5 Jenis Pembiayaan Dan Pinjaman Rumah Di Malaysia

Di Malaysia terdapat pelbagai jenis pinjaman perumahan yang ditawarkan oleh hampir 17 bank di Malaysia.

Untuk mereka yang bercita-cita untuk membeli rumah, anda dinasihatkan untuk menyemak kelayakan kewangan dan nisbah hutang sebelum memohon sebarang pinjaman perumahan dari mana-mana bank melalui Debt Service Ratio (DSR).

Baca : Ketahui Debt Service Ratio (DSR) Anda Untuk Harga Rumah Yang Mampu Dimiliki Berdasarkan Gaji

“Semakin rendah nisbah Debt Service Ratio anda, semakin cerah peluang anda untuk mendapat pinjaman perumahan dari institusi kewangan atau bank.”

Hari ini, terdapat banyak portal hartanah dan laman web pengurusan kewangan yang menawarkan servis pengiraan DSR secara online dalam masa 60 saat sahaja. 

Baca :Ramai kata tak mampu beli rumah. Bukan tak mampu tapi “tak tahu”

Selepas menyemak kemampuan kewangan dan mengetahui peratusan DSR kita, tibalah masa untuk melihat senarai produk pembiayaan yang ditawarkan pihak bank yang sesuai dengan keperluan dan kelayakan anda.

Jom kita tengok 5 jenis pembiayaan dan pinjaman yang ada di Malaysia.

1. Pinjaman Kadar Tetap (Fixed Rate Loan)

Kadar faedah pinjaman yang ditetapkan adalah untuk keseluruhan tempoh dan pihak bank pada kebiasaannya menawarkan pakej ini di bawah pinjaman Islam.

Kadar faedah untuk pinjaman perumahan jenis ini adalah lebih tinggi daripada pinjaman konvensional.

Mereka yang membuat keputusan untuk memilih pakej ini selalunya adalah golongan yang prihatin terhadap kadar faedah yang berubah-ubah mengikut OPR yang ditetapkan Bank Negara Malaysia.

Kadar faedah pinjaman yang berubah-ubah walaupun rendah, akan merugikan peminjam.

2. Pinjaman Jangka Asas (Basic Term Loan)

Pakej ini adalah yang paling popular dan asas yang ditawarkan oleh mana-mana institusi kewangan atau bank untuk pinjaman pembiayaan perumahan.

Ramai pembeli rumah memilih pakej konvensional ini kerana ianya lebih mudah dan sederhana. Kita akan membayar sejumlah ansuran tetap sepanjang tempoh pinjaman anda tanpa mempunyai kemudahan atau fleksibiliti untuk mengurangkan pinjaman pada bila-bila masa.

Baca : 5 Situasi Yang Membenarkan Anda Mengambil Pinjaman Peribadi

Ini bermaksud, apabila kita membayar amaun yang lebih untuk ansuran bulanan, ianya tidak akan mengurangkan kadar faedah dan tempoh bulanan pinjaman anda.

Awas! Jangan terlalu awal ingin menyelesaikan hutang rumah dalam masa 2-5 tahun pertama bagi pakej ini, bank akan mengenakan penalti 3% terhadap kita.

3. Pembiayaan Islamik (Islamic Financing)

Pinjaman Islamik mengguna pakai konsep Murabahah di bawah prinsip Syariah di mana wujud larangan untuk mengenakan faedah atau riba.

Akan tetapi, pembiayaan Islamik berfungsi melalui perjanjian Jual Beli atau Perkongsian Bersama di mana bank membeli rumah dan menyewakannya kepada kita secara ansuran dalam satu tempoh masa.

Baca : 4 Alasan Kerap Mengapa Permohonan Pinjaman Peribadi Anda Ditolak

Perkara ini dapat difahami melalui pembiayaan Islamik jenis Musyarakah Mutanaqisah. Sebagai contoh:

“ Anda memohon pembiayaan perumahan dari bank dengan 10% deposit. Bank pada mulanya mempunyai pegangan 90% ke atas harta itu. Tetapi selepas beberapa lama anda membayar ansuran pembiayaan perumahan anda, bank akan menurunkan pegangan sahamnya, turun kepada 80%, 70% dan seterusnya sehingga titik di mana jumlah pembiayaan dibayar sepenuhnya.”

Pakej pembiayaan Islamik yang lain adalah jenis Bai Bithaman Ajil. Ini berlaku di mana bank membeli hartanah tersebut dan menjual kembali kepada kita pada harga yang dipersetujui bersama. Kebiasaannya, harganya adalah lebih mahal. 

4. Pinjaman Separa Flexi (Semi-Flexi Loan)

Jika kita dalam proses mencari pakej yang terbaik untuk pinjaman perumahan, kita disarankan untuk mengambil pakej semi flexi loan ini.

Hal ini kerana, pakej ini membolehkan faedah pinjaman dikurangkan jika kita membuat bayaran lebih berbanding ansuran bulanan pinjaman yang telah ditetapkan.

Baca : Sebenarnya Menyimpan Itu Merugikan Duit, Jadi Apa Perlu Kita Buat?

Kita sebagai peminjam dapat mengurangkan wang dan masa untuk pembiayaan perumahan. Akan tetapi, kita tidak dapat menarik balik wang pendahuluan yang telah dibayar untuk kegunaan kecemasan.

Jika kita berkeras untuk melakukannya, berkemungkinan besar kita akan dikenakan penalti oleh pihak bank.

5. Pinjaman Penuh Flexi (Full-Flexi Loan)

Ciri-ciri pinjaman ini adalah lebih kurang sama dengan pinjaman separa flexi. Akan tetapi melalui pakej ini, kita mampu menarik balik / mengguna semula bayaran pendahuluan dan tidak dikenakan sebarang bayaran tambahan mahu pun penalti oleh pihak bank.

Kita juga mampu mengurangkan jumlah faedah pinjaman perumahan mengikut bajet.

Sebagai misalan, jika faedah pinjaman rumah adalah RM300,000 dan kita ingin membayar secara lump sum sebanyak RM100,000 ke atas pinjaman tersebut; melalui pakej ini, faedah pinjaman kita telah dikurangkan dan jumlah faedah pinjaman terkini adalah RM200,000 dan bukan lagi RM300,000.

Banyak penjimatan kita akan perolehi, bagus untuk mereka yang baru dapat bonus dan ingin singkatkan tempoh pembayaran balik.

Jangan terkejut jika kita diberikan buku cek untuk mengeluarkan wang pendahuluan pada bila-bila masa dengan kemudahan yang diberikan ini. Sungguhpun begitu, sekiranya kita menggunakannya, faedah akan dikenakan seperti biasa.

Akan tetapi, pakej pinjaman Full-Flexi Loan ini tidak banyak yang ditawarkan oleh pihak bank pada hari ini. Kebanyakan hanya menawarkan pakej Semi-Flexi Loan sahaja.

Baca : Konsep Simpan, Belanja, Kongsi dan Labur – Cuba Buat Ini Untuk Anak Anda

Untuk melihat kadar faedah dan pakej terkini pembiayaan pinjaman perumahan dari bank, kita boleh melawat portal-portal kewangan secara online dan tidak lagi perlu ke bank.

Sebelum berkira-kira untuk memilih pakej yang ditawarkan bank, ada baiknya kita pastikan DSR kita berada dalam keadaan sihat supaya lebih banyak pakej yang bank mampu tawarkan kepada kita.

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM24.85 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM 19.50 RM 15.60.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Belanjawan 2026: Membina Pasaran Perumahan Masa Depan untuk Malaysia

Ketika rakyat menantikan Belanjawan 2026, pasaran hartanah berada di persimpangan yang penting. Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) menetapkan sasaran reformasi perumahan bercita-cita tinggi, termasuk penyediaan sejuta rumah mampu milik menjelang 2035. Namun, ujian sebenar adalah memastikan aspirasi ini diterjemahkan kepada langkah-langkah yang menangani keadaan pasaran semasa. Data pasaran terkini menunjukkan wujud cabaran dan juga peluang. Menurut Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), jumlah transaksi hartanah Malaysia menurun 1.3% pada separuh pertama 2025 kepada 196,232 transaksi, manakala nilai transaksi meningkat 1.9% kepada RM107.68 bilion. Angka ini menunjukkan sebuah pasaran bercampur, dengan jumlah transaksi lebih rendah tetapi nilai keseluruhan lebih tinggi, mencerminkan sentimen pembeli yang berhati-hati tetapi harga kekal berdaya tahan. Ini menandakan pasaran menunggu kejelasan dan sokongan yang lebih kukuh.

Kami mendapati permintaan terhadap rumah mampu milik kekal kukuh, khususnya untuk kediaman berharga bawah RM300,000. Sehingga September 2025, lebih 20,500 hartanah di seluruh negara disenaraikan di PropertyGuru di bawah paras harga ini, dengan kira-kira 2,500 di Kuala Lumpur sahaja. Namun, kebanyakan rumah ini adalah stok sedia ada, terletak jauh daripada kemudahan pengangkutan awam, atau memerlukan renovasi besar — menekankan bahawa kemampuan bukan sekadar tentang harga.

Kemampuan Perumahan

Perumahan mampu milik bukan sekadar mencapai sasaran angka, tetapi memastikan rumah benar-benar berada dalam jangkauan isi rumah. NAPIC melaporkan harga rumah purata di Malaysia pada separuh pertama 2025 adalah RM486,070, jauh melebihi tahap mampu milik untuk ramai keluarga B40 dan M40 bawahan. Berdasarkan paras pendapatan, rumah di bawah RM300,000 dianggap mampu milik, namun penawarannya di lokasi strategik masih terhad.

Data platform kami menunjukkan ketahanan positif dalam tingkah laku pembeli. Carian untuk rumah bawah RM300,000 melonjak 27.3% dari April hingga Jun 2025 dan kekal stabil sepanjang Julai, mencerminkan kesan positif sokongan dasar dan kestabilan sentimen. Walaupun terdapat penurunan antara Disember 2024 hingga September 2025, di mana carian untuk rumah bawah RM300,000 susut 8.7% akibat ketidaktentuan ekonomi, lonjakan semula ini membuktikan rakyat Malaysia cepat kembali apabila mereka melihat peluang dan kestabilan di pasaran.

Lokasi tetap menjadi faktor kritikal. Permintaan tertinggi bagi rumah mampu milik adalah di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang — negeri-negeri dengan tumpuan pekerjaan, infrastruktur dan kemudahan. Belanjawan 2026 boleh memberi impak besar dengan menggalakkan pembangunan rumah berharga sederhana yang berhubung dengan pengangkutan awam di koridor berpermintaan tinggi. Sementara itu, skim Sewa-untuk-Milik (RTO) boleh menjadi jambatan praktikal untuk banyak keluarga. Bagi isi rumah B40, di mana tahap mampu sewa sekitar RM1,500, skim RTO yang berstruktur baik boleh membuka laluan ke arah pemilikan rumah sambil menangani keperluan perumahan mendesak.

Menyelaraskan Penawaran Dengan Permintaan Sebenar

Cabaran perumahan di Malaysia adalah memastikan penawaran mencukupi dan seiring dengan keperluan pembeli rumah. Sebahagian projek masih menyasarkan harga lebih tinggi, menyebabkan jurang dalam segmen pertengahan di mana majoriti pembeli berpotensi sedang mencari. Menurut NAPIC, pelancaran perumahan baharu menurun sebanyak 46% pada separuh pertama 2025 kepada 23,380 unit, berbanding 43,167 unit pada separuh pertama 2024. Pada masa yang sama, jumlah rumah siap yang tidak terjual meningkat 16.3% kepada 26,911 unit bernilai RM18.6 bilion.

Belanjawan 2026 berpeluang merapatkan jurang ini. Menyokong projek berharga sederhana di koridor bandar berpermintaan tinggi, menggalakkan pembangunan semula kawasan terbiar, serta mempercepatkan kelulusan melalui digitalisasi dan garis masa yang lebih jelas akan memastikan penawaran baharu lebih mencerminkan realiti isi rumah Malaysia.

Perumahan Mampan dan ESG

Kemampuan sahaja tidak akan menjamin masa depan sektor perumahan Malaysia. Semakin ramai rakyat Malaysia mahukan rumah yang bukan sahaja mampu milik, tetapi juga lestari, cekap tenaga dan bertanggungjawab secara sosial. Projek di pasaran kebelakangan ini menunjukkan pemaju mula mengintegrasikan prinsip tersebut ke dalam projek mereka, daripada mengekalkan kawasan hijau yang luas dalam pelan induk perbandaran kepada menggabungkan ciri bandar rendah karbon dan pintar yang meningkatkan kebolehdiaman sambil mengurangkan impak alam sekitar.

Pada masa yang sama, bangunan baharu mencapai pensijilan hijau tertinggi, menampilkan kemajuan dalam reka bentuk yang memberikan manfaat nyata dari segi kecekapan tenaga, air dan sumber. Perkembangan ini membuktikan bahawa kelestarian bukan sekadar ideal, tetapi piawaian yang boleh dicapai dan ditingkatkan dalam sektor ini. Ini sejajar dengan keutamaan ESG global serta boleh mengurangkan kos jangka panjang isi rumah sambil melindungi nilai aset.

Belanjawan 2026 boleh mempercepatkan peralihan ini dengan memberi insentif terhadap penggunaan teknologi binaan hijau, daripada panel solar di bumbung dan sistem penjimatan air kepada Sistem Binaan Berindustri (IBS) yang mengurangkan pembaziran dan mempercepatkan pembinaan. Pada masa yang sama, dasar yang menggalakkan pengubahsuaian stok rumah sedia ada dengan penambahbaikan penjimatan tenaga dapat mengurangkan kos utiliti bulanan untuk keluarga dan memanjangkan jangka hayat hartanah lama.

Aspek sosial ESG juga penting. Membentuk kerangka komuniti campuran yang layak didiami dengan sokongan pengangkutan, pendidikan, dan penjagaan kesihatan akan memastikan dasar perumahan menyumbang kepada matlamat nasional yang lebih inklusif dan mobiliti sosial. Pendedahan lebih telus tentang piawaian prestasi bangunan, termasuk penarafan tenaga dan kesihatan dana penyelenggaraan, juga akan meningkatkan keyakinan pembeli serta menggalakkan pengurusan aset yang lebih baik.

Dengan mengintegrasikan pertimbangan ESG dalam dasar perumahan, Malaysia boleh membina bukan sahaja lebih banyak rumah, tetapi rumah yang lebih baik — cekap, berdaya tahan dan seiring dengan trajektori pembangunan jangka panjang negara di bawah RMK13.

Memperkasakan Ekosistem Perumahan

Belanjawan 2026 bukan sekadar dokumen fiskal. Ia adalah peluang untuk mencerminkan realiti pasaran dan aspirasi rakyat Malaysia. Dengan memberi tumpuan kepada kemampuan, menyelaraskan penawaran dengan permintaan sebenar, dan menempatkan kelestarian dalam perumahan, kerajaan dapat memastikan visi RMK13 diterjemahkan kepada hasil yang nyata.

Di PropertyGuru dan iProperty, kami kekal komited untuk bekerjasama dengan pembuat dasar, pemaju, dan institusi kewangan bagi menyediakan pandangan serta alatan digital yang membantu rakyat Malaysia membuat keputusan pemilikan rumah dengan yakin. Belanjawan 2026 boleh menjadi asas kepada ekosistem perumahan yang telus, inklusif, dan berdaya tahan — di mana setiap rakyat Malaysia mempunyai pilihan sebenar, dan peluang yang adil, untuk memiliki rumah.