Ulasan Hartanah Tidak Terjual Di Malaysia Sepanjang Tahun 2019

Sepanjang tahun 2019 yang lalu, jualan hartanah dari pelbagai kategori menunjukkan trend yang dinamik dengan pelaksanaan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).

Isunya saban tahun semenjak tahun 1960-an lagi masih sama yaqni isu pemilikan hartanah yang rendah hatta wujud banyak penawaran hartanah dari pelbagai kategori oleh pemaju subsidiari Kerajaan mahupun swasta.

Untuk rekod, lambakan hartanah tidak terjual di Malaysia pada tahun 2019 telah pun mencecah 57,000 unit dengan nilai keseluruhan hartanah siap tak terjual RM41.5 bilion.

Terdapat dua masalah yang dikenal pasti penulis berkenaan lambakan hartanah tidak terjual di Malaysia iaitu :-

  • Isu penawaran tidak selari dengan permintaan.
  • Stok rumah mampu milik tidak mencukupi.

Isu penawaran tidak selari dengan permintaan semakin parah pada tahun 2015 apabila pemaju hartanah telah membina kediaman Small Office Home Office (SoHo) pada skala yang besar.

Sedangkan permintaan untuk hartanah SoHo boleh dikatakan rendah berbanding hartanah kediaman yang sebenar seperti flat, pangsapuri, apartmen dan kondominium itu pun dengan syarat dijual pada harga yang mampu milik dan bukan mampu tengok semata-mata.

Kedua, stok rumah mampu milik tidak mencukupi di seluruh Malaysia untuk menampung permintaan semasa dan mendatang rakyat Malaysia.

Penawaran rumah mampu milik sedia ada pada harga median RM298,000 ke atas juga tidak selari dengan harga rumah yang sesuai dimiliki rakyat Malaysia oleh Bank Negara Malaysia yaqni pada angka RM282,000 untuk isi rumah berpendapatan median (M40).

Transaksi Hartanah Kediaman Sepanjang Tahun 2019

Transaksi bagi hartanah kediaman mengikut jenis adalah :

  • Teres – 85,669 unit
  • High Rise – 32,391 unit
  • Plot Kosong – 32,478 unit
  • Kos Rendah – 25,368 unit
  • Semi D – 17,673 unit
  • Banglo – 1,934 unit
  • Lain lain – 3,782 unit

Transaksi hartanah kediaman pada tahun 2019 menunjukkan negeri Selangor menyumbang 24.8% daripada jumlah keseluruhan transaksi diikuti Johor 13.8% dan Perak 10.5%.

Jumlah transaksi adalah pada angka 209,295 unit dan mengikut negeri adalah :

  • Selangor – 51,981 unit
  • Johor – 28,904 unit
  • Perak – 21,927 unit
  • Terengganu – 13,790 unit
  • Kedah – 13,519 unit
  • Pulau Pinang – 12,718 unit
  • Pahang – 11,627 unit
  • Kuala Lumpur – 11,100 unit
  • Negeri Sembilan – 10,783 unit
  • Melaka – 9,933 unit
  • Sarawak – 9,914 unit
  • Kelantan – 6,101 unit
  • Sabah – 5,368 unit
  • Perlis – 853 unit
  • WP Putrajaya – 552 unit
  • WP Labuan – 225 unit

Apa yang menarik adalah 61.7% transaksi hartanah pada tahun 2019 adalah berharga RM300,000 ke bawah. Transaksi hartanah kediaman mengikut kurungan harga pada tahun 2019 adalah:

  • Bawah RM300,000 – 129,161 unit
  • RM300,000 – RM500,000 – 44,502 unit
  • RM500,000 – RM1 juta – 27,617 unit
  • RM1 juta ke atas – 7,815 unit

Turun Naik Pasaran Hartanah Mengikut Sektor 2018-2019

Wujud trend penurunan dan kenaikan yang dinamik pasaran hartanah pada tahun 2019 jika dibandingkan dengan tahun 2018 pada hartanah jenis kediaman, komersial, industri, agrikultur dan tanah.

Hartanah kediaman menunjukkan peningkatan tertinggi kepada 6.0% pada tahun 2019 berbanding 1.4% pada tahun 2018.

Hartanah komersial menunjukkan penurunan kepada 7.2% berbanding 8.0% pada tahun 2018.

Hartanah industri turut turun dengan nisbah 3.8% pada tahun 2019 daripada 5.4% pada tahun sebelumnya.

Agrikultur menunjukkan peningkatan yang baik kepada 2.0% pada tahun 2019 berbanding -4.2% pada tahun 2018.

Dan akhir sekali tanah mencatatkan -1.3% pada tahun 2019 berbanding 0.3% pada tahun sebelumnya.

Hartanah tidak terjual bagi sektor kediaman mencatatkan 30,664 unit dengan nilai RM18.82 bilion, diikuti jenis servis apartmen 17,142 unit dengan nilai RM15.04 bilion.

Manakala hartanah kedai mencatatkan 6,024 unit dengan nilai RM4.87 bilion dan hartanah industri 1,280 unit dengan nilai RM1.87 bilion.

Data dari JPPH turut menunjukkan hartanah sedia ada telah mencapai 5,727,814 unit dan penawaran mendatang adalah sebanyak 884,470 unit.

Di Malaysia, 40.9% daripada penawaran hartanah adalah rumah teres, 21.6% adalah high rise dan 20.3% adalah rumah kos rendah.

Masalah Supply And Demand

Pokok pangkal bagi permasalahan ini adalah ketidaksamaan antara penawaran dan permintaan dalam hartanah khususnya hartanah kediaman.

Pemaju sewajarnya mengambil iktibar dengan menurunkan harga rumah ke paras yang benar-benar mampu dimiliki.

Semoga isu lambakan hartanah tidak terjual ini mengajar pemaju hartanah untuk benar – benar teliti dalam menjankan kajian selidik lapangan akan permintaan hartanah yang tepat.

Kerajaan menerusi Bank Negara Malaysia dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan wajar dipuji kerana sekali lagi mengambil langkah popular dengan memperkenalkan Kempen Pemilikan Rumah (HOC) untuk tahun 2020 demi menggalakkan perkembangan positif dalam industri hartanah yang sedang bergelut dengan pandemik Covid-19.

Untuk bakal pembeli rumah, gunakan HOC 2.0 ini sebagai peluang dan ruang untuk menjadi pemilik rumah pada kos yang lebih murah.

Beli rumah yang telah siap dan elakkan beli rumah yang dijangka siap pada tahun 2022-2024. Kita tidak tahu keadaaan ekonomi masa depan dan risiko pemaju hartanah untuk muflis dalam keadaan kemelesetan ekonomi hari ini adalah sangat tinggi.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Axis REIT: Pengambilalihan Kedua Tahun Ini

Saranan BELI dan harga sasar (TP) MYR2.42 dikekalkan, potensi kenaikan harga saham sekitar 20%, dengan kadar hasil dividen 5.2% untuk FY26F

Axis REIT telah mengumumkan pengambilalihan keduanya untuk tahun 2026, iaitu sebuah perjanjian jualan dan pajakan semula bernilai MYR128j dengan City-Link Express (M) untuk sebuah pusat pengedaran di Bandar Saujana Putra, Selangor. Kami memandang agak positif akan perkara ini kerana ia masih menepati strategi REIT ini untuk memperoleh aset-aset perindustrian yang memberikan kenaikan hasil sambil menyokong sasaran pengambilalihan pihak pengurusan sebanyak kira-kira MYR350j sepanjang FY26-27.

Butiran mengenai pengambilalihan

Axis REIT mengambil alih hartanah ini dengan bayaran tunai sebanyak MYR128j (kira-kira 2% daripada jumlah aset), yang dibiayai menerusi pembiayaan bank sedia ada. Hartanah ini sekarang dihuni 100% oleh pemilik dan akan dipajak semula kepada City-Link Express untuk tempoh tetap selama 15 tahun, dengan kenaikan sewaan yang dipersetujui semasa tempoh pajakan. Pengambilalihan ini menawarkan pendapatan berulang yang stabil, dengan sokongan daripada struktur pajakan semula yang panjang dan kadar hasil kasar awal yang baik sebanyak 6.2%.

Pengambilalihan ini dijangka selesai pada 4Q26. Selepas perjanjian selesai dimeterai, paras hutang Axis REIT dijangka meningkat kepada kira-kira 35.1%, dengan ruang untuk mengambil pinjaman sekitar MYR840j lagi (berdasarkan penyata kewangan 1Q26 yang terkini).

Butiran mengenai hartanah

Aset ini terdiri daripada dua tanah komersial bersambung dengan status pegangan pajakan selama 99 tahun (baki tempoh pajakan lebih kurang 68 tahun), di samping bangunan-bangunan pusat pengedaran, blok pejabat dan fasiliti sokongan. Hartanah ini mempunyai jumlah kawasan boleh disewakan sebanyak kira-kira 355 ribu kps (sekitar 2% daripada jumlah NLA) dan terletak di Bandar Saujana Putra dengan akses kepada Rangkaian Pusat Lebuh Raya Utara Selatan E6 atau ELITE, Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuh Raya Pesisir Barat (WCE), dan Lebuh Raya Shah Alam atau KESAS. Hal ini menyokong kegunaannya sebagai hab logistik dan pengedaran.

Pandangan kami

Kami memandang agak positif akan perjanjian ini, dan setelah ia selesai, kami menjangka ia akan memberikan sumbangan positif mulai FY27, dengan pendapatan sewaan tahunan sekitar MYR7.9j (kira-kira 2% daripada hasil FY27). Perkara ini diterjemahkan kepada kadar hasil kasar sebanyak 6.2% sebelum mengambil kira kos pembiayaan yang berkaitan dengan pinjaman baru. Kami menjangka pengambilalihan ini secara bersihnya akan menaikkan kadar hasil semasa Axis REIT untuk FY27F sebanyak 5.3%.

Sementara itu, tempoh pajakan semula selama 15 tahun kepada pengendali sedia ada, di samping kenaikan sewaan yang termasuk dalam perjanjian, menawarkan prospek jelas untuk pendapatan dalam jangka sederhana. Walaupun ia dibiayai sepenuhnya menggunakan hutang, paras hutang Axis REIT selepas memeterai perjanjian ini masih dalam keadaan terkawal, dengan adanya kapasiti kunci kira-kira yang mencukupi untuk langkah pengambilalihan lain.

Ramalan dan penilaian

Sementara menunggu selesainya pengambilalihan ini dan bayangan lanjut daripada pihak pengurusan, kami kekalkan ramalan perolehan dan TP MYR2.42 yang diperoleh melalui kaedah DDM (dengan kiraan premium ESG 2% kerana markah REIT ini ialah 3.1), iaitu kadar dividen kira-kira 5% untuk FY26F mengikut TP. Risiko negatif: Tiada pembaharuan bagi pajakan-pajakan REIT yang tamat tempoh, kadar turun naik harga sewa yang lebih rendah daripada jangkaan, dan cadangan pengambilalihan aset terbatal.

Asas Penilaian

Model diskaun dividen (DDM)

Faktor Pemacu Utama

Permintaan lebih tinggi untuk hartanah perindustrian yang disokong oleh penembusan pasaran e-dagang yang berterusan, penstrukturan semula rantai bekalan dan kemasukan pelaburan asing langsung yang kukuh dalam segmen pembuatan.

Risiko Utama

i. Pajakan yang tamat tempoh tidak diperbaharui
ii. Kadar turun naik harga sewa yang lebih rendah berbanding jangkaan
iii. Cadangan pengambilalihan aset dibatalkan

Profil Syarikat

Axis REIT sebuah REIT yang mempunyai portfolio perniagaan pelbagai, dan berpengkhususan dalam hartanah komersial dan perindustrian.

Carta Saranan

Penganalisis
Loong Kok Wen CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.