Pelaburan Atau Simpanan, Mana Satu Kena Buat Dulu?

Dalam konteks mencapai matlamat, seseorang haruslah mempuyai objektif yang jelas dan mempunyai langkah yang jelas untuk mencapainya. Termasuklah menentukan sama ada melabur atau pun menyimpan wang terlebih dahulu, pastinya ramai yang masih tertanya-tanya.

Kumpul Duit, Buat Simpanan

Statistik menunjukkan, 75% rakyat Malaysia tidak mempunyai simpanan walau sekadar RM1,000. Ini adalah sesuatu yang amat membimbangkan. 

Setiap kali kita dapat gaji, dalam masa sekejap semuanya habis digunakan untuk membayar hutang. Kalau nak tahu, Kakitangan Kerajaan Belanja Lebih Daripada 1/2 Gaji Untuk Bayar Hutang.

Ada yang mensarankan supaya kita mempunyai sekurang-kurangnya 3 bulan atau 6 bulan gaji dalam bentuk simpanan. Ini bermakna, kalau kita bergaji RM3,000 sebulan – pastikan kita ada RM9,000 atau RM18,000 dalam simpanan.

Pelaburan Lebih Seksi, Lebih Risiko

Bercakap mengenai pelaburan pula, sememangnya ia kelihatan sangat menggoda. Kalau tadi tak ramai yang mempunyai simpanan, ramai rakyat Malaysia yang memang minat untuk melabur.

Malangnya, hampir sejuta rakyat Malaysia ditipu sehingga RM3.8 bilion oleh scammers. Itu yang dilaporkan, yang tak dilaporkan mesti banyak kan?

Biasa dengar istilah ‘high risk high return’? Jika kita sanggup mengambil risiko yang tinggi, maka potensi pulangan juga tinggi.

Kesan Jika Menyimpan Terlebih Dahulu

Simpanan boleh dibuat di bank, ASB, Tabung Haji atau Fixed Deposit. Baca juga Senarai Simpanan Tetap (Fixed Deposit) Yang Patuh Syariah Di Malaysia.

Terdapat banyak faedah menyimpan sebelum melabur. Pertama, jumlah wang yang anda simpan di dalam akaun simpanan anda tidak akan berkurang dari masa ke masa selagi kita tidak membuat pengeluaran.

Ini penting kerana setiap daripada kita mempunyai matlamat, ada yang nak beli rumah, ada yang nak kumpul duit nak hantar anak ke universiti, dan semestinya kita perlu mempunyai tabung persaraan yang mencukupi.

Dalam keadaan yang tidak menentu pula, kita juga berkemungkinan untuk dibuang kerja. Kalau tiada simpanan, bagaimana untuk kita teruskan kehidupan? Nak bayar duit kereta? Nak bayar duit rumah? Nak makan?

Namun kita harus ingat, suka atau tidak kita akan berdepan dengan inflasi. Nilai duit kita hari ini akan merosot, RM50 pada hari ini tak sama dengan RM50 lagi lima tahun akan datang.

Jadi kalau kita hanya simpan saja, memang tak memadai.

Nak tips menyimpan tak? Jemput baca 7 Tabung Simpanan Yang Perlu Ada. Mulakan Sekarang dan Rasa Susah Nak Menyimpan? Ikuti Tips Hebat Ini.

Kesan Jika Melabur Terlebih Dahulu

Pelaburan juga ada manfaatnya tersendiri. Pelaburan berpotensi untuk menggandakan wang kita dengan lebih cepat. Nak tahu berapa cepat duit kita berganda, jemput baca Cara Nak Gandakan Duit Dalam Pasaran Saham Menggunakan Rule of 72.

Apabila kita melabur, kita harus berdepan dengan risiko kehilangan duit. Lebih-lebih lagi apabila keadaan ekonomi yang tidak menentu dan ketidakstabilan pasaran saham berlaku. Perang perdagangan di antara Amerika Syarikat dan China, isu Brexit yang tak berkesudahan dan bermacam-macam lagi.

Namun, jika kita tempoh masa yang lama untuk kembangkan duit – pelaburan memang terbukti dapat membantu. Lagi muda usia kita, lagi tinggi risiko yang boleh kita ambil, lagi tinggi potensi pulangan yang boleh kita raih.

Ditambah lagi dengan ‘compounding interest’, memang beranak-pinak duit kita nanti. Nak faham dengan lebih mendalam, kena baca Fakta Menarik Mengenai Compounding (Berganda) Dalam Pelaburan.

Simpan Dulu Baru Melabur

Walaupun pelaburan kelihatan macam lebih best, namun kita harus kukuhkan dulu foundation kita. Pastikan kita ada simpanan sebanyak 3-6 bulan daripada gaji bulanan terlebih dahulu. Ini bagi membolehkan kita berdepan dengan sebarang perkara yang tidak diingini.

Bila asas dah kukuh, baru teruskan hasrat untuk melabur. Ini kerana sifat pelaburan tersebut yang memerlukan masa untuk berkembang. Dan setiap pelaburan mempunyai risiko tersendiri, takut nanti kita nak pakai duit, terpaksa ‘cairkan’ pula pelaburan yang belum lagi matang.

Pelaburan mirip lari joging petang-petang. Kita bersaing dengan diri sendiri. Bukan nak banding siapa dapat untung paling tinggi.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pemohon Pembiayaan Peribadi Lebih RM100,000 Wajib Hadiri Modul Pendidikan Kewangan – BNM

KUALA LUMPUR, 30 Sept (Bernama) — Pengguna yang memohon pinjaman peribadi melebihi RM100,000 perlu menghadiri dan melengkapkan modul pendidikan kewangan, menurut Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini.

Dalam dokumen dasar pembiayaan peribadi yang dikeluarkan di sini hari ini, bank pusat berkata syarat-syarat ini merupakan antara keperluan baharu yang ditetapkan oleh BNM.

Dokumen dasar itu bertujuan memperkenalkan amalan pembiayaan yang berhemah dan bertanggungjawab berhubung dengan penyediaan pembiayaan peribadi oleh penyedia perkhidmatan kewangan, di samping menggalakkan gelagat peminjaman yang bertanggungjawab dalam kalangan pengguna kewangan.

Ia juga untuk memastikan pelaporan yang jelas daripada penyedia perkhidmatan kewangan berhubung jangkaan sedia ada BNM mengenai penggunaan tempoh maksimum 10 tahun untuk pembiayaan yang ditawarkan di bawah produk pembiayaan rumah atau dijamin oleh harta tanpa halangan bagi kegunaan peribadi.

Ia juga melarang tawaran pembiayaan peribadi di mana caj faedah/keuntungan dikira menggunakan kaedah kadar rata dan/atau Peraturan 78 yang merujuk kepada kaedah pengiraan faedah/keuntungan.

Di samping itu, ia juga mengukuhkan jangkaan untuk penyedia perkhidmatan kewangan mendedahkan kadar faedah/keuntungan yang berkesan kepada pengguna kewangan.

Dengan persaingan yang sengit dalam pasaran kredit runcit, perubahan telah diperhatikan dalam amalan pemberian pinjaman oleh penyedia kredit dalam segmen pembiayaan peribadi, menurut gambaran keseluruhan dokumen dasar. Keadaan ini menyumbang kepada pinjaman yang tidak mampu ditanggung oleh isi rumah.

Apa yang menjadi kebimbangan utama adalah kemunculan produk pembiayaan baharu yang nampak seperti pinjaman mampu milik tetapi sebenarnya menggalakkan pengumpulan hutang yang tidak berhemah. Pengguna kewangan tidak mampu menanggungnya tanpa risiko kesulitan yang ketara sepanjang tempoh pembiayaan disebabkan kekurangan simpanan kewangan yang mencukupi.

Menurut dokumen itu, penyedia perkhidmatan kewangan dikehendaki menjalankan penilaian kesesuaian dan kemampuan membayar bagi setiap kemudahan pembiayaan baharu dan tambahan yang ditawarkan kepada pengguna kewangan, tetapi keperluan yang lebih khusus diperlukan untuk mencegah perkembangan tidak sihat dalam segmen pembiayaan peribadi.

Dokumen dasar ini terpakai kepada semua bank berlesen, bank Islam berlesen dan institusi kewangan pembangunan yang ditetapkan, berkuat kuasa mulai hari ini.
— BERNAMA