10 Soalan Netizen Selalu Tanya Tentang ASB Financing

Ramai yang melabur dalam ASB Financing tetapi dengan cara yang kurang efisien. Kenapa? Sebabnya tak ada orang tolong guide.

Tak ada orang tolong betulkan.

Jangan risau, kami akan bantu anda.

Di sini dikongsikan 10 soalan biasa tentang pembiayaan ASB:

#1. Apa Beza Simpanan di ASB dengan ASB Financing?

ASB : Simpanan biasa dengan membeli unit ASB berharga tetap RM1.00 seunit melalui buku pelaburan. Pemberian dividen adalah tidak tetap (mungkin naik, mungkin turun). Penambahan unit boleh dilakukan di ejen-ejen Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) yang sah seperti Maybank, Maybank Islamic, CIMB Bank, RHB Bank, Pos Malaysia, Affin Bank, Bank Simpanan Nasional, Alliance Bank, AmBank, & AmBank Islamic.

ASB Financing: Pembiayaan yang dibuat dengan bank. Pihak bank belikan sijil ASB daripada ASNB dan pegang sijil tersebut. Jadi kita kena bayar ansuran bulanan kepada bank.

#2. Apa Beza ASB Loan dengan ASB Financing?

ASB Financing adalah pembiayaan ASB menggunakan pembiayaan Islamik. Bank yang menawarkan adalah CIMB Islamic & Maybank Islamic.

ASB Loan pula adalah menggunakan pinjaman konvensional. Bank yang menawarkan adalah RHB, Affinbank dan BSN.

Jadi kepada yang muslim, nanti pergi bank cakap “Saya nak buat ASB Financing, yang cara Islamic”, kata gitu…

Baca juga Perbezaan Utama Pinjaman Islamik dengan Pinjaman Konvensional

#3. Jika Buat Pembiayaan ASB dan Tak Mampu Bayar Ansuran, Apa Akan Jadi?

Pembiayaan ASB berkonsepkan Islamik tidak ada penalti fees dan lock in period. Jika pembiayaan ASB tidak dibayar dalam dua bulan berturut-turut, sijil ASB anda akan dijual.

#4. Apakah Kesan Jika Saya Gagal Bayar Ansuran Bulanan Pembiayaan ASB?

Pembiayaan ASB akan masuk dalam sistem laporan CCRIS. Jika bayar balik dengan cantik, muncul angka 0000. Jika bayar tak konsisten, laporan CCRIS akan rosak. Ia menunjukkan anda tidak mampu mengurus kewangan dengan baik.

Baca juga Awak, Ini Cara Nak Download Laporan CCRIS Secara Online. Tak Sampai 1 Jam Siap!

#5. Pembiayaan ASB Perlu Takaful?

Pembiayaan ASB dengan CIMB takaful adalah pilihan. Jika matlamat pelaburan jangka pendek, tak perlu takaful.

#6. Takaful Dalam Pembiayaan ASB Untuk Apa?

Jika seseorang meninggal dunia ataupun mengalami kecacatan yang kekal. Jika ambil takaful, baki pembiayaan akan di tanggung oleh pihak takaful. Waris akan dapat nilai pembiayaan yang telah diambil.

Jika tak ambil takaful, pulangan prinsipal akan dipulangkan kembali selepas pihak bank terminate sijil tersebut. Waris langsung tidak akan terbeban dengan pembiayaan ASB jika apa- apa berlaku.

#7. Ambil Pembiayaan Selama 30 tahun. Dah Tua Baru Merasa Duit?

Ikut matlamat masing-masing. Tak semua orang buat pembiayaan ASB sehingga 30 tahun. Kalau nak buat 30 tahun, komitmen hanya setahun saja kan. Lepas tu rolling dividen saja.

Pembiayaan ASB tak ada lock in period jadi anda tak terikat dengan tempoh 30 tahun. Tujuan ikat tempoh 30 tahun mungkin bertujuan mendapat ansuran yang rendah. Jadi anda tak terbeban dengan ansuran bulanan.

#8. Boleh Tak Buat Pembiayaan ASB Banyak Sijil?

Kuota ASB seorang adalah RM200,000 dan gandaan sijil adalah gandaan 1,000 unit. Buat lah banyak sijil pun. Jika mampu komitmen hanya RM300 setiap bulan, buat dulu pembiayaan ASB RM50,000 dengan ansuran bulanan RM275.

#9. Jika Saya Buat Pembiayaan ASB, Tiba-Tiba Saya Diberhentikan Kerja. Macam Mana Ya?

Boleh terminate pembiayaan ASB tersebut. Itu pentingnya buat pembiayaan ASB yang tiada lock in period. Tak kena penalti fees.

#10. ASB Ni Patuh Syariah Tak?

Baca Saham Amanah PNB Sudah Jatuh Hukum Harus Di Seluruh Negara

Itu antara soalan-soalan biasa tentang pembiayaan ASB. Semoga bermanfaat.

Ada juga pakar kewangan lain berpendapat memulakan pelaburan dengan hutang bukanlah sesuatu yang bagus, kecuali pelaburan hartanah.

Baca juga Dekat Mana ASB Melabur RM144 Bilion Duit Kita?

Artikel ini adalah olahan MajalahLabur.com dari posting asal Amir Syahir. Kalau anda rasa perkongsian ini cukup bermanfaat, rajin-rajinlah follow beliau.

Previous ArticleNext Article

4 Comments

  1. Dalam keadaan negara pada hari ini asyik dimomokkan dengan hutang yang banyak oleh menteri kewangan yg baru ramai saya lihat pelabur-pelabur sudah kluar dari memberi saham di malaysia. adakan ini melibatkan asb. mungkin tidak dividen lagi. kami yang menyimpan sedikit ni sangat takut,]. tulah duit kami untuk masa tua atau elok kami keluarkan semua melabur dengan cara lain pulak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ASB 3 Didik Isytihar Agihan Pendapatan 5.25 Sen Seunit

KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) — Syarikat pengurusan unit amanah milik penuh Permodalan Nasional Bhd (PNB), Amanah Saham Nasional Bhd mengisytiharkan pembayaran pengagihan pendapatan berjumlah RM423 juta untuk dana harga tetap, Amanah Saham Bumiputera 3 Didik (ASB 3 Didik) bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun 2025.  

Menurut PNB dalam kenyataan hari ini, pengagihan pendapatan itu adalah bersamaan dengan 5.25 sen seunit kepada 338,320 pemegang unit yang kini memiliki sebanyak 8.12 bilion unit.

“Pengagihan pendapatan ASB 3 Didik ini menyumbang kepada jumlah pulangan sebanyak 5.25 peratus mengatasi penanda aras Deposit Tetap 12-Bulan Maybank sebanyak 2.51 peratus, dengan kelebihan 274 mata asas,” katanya.

Katanya sehingga 19 Jun lepas, ASB 3 Didik merekodkan pendapatan bersih yang direalisasi sebanyak RM539.10 juta. 

— BERNAMA 

Terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ini. Hari-hari kami bersemangat nak sebarkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan.

Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?

  • Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?
  • Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
  • Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan

Jika ya, maka anda perlu miliki buku Buku Malaysia Melabur : 10 Benda Kita Kena Tahu.

Buku Malaysia Melabur juga telah berada dalam senarai MPH Best 2020 dalam kategori MPH Best Malay Non-Fiction 2020.

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Boleh miliki buku ini secara online di Shopee