Kini Anda Boleh Memilih Portfolio Emas Di Wahed Invest, Pelaburan ‘Safe Haven’ Apabila Pasaran Tak Menentu

Ramai sebenarnya yang sudah memiliki akaun dengan Wahed Invest, ada yang melabur secara lump sum; tak kurang juga yang melabur secara konsisten setiap minggu atau setiap bulan.

Ada 6 portfolio yang pelbagai bergantung kepada tahap toleransi risiko masing-masing. Wahed menyediakan portfolio Sangat Konservatif yang banyak melabur ke dalam Sukuk, sehinggalah ke portfolio Sangat Agresif yang banyak melabur ke dalam Saham Amerika Syarikat.

Hari ini Wahed Invest mengumumkan portfolio ketujuhnya iaitu portfolio Emas. Mereka mengeluarkan portfolio ini kerana ada di kalangan pelabur yang mahu diversify dan melabur sebahagian daripada simpanan mereka ke dalam Emas.

Ianya juga sesuai untuk para pelabur yang percaya kepada prestasi Emas sebagai pelaburan jangka masa panjang, maka boleh menggunakan portfolio ke-7 ini untuk melabur ke dalam Emas.

Bagaimana Portfolio Emas Wahed Invest Dapat Bantu Anda Melabur Ke Dalam Emas?

Dengan memilih portfolio Emas ini, 97.5% daripada wang pelaburan anda akan dimasukkan ke dalam Exchange Traded Fund (ETF) Emas yang bernama Tradeplus Shariah Gold Tracker.

Ianya merupakan ETF emas patuh syariah yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) dan dikelolakan oleh Affin Hwang Asset Management Berhad. Di antara kelebihan ETF emas ini adalah ianya bersandarkan kepada emas fizikal.

Minimum 95% dana di dalam ETF emas ini disimpan di dalam bentuk emas fizikal yang dibeli daripada saudagar emas yang diakreditasi oleh London Bullion Market Association (“LBMA”). Jongkong-jongkong emas ini disimpan secara teratur dan selamat di dalam peti besi di Singapura.

Emas ini memang benar-benar wujud, bukan sekadar di atas kertas. Apabila harga emas dunia naik, nilai pelaburan kita pun naik sama.

Untuk makluman, pelaburan ke dalam ETF emas ini meningkat secara mendadak iaitu $23 bilion US Dolar untuk 3 bulan pertama tahun 2020. Ini membuktikan bahawa para pelabur seluruh dunia yakin dengan ETF emas ini dan sesuai untuk dijadikan sebagai salah satu portfolio pelaburan mereka, di kala pasaran saham dunia sedang mengalami kejatuhan.

ETF emas ini mempunyai penasihat syariah mereka yang tersendiri iaitu Amanie Advisors, yang dianggotai beberapa tokoh kewangan Islam terkemuka seperti Datuk Dr Mohd Daud Bakar, Dr Mohammed Ali Elgari, Dr Muhammad Amin Ali Qattan dan Dr Osama Al Dereai.

Sebagai Pengurus Pelaburan Digital Islamik pertama yang diluluskan oleh SC, Wahed Invest juga mempunyai panel penasihat syariahnya tersendiri yang dianggotai pakar kewangan Islam seperti Dr Aznan Hasan, Shaikh Muhammad Ahmad Sultan dan Mufti Faraz Adam Hanif.

Panel-panel penasihat syariah ini akan memastikan bahawa pelaburan anda di dalam portfolio Wahed Invest akan terus mematuhi prinsip-prinsip Syariah.

Prestasi Harga Emas vs Ekonomi Global

Berikut merupakan purata pulangan tahunan dalam USD/oz sehingga 31 Mac 2020:

Sumber: Bloomberg dan World Gold Council

Ini menggambarkan anggaran kadar kenaikan emas bergantung kepada beberapa faktor. Mengikut kajian Oxford Economics, anggaran ini berdasarkan senario di mana kemerosotan pengembangan ekonomi sedunia mempengaruhi kedudukan emas dari faktor bekalan dan permintaan di pasaran emas. Dalam keadaan ini, kadar kenaikan harga emas yang dianggarkan adalah 9.61 % yang dikompoun dalam tempoh 5 tahun.

Sumber: Gold Valuation Framework daripada World Gold Council (dirujuk pada 3 April 2020)

Senang cerita, sama ada ekonomi dunia dalam keadaan baik atau gawat – harga emas tetap steady naik. Malah, harga emas akan meningkat dengan lebih tinggi apabila kegawatan ekonomi berlaku. Ini kerana para pelabur akan mencari pelaburan ‘safe haven’ seperti emas apabila pasaran saham crash.

Cara Nak Mula Melabur Dengan Portfolio Emas Wahed Invest

Pelabur Sedia Ada Wahed Invest

Bagi yang sudah mula melabur dengan Wahed Invest, anda boleh menukar portfolio sedia ada kepada portfolio Emas dengan 5 langkah mudah berikut:

  1. Buka dan daftar masuk ke akaun Wahed Invest anda.
  2. Tekan butang Menu dan pilih ‘Maklumat Akaun’.
  3. Pilih ‘Akaun Pelaburan Saya’ dan tekan butang ‘Tukar Portfolio Pelaburan Saya’.
  4. Tekan butang ‘Lihat Semua Portfolio’ dan selak ke kanan sehingga Portfolio Emas tertera.
  5. Pada muka Portfolio Emas, tekan ‘Pilih Porfolio Ini’ dan sahkan pilihan anda dengan menekan butang ‘YA’.

*Peringatan*: Peruntukan pelaburan anda akan diubah dalam masa 1-3 hari bekerja. Anda hanya boleh menukar portfolio anda hanya sekali setiap 3 bulan tanpa sebarang caj.

Para pelabur Wahed juga boleh membuka akaun baru khas untuk portfolio emas mengikuti 5 langkah mudah berikut.

Pelabur Baru Wahed Invest

  1. Muat turun aplikasi terkini Wahed di https://wahedinvest.com
  2. Daftar sebagai pelabur Wahed dengan memasukkan maklumat dan butiran peribadi.
  3. Jawab 9 soalan bagi mengenalpasti tahap toleransi risiko anda. Pada soalan ke-9 – “Adakah anda ingin HANYA melabur dalam emas?” jawab ‘Ya’.
  4. Tekan ‘Pilih Portfolio Ini’ dan teruskan kepada proses pengesahan identiti.
  5. Tambah dana melalui kaedah deposit berkala atau deposit sekali

Apa tunggu lagi – jika anda teringin nak melabur ke dalam portfolio Emas Wahed Invest, bertindaklah sekarang.

Pastikan anda masukkan kod promosi berikut semasa mendaftar:

MOHAHM884

Anda akan memperolehi RM10 RM20 sebagai tambahan modal pelaburan

Previous ArticleNext Article

3 Comments

  1. Wassalam ya tuan ni pelaburan ada pasang n surut cth sblm covid sy invest 200 tp masa convid last 2 week balance acc sy tgl rm170 tp sekarang da jd 260 kalau ada duit lebih letak je lg better dr asb keuntungan nye tp sy x menjamin sepenuhnya sbb sy pn bukan peramal keadaan kena faham konsep melabur untun n rugi berani atau tidak rezeki ada dmana2 selamat beramal haha..nk join lepas jwb soalan letak referal nie ye nanti (muhazh50) sekian terima kasih harap dpt membantu..

  2. Assalamu’alaikum tuan,
    Berapa akaun yg bolih dibuka di Wahed Invest?
    Bagaimana cara nk buka akaun yg ke 2?

5 Faktor Harga Emas Boleh Terus Jatuh

Ramai orang melihat emas sebagai aset yang sentiasa selamat dan nilainya hanya akan meningkat dari masa ke masa. Persepsi ini menyebabkan ramai menganggap emas sebagai “simpanan kebal” yang tidak terkesan dengan keadaan ekonomi.

Namun hakikatnya, harga emas tetap bergerak mengikut kitaran pasaran dan boleh jatuh untuk tempoh yang panjang jika faktor-faktor tertentu berlaku serentak.

USD Menguat Akan Tekan Harga Emas

Harga emas mempunyai ‘hubungan songsang’ dengan kekuatan dolar Amerika Syarikat. Apabila USD mengukuh, emas menjadi lebih mahal kepada pelabur di luar Amerika, sekali gus mengurangkan permintaan global. Dalam keadaan ini, tekanan jualan akan meningkat dan harga emas boleh menurun.

Sebagai contoh, apabila nilai USD meningkat dengan ketara berbanding ringgit Malaysia, pelabur tempatan mungkin melihat harga emas dalam USD tidak banyak berubah, tetapi dari sudut global, permintaan semakin lemah. Situasi ini pernah berlaku apabila USD berada dalam fasa pengukuhan agresif, menyebabkan harga emas global bergerak mendatar atau menurun walaupun sentimen terhadap emas masih positif.

Kadar Faedah Tinggi Kurangkan Tarikan Emas

Emas tidak memberikan sebarang pulangan berkala seperti dividen atau faedah. Oleh itu, apabila kadar faedah meningkat, pelabur akan mula beralih kepada instrumen yang menawarkan pulangan tetap dan lebih stabil. Ini menjadikan emas kurang menarik dalam persekitaran kadar faedah tinggi.

Sebagai contoh, ketika kadar faedah meningkat dan bank menawarkan pulangan simpanan tetap sekitar 4 hingga 5 peratus setahun, pelabur konservatif mungkin memilih untuk mengunci pulangan tersebut berbanding memegang emas yang tidak memberikan sebarang aliran tunai. Peralihan ini secara berperingkat akan mengurangkan permintaan terhadap emas dan memberi tekanan kepada harganya.

Ekonomi Stabil Kurangkan Keperluan “Safe Haven”

Emas biasanya mendapat permintaan tinggi ketika berlaku ketidaktentuan ekonomi atau krisis geopolitik. Namun apabila keadaan kembali stabil, pelabur cenderung untuk mengambil risiko dan beralih kepada aset yang menawarkan pulangan lebih tinggi seperti saham.

Sebagai contoh, dalam tempoh pasaran saham global sedang berkembang pesat, ramai pelabur akan mengalihkan dana daripada emas ke pasaran ekuiti untuk mengejar keuntungan yang lebih besar. Pergerakan dana ini menyebabkan permintaan terhadap emas menurun, sekaligus menekan harga walaupun tiada perubahan besar dalam penawaran fizikal.

Jualan Oleh Bank Pusat Tingkatkan Penawaran

Bank pusat merupakan antara pemegang emas terbesar di dunia. Sebarang perubahan dalam polisi pegangan emas oleh institusi ini boleh memberi kesan besar kepada pasaran. Jika bank pusat menjual sebahagian daripada rizab emas mereka, penawaran dalam pasaran akan meningkat dengan ketara.

Sebagai contoh, sekiranya sebuah negara besar membuat keputusan untuk mengurangkan pegangan emas dan menjual sebahagian rizabnya, lambakan emas dalam pasaran boleh berlaku dalam masa yang singkat. Jika permintaan tidak meningkat pada kadar yang sama, harga emas akan mengalami tekanan menurun.

Terkini, laporan Bloomberg menyatakan bank pusat Turki telah menjual dan menukar 60 tan emas bernilai lebih USD8 bilion sebagai sebahagian daripada usaha mempertahankan mata wang mereka. Menariknya, sebahagian daripada emas tersebut bukan sahaja dijual secara langsung, tetapi juga digunakan dalam bentuk “swap” untuk mendapatkan kecairan dalam mata wang asing.

Kes ini jelas menunjukkan bahawa emas bukan sekadar aset “disimpan”, tetapi boleh menjadi alat kecemasan yang digunakan oleh negara apabila berdepan tekanan ekonomi. Namun pada masa yang sama, apabila emas dilepaskan ke pasaran dalam jumlah besar, ia berpotensi menambah penawaran dan memberi tekanan kepada harga emas global.

Sentimen Pasaran dan Tindakan Pelabur Besar

Pergerakan harga emas dalam jangka pendek juga sangat dipengaruhi oleh sentimen pasaran dan tindakan pelabur institusi. Kadangkala, perubahan harga berlaku bukan kerana faktor ekonomi yang jelas, tetapi disebabkan oleh aliran keluar masuk dana dalam skala besar.

Sebagai contoh, apabila dana besar atau ETF emas mengalami pengeluaran dana secara mendadak, ia boleh mencetuskan gelombang jualan dalam pasaran. Pelabur lain yang melihat pergerakan ini mungkin turut mengambil tindakan sama, menyebabkan harga jatuh dengan lebih cepat walaupun asas ekonomi tidak berubah secara signifikan.

Kesimpulan

Emas bukanlah aset yang sentiasa meningkat nilainya tanpa risiko. Ia berfungsi dengan baik sebagai alat perlindungan nilai dalam jangka panjang, tetapi tetap terdedah kepada turun naik harga dalam jangka pendek. Memahami faktor-faktor ini penting supaya pelabur tidak meletakkan jangkaan yang tidak realistik terhadap emas.

Namun begitu, terdapat juga naratif yang sering dimainkan dalam kalangan ejen emas iaitu “jangan fokus kepada harga, tetapi fokus kepada jumlah gram yang dimiliki”. Walaupun pendekatan ini kelihatan menenangkan dan sesuai untuk membina disiplin simpanan, ia boleh menjadi mengelirukan jika difahami secara literal. Hakikatnya, setiap pembelian emas tetap melibatkan penggunaan wang dan harga memainkan peranan penting dalam menentukan nilai yang diperoleh pada sesuatu masa. Mengabaikan harga seolah-olah menafikan konsep asas dalam pelaburan, iaitu hubungan antara kos dan nilai.

Dalam dunia kewangan, tiada aset yang bergerak sehala sepanjang masa. Yang lebih penting adalah memahami peranan setiap aset dan bagaimana ia boleh digunakan secara strategik dalam membina portfolio yang seimbang.

Baca juga 7 Platform Yang Ada Untuk Kita Melabur Emas