Barang Naik – Salah GST Ke Salah Peniaga Ke Salah Penguatkuasa Ke Salah Pengguna, Atau Sebenarnya Salah Kira?

Alhamdulillah, rakyat Malaysia semakin celik dengan dunia kewangan. Kalau sebelum ini tak berapa nak kisah, dilihat semakin ramai yang mula mengambil berat dan peka dengan sebarang perkembangan terbaru dalam negara. Yang pastinya, kita memang ada pandangan yang berbeza dalam setiap perkara.

Sebagai permulaan bicara, umum tahu bahawa GST Sifar Telah Pun Bermula Sejak 1 Jun 2018. Ini merupakan di antara perkara terawal yang dilakukan oleh Pakatan Harapan, sejak mengambil alih tampuk pemerintahan sebagai mengotakan janji mereka pada Pilihanraya Umum Ke-14 yang lalu.

Kami juga ada membincangkannya secara mendalam dalam GST Sifar, Apa Kesannya Kepada Pasaran Saham? dan Zero Rate GST : Impak Kepada Ekonomi Negara. Mana taknya, GST menyumbang 23% kepada perbendaharaan negara – sudah pastinya ia memberi kesan yang besar.

Kemudian timbul pula persoalan, harga barang ada turun atau tidak sejak 1 Jun 2018 yang lalu? Dapat jimat lebih? Poket semakin tebal? Troli semakin penuh?

Sebab sebelum ini pun, Ada Klasifikasi Barang Sifar GST, Tetapi Harga Barang Tetap Naik Juga.

Di antara perkhidmatan yang menikmati sifar GST adalah di dalam sektor pengangkutan antarabangsa, perkhidmatan insurans dan takaful, perkhidmatan telekomunikasi, perkhidmatan penghantaran duit dan suratkhabar atas talian.

Barangan Sifar GST

Manakala barangan sifat GST adalah seperti makanan asas dan keperluan seperti

  • beras, daging, ayam dan telur ayam.
  • makanan laut seperti ikan, ketam, udang.
  • sayur-sayuran, buah-buahan, rempah ratus, tepung, gula, garam, minyak masak, roti, susu bayi dan banyak lagi.
  • semua jenis bahan bacaan, ubat-ubatan, bekalan air dirawat dan bekalan elektrik juga tidak dikenakan GST.

Untuk senarai penuh, boleh muat turun Senarai Barang Bercukai Dan Tidak Bercukai daripada laman web rasmi Kastam Diraja Malaysia.

Jadi bukannya semua salah GST yang menyebabkan harga barang naik.

Kalau Bukan Salah GST, Salah Peniaga Ke Camana?

Tidak dinafikan ada sesetengah peniaga yang menaikkan harga barang lebih daripada kadar GST 6%. Kononnya, pengilang kena GST dan pass kepada pemborong. Pemborong pula kena GST dan pass kepada peniaga. Peniaga yang kena GST pula akan pass kepada pengguna.

Harga asal RM100 sepatutnya naik sekadar RM106 kerana disebabkan GST 6%, tetapi ternyata harga barang naik lebih daripada itu.

Salah Penguatkuasa Pula Ke?

Bagi tahun 2015, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya mengutip RM27.1 bilion untuk 9 bulan sejak perlaksanaannya pada April 2015.

Bagi tahun 2016 pula, JKDM mensasarkan RM39 bilion hasil daripada kutipan GST. Namun, mereka berjaya memungut RM41.2 bilion pula – 5.6% melebihi sasaran.

Untuk tahun 2017, sasaran kutipan GST adalah RM40 bilion. Tetapi JKDM berjaya mengutip sebanyak RM44 bilion, 10% melebih sasaran.

Kalau pihak Kastam tak buat kerja, masakan mereka boleh melebihi sasaran kutipan GST yang ditetapkan?

Ke nak salahkan sasaran kutipan yang terlalu rendah?

Atau Nak Salahkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK)?

Adakah KPDNKK pula yang salah kerana gagal mengekang kenaikan harga barang sehingga tidak terkawal? Ada yang kata, zaman teknologi ini sepatutnya pihak KPDNKK sudah mempunyai aplikasi atau pangkalan data harga semasa barang-barang keperluan. Sekarang ni kalau nak banding harga nak guna aplikasi apa?

Kalau nak tahu, KPDNKK telah membuat satu inisiatif supaya orang ramai boleh buat perbandingan harga. Jemput beramai-ramai ke laman web Price Catcher.

Bila kita dah tahu harga barang yang sepatutnya, boleh juga kita sebagai pengguna melaporkan sebarang harga barang yang tidak munasabah.

Salah Kita Sebagai Pengguna Sebab Tak Buat Laporan?

Kita kan suka komplen di laman sosial, tapi adakah ianya saluran yang betul untuk membuat laporan harga barang naik?

Tengok sendiri statistik KPDNKK berikut:

Sumber: Laman Web KPDNKK

Sebanyak 7,719 aduan diterima di laman web KPDNKK untuk 6 bulan pertama tahun 2018, iaitu secara puratanya sebanyak 1,286 aduan sebulan.

Nak cara yang lagi mudah untuk buat aduan? Guna saja aplikasi Ez Adu KPDNKK.

Kalau nak mainkan peranan yang lagi aktif dalam membantu KPDNKK, siap ada aplikasi Friends Of KPDNKK (FOK) lagi.

Bila dah tolong KPDNKK menjadi mata dan telinga mereka dengan melaporkan apa yang berlaku di kalangan peniaga, dapat pula imbuhan dalam bentuk diskaun 10%-70% untuk hotel dan pasaraya yang terpilih.

Atau Salah Pengiraan GST vs SST, Yang Mana Lebih Membebankan Rakyat?

Ada dua pandangan berbeza mengenai perbandingan di antara GST dan SST seperti berikut:

1. Pro-SST

2. Pro-GST

Ada yang kata GST lebih membebankan rakyat, ada pula yang kata SST yang lebih membebankan.

Itu perbincangan kita rakyat marhaen, di kalangan pihak atasan pun mempunyai pandangan yang berbeza. Pakar Cukai Kata Harga Barang Akan Naik Bila SST Mula 1 September, tapi Kementerian Kewangan melalui YB Lim Guan Eng selaku Menteri Kewangan pula kata 21 Bilion SST Tak Semudarat 44 Bilion GST. Siap bagi contoh lagi.

Taknak Salahkan Takdir?

Ada benda yang kita boleh ubah, jom kita ubah. Lagipun ada dua saja cara, samada kita tingkatkan pendapatan atau kurangkan perbelanjaan.

Kalau rasa terkesan dengan kenaikan harga barang, carilah kerja part-time untuk tambah pendapatan. Atau belajar tentang pelaburan saham, jemput baca Ini 15 Panduan Beginner Perlu Tahu Tentang Pelaburan Saham di Bursa Malaysia. Boleh juga baca Rasa Susah Nak Menyimpan? Ikuti Tips Hebat Ini.

Kalau rasa berat, cari jalan untuk kurangkan perbelanjaan pula. Mula dengan Bagaimana Membezakan Antara Keperluan Dan Kehendak? Seterusnya, amalkan tips dalam 5 Masalah Kewangan Yang Biasa Dialami Dan Cara Penyelesaiannya. Akhir sekali, dengar kata-kata mutiara dalam Tuan Norizan Kongsikan Cara Nak Bersara Awal Di Usia 54 Tahun.

Semoga kita semua berjaya tempuhi Ekonomi Baru ini!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Penat Cari Duit, Akhirnya “Hangus” Untuk Bayar Cukai?

Pernah tak korang duduk depan laptop, tangan menggigil nak tekan butang submit e-Filing sebab tengok baki cukai kena bayar sampai beribu-ribu? Masa tu, segala rasa ralat dan tak puas hati muncul. Rasa macam “hangus” hasil titik peluh setahun.

Tapi, cuba korang tarik nafas kejap. Bayangkan senario ini:

Di satu sudut hospital kerajaan, ada seorang ayah yang buntu fikir kos bedah jantung anaknya yang mencecah RM50,000. Angka itu berpusing-pusing di kepalanya. Dia hanya seorang kerani biasa. Dia mula berkira-kira untuk tebalkan muka meminjam sana-sini. Air matanya gugur, bukan kerana sedih, tapi kerana rasa gagal sebagai seorang ayah.

Tapi bila dia pergi ke kaunter bayaran, kerani tu sambil tersenyum berkata, “Encik cuma perlu bayar RM1 sahaja.”

Ayah tadi terduduk, menangis syukur.

Tahu tak siapa yang “bayar” baki RM49,999 tu? Itulah duit cukai yang korang rasa “hangus” tadi.

Ada orang kata, “Alah, cukai aku bayar RM500 je setahun. Tak luak pun buat kerajaan. Kerajaan kan ada cukai korporat, cukai jalan, duti eksais, macam-macam lagi! Apa sangatlah duit cukai aku yang sikit ni?”

Memang betul, pendapatan negara datang dari pelbagai sumber. Tapi kena ingat, bajet negara ni ibarat satu puzzle gergasi. Cukai syarikat mungkin besar, tapi sumbangan dari cukai pendapatan individu adalah salah satu kepingan puzzle yang sangat kritikal.

Bila jutaan rakyat Malaysia “tong-tong” (berkongsi) membayar cukai individu, jumlahnya mencecah berbilion ringgit setahun!

Nak ikhlas bayar cukai ni bukan soal faham undang-undang, tapi soal faham kemanusiaan. Bila kita nampak yang duit tu sebenarnya tengah “memberi peluang kedua” kepada orang lain, “menyuap” nasi ke mulut anak yatim dan “menjaga” keselamatan mak ayah kita di kampung, saat itulah rasa berat hati tadi akan bertukar menjadi rasa bangga yang luar biasa.

Macam mana nak capai tahap ikhlas macam tu? Cuba renungkan 4 perkara ni:

1. Cukai Sebagai “Sijil Kejayaan”

Tukar mindset: Cukai bukan beban, tapi ia adalah bukti korang sudah berjaya. Hanya orang yang memiliki pendapatan melebihi paras tertentu sahaja yang layak membayar cukai.

  • Kalau kena bayar cukai RM5,000, bayangkan berapa banyak rezeki (pendapatan) yang Tuhan dah bagi sampai korang sampai ke tahap itu.
  • Ramai orang di luar sana teringin nak ada gaji setinggi itu. Kalau kena bayar banyak, maksudnya Tuhan dah amanahkan rezeki yang sangat besar tahun lepas. Bayar cukai adalah cara “mengalirkan” berkat tu supaya ia dapat dikongsi bersama.

2. Niatkan Sebagai “Sedekah Paksa”

Zakat itu wajib untuk asnaf, tapi cukai pula adalah sumbangan untuk kepentingan “keluarga besar” kita.

  • Bila bayar cukai, niatkan dalam hati: “Ya Allah, aku sedekahkan duit ini untuk kegunaan rakyat Malaysia.”
  • Bayangkan, duit itu digunakan untuk beli ubat bagi pesakit di hospital kerajaan atau beli buku teks untuk anak-anak sekolah. Selagi orang itu sembuh atau budak tu dapat ilmu, pahala jariah korang tetap mengalir walaupun tak kenal pun siapa mereka.

3. Melunaskan “Hutang”

Sedar atau tidak, kita semua “terhutang budi” dengan negara.

  • Kita belajar di sekolah dan universiti yang yurannya disubsidi.
  • Kita guna jalan raya, jambatan dan lampu jalan yang dibina sebelum kita lahir lagi.
  • Bayar cukai adalah cara kita membalas jasa dan memastikan generasi anak-anak kita nanti pun dapat nikmat yang sama. Kita bayar supaya manfaat ini tidak terhenti pada kita sahaja.

4. Membantu Golongan “Tengah” (M40)

Zakat hanya untuk golongan asnaf. Tapi macam mana dengan kawan-kawan kita yang “tak kaya tapi tak miskin” (M40)? Gaji mereka sedikit saja melepasi garisan asnaf, membuatkan mereka tidak layak menerima zakat, namun tidak cukup kaya untuk menanggung badai musibah yang datang secara tiba tiba. Mereka tak layak terima zakat, tapi kalau anak mereka masuk hospital, mereka sangat perlukan subsidi kerajaan.

Bayangkan kawan sepejabat. Anak mereka tiba-tiba jatuh sakit dan perlukan pembedahan segera. Simpanan tak seberapa, insurans pula ada hadnya. Di sinilah duit cukai korang muncul sebagai Superhero yang tidak didendang.

  • Duit cukai koranglah yang memastikan kawan itu hanya perlu membayar RM500 untuk pembedahan yang kos asalnya berjumlah RM50,000.
  • Duit cukai koranglah yang menghalang seorang ayah daripada berhutang keliling pinggang semata-mata nak menyelamatkan nyawa anaknya.

Bila bayar cukai, korang sebenarnya sedang menjaga maruah kawan-kawan dan jiran tetangga. Korang sedang memegang tangan mereka supaya tidak jatuh tersungkur ke lembah kemiskinan. Menolong mereka yang sedang sesak walaupun mereka bukan asnaf adalah satu amal jariah yang sangat agung dan mulia.

“Tapi… Takutlah Duit Kena Sakau Oleh Ahli Politik!”

Ini kerisauan paling besar kan? Kita penat-penat membanting tulang, tiba-tiba keluar berita berlaku ketirisan sana-sini. Rasa macam tak berbaloi nak bayar kalau hujung-hujung masuk poket orang yang tidak sepatutnya.

Tapi, cuba renungkan sudut pandang ni:

Dalam Islam, tanggungjawab kita adalah mematuhi peraturan demi kepentingan awam. Apabila kita membayar dengan niat untuk membantu rakyat, insha-Allah pahala itu sudah milik kita di sisi Tuhan.

Kalau ada tangan-tangan yang menyalahgunakan amanah itu, itu adalah dosa besar mereka di padang mahsyar nanti. Mereka yang akan menjawab, mereka yang akan menanggung azab.

Pahala kita takkan “disakau” oleh dosa mereka.

Jadi, jangan biarkan kemarahan kita kepada segelintir manusia membuatkan kita berhenti menjadi tulang belakang kepada berjuta rakyat lain yang benar-benar memerlukan.

Daripada Jabir RA, Rasulullah SAW bersabda: “Sebaik-baik manusia adalah yang paling bermanfaat bagi manusia yang lain.” (Hadis Riwayat al-Tabarani)

Artikel ini tidak ditaja oleh LHDN atau mana-mana pihak berkuasa. Kami di Majalah Labur cuma nak ajak anda semua ‘win’ dari segi kewangan DAN ketenangan jiwa. Bila kita nampak ke mana perginya setiap sen hasil titik peluh kita, barulah kita rasa berbaloi nak menyumbang. Jom jadi pembayar cukai yang bijak dan berjiwa besar!