Purata Simpanan KWSP Mengikut Umur

Ada yang dah kerja berpuluh tahun, banyak juga dah carum dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP). Mesti nak tahu berapa simpanan purata rakyat Malaysia dalam skim persaraan ini kan?

Tapi sebelum itu, ada beberapa fakta oleh pihak KWSP yang kita perlu ketahui terlebih dahulu:

  • 68% ahli yang aktif tidak mencapai simpanan asas, iaitu RM240,000 apabila mencapai umur 55 tahun
  • 70% ahli yang aktif berumur 54 tahun mempunyai kurang daripada RM50,000
  • 2 daripada 3 ahli akan hidup dengan kurang daripada RM950 sebulan sehingga umur 75 tahun
  • 7 daripada 10 ahli akan hidup dengan RM210 sebulan sehingga umur 75 tahun, atau habiskan kesemua simpanan kurang daripada 2 tahun

    Sumber Rujukan: Strategi Literasi Kewangan Kebangsaan 2019-2023, MyMetro dan MalaysiaKini  

Data ini adalah secara umum, tetapi kita akan zoom dengan lebih mendalam lagi.

Purata Simpanan KWSP Mengikut Umur

Berdasarkan EPF Annual Report 2019 yang dikeluarkan pihak KWSP, maka kita perolehi data di atas. Secara puratanya rakyat Malaysia yang mencarum dalam KWSP ini mempunyai RM112 ribu ketika dalam lingkungan umur 36-40 tahun.

Manakala apabila tiba waktu pencen umum 55 pula, purata pencarum mempunyai RM204 ribu dalam KWSP mereka.

Cukup ke banyak ini bagi menempuh hari persaraan? Dengan kadar jangka hayat sehingga umur 70 tahun? Ini bermakna bahawa duit tersebut perlu bertahan selama sekurang-kurangnya 15 tahun.

Gaji Rendah Dan Pengeluaran KWSP Oleh Ahli

This image has an empty alt attribute; its file name is Mean-3.jpg

Memang tidak dinafikan bahawa gaji rendah adalah punca utama kenapa simpanan dalam KWSP adalah rendah. Golongan isirumah M40 di Malaysia secara putaranya menerima gaji RM7,348 sebulan.

Isirumah di sini kita andaikan pasangan suami isteri kedua-duanya bekerja, maka kena bahagi pula dengan dua. Berapa ramai daripada anda yang menerima gaji sebanyak ini setiap bulan?

This image has an empty alt attribute; its file name is Berapa-Purata-Simpanan-KWSP-Mengikut-Umur1-700x387.jpg

Selain daripada itu juga, pada tahun 2019 seramai 4.2 juta rakyat Malaysia membuat pengeluaran sebanyak RM44.77 bilion atau purata RM10,621.69 seorang.

Tahun ini keluar duit untuk beli rumah, tahun depan keluar duit kurangkan instalment rumah, lagi 15 tahun nak keluar duit untuk pergi haji. Maka semakin berkuranglah simpanan dalam tabung KWSP.

Jadi apakah penyelesaian kepada isu simpanan KWSP tak mencukupi ini? Sudahkah anda mempunyai backup plan yang lain?

Sumber Rujukan: EPF Annual Report 2019

Panduan:

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

TTM Technologies Mahu Percepatkan Pelaburan Fasa Kedua Di Pulau Pinang

BUKIT MERTAJAM, 25 April (Bernama) — TTM Technologies Inc, sebuah syarikat tersenarai NASDAQ telah melancarkan fasiliti pembuatan pertamanya di Malaysia hari ini.

Pada masa yang sama, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Thomas Edman mendedahkan rancangan syarikatnya untuk mempercepatkan pelaksanaan pelaburan Fasa Kedua berikutan permintaan kukuh bagi teknologi canggih papan litar bercetak berbilang lapisan.

Syarikat itu pada asalnya menjadualkan pengembangan pada 2025, dengan peningkatan kapasiti fasiliti sebanyak 25 peratus.

“Jika dua tahun lepas, anda bertanya kepada saya tentang pelaburan Fasa Kedua ini, saya akan kata ia hanya akan berlaku menjelang 2025 tetapi sekarang, kami sedang merancang untuk bermula pada akhir tahun ini berikutan minat pelanggan yang kukuh,” katanya pada sidang media selepas majlis perasmian fasiliti itu di sini hari ini.

TTM telah memperuntukkan US$200 juta (kira-kira RM958 juta) bagi menubuhkan kemudahan itu yang terletak di atas tanah seluas 10.9 hektar di Taman Sains Pulau Pinang, dan ia dijangka mewujudkan sekitar 1,000 peluang pekerjaan dalam pelbagai kategori menjelang 2025.

Edman berkata kilang itu bertujuan untuk memberi perkhidmatan kepada pasaran komersial global, terutamanya dalam rangkaian, pengkomputeran pusat data, perubatan, instrumentasi serta sektor perindustrian.

Pelaburan untuk Fasa Kedua akan lebih rendah daripada Fasa Satu memandangkan fasiliti sedia ada sudah lengkap dan mampu menampung pengembangan fasa seterusnya.

Beliau turut memberitahu TTM Technologies pada masa ini sedang meningkatkan pengeluarannya, dengan kemudahan itu dijangka menjana hasil kadar larian penuh kira-kira RM855 juta menjelang 2025.

“Kami yakin pelan pengembangan strategik ini akan membolehkan kami mengukuhkan kehadiran kami selain memanfaatkan peluang pelanggan baharu, meluaskan jejak serta memacu pertumbuhan pasaran kami sambil memanfaatkan ekonomi rantau ini yang sedang berkembang pesat dan ekosistemnya yang bertenaga,” tambahnya.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow, yang merasmikan pembukaan kemudahan itu, menjelaskan bahawa keputusan TTM Technologies untuk menubuhkan kilangnya di Pulau Pinang menandakan keyakinan pelabur asing terhadap negeri tersebut.

Beliau menekankan kedudukan Pulau Pinang sebagai hab pembuatan termaju, dengan lebih 350 syarikat multinasional serta 4,000 perusahaan kecil dan sederhana.

“Pelaburan dari Amerika Syarikat mempunyai kehadiran yang ketara di negeri ini, mencecah paras RM6.7 bilion pada 2023,” katanya.

–BERNAMA