5 Risiko Jadi Penjamin Yang Perlu Kita Tahu

Ramai yang rasa serba salah bila diminta untuk jadi penjamin kepada ahli keluarga atau rakan-rakan. Seperti yang kita tahu, penjamin diperlukan sekiranya seseorang ingin memohon pinjaman kereta, kad kredit dan sebagainya.

Sekiranya ada masalah dengan pihak bank, skor kredit yang lemah atau pendapatan tak cukup untuk pinjaman yang dimohon, maka pemohon akan diminta untuk cari seorang penjamin.

Apabila peminjam tak dapat bayar, maka penjaminlah orang yang akan dicari oleh pihak bank. Maka, tak hairanlah jika risiko seorang penjamin ini sememangnya tinggi.

Jom kita tengok 5 risiko menjadi seorang penjamin.

1. Aset Boleh Disita

Risiko jadi penjamin akan membuatkan harta atau aset penjamin tersebut akan disita. Pihak Jabatan Insolvensi akan menyita harta yang kita ada untuk membayar balik hutang tersebut.

2. Skor Kredit Akan Rosak

Dengan menjadi penjamin, skor kredit kita akan rosak sekiranya orang yang kita jamin itu gagal membayar hutang pada waktu yang sepatutnya. Apabila skor rosak, maka susahlah untuk kita membuat pinjaman pada masa yang akan datang.

3. Boleh Jadi Muflis

Risiko terbesar bagi seorang penjamin adalah menjadi muflis. Hal ini kerana sekiranya kedua-dua pihak (penjamin dan pemiutang) tidak dapat melunaskan hutang tersebut, akan mendatangkan masalah yang besar.

Jabatan Insolvensi boleh memutuskan penjamin sebagai muflis sekiranya hutang mencecah lebih daripada RM100,000 dan tak mampu untuk membayarnya.

4. Kerjaya Tersekat

Biasanya penjamin mempunyai kerja yang stabil dan disukai oleh pihak bank. Namun, risiko yang terpaksa ditanggung sekiranya menjadi penjamin adalah kerjaya akan disekat sekiranya pemiutang gagal menjelaskan hutang tersebut.

Silap haribulan, tiada majikan yang ingin mengambil kita bekerja. Di samping itu, kita juga tidak boleh memiliki perniagaan atau memiliki sebahagian daripada perniagaan. Pendek kata, nak buat apa pun susah.

5. Tidak Bebas Ke Luar Negara

Menjadi penjamin juga akan berisiko di mana kita tidak akan bebas ke luar negara sesuka hati sekiranya orang yang anda jamin gagal membayar hutang. Kita sebagai penjamin perlu memohon kebenaran daripada Jabatan Insolvensi atau pun mendapatkan perintah mahkamah terlebih dahulu.

Kesimpulannya, menjadi penjamin sememangnya mendatangkan pelbagai masalah atau risiko yang bakal dihadapi. Jadi, sekiranya ada saudara mara atau kawan-kawan yang meminta anda menjadi penjamin, fikirlah terlebih dahulu mengenai risiko ini.

Adalah lebih baik sekiranya kita tolak permintaan untuk jadi seorang penjamin, walaupun kepada ahli keluarga sendiri.

Baca juga:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Teraju Akan Wujudkan Dana RM1 Bilion Untuk Bantu Perusahaan Bumiputera

KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) — Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) akan mewujudkan dana agregat sebanyak RM1 bilion untuk syarikat bumiputera dalam tempoh satu hingga dua tahun akan datang. 

Ketua Pegawai Eksekutif Teraju, Junady Nawawi, berkata dana itu akan dilaksanakan dengan sokongan rakan usaha sama.

“Kami akan memilih beberapa bank perdagangan dan institusi kewangan pembangunan sebagai rakan kongsi.

“Dana itu akan diagihkan dalam bentuk pinjaman. Kami akan berbincang dengan rakan kerjasama untuk merendahkan kadar faedah pinjaman di bawah kadar pasaran (supaya ia) menarik kepada syarikat bumiputera,” katanya kepada Bernama di luar program Mempertingkat Penciptaan Nilai Bumiputera di sini hari ini. 

Menurutnya dana agregat berjumlah RM1 bilion itu menggunakan kaedah leveraj dan penggandaan.

“Ini bererti, dengan (setiap) RM1 yang dibelanjakan kerajaan untuk syarikat bumiputera, menggunakan komitmen itu, rakan kerjasama akan memberikan lima kali ganda jumlahnya. Kami juga tidak akan menumpukan kepada geran selepas ini, tetapi kepada pinjaman seperti ini,” katanya.

Beliau berkata, dengan saiz dana itu, Teraju menyasarkan untuk meningkatkan pertumbuhan sehingga 5,000 perusahaan bumiputera dan memudahkan penskalaan 1,000 perusahaan bumiputera menjelang 2030.

Teraju akan bekerjasama dengan institusi kewangan seperti Bank Muamalat Malaysia Bhd, RHB Islamic Bhd, MIDF Bhd, MBSB Bank Bhd, Sabah Credit Corporation, Maybank Islamic Bhd, SME Bank, Agrobank, Bank Rakyat, Credit Guarantee Corporation, Exim Bank, Pernas dan Development Bank of Sarawak, untuk mewujudkan kemudahan pembiayaan bernilai RM 1bilion untuk syarikat bumiputera.

— BERNAMA