Buat 11 Perkara Ini Sebelum 31 Disember 2020

Kita dah nak sampai pun ke penghujung tahun 2020. Dengan masa yang berbaki ini, jom kita tengok apa yang kita boleh lakukan (belanja) untuk merebut insentif cukai bagi tahun 2020 ini.

Dan kalau nak tahu, ianya terbahagi kepada 4 kategori seperti berikut:

Pelepasan Cukai

1. Ibu Bapa

  • Peralatan Menyusu (RM1,000)

Bagi mereka yang mempunyai anak di bawah umur 2 tahun, ianya boleh dituntut setiap 2 tahun sekali.

  • SSPN (RM8,000)

Deposit sehingga RM8,000 boleh dituntut

  • Penjagaan Anak (RM3,000)

Bagi mereka yang mempunyai anak di bawah umur 6 tahun dan boleh dituntut oleh salah seorang ibu bapa

2. Pendidikan (RM7,000)

Ianya merupakan yuran pendidikan untuk diri sendiri dan terbahagi kepada dua:

  • Selain daripada Master dan PHD, kursus di dalam bidang undang-undang, perakaunan, kewangan Islam, vokasional, perindustrian, saintifik atau teknologi
  • Master dan PHD, semua bidang pengajian

3. Perbelanjaan Perubatan

Diri sendiri, pasangan dan anak-anak (RM6,000) – bagi penyakit berbahaya, kos rawatan kesuburan untuk diri sendiri atau pasangan

Pemeriksaan kesihatan penuh (RM500)

4. Gaya Hidup

Pembelian bahan-bahan bacaan, komputer peribadi, telefon pintar / tablet, barangan sukan, langganan Internet, keahlian gimnasium (RM2,500)

Pelepasan Cukai Istimewa Penjana (RM2,500) – komputer peribadi, telefon pintar / tablet (Tarikh efektif 1 Jun 2020)

Sumber gambar : Shangri-la Hotel

Pelepasan Cukai Baru Penjana (RM1,000) – pelepasan cukai untuk perbelanjaan perjalanan dalam negara. (Pelepasan cukai pendapatan individu sehingga RM1,000 yang telah diberikan ke atas perbelanjaan melancong dalam negara juga akan dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021)

5. Insurans dan Pelaburan

Sudah mencarum takaful atau belum?

Takaful/Insurans hayat:
Pekerja sektor swasta (RM7,000)
Pekerja sektor awam (RM3,000)

Takaful/Insurans pendidikan dan perubatan (RM3,000)

Skim Skim Persaraan Swasta atau Private Retirement Scheme (PRS) – RM3,000

Baca juga 6 Mitos Yang Menyebabkan Ramai Orang Malas Nak Ambil Takaful dan Menyimpan Untuk Hari Persaraan Mengikut Prinsip Islam

6. Orang Kurang Upaya

Peralatan untuk diri sendiri, pasangan, anak atau ibu bapa (RM5,000)

Diri sendiri (RM6,000)

Pasangan (RM3,500)

Anak belum berkahwin (RM6,000)

Pelepesan cukai tambahan untuk yang menyambung belajar di peringkat tinggi bagi yang berumur 18 tahun dan belum berkahwin (RM8,000)

B. Pemotongan Cukai

7. Sumbangan

Institusi /organisasi / dana yang diluluskan (Sehingga 10% daripada gaji)

Aktiviti sukan yang diluluskan (Sehingga 10% daripada gaji)

Projek yang diluluskan berkenaan kepentingan negara (Sehingga 10% daripada gaji)

8. Sumbangan Lain

Kerajaan / kerajaan negeri / pihak berkuasa tempatan (Nilai sumbangan)

Artifak, manuskrip, lukisan (Nilai sumbangan)

Perpustakaan (Nilai sumbangan tetapi di bawah RM20,000)

Kemudahan orang kurang upaya di tempat awam (Nilai sumbangan)

Kemudahan penjagaan kesihatan (Nilai sumbangan)

Lukisan kepada Galeri Seni Negara atau galeri seni negeri

C. Rebat Cukai

9. Zakat / Fitrah

Zakat / Fitrah (jumlah dibayar mengikut tahun kalendar)

D. Pengecualian Cukai

10. Hadiah Dari Majikan

Terima hadiah berbentuk telefon pintar, komputer riba dan tablet (RM5,000) – dinasihatkan untuk memiliki polisi bertulis bagi memudahkan bekerja dari rumah (Tarikh efektif 1 Julai 2020).

Maksud pengecualian ni kita tidak perlu lapor sebagai pendapatan.

11. Penjualan Rumah Kediaman

Pengecualian Real Property Gains Tax (RPGT) untuk jualan rumah kediaman, terhad kepada 3 buah rumah

Jemput baca juga:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pembayar Cukai Diseru Bersedia Awal Supaya Pelaksanaan e-Invois Berjalan Lancar

GEORGE TOWN, 23 Sept (Bernama) — Semua pembayar cukai digesa supaya tidak berlengah dan menunggu saat akhir untuk melaksanakan e-Invois, sebaliknya membuat persediaan awal bagi memastikan proses itu berjalan lancar, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Beliau berkata langkah proaktif akan membantu perniagaan dan organisasi menguruskan peralihan kepada sistem percukaian digital dengan lebih baik.

“Sekiranya terdapat sebarang cabaran atau perkara yang memerlukan perbincangan lanjut, pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) sentiasa bersedia untuk berbincang bagi memastikan isu dan cabaran yang dihadapi pembayar cukai dapat diatasi,” katanya ketika berucap merasmikan program Jelajah Mega e-Invois Siri 2/2025 Peringkat Nasional di sini, hari ini.

Beliau berkata pihaknya turut menggalakkan peserta industri, persatuan perdagangan, badan profesional dan perniagaan memberikan cadangan bersifat membina untuk kerajaan menambah baik pelaksanaan e-Invois demi manfaat rakyat secara keseluruhannya.

Dalam pada itu, Amir Hamzah berharap program kesedaran dan pendidikan berkaitan e-Invois yang dilaksanakan LHDN dapat dimanfaatkan sepenuhnya, terutama oleh perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), menjelang pelaksanaan fasa baharu bermula 2026.

Program jelajah itu adalah usaha berterusan untuk meningkatkan kesedaran, pemahaman dan pengetahuan mengenai pelaksanaan e-Invois.

Beliau berkata kerajaan telah bersetuju melanjutkan tempoh pelaksanaan e-Invois mandatori dengan memperkenalkan dua fasa baharu iaitu fasa keempat bagi perniagaan dengan jualan tahunan melebihi RM1 juta dan sehingga RM5 juta mulai 1 Jan, 2026, serta fasa kelima untuk perniagaan dengan jualan tahunan sehingga RM1 juta bermula 1 Julai, 2026.

Selain itu, nilai ambang pengecualian pelaksanaan e-Invois turut dinaikkan daripada jualan tahunan di bawah RM150,000 kepada di bawah RM500,000 bagi memberi manfaat kepada peniaga mikro dan kecil, katanya.

Setakat ini, lebih 102,800 pembayar cukai telah melaksanakan e-Invois dengan pengeluaran lebih 563 juta e-Invois, sekali gus menunjukkan sambutan positif terhadap inisiatif digitalisasi percukaian.

Selepas program itu, Menteri Kewangan II turut memanfaatkan peluang dengan turun padang ke beberapa premis pembayar cukai di sekitar Relau, dekat sini.

Beliau mengadakan lawatan kerja dua hari di Pulau Pinang sejak semalam, tiba di kawasan premis perniagaan itu pada 9.30 pagi dan menyantuni kalangan pemilik premis di kawasan itu.

Amir Hamzah bersama-sama pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) turut memberi penerangan kepada pemilik perniagaan pembayar cukai mengenai e-Invois supaya mereka dapat memahami perkara dengan jelas.

Lawatan turun padang itu juga bertujuan memberikan penerangan dan mendapat maklum balas secara langsung berkaitan dengan pelaksanaan e-Invois yang akan melibatkan lebih banyak perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) mulai 1 Jan, 2026.

Hadir sama dalam lawatan turun padang itu ialah Timbalan Menteri Kewangan Lim Hui Ying dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) LHDN Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin.

Pelaksanaan e-Invois adalah sebahagian usaha kerajaan yang selaras dengan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) dan diteruskan di dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13), bertujuan memperkukuh infrastruktur perkhidmatan digital serta mempercepat pendigitalan ekosistem operasi perniagaan dan pentadbiran percukaian di Malaysia.
— BERNAMA