
Image by Daniel Bone from Pixabay
Sub Topik
Hartanah pasaran lelong sudah tidak asing lagi di kalangan pelabur dan ejen hartanah yang berteraskan pelaburan.
Semenjak akhir tahun 2016 lagi pasaran lelong mula tumbuh dengan begitu pesat dengan wujudnya pelbagai portal yang khusus kepada pasaran hartanah lelong.
Bahkan, pada tahun 2018 ramai pemerhati hartanah melihat tahun itu merupakan ‘tahun rumah lelong’ kerana kemelesetan ekonomi yang sudah mula menampakkan kesan kepada permintaan sewaaan pasaran hartanah khususnya di bandar-bandar utama seperti Johor Bahru, Kuala Lumpur, Selangor dan Pulau Pinang.
Hari ini, kita patut berterima kasih kepada pemain industri lelong yang memudahkan kerja kita dalam mendapatkan ilmu, strategi dan teknik untuk mencuba nasib dalam hartanah pasaran lelong.
Baca : Rumah Lelong: Merugikan atau Menguntungkan? Ambil Tahu 5 Perkara Ini
Satu perkara yang membanggakan adalah, mitos bahawa rumah lelong mudah untuk dibeli seperti rumah undercon sudah tidak lagi wujud.
Jika ada pun mungkin daripada pelabur hartanah yang kurang ilmu dalam perbandingan pelaburan dari pasaran hartanah.
Selain itu, masyarakat hari ini juga sudah mula bijak bermain kalkulator online untuk mengira kos bagi mendapatkan rumah lelong.
Tiadalah hanya mencongak dan membuat andaian sesebuah rumah itu untung dibeli.
Baca : Berapa Downpayment Untuk Rumah Subsale, Lelong dan Undercons?
Dengan keadaan Malaysia sedang bergelut dengan krisis kesihatan dan kemelesetan ekonomi, tidak terkejut akan ada banyak unit kediaman yang akan dilelong.
Puncanya?
- Kegagalan membayar ansuran pinjaman hartanah dari institusi perbankan
- Kadar pengangguran yang memasuki angka 748,200 orang setakat Oktober 2020

Untuk artikel kali ini, anda akan didedahkan 6 kos tersembunyi dalam pasaran rumah lelong. Ada kos tersembunyi ke?
Jujurnya, 6 kos tersebut bukanlah kos tersembunyi dengan niat menganiaya atau menzalimi anda sebagai pembeli.
Akan tetapi, lebih kepada kos-kos yang kerap bakal pembeli rumah lelong terlepas pandang.
6 kos ini juga wajib anda masukkan dalam kira-kira kos sekiranya kita memasang niat untuk membeli rumah lelong dalam masa terdekat.
1. Kos Guaman & Duti Setem & Dokumen Pinjaman
Secara kasar kosnya adalah 5% -10% daripada harga rumah yang anda beli. Ini merupakan kos wajib.
2. Yuran Penilaian Hartanah
Kosnya adalah 0.25% dari harga semasa unit dan bukan daripada harga rumah yang anda beli. Jadi, kosnya berkemungkinan lebih tinggi.
3. MRTA/MLTA
Perlindungan yang anda perlu keluarkan untuk melindungi pinjaman untuk rumah rumah tersebut.
4. Pemindahan Hak Milik

Ada pemaju yang akan kenakan caj 1% daripada harga rumah. (bergantung kepada pemaju hartanah)
5. Tunggakan
Semak sekiranya wujud tunggakan yuran penyelenggaraaan untuk hartanah jenis strata dan cukai pintu.
6. Deposit
Anda perlu keluarkan kos untuk deposit bekalan air, sistem kumbahan dan elektrik.
Pastikan anda kira setiap kos yang perlu anda keluarkan untuk memiliki rumah lelong tersebut. Dalam beberapa kes, anda tidak perlu membayar tunggakan utiliti.
Baca : Step by Step Nak Beli Rumah Lelong
Sebenarnya, pasaran lelong memang menarik jika anda benar-benar fokus untuk mengumpul portfolio hartanah.
Jangan terkejut jika anda dapati ada rumah flat dengan 3 bilik dan 2 tandas di Rawang dilelong pada harga bermula RM14,000 sedangkan harga pasaran semasa adalah RM45,000.
Ada juga Semi-D yang dilelong di Semenyih pada harga RM620,000 sedangkan harga pasaran semasa adalah RM880,000 dan projek tersebut masih baru dan tidak sampai 5 tahun siap dari tarikh untuk diduduki.
Ramai pelabur hartanah yang berjaya mencapai financial freedom dengan hartanah lelong ekoran bijak menggunakan fasiliti bank.
Pasaran lelong mempunyai banyak ruang dan peluang untuk anda kerana hanya ⅓ daripada Bumiputera yang benar-benar meneroka pasaran hartanah lelong.
Baca : Hanya 1 Daripada 3 Bumiputera Teroka Pasaran Hartanah Lelong
Akhir kata, semak betul-betul kos yang perlu anda keluarkan kerana ianya merupakan kos pelaburan anda.
Sumber Rujukan:













