dalam inventori gasolin di Amerika Syarikat.

Tetapi secara keseluruhannya, peningkatan dalam harga komoditi pada minggu lalu disokong oleh keyakinan pelabur di dalam pasaran dengan penemuan ubat yang dapat membantu penyembuhan individu daripada wabak koronavirus iaitu remdesivir.

Minggu ini pasaran minyak mentah akan memberi tumpuan kepada perkembangan tentang pembukaan semula ekonomi kerana ia dapat meningkatkan semula permintaan minyak mentah global.

Selain itu, data stok bekalan minyak mentah yang dikeluarkan oleh Institut Petroleum Amerika (API) akan dikeluarkan pada hari Selasa dan juga laporan yang dikeluarkan oleh Pentabiran Maklumat Tenaga (EIA) pada hari Rabu dan Khamis.

Sumber Rujukan:

Disediakan oleh Rolandshah Hussin, seorang pelabur runcit dalam pasaran kewangan. Beliau adalah graduan dari Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya dan kini berkhidmat di sebuah syarikat yang berpangkalan di China.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Tarif Trump Boleh Jejaskan Pertumbuhan Perdagangan Global Sehingga 10 Peratus

KUALA LUMPUR, 14 Mac (Bernama) — Kemungkinan berlaku pengurangan jumlah perdagangan global sebanyak 7.0 hingga 10 peratus dalam jangka masa sederhana hingga panjang sekali gus menandakan penurunan ketara jika cadangan tarif Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dilaksanakan.

Profesor di Stern School of Business, New York University (NYU), Steven A. Altman berkata senario itu boleh berlaku jika AS dan negara lain bertindak balas dalam bentuk tarif ke atas eksport AS.

Beliau juga mempertimbangkan kemungkinan kesan terhadap perdagangan global jika Trump meneruskan peningkatan tarif yang dicadangkan semasa kempen pilihan rayanya, termasuk pengenaan tarif 60 peratus ke atas semua import AS dari China, dan 10 peratus bagi import dari negara lain di seluruh dunia.

“Tarif ini berkemungkinan memperlahan pertumbuhan perdagangan global dengan ketara, walaupun tidak akan menjejaskan sepenuhnya,” katanya semasa taklimat media webinar mengenai pelancaran laporan DHL Trade Atlas hari ini.

Edisi 2025 itu menyediakan laporan mendalam mengenai landskap aliran import dan eksport global.

Laporan yang diterbitkan dengan kerjasama Stern School of Business, NYU itu meliputi hampir 200 negara, meneliti trend pertumbuhan perdagangan, peralihan dari segi geografi, campuran produk yang didagangkan dan perubahan menyeluruh dalam persekitaran perniagaan.

Altman berkata tanpa pelaksanaan sepenuhnya tarif yang dicadangkan Trump, perdagangan global dijangka berkembang kira-kira 16 peratus menjelang 2029, berbanding tahap unjuran 2024.

“Walaupun di bawah anggaran paling pesimistik iaitu pengurangan jumlah perdagangan sebanyak 10 peratus menjelang 2029, pertumbuhan perdagangan yang positif masih akan berlaku dalam tempoh lima tahun akan datang, walaupun jauh lebih rendah daripada senario asas itu,” katanya.

— BERNAMA

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni setiap masa. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Insya-Allah berbaloi……
Sesi baharu BAKAL dibuka!! Pra-daftar dahulu untuk dapat diskaun Early-Bird dan jadi terawal yang dapat info.