Kadar Sewa Di Malaysia Dijangka Tidak Meningkat Bagi Tahun 2021, Disebabkan 3 Perkara Ini

Secara menyeluruh, unit kediaman hartanah di Malaysia untuk tahun 2020 dilihat mengalami penyusutan yang agak membimbangkan daripada jumlah transaksi hartanah dan nilai hartanah untuk 6 bulan pertama tahun 2020 berbanding tempoh sama tahun sebelumnya.

Data daripada Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta Malaysia (JPPH) atau yang dikenali sebagai NAPIC menunjukkan sebanyak 75,318 transaksi harta tanah kediaman bernilai RM25.61 bilion yang dicatatkan dalam tempoh H1 2020 menurun 24.6% dalam bilangan (unit), dan 26.1% dalam nilai berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Baca : Malaysia Keenam Tertinggi Bagi ‘Rental Yield’ Hartanah Asia Pada Tahun 2019

Prestasi pasaran hartanah di seluruh negeri di Malaysia juga menunjukkan penurunan angka yang kurang memberangsangkan dan pemain industri hartanah dilihat berdepan situasi sukar bermula Mac 2020 dan selepas tempoh moratorium tamat pada September 2020 yang lalu.

Baca : Norma Baharu Dalam Beli Rumah? Lihat Apa Yang Rakyat Malaysia Mahu

Sementara itu, portal iProperty pada 30 September 2020 yang lalu melaporkan permintaan sewa hartanah negara merosot pada kadar 5.6% dalam separuh pertama 2020.

“Walaupun terdapat peningkatan aktiviti pasaran dan langkah-langkah yang dicadangkan di bawah Pelan Jana Ekonomi Negara (PENJANA), pasaran harta tanah dijangka akan kekal perlahan pada separuh kedua tahun 2020 dan dijangka akan kekal perlahan sehingga tahun 2021”

– YB Zuraida Kamaruddin
Kredit Gambar: FB Zuraida Kamaruddin

Baca : Permintaan Sewa Meningkat Di KL Dan Selangor, Ini Faktanya

Akan tetapi, kawasan tumpuan utama di Lembah Klang seperti Shah Alam, Petaling, Wangsa Maju, Damansara Perdana dan Cheras masih lagi mencatatkan permintaan sewaan yang tinggi berbanding kawasan lain dengan kadar median sewa bulanan RM1,500 – RM2,000 sebulan.

Rental yield di kawasan tumpuan Lembah Klang masih lagi pada kadar yang selesa di antara 3.2% – 5.2%.

Baca : Apa Itu Rental Yield Dalam Pelaburan Hartanah?

Kajian selidik yang dilakukan PricewaterhouseCoopers (PwC) berdasarkan Emerging Trends in Real Estate Asia Pacific 2021 menunjukkan Kuala Lumpur berada dalam senarai terakhir untuk ramalan bandar dengan pertumbuhan sewaan tahun 2021 di belakang Jakarta, Manila, New Delhi dan Bangkok.

Kredit: PwC

Baca : Top 5 Pilihan Pelabur Hartanah Antarabangsa di Asia Pasifik

Jom kita tengok 3 sebab mengapa kadar sewa di Malaysia dijangkan tidak akan meningkat pada tahun 2021.

1. Permintaan Menurun

Dengan keadaan kadar jangkitan virus COVID-19 di Malaysia yang semakin hari semakin tinggi, orang ramai dilihat menghadkan aktiviti mereka dan mengambil langkah selamat dengan terus kekal selamat di rumah masing – masing.

Baca : Harga Rumah Naik 313% Sejak 2002. Ini 4 Punca Dan 2 Solusinya

Setakat Oktober 2020 yang lalu, data dari Jabatan Perangkaan Malaysia melaporkan 784,200 rakyat Malaysia hilang pekerjaan dan angkanya meningkat 1.5% berbanding September 2020.

2. Pasaran Sedang Tenat

Sama ada kita sedar atau tidak, banyak pemilik unit kediaman yang mula menjual hartanah mereka 30% – 40% daripada harga pasaran bermula Oktober 2020 yang lalu ekoran kegagalan pelaburan hartanah.

Baca : 9 Checklist Sebelum Nak Melabur Dalam Hartanah

Sifirnya mudah. Bila tiada penyewa, pemilik tidak mampu membayar ansuran pinjaman hartanah daripada bank. Sebelum pihak bank melelong rumah tersebut, adalah lebih baik untuk pemilik hartanah menjualnya.

Sayangnya, pada saat ini tidak mudah untuk mencari pembeli dan proses jual beli rumah memakan masa berbulan-bulan lamanya.

3. Jangkaan Masa Depan

Para pelabur hartanah antarabangsa melihat dengan peningkatan kes jangkitan COVID-19 dan isu perebutan kuasa di antara komponen parti politik menyebabkan mereka melihat Malaysia merupakan risiko yang tinggi untuk pelaburan mereka.

Baca : Bagaimana Isu Politik Beri Kesan Kepada Harga Rumah Di Malaysia

Pelabur hartanah antarabangsa juga dilihat lebih cenderung untuk melabur ke Singapura, Jakarta, Hanoi dan Bangkok berbanding Malaysia.

Untuk menyedapkan hati, kita akan mengatakan apa yang berlaku hari ini adalah ‘kitaran hartanah’ yang normal seperti apa yang berlaku pada pasaran hartanah tahun 1997 dan 2008.

Baca : 6 Sebab Kenapa Malaysia Menjadi Destinasi Utama Pelabur Hartanah Antarabangsa

Apa yang pasti, selagi krisis kesihatan dan perebutan kuasa politik tidak menampakkan sebarang tanda-tanda positif, Malaysia akan hilang banyak sumber pendapatan yang berteraskan hartanah seperti pelaburan logistik, sewaan pejabat dan pelancongan.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

“Kaki Shopping” Kini Boleh Jadi “Owner” Mall: Kenali IOI REIT RM7.58 Bilion

IOI Properties Group Bhd (IOIPG) secara rasmi memulakan langkah besar dalam pasaran modal dengan mencadangkan penyenaraian IOI REIT di Pasaran Utama Bursa Malaysia. Dengan penilaian aset mencecah RM7.58 bilion, entiti ini bakal menjadi salah satu REIT terbesar di Malaysia, sekali gus mengubah landskap pelaburan hartanah tempatan.

Senang cakap, IOI Properties nak kumpulkan aset-aset “lubuk duit” mereka (seperti mall, hotel dan pejabat) ke dalam satu bakul besar yang dipanggil REIT.

  • Nilai Aset: RM7.58 bilion
  • Status: Bakal disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia
  • Peluang: Bila disenaraikan nanti, pelabur (termasuk kita) boleh beli unit dalam REIT ini untuk dapatkan dividen hasil daripada kutipan sewa mall dan pejabat mereka

Baca juga REIT: Cara Melabur Dalam Hartanah Tanpa Modal Besar dan Deposit

1. Pecahan Portfolio Aset (Retail, Hotel dan Pejabat)

Kekuatan IOI REIT terletak pada kualiti asetnya yang mempunyai kadar penghunian (occupancy rate) yang tinggi dan lokasi strategik. Contohnya bila pergi IOI City Mall Putrajaya pada hujung minggu, nak cari parking pun boleh pening kepala. Itu sebenarnya petanda yang sangat bagus untuk pelabur.

Segmen Retail (Pusat Beli-Belah)

Ini adalah pemacu utama pendapatan bagi IOI REIT:

Nama AsetLokasiBilangan Kedai (Anggaran)
IOI City MallPutrajaya700+ Unit
IOI Mall PuchongPuchong450+ Unit
IOI Mall KulaiJohor140+ Unit

Segmen Hospitaliti & Pejabat

  • Hotel: Termasuk aset berprestasi tinggi seperti Putrajaya Marriott Hotel, Le Méridien Putrajaya dan Palm Garden Hotel.
  • Pejabat: Menara IOI City (Fasa 1 & 2) yang menempatkan pelbagai penyewa korporat gergasi dan agensi kerajaan.

2. Rasional Strategik: Mengapa IOI REIT Penting?

Langkah IOIPG memisahkan aset-aset ini ke dalam REIT mempunyai objektif kewangan yang jelas:

  • Pencairan nilai: Memberi nilai pasaran yang jelas kepada aset hartanah pelaburan IOIPG yang selama ini “tersembunyi” dalam kunci kira-kira syarikat induk.
  • Struktur modal yang lebih ringan’: Hasil daripada penyenaraian ini boleh digunakan untuk mengurangkan hutang korporat atau membiayai projek pembangunan baharu (seperti IOI Central Boulevard di Singapura).
  • Dividen konsisten: Sebagai REIT, entiti ini diwajibkan mengagihkan sekurang-kurangnya 90% daripada pendapatan boleh agih sebagai dividen kepada pemegang unit, menjadikannya pilihan utama pelabur yang mencari pendapatan pasif.

3. Peluang Pelaburan

Nak buka kedai sendiri dalam mall? Fuh, modal bukan sikit. Deposit saja dah boleh beli sebiji kereta, belum kira stok barang dan gaji pekerja lagi. Memang nampak mustahil untuk orang biasa macam kita.

IOI Properties akan membuka ruang buat kita semua untuk ‘tumpang sekaki’ dalam kejayaan aset mereka. Melalui IOI REIT, anda tidak perlu menunggu jadi jutawan untuk memiliki hartanah sendiri; anda boleh mula membina portfolio ‘tuan tanah’ anda sendiri dengan unit-unit REIT yang sah dan dikawal selia. Juga tak perlu pusing kepala fikir nak jual barang apa, tak perlu upah pekerja dan tak perlu risau kedai laku ke tidak.

1. Bila anda melabur dalam IOI REIT, secara tak langsung penyewa anda adalah jenama-jenama besar dunia yang ada dalam mall tersebut. Mereka ni jarang culas bayar sewa.

2. Bayangkan anda tengah tidur atau tengah bercuti, tapi 700+ kedai di IOI City Mall dan 450+ kedai di IOI Mall Puchong tetap “bekerja” untuk anda. Pada tahun 2025 sahaja, hasil tempat letak kereta daripada aset-aset IOI menyumbang sebanyak RM64.7 juta. Setiap sen sewa yang mereka bayar kepada IOI, sebahagiannya akan diagihkan kepada anda sebagai dividen.

3. Tak perlu RM1 juta dalam bank. Dengan modal serendah beberapa ratus ringgit (harga beberapa unit saham REIT), anda sudah boleh mula membina portfolio hartanah pelaburan sendiri. Anda tambah unit sikit demi sikit setiap bulan, lama-lama jumlah sewa yang anda terima pun makin tebal.

Status Syariah

Untuk melayakkan sesebuah REIT itu mendapat status patuh Syariah, pendapatan daripada penyewa yang menjalankan aktiviti tidak patuh Syariah (seperti bank konvensional, penjualan minuman keras atau insurans konvensional) mestilah tidak melebihi 20% daripada jumlah pendapatan kasar REIT tersebut.

Mereka memiliki banyak hotel (Marriott, Le Méridien) yang biasanya mempunyai jualan alkohol atau pusat hiburan. Jika pendapatan dari bahagian ini terlalu tinggi, ia boleh menjejaskan status syariah.

Kita perlu menunggu prospektus rasmi dikeluarkan nanti. Dalam dokumen itu nanti, akan ada ruangan khas yang menyatakan sama ada Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti meluluskan penyenaraian ini sebagai Islamic REIT atau tidak.

Setakat ini, pasaran kita sudah ada beberapa REIT gergasi yang berstatus tidak patuh Syariah disebabkan komposisi penyewa mereka seperti:

  • IGB REIT (Mid Valley/The Gardens)
  • Pavilion REIT
  • Sunway REIT (Walaupun mereka ada banyak instrumen Islam, status induk masih konvensional atas faktor hotel/pub).

Kalau IOI berjaya jadikan REIT ini patuh Syariah, ia akan jadi “game changer” sebab dana-dana Islam yang besar akan masuk melabur secara agresif.

Sabar dulu, IOI REIT ni masih menunggu ‘lampu hijau’ daripada Suruhanjaya Sekuriti. Anggaplah fasa menunggu ini sebagai waktu terbaik untuk anda mengkaji prestasi mall-mall mereka. Boleh rujuk laporan tahunan IOI Properties.

Risiko Yang Perlu Diperhatikan

Pelabur yang bijak tidak hanya melihat pada potensi keuntungan, tetapi juga perlu realistik dengan cabaran semasa. Ada dua faktor besar yang bakal menguji daya tahan IOI REIT:

  • Kuasa beli menurun: Kalau ekonomi gawat atau orang mula berjimat, jualan kedai mungkin akan terkesan.
  • Krisis tenaga: Menguruskan mall berkeluasan berjuta kaki persegi memerlukan penggunaan tenaga yang sangat besar. Isu tenaga global dan kenaikan tarif elektrik merupakan risiko yang boleh menipiskan margin keuntungan bersih.
  • Saingan E-Commerce: Walaupun “budaya mall” sangat kuat di Malaysia, saingan daripada platform atas talian tetap ada. Strategi IOI untuk menggabungkan elemen pengalaman (seperti taman tema indoor dan gelanggang ais) adalah kunci untuk memastikan mall mereka kekal relevan dan tidak hanya bergantung kepada jualan barangan fizikal semata-mata.

Syarat untuk membeli REIT adalah sama seperti anda membeli saham syarikat di Bursa Malaysia.

Berikut adalah syarat-syarat asas yang anda perlukan:

1. Mempunyai Akaun CDS & Akaun Trading

  • Mestilah berumur 18 tahun ke atas
  • Akaun CDS (Central Depository System): Tempat untuk simpan “geran” digital unit REIT anda.
  • Akaun Trading: Akaun dengan syarikat broker (seperti CGSI, M+ Online, Webull) untuk urusan jual-beli.

2. Mempunyai Modal Pelaburan

  • Minimum belian: 1 lot bersamaan 100 unit.
  • Contoh modal: Jika harga 1 unit REIT ialah RM1.00, maka modal minimum anda adalah RM100 (tak termasuk caj broker/stamping).

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!