5 Langkah Mudah Cara Orang Malaysia Membeli Saham Twitter

Saya pasti kita semua telah mendengar berita Elon Musk bakal membeli Twitter. Elon Musk sebagai orang terkaya di dunia mungkin tidak menganggap nilai USD44 bilion yang diperlukan untuk membeli Twitter sebagai satu jumlah yang besar.

Berapa agaknya nilai kekayaan Elon Musk?

Sumber: forbes

Setakat 30 April 2022, nilai kekayaan Elon Musk adalah sebanyak USD246 bilion. Wang yang dikeluarkan untuk membeli Twitter pula tidak sampai separuh nilai kekayaan beliau.

Pernahkah anda terfikir bagaimana caranya untuk membeli saham Twitter? Jom ikut 5 langkah ini.

1. Buka Akaun Saham Global

Kita di Malaysia ni tidak perlu bersusah payah pergi ke luar negara untuk membuka akaun. Di Malaysia, terdapat beberapa broker tempatan yang menawarkan platform membeli saham global. Antara contoh broker tempatan yang membolehkan anda membeli saham global adalah CGS-CIMB, BIMB Investment dan lain-lain.

Baca Nak Buka Akaun CDS Online Dengan CGS-CIMB? Jom Ikut Tutorial Ini

Perkara yang penting ketika anda membuka akaun, pastikan anda turut mendaftar untuk akaun global. Dengan 1 login sahaja, anda boleh membeli saham dari pelbagai buah negara.

Sumber: CGS-CIMB

2. Semak Laporan Kewangan Twitter

Sebelum nak beli saham Twitter, adalah amat penting untuk anda semak terlebih dahulu laporan kewangan Twitter. Anda perlu sentiasa melihat saham sebagai satu perniagaan.

Semak sekiranya syarikat mempunyai perolehan yang baik, semak sama ada syarikat membuat keuntungan atau sedang rugi dan semak sekiranya syarikat mempunyai aliran wang tunai yang baik.

Tips yang penulis boleh kongsikan kepada anda adalah cari 5 info di bawah di dalam laporan kewangan syarikat.

I. Perolehan (Revenue)

II. Keuntungan (Profit)

III. Aset (Asset)

IV. Liabiliti (Liability)

V. Ekuiti (Equity)

Untuk bacaan lebih lanjut sila baca: 5 Perkara Penting Dalam Penyata Kewangan Laporan Syarikat Yang Perlu Kita Tahu

Mana nak cari maklumat-maklumat ini? Anda boleh rujuk pada laman sesawang seperti Investing.com dan Yahoo Finance. Jika anda ingin merujuk pada laman sesawang yang lain juga tidak menjadi masalah.

3. Berapa Banyak Modal Yang Dilaburkan

Berapa modal yang diperlukan untuk membeli saham Twitter? Sebenarnya tak perlu keluarkan modal yang terlalu besar untuk membeli saham Twitter kerana anda boleh membeli saham Twitter serendah 1 unit. Jom kita lihat berapa harga seunit saham Twitter.

Sumber: Investing.com

Setakat 2 Mei 2022, harga seunit saham Twitter adalah USD49.14. Saham Twitter didagangkan di New York Stock Exchange. Oleh itu pastikan anda mencari nama saham Twitter di pasaran yang betul di trading platform anda.

Sekiranya anda mahu membeli lebih banyak saham Twitter sebagai contoh 100 unit, maka modal yang perlu dikeluarkan untuk membeli 100 unit saham Twitter adalah sekitar USD4,914.

Jumlah ini belum mengambil kira kos lain seperti kos brokerage. Harus diingatkan modal yang digunakan untuk tujuan pelaburan adalah daripada wang lebihan sahaja dan wang tersebut adalah wang yang anda sanggup rugi. Hal ini kerana, dalam pelaburan saham rugi itu pasti untung itu wajib.

Ayat di atas menerangkan kepada anda bahawa dalam pelaburan saham, anda juga terdedah kepada kerugian. Sekiranya anda ada ilmu pelaburan yang betul, nescaya anda mampu mengelak dari kerugian yang sia-sia.

4. Buat Pesanan Untuk Saham Twitter

Bila dah buat kajian fundamental terhadap saham Twitter dan dah tahu berapa unit saham Twitter yang ingin dibeli, masukkan duit siap-siap ke dalam akaun. Selepas duit dah masuk ke dalam trust account, anda boleh mula mencari saham tersebut di trading platform.

Baca: Wajib Ada Trading Plan Sebelum Membeli Apa-Apa Saham

Berdasarkan carian saham Twitter di CGS-CIMB, saham Twitter adalah tidak patuh syariah.

Sekiranya akaun anda adalah akaun Islamik, anda tidak dapat membeli saham Twitter. Sekiranya akaun anda adalah akaun konvensional, maka anda boleh membeli saham ini.

Status syariah saham Twitter mungkin berbeza di platform lain kerana panel syariah setiap broker adalah berbeza-beza. Baca lagi Dilema Seorang Pelabur Saham Patuh Syariah Global.

Walaubagaimanapun, sekiranya anda ingin merujuk kepada panel syariah pihak ketiga seperti Islamicly juga tidak menjadi masalah.

Anda boleh rujuk pada Dealer atau Remisier anda untuk pembelian saham secara offline.

Baca juga Cara Percuma Nak Semak Status Patuh Syariah Saham Global

5. Pantau Prestasi Pelaburan

Setelah pembelian saham Twitter anda berjaya, jangan terus melupakan saham tersebut. Anda dinasihatkan untuk terus pantau prestasi pelaburan anda. Sebelum membeli saham, bukankah anda dah ada trading plan?

Baca: 3 Perkara Penting Dalam Trading Plan

Trading plan akan membantu anda untuk merancang langkah seterusnya sekiranya harga saham bergerak naik atau turun.

Selain itu, satu tips untuk anda adalah anda perlu peka dan rajin membaca berita atau sebarang sentimen yang berkaitan dengan Twitter. Sebarang berita positif mahupun negatif mampu memberi kesan terhadap harga saham.

Twitter sebagai salah satu platform sosial media terbesar dunia banyak digunapakai oleh masyarakat dunia.

Oleh itu, jangan ambil ringan terhadap kesan berita terhadap harga saham Twitter. Saya pasti anda mahu pulangan pelaburan yang positif.

Jangan risau kerana kami juga kongsikan kepada anda beberapa laman web percuma untuk dapatkan maklumat mengenai saham global.

Baca: Ini Laman Web Percuma Untuk Dapatkan Maklumat Terbaik Mengenai Saham Global

E-book Leaders & Laggards Edisi Bursa Malaysia yang dilancarkan sebelum ini mendapat permintaan yang sangat luar biasa dan dengan itu kami tergerak untuk menulis E-book Leaders & Laggards Wall Street.

Kami telah kenal pasti beberapa golongan yang memerlukan E-book Leaders & Laggards Wall Street ini. Sekiranya anda merupakan salah seorang daripada golongan di bawah, e-book ini adalah sangat sesuai.

  1. Baru nak mula melabur di Wall Street.
  2. Pelabur yang mencari senarai leader & laggard di Wall Street.
  3. Pengamal ilmu CANSLIM.

Sudah tentu anda ingin tahu apa yang anda akan pelajari dari e-book ini, betul tak?

Dalam e-book ini, anda akan belajar:

1. Apa Itu Leader & Laggard

2. Mengapa Perlu Mengenal Pasti Leader & Laggard

3. Cara Mengenal Pasti Kaunter Leader & Laggard

4. Contoh Perbandingan Leader & Laggard Saham Wall Street

5. Senarai 10 Sektor Saham di Wall Street

6. 100 Contoh Saham Leader & Laggard Wall Street

Miliki e-book Leaders and Laggards Wall Street sekarang -> https://thekapital.my/leaderslaggards-wallstreet

Previous ArticleNext Article

Peluang Pelaburan Dalam Industri Pickleball: Saham Yang Patut Diperhatikan

Walaupun pickleball belum begitu popular di Malaysia berbanding Amerika Syarikat, sukan ini sedang berkembang pesat di peringkat global. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, pickleball bukan sahaja mencuri perhatian sebagai aktiviti riadah, malah turut membuka peluang pelaburan menerusi syarikat-syarikat yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam ekosistem sukan ini.

Artikel ini akan menghuraikan beberapa syarikat tersenarai awam di luar negara yang terdedah kepada pertumbuhan industri pickleball sama ada sebagai pengeluar peralatan, pengendali fasiliti, jenama pakaian sukan, ataupun pelabur dalam liga dan acara berkaitan pickleball.

Syarikat Luar Negara yang Berkaitan Dengan Pickleball

1. Life Time Group Holdings, Inc. (NYSE: LTH)

Perniagaan utama: Pemilik dan pengendali pusat kecergasan mewah di seluruh Amerika Syarikat.

Hubungan dengan pickleball: Life Time telah melabur besar-besaran dalam membina gelanggang pickleball di pusat-pusat kecergasan mereka. Syarikat ini menyasarkan untuk menjadi destinasi utama sukan pickleball komuniti dengan membina lebih 1,000 gelanggang menjelang tahun-tahun akan datang.

Faktor pelaburan: Dengan peningkatan penyertaan pickleball di Amerika, langkah ini dijangka meningkatkan keahlian kelab serta pendapatan dari fasiliti.

Prestasi kewangan terkini (Q2 2025):

Hasil: USD 2.1 bilion (YoY meningkat 8.5%)

EBITDA diselaraskan: USD 462 juta

Keuntungan bersih: Positif buat kali pertama sejak IPO pada 2021

Status: Tidak patuh syariah

2. Escalade, Inc. (NASDAQ: ESCA)

Perniagaan utama: Pengeluar peralatan sukan dan rekreasi, termasuk pickleball.

Hubungan dengan pickleball: Menerusi anak syarikat seperti ONIX Sports, Escalade ialah antara peneraju pasaran dalam peralatan pickleball termasuk paddle, bola, dan jaring.

Faktor pelaburan: Permintaan untuk peralatan pickleball dijangka meningkat seiring dengan penyertaan aktif di seluruh AS dan Kanada.

Prestasi kewangan terkini (Q2 2025):

Hasil: USD 88.3 juta

Margin keuntungan kasar: 30.1%

Dividen: 0.15 USD sesaham (yield sekitar 3%)

Status: Tidak patuh syariah

3. Dick’s Sporting Goods (NYSE: DKS)

Perniagaan utama: Peruncit peralatan dan pakaian sukan terbesar di Amerika Syarikat.

Hubungan dengan pickleball: Mempunyai rangkaian produk pickleball yang luas di kedai fizikal dan atas talian. Juga terlibat dalam promosi komuniti seperti kejohanan tempatan.

Faktor pelaburan: DKS mendapat manfaat terus daripada peningkatan jualan paddle, pakaian, dan kasut berkaitan pickleball.

Prestasi kewangan terkini (Q2 2025):

Hasil: USD 3.45 bilion

Margin bersih: 8.7%

EPS: USD 3.12

Status: Patuh syariah

Adakah Terdapat Saham Berkaitan Pickleball Di Malaysia?

Setakat ini, belum ada syarikat tersenarai awam di Bursa Malaysia yang secara langsung terlibat dalam industri pickleball.

Kenapa Pickleball Menarik Dari Sudut Pelaburan?

Pertumbuhan pantas: Menurut laporan Sports & Fitness Industry Association (SFIA), pickleball ialah sukan dengan pertumbuhan terpantas di Amerika Syarikat selama tiga tahun berturut-turut.

Demografi luas: Diminati oleh pelbagai peringkat umur dari belia hingga warga emas, menjadikannya pasaran stabil dan berkembang.

Peluang runcit dan fasiliti: Selain jualan produk, permintaan untuk gelanggang dan akademi latihan memberi peluang tambahan kepada sektor hartanah dan pendidikan sukan.

Walaupun pelabur Malaysia tidak mempunyai banyak pilihan domestik berkaitan pickleball, peluang pelaburan antarabangsa terbuka luas terutamanya di pasaran AS.

Syarikat seperti Life Time Group, Escalade, dan Dick’s Sporting Goods menunjukkan pendedahan langsung dan boleh dimanfaatkan oleh pelabur jangka sederhana dan panjang.

Untuk pelabur runcit Malaysia yang berminat, ini juga masa terbaik untuk memerhatikan trend sukan baru ini. Bukan hanya untuk pelaburan, tetapi juga sebagai peluang keusahawanan, francais gelanggang, atau penganjuran acara tempatan.

Tak main pickleball pun tidak mengapa, janji kita ada saham yang berkaitan pickleball.