Penularan Aktiviti Penyalahgunaan Nama/Gambar/Poster/Video Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK) Oleh Pihak Yang Tidak Bertanggungjawab

1. Pihak Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK) telah menerima aduan daripada pelbagai pihak
berkaitan dengan penyalahgunaan nama, gambar, poster dan video Dato’ Dr. Nazri
Khan oleh individu atau organisasi tertentu tanpa kebenaran yang TIADA KAITAN
dengan DDNK sama ada secara langsung atau tidak langsung.

2. Antara aduan yang diterima adalah seperti yang berikut:
(a) Terdapat PIHAK yang TIDAK BERTANGGUNGJAWAB telah menggunakan nama,
gambar, poster, video dan lain-lain material hak milik DDNK TANPA KEBENARAN
bagi menawarkan perkhidmatan pelaburan dan latihan pelaburan secara TIDAK
SAH dengan tujuan mengambil kesempatan dan mempengaruhi orang ramai untuk
mengeluarkan sejumlah wang bagi tujuan tertentu termasuk perkhidmatan
pelaburan saham.

3. Adalah ditegaskan di sini bahawa DDNK sentiasa menjaga kepentingan semua pihak
termasuk orang ramai, para pelabur dan bakal pelabur. Oleh itu, pihak DDNK menasihati
orang ramai termasuk semua pelabur dan bakal pelabur untuk sentiasa berhati-hati dan
(a) berhubung secara terus dengan pihak DDNK melalui Facebook Rasmi Dato’ Dr.
Nazri Khan terlebih dahulu sekiranya berminat untuk menyertai mana-mana
peluang atau latihan pelaburan,
(b) membuat pengesahan terlebih dahulu dengan pihak DDNK melalui Facebook
Rasmi Dato’ Dr. Nazri Khan sekiranya didekati atau ditawarkan apa saja pakej atau
peluang pelaburan atau latihan pelaburan yang menggunakan nama DDNK atau
mengaku sebagai ejen kepada DDNK atau Team DDNK, dan
(c) tidak mudah mempercayai mana-mana individu atau organisasi yang mengaku ada
kaitan secara langsung atau tidak langsung dengan DDNK tanpa bukti kukuh yang
telah disahkan secara rasmi oleh pihak DDNK sendiri.

4. Sekali lagi ditegaskan di sini, pihak DDNK sentiasa berusaha melindungi kepentingan
semua pihak. Pihak DDNK menasihati semua pihak agar menjadi pelabur bijak dan
elakkan menjadi mangsa kepada mana-mana modus operandi yang dijalankan oleh
mana-mana individu atau organisasi yang tidak bertanggungjawab.

5. Sebarang pertanyaan, sila DM/PM di Facebook Rasmi Dato’ Dr. Nazri Khan.

Previous ArticleNext Article

Dua Motosikal Yamaha MT-15 Tingkat Kesiapsiagaan Polis Bantuan UPSI

TANJONG MALIM, 6 November 2025 — Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) hari ini menyerahkan dua buah motosikal jenis Yamaha MT-15 kepada Polis Bantuan UPSI bagi memperkukuh kesiapsiagaan dan keupayaan operasi keselamatan di seluruh kawasan kampus.

Majlis penyerahan yang berlangsung di Bangunan Canselori UPSI itu disempurnakan oleh Pendaftar UPSI, Helmi Zaifura Abdul Rahman dan diterima oleh ASP/PB Mohd Fairuz Mislan mewakili Polis Bantuan UPSI.

Menurut Helmi Zaifura, penyerahan motosikal berkenaan mencerminkan komitmen UPSI dalam mempertingkatkan keberkesanan operasi keselamatan dan memastikan kampus kekal sebagai persekitaran yang selamat serta kondusif.

“Sokongan ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan universiti dalam menyediakan suasana pembelajaran yang harmoni demi kesejahteraan seluruh warga UPSI,” katanya dalam ucapan pada majlis berkenaan.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Polis Bantuan atas profesionalisme dan dedikasi yang ditunjukkan dalam menjaga keselamatan kampus serta sempat mencuba sendiri motosikal tersebut bagi menilai keupayaan dan keselesaan kenderaan itu dalam operasi keselamatan.

Sementara itu, ASP/PB Mohd Fairuz menyifatkan penambahan aset berkenaan akan meningkatkan kecekapan dan kesiapsiagaan anggota dalam melaksanakan rondaan serta kawalan trafik di sekitar universiti.

“Kami amat menghargai sokongan berterusan pihak universiti dalam memperkukuh kelengkapan dan keupayaan operasi keselamatan kampus,” katanya.

Majlis turut dihadiri oleh Ahli Jawatankuasa Pengurusan Tertinggi Universiti, Saiduri Dolah, serta wakil-wakil pengurusan Pentadbiran UPSI.

Inisiatif ini dilihat mengukuhkan lagi usaha UPSI untuk mengekalkan standard keselamatan yang tinggi di kampus, selaras dengan aspirasi universiti untuk menerajui kebitaraan pendidikan dan kebajikan warganya.