10 Tokoh Saham Dunia Yang Mantap Dan Menjadi Idola Ramai

Pelabur terhebat di dunia adalah mereka yang bukan sahaja melabur untuk kekayaan diri mereka sendiri, tetapi juga telah banyak membantu berjuta-juta orang lain memperoleh pulangan yang sama seperti mereka.

Kebanyakan pelabur menggunakan cara, strategi dan falsafah yang berbeza dalam pelaburan mereka. Ada yang menggunakan kaedah baru dan inovatif untuk menganalisis pelaburan mereka malah ada juga menggunakan kaedah naluri.

Ramai sebenarnya banyak tokoh dari dulu sampai sekarang, ada yang masih hidup ada yang telah meninggal dunia.

Jom kami sajikan anda dengan 10 Tokoh Saham Dunia Yang Mantap Dan Menjadi Idola Ramai.

1. Sir John Templeton

Sir John Templeton berjaya membangunkan beberapa dana pelaburan antarabangsa terbesar dan yang paling berjaya di dunia. Beliau menjual dananya pada tahun 1992 kepada Franklin Group.

Pada tahun 1999, majalah Money menggelarnya sebagai ‘pemilih saham global terbesar abad ini.’

Baca: Selami Kehidupan ‘The Christopher Columbus Of Investors’- Sir John Templeton

2. John Neff

John Neff bergabung dengan Wellington Management Co. pada tahun 1964 dan bersama syarikat itu selama lebih dari 30 tahun dengan menguruskan tiga dana.

Beliau dianggap sebagai pelabur nilai (value investor) kerana beliau menumpukan perhatian kepada syarikat dengan nisbah P/E rendah dan hasil dividen yang kuat dengan tekniknya yang tersendiri.

Baca: Apa Itu P/E Ratio (Price-To-Earnings Ratio)?

3. Peter Lynch

Peter Lynch menguruskan Fidelity Magellan Fund dari tahun 1977 sehingga 1990, di mana aset dana beliau meningkat dari $20 juta menjadi $14 bilion. Lebih penting lagi, Lynch dilaporkan telah mengalahkan penanda aras Indeks S&P 500 dalam 11 dari 13 tahun tersebut sehingga mencapai pulangan purata tahunan sebanyak 29%.

Peter Lynch juga telah menyesuaikan diri dengan apa sahaja gaya pelaburan yang digunakan pada masa itu. Tetapi ketika memilih saham tertentu, tokoh saham dunia ini tetap berpegang kepada apa yang beliau tahu dan sesuatu yang mudah difahami.

Baca: 8 Nasihat Daripada Peter Lynch, ‘The Greatest Unit Trust Investor Ever’

4. Warren Buffett

Dikenali sebagai ‘Oracle of Omaha’, Warren Buffett dipandang sebagai salah seorang pelabur paling berjaya dalam sejarah. Mengikuti prinsip-prinsip yang ditetapkan oleh Benjamin Graham, beliau telah mengumpulkan kekayaan berjuta-juta dolar terutamanya melalui belian saham dan syarikat Berkshire Hathaway.

Gaya disiplin, kesabaran dan nilai pelaburan Buffett secara konsisten ini mengungguli pasaran selama beberapa dekad.

Baca: 8 Tips Pelaburan Daripada Warren Buffett Kepada Pelabur Baru

5. Carl Icahn

Carl Icahn adalah seorang pelabur yang dikenali dengan sikap sombongnya yang menggunakan kedudukan pemilikan di syarikat-syarikat awam untuk memaksa perubahan bagi meningkatkan nilai sahamnya.

Tokoh saham dunia ini memulakan kegiatan penyerbuan korporatnya dengan bersungguh-sungguh pada akhir 1970-an sehinggalah beliau telah berjaya mengaut keuntungan yang hebat dan lumayan.

Baca: Kenali 4 Falsafah Pelaburan Yang Terkenal, Cuba Tengok Anda Yang Mana

6. William H. Gross

Dianggap sebagai ‘raja bon’, William H. Gross merupakan seorang pengurus dana bon terkemuka di dunia. Sebagai pengasas dan pengarah urusan keluarga bon PIMCO, beliau dan pasukannya mempunyai lebih daripada $600 bilion USD aset yang berpendapatan tetap di bawah pengurusannya.

Pada tahun 1996, Gross adalah pengurus portfolio pertama yang dimasukkan ke dalam dewan kemasyhuran Fixed-Income Analyst Society Inc. kerana sumbangannya terhadap kemajuan analisis bon dan portfolio yang amat mengagumkan.

7. John ‘Jack’ Bogle

Tokoh saham dunia dan pelabur terkenal ini mengasaskan syarikat dana bersama Kumpulan Vanguard pada tahun 1974 dan menjadikannya sebagai salah sebuah dana terbesar yang paling dihormati di dunia.

Bogle mempelopori dana dan memperjuangkan pelaburan indeks kos rendah untuk berjuta-juta pelabur. Beliau mencipta dan memperkenalkan dana indeks pertama dunia yang dikenali sebagai Vanguard 500, pada tahun 1976.

Baca: Kenali John Clifton ‘Jack’ Bogle, Pengasas The Vanguard Group Dan Saham Indeks Pertama Dunia

8. George Soros

George Soros adalah pakar dalam menterjemahkan tren ekonomi yang luas. Sebagai pelabur, Soros adalah spekulator jangka masa pendek dan beliau pernah membuat pertaruhan besar terhadap arah pasaran kewangan.

Pada tahun 1973, George Soros mengasaskan syarikat Soros Fund Management, yang akhirnya berkembang menjadi Quantum Fund yang terkenal dan dihormati. Selama hampir dua dekad, beliau telah dilaporkan memperolehi pulangan melebihi 30% setahun dan ada jug yang berjaya mencatat pulangan tahunan lebih daripada 100%.

Baca: George Soros, Seorang Spekulator Yang Dapat Merubah Landskap Politik Sesebuah Negara

9. Jesse Livermore

Jesse Livermore tidak mempunyai pendidikan formal atau pengalaman perdagangan saham. Beliau belajar secara bersendirian dan telah menempuh pelbagai dugaan.

Kejayaan dan kegagalan inilah yang membantunya mengukuhkan idea perdagangan yang masih terdapat di pasaran sehingga kini.

Tokoh saham dunia ini mula berniaga di awal usia remaja dan ketika berusia lima belas tahun, beliau dilaporkan telah menghasilkan keuntungan lebih daripada $1,000, yang merupakan wang yang sangat banyak pada masa itu.

Baca: Nilai Dan Pengajaran Dari Kehidupan Jesse Livermore, Seorang Trader Lagenda

10. Benjamin Graham

Benjamin Graham amat popular sebagai pengurus pelaburan dan pendidik kewangan yang cemerlang. Beliau juga diakui sebagai penganalisis keselamatan dan pelaburan nilai.

Beliau akan melabur dengan syarikat yang mempunyai hutang rendah serta mempunyai nilai aset yang tinggi.

Baca: Siapakah Gerangan Benjamin Graham, The Intelligent Investor?

Itulah dia 10 tokoh saham dunia dan pelabur terkenal yang mantap dan menjadi idola ramai. Banyak ilmu serta panduan yang boleh dipelajari daripada mereka yang berpengalaman ini.

Sumber Rujukan:

Jemput baca juga:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kerjaya Prospek: Terus Memperoleh Pelanggan Baharu

Saranan BELI dan harga sasar (TP) sebanyak MYR3.19, potensi kenaikan harga saham 41% dan kadar hasil dividen kira-kira 6% untuk FY27F

Semalam, Kerjaya Prospek berjaya meraih kontrak bernilai MYR529j daripada BRDB Developments (BRDB). Kontrak ini berkait dengan sebuah pembangunan bernama Eden Taman Duta yang merangkumi lapan buah blok bangunan kediaman berkonsepkan villa yang menempatkan 146 unit di Jalan Gallagher, Bukit Tunku, Kuala Lumpur. Kerja-kerja pembinaan dijadualkan bermula pada 15 Jun dan akan disiapkan dalam tempoh 33 bulan dari tarikh bermulanya pembinaan.

Kontrak ini merupakan tawaran kerja ketujuh KPG untuk FY26

Yang pertama daripada BRDB. Malahan, terdapat dua kontrak lebih awal pada FY26 yang diterima daripada pelanggan-pelanggan baharu; terutamanya Sena Letrik dan IJM Land. Oleh demikian itu, KPG berupaya mendapatkan tiga pelanggan baharu pada FY26 dan hal ini memberikan petanda bahawa rangkaian pelanggan kumpulan ini dapat diperluas.

Kami ramalkan paras margin bersih projek ini akan berlingkungan antara 8-10%. Berdasarkan anggaran kami, baki buku pesanan berjumlah MYR4.5bn (termasuk tawaran terbaharu) oleh KPG mempunyai 70-80% kerja yang datang daripada pihakpihak berkaitan seperti Kerjaya Prospek Property (KPPROP MK, TIADA SARANAN) dan Eastern & Oriental (EAST MK, BELI, TP: MYR1.05).

Mengambil kira tawaran kontrak terbaharu ini, KPG sudah memperoleh projekprojek baharu bernilai kira-kira MYR1.6bn

Sejak awal tahun ini hingga sekarang (YTD) berbanding dengan sasaran FY26F-nya berjumlah MYR2bn dan andaian penambahan kerja bernilai MYR2.3bn kami untuk tahun kewangan yang sama. Pada pandangan kami, projek-projek yang bakal diperoleh untuk tempoh FY26 yang berbaki termasuklah:

i) AVÉA yang dilancarkan baru-baru ini oleh EAST, yang mungkin mencatat nilai pembinaan sekitar MYR400j (GDV: MYR1bn)

ii) Mezon@Park Enclave oleh Aspen Group di Batu Kawan (yang mungkin bernilai MYR200-400j, berdasarkan kontrak-kontrak sebelum ini)

iii) projek dengan GDV berjumlah MYR720j oleh KPPROP (nilai pembinaan: kira-kira MYR288j) di Batu Kawan.

Pendorong tambahan ialah sekiranya KPG berjaya mendapatkan kerja-kerja baharu daripada segmen perindustrian

Kontrak kerja terakhir yang diperoleh dalam kategori ini adalahpada bulan Sep 2023, iaitu daripada Texas Instruments.

Jangkaan perolehan

Kami tidak membuat sebarang pindaan pada perolehan FY26F memandangkan kerja terbaharu menepati sasaran penambahan kerja berjumlah MYR2.3bn kami untuk FY26F. Sehubungan dengan itu, TP MYR3.19 kami yang diraih melalui kaedah SOP dikekalkan. Premium ESG 2% turut dimasukkan dalam pengiraan TP kami berikutan markah ESG sebanyak 3.1.

Faktor pemangkin besar untuk KPG

Seandainya kumpulan ini mengambil bahagian dalam mana-mana projek prasarana utama seperti Transit Aliran Ringan Pulau Pinang (LRT Pulau Pinang). Menurut majalah The Edge, KPG menerusi sebuah konsortium dengan SinoHydro Corp dan Power China Group berhasrat memperoleh pakej kedua LRT Pulau Pinang (dengan anggaran nilai MYR4bn).

Risiko negatif

Kemerosotan pasaran hartanah dan tekanan kos berlarutan.

Asas Penilaian

Kami menilai Kerjaya Prospek menerusi kaedah SOP, iaitu diperoleh daripada gabungan kaedah penilaian P/E, dan RNAV.

Faktor Pemacu Utama

Perolehan Kerjaya Prospek diperkukuh oleh pesanan kerja pembinaan, jualan hartanah dan pembuatan lekapan & kelengkapan dalaman.

Risiko Utama

i. Kemerosotan pasaran hartanah
ii. Tekanan kos berpanjangan.

Profil Syarikat

Kerjaya Prospek memperoleh penyenaraiannya melalui pengambilalihan terbalik ke atas Fututech. Syarikat ini terlibat dalam pembinaan, pembangunan hartanah, dan pembuatan

Carta Saranan

Penganalisis
Adam Bin Mohamed Rahim +603 2302 8101 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.