Lelaki Ini Kongsikan Momen Indah Berbasikal Bersama Anak Syurganya

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, berbasikal kini menjadi pilihan rata-rata masyarakat untuk bersukan. Ramai yang dulunya menganggap berbasikal merupakan hobi orang have-have, namun masih banyak pilihan basikal dengan harga yang marhaen.

Semuanya terpulang kepada kita bagaimana kita ingin menguruskan kewangan dalam merealisasikan minat dalam berbasikal. Pelbagai jenis basikal kita boleh lihat di atas jalan seperti roadbike, mountain bike, folding bike dan pelbagai lagi.

Namun, ada kisah berbasikal yang menarik boleh menjadi inspirasi buat kita semua. Jom sama-sama kita ikuti kisah seorang lelaki ini berbasikal bersama anak syurganya yang dikongsikan di Facebook.

Sedikit perkongsian momen evolusi perbasikalan kami. Moga ada manfaat dikala EMCO. Tak kira dimana kita bermula, asalkan kita bahagia dengan apa kita buat, terus jalan kedepan.

Dan ia akan menjadi lebih indah lagi bila apasaja kebaikan dapat dikongsi dengan masyarakat.

2014

Naik basikal sambil tolak stroller kesana kesini. Gunakan apa yg ada utk buat anak syurga happy. Berat anak masani 15kg

2015

Lepas lama mencari akhirnya dapat trailer, punya happy rasa mcm dpt Ferrari – Baru nak UP. Mula-mula join event Kayuhan Kasih Anak Istimewa di Cyberjaya. Mula kenal ramai kawan geng basikal. Berat badannya naik ke 15.9kg.

2016

PDRM Fun Ride di Putrajaya. Kemunculan pertama bersama penaja tegar LunaStella Takaful hingga kini, Alhamdulillah. Makin banyak join event. Berat naik sikit aje 16.2kg

2017

Ride For Your Heart IJN. Semenyih route. Semakin berani di situ. Tahun ni kami mula redah fun ride di negeri-negeri lain. Berat makin cemerlang 18.9kg

2018

Kerian Incredible Duathlon. Anak Cerebral Palsy pertama mencipta sejarah menyertai sukan lasak Duathlon. Mula tubuhkan kelab #bikeisable untuk keluarga dengan anak-anak OKU sama-sama berpeluang menikmati run & ride. Masani mula kenal ramai organizer. Berat dah up 23kg pehhhh.

2019

Dpulze Friendship Run & Ride. Tahun ni lebih banyak join fun run event dengan kelab #bikeisable. Sekali sekala join duathlon dan ride santai-santai. Berat 24.7kg

2020

Kayuhan Anak Syurga Rentas Sempadan Wang Kelian Pak Bara. Satu lagi kayuhan epik bersejarah oleh anak syurga.

Kayuhan Puncak Anak Syurga Edisi 100 tahun Fraser’s Hill. Antara momen kayuhan terindah. Tahun ni juga start layan climbing ride ke Bukit Jugra, Bukit Antarabangsa dan Bukit Mas Ampang. Berat 25.1kg

2021

Kembali ber-foldie & dapat buat misi foldie menarik trailer ke dua Genting iaitu Genting Peres & Genting Sempah. Tudiaaaaa berat dah 26kg smpai skrg. Next???

Insya-Allah dalam perancangan. Terima kasih buat semua yang menyokong usaha memperkasakan anak-anak syurga.

Previous ArticleNext Article

Kaya Di Mata : Realiti Kewangan Malaysia Yang Jarang Didedahkan

Dalam dunia yang gemar menilai kekayaan melalui apa yang nampak secara fizikal seperti kereta mewah, rumah besar, pakaian berjenama, ramai terperangkap dalam “kaya tipu-tipu”: mewah di luar, rapuh di dalam.

Artikel ini menyelami perbezaan asas antara “kaya tipu-tipu” dan “kaya sebenar”, disokong dengan data pencapaian kewangan isi rumah Malaysia, untuk memberikan gambaran yang lebih bernas dan tidak klise.

1. Kaya Tipu-Tipu: Ilusi Kekayaan yang Rapuh

Golongan ini menumpukan kepada persepsi, mereka lebih mementingkan imej daripada asas kewangan yang sihat.

Ciri-ciri utama:

  • Aliran tunai rapuh dan aliran keluar lebih besar
  • Pendapatan besar habis dibelanjakan untuk pembayaran ansuran kereta, kad kredit dan gaya hidup. Walaupun gaji tinggi, kos perbelanjaan lebih menguasai.
  • Nilai bersih (net worth) negatif
  • Tiada simpanan atau nilai bersih positif. Aset yang dimiliki adalah atas nama pinjaman. Jika aset dijual sekalipun, hasilnya tidak cukup untuk membayar hutang.
  • Hutang tinggi dan “good debt” tiada
  • Gaya hidup dibiayai oleh hutang (BNPL), bukan pelaburan atau aset produktif.
  • Motivasi status, bukan kestabilan
  • Pembelian didorong oleh keinginan untuk menunjukkan kekayaan, bukan atas dasar keperluan

2. Kaya Sebenar: Kekayaan yang Kukuh, Terlihat Biasa

Golongan ini mungkin tidak menarik perhatian, tetapi struktur kewangan mereka teguh dan bebas dari tekanan luar.

Ciri-ciri utama:

  • Nilai bersih positif
  • Pendapatan pasif dari sewaan, pelaburan dan saham. Aset melebihi liabiliti.
  • Pendapatan pelbagai aliran
  • Gaji, sewaan hartanah, dividen saham, perniagaan, pengagihan risiko dan kestabilan jangka panjang.
  • Kecairan tunai mencukupi
  • Simpanan kecemasan yang mencukupi membolehkan ketenangan apabila berdepan krisis.
  • Hidup di bawah kemampuan

Walaupun berkemampuan, mereka memilih kesederhanaan kewangan demi ketenangan jangka panjang.

3. Statistik Malaysia: Menyokong Fenomena Kekayaan Tipu-Tipu vs Sebenar

i) Hutang Isi Rumah Tinggi

Sehingga hujung 2021, nisbah hutang isi rumah kepada KDNK Malaysia mencecah 89 peratus, antara yang tertinggi di Asia Tenggara. Ia merangkumi RM1.4 trilion hutang, 58 % bagi pinjaman perumahan, 13 % pinjaman kenderaan, 14 % pinjaman peribadi, dan 3 % kad kredit.

ii) Tabung Kecemasan Rendah

Hanya 40 peratus isi rumah menyangka mereka boleh bergantung pada simpanan sendiri atau keluarga jika menghadapi kecemasan.

Sebanyak 55 peratus responden melaporkan mereka mempunyai kurang daripada RM10,000 simpanan yang boleh diakses segera.

iii) Kadar Simpanan Rendah

Tahun 2022 mencatat kadar simpanan isi rumah (household savings rate) hanya sekitar 3 peratus daripada pendapatan boleh guna (disposable income).

Purata sebelum ini (2006–2013) lebih rendah, sekitar 1.4 hingga 1.6 peratus.

iv) Ketahanan Terhadap Kejutan Kewangan Lemah

Kajian mendapati hanya 10 peratus isi rumah bandar Malaysia benar-benar tahan terhadap kejutan kewangan seperti kehilangan pendapatan, kecacatan, atau kematian. Lebih daripada 20 peratus tidak mampu bertahan sekurang-kurangnya tiga bulan jika pendapatan terputus.

4. Implikasi dan Kesedaran Kewangan

Data menunjukkan ramai rakyat Malaysia berada dalam situasi “kaya tipu-tipu”: hidup mewah tetapi asas kewangan rapuh. Gagal memiliki simpanan kecemasan dan nisbah hutang tinggi mengancam daya tahan ekonomi isi rumah.

Langkah yang disarankan:

1. Meningkatkan literasi kewangan agar rakyat lebih faham risiko hutang dan pentingnya simpanan.

2. Mempromosikan pengurusan kewangan yang rasional seperti membina simpanan, elak gaya hidup melebihi kemampuan.

3. Sokongan dasar untuk menyediakan insentif tabungan (contoh: subsidi simpanan, pendidikan kewangan).

Tidak semua yang kelihatan hebat benar-benar kukuh. “Kaya tipu-tipu” adalah rentap jangka pendek yang menjerat manakal “kaya sebenar” adalah kestabilan yang dilandasi disiplin kewangan dan perancangan masa depan.

Data Malaysia menggambarkan bahawa masih ramai yang terjebak dalam ilusi, bukan realiti dan artikel ini diharap membuka mata kepada perlunya kebijaksanaan dalam membina kekayaan sejati bukan sekadar apa yang nampak, tetapi apa yang kekal dan tahan dalam ujian masa.