Refinance Rumah: Baik Atau Buruk? Ambil Tahu 5 Perkara Ini

Soal refinance atau pembiayaan semula pinjaman hartanah memang antara amalan yang popular di Malaysia. Jika kita senaraikan sebab kenapa mereka melakukan refinance, pasti tidak cukup sehelai kertas.

Tidak kurang juga ada pembeli rumah yang mengambil keputusan membeli hartanah untuk mendapatkan sejumlah wang melalui pembiayaan pinjaman hartanah.

Alasan paling popular adalah untuk mendapatkan kadar faedah yang lebih rendah, memendekkan jangka masa bayaran ansuran pinjaman dan mengumpulkan dana untuk tujuan lain.

Baca : 8 Penentu Kadar Faedah Pembiayaan Dan Pinjaman Hartanah Anda

Hakikatnya, ramai yang terciduk dalam refinance dan lari dari niat dan hasrat asalnya. Barangkali tujuan mereka melakukan refinance tidak jelas dan betul.

Umum mengetahui refinance bukanlah wang percuma yang diberikan bank kepada peminjam pembiayaan pinjaman hartanah.

Sebaliknya, satu pinjaman beserta faedah yang perlu dibayar semula mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Apa yang ramai orang tidak tahu adalah pinjaman hartanah tersenarai sebagai salah satu daripada punca ramai rakyat Malaysia muflis dan 60% daripadanya adalah golongan muda berumur 25 tahun – 44 tahun.

Data yang dikeluarkan PMB Investment pada Februari 2019 yang lalu menunjukkan 4 faktor utama rakyat Malaysia muflis adalah:

* Pinjaman Peribadi : 27.76%
* Sewa Beli Kenderaan : 24.73%
* Pinjaman Hartanah : 14.09%
* Kad Kredit : 9.91%

Tujuan data ini dikeluarkan bukanlah untuk menakutkan kita (baca : pemilik rumah), sebaliknya sebagai satu peringatan agar tidak melakukan kesilapan kewangan yang sama seperti pemilik rumah lain.

Jadi, refinance ini baik atau buruk?

Ini apa yang kita perlu tahu mengenai baik buruk buat refinance dalam hartanah.

1. Bina Ekuiti

Ada orang yang beli rumah saat harga rumah tersebut sedang murah.

Lantas, apabila nilai rumah tersebut telah meningkat pada satu angka yang signifikan selepas beberapa tahun, mereka memohon untuk mendapatkan pembiayaan pinjaman hartanah atas kapasiti menyelesaikan hutang rumah tersebut.

Manfaatnya adalah, si pemilik rumah akan memperoleh pembiayaan dengan kadar faedah yang jauh lebih rendah berbanding pinjaman peribadi.

Baca : 4 Sebab Kenapa Langsaikan Hutang Rumah Lebih Awal Bukanlah Idea Yang Baik

Contohnya, kita memiliki rumah Semi-D yang dibeli pada harga RM450,000 pada tahun 2015 dan nilainya meningkat kepada RM550,000 pada tahun 2025. Baki bayaran rumah yang perlu dibayar adalah RM400,000.

Saat ini, kita boleh memohon pembiayaan semula hartanah 80% daripada nilai semasa. Jumlah pembiayaan pinjaman hartanah dikira setelah memotong baki pinjaman yang belum dibayar tanpa mengambil kira sebarang kos lain seperti SPA dan sebagainya.

2. Manfaat Kadar Faedah

Memang benar, kadar faedah oleh bank bersifat berubah – ubah mengikut masa dan keadaan ekonomi.

Akan tetapi, pada kebiasaannya kadar faedah yang ditetapkan adalah jauh lebih rendah berbanding membuat pinjaman peribadi.

Baca : Bank Mana Paling Perform Di Malaysia?

Dan sekiranya kadar faedah sedang meningkat, kita boleh membuat pembiayaan semula tanpa mengeluarkan wang tersebut untuk satu jangka masa yang panjang bagi mengurangkan jumlah kos faedah.

3. Lanjut Pinjaman

Photo by Pixabay from Pexels

Kebaikan refinance yang paling ramai orang suka adalah kemampuan untuk melanjutkan tempoh pinjaman hartanah.

Kelebihan ini sangat sesuai untuk kita yang menghadapi risiko seperti dibuang kerja, hilang punca pendapatan atau sebarang masalah kesihatan dan perubatan yang memerlukan modal tinggi.

Ini juga dapat mengubah tahap kemampuan tempoh pembayaran ansuran bulanan dengan menyesuaikan tempoh mengikut kadar yang lebih berpatutan.

4. Selesaikan Hutang

Kita ada komitmen hutang kad kredit, pinjaman peribadi dan pinjaman lain? Dengan fasiliti refinance, kita boleh menyelesaikan semua hutang tersebut dan fokus membayar satu hutang sahaja.

Baca : Rekod CCRIS Saya ‘Clear’, Kenapa Bank Tetap Tak Nak Bagi Pembiayaan?

Contohnya, hutang kad kredit RM20,000, pinjaman peribadi RM15,000 dan hutang motorsikal mempunyai baki akhir RM9,000.

Sekiranya kita mempunyai modal dari refinance sebanyak RM45,000, kita boleh melangsaikan semua hutang tersebut.

Teknik tutup semua hutang dan fokus kepada satu hutang sahaja sangat sesuai untuk kita yang mempunyai masalah disiplin kewangan.

Teknik ini lebih sistematik, tersusun dan mudah untuk memantau prestasi pembayaran, kadar faedah dan prinsipal.

5. Tak Sesuai Sekiranya…

Kita mempunyai baki hutang kurang dari 10 tahun atau perbezaan kadar faedah adalah kecil.

Hal ini kerana, adalah tidak berbaloi untuk membuat satu hutang baru sedangkan hutang hartanah bakal langsai dalam masa kurang 10 tahun lagi.

Baca : Profil Kewangan Dari Perspektif Bank

Selain itu juga, refinance juga kurang sesuai untuk yang tidak sanggup menanggung kos tambahan yang bakal dikenakan seperti insurans hartanah MRTA yang lebih mahal dan kos-kos guaman dan SPA sepertimana anda membuat permohonan pinjaman hartanah awal-awal dahulu.

Akhir sekali, ramai yang tidak tahu bahawa sesetengah produk pinjaman hartanah bank mempunyai tempoh lock-in period di mana kita akan dikenakan penalti sekiranya menyelesaikan hutang rumah lebih awal daripada tarikh.

Baca : Punca Dan Penentu ‘Non-Performing Loan’ (NPL) Di Malaysia

Kos penalti adalah berbeza – beza mengikut bank, ada yang 2% dan ada sehingga 5% daripada jumlah pinjaman hartanah.

Kos refinance atau pembiayaan semula 2% – 5% lebih mahal berbanding pokok pinjaman hartanah.

Kita memerlukan tempoh masa yang lama untuk mendapatkan semua kos tersebut menerusi penijmatan yang dijana oleh kadar faedah yang rendah.

Makanya, rumah yang kita beli dan tidak mempunyai niat untuk duduk perlulah diuruskan dengan baik kerana peminjam hartanah yang bijak senantiasa mencari peluang dan ruang untuk mengurangkan hutang dan menjana sumber pendapatan dari hartanah mereka.

Jangan pula kita mengatakan bank kapitalis kerana fasiliti pembiayaan pinjaman sekiranya digunakan dengan betul mampu mengeluarkan kita daripada kemelut kewangan sekaligus menambah sumber pendapatan.

Apa yang penting, pastikan niat sebenar untuk buat refinance adalah jelas dan betul.

Sumber Rujukan:

Nak Tahu Anda Layak Dapat Pinjaman / Pembiayaan Dengan Bank atau Tidak? Semak Laporan CTOS / CCRIS Terlebih Dahulu. Pastikan Cantik!

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman / pembiayaan daripada bank. Namun rekod CCRIS hanya sebuah laporan skor kredit, bukan rekod blacklist yang sering jadi salah faham dalam kalangan rakyat Malaysia.

Berapa harga untuk laporan CTOS / CCRIS?

Anda boleh dapatkan di laporan MyCTOS serendah RM27.90 di CTOS score, ataupun muat turun secara online di MyCreditInfo daripada EXPERIAN serendah RM23.90.

Dengan EXPERIAN My Credit Info (nama lama dia RAMCI), mereka ada produk bernama Personal Credit Report Plus (PCRP) yang boleh digunakan untuk mendapatkan laporan lengkap mengenai status kewangan anda.

Laporan ini mengandungi maklumat seperti CCRIS;

  • Kemudahan kredit anda dengan bank / institusi kewangan di Central Credit Reference Information System (CCRIS), Bank Negara Malaysia.
  • Kemudahan kredit peribadi, secara bersama atau diperolehi oleh hak milik tunggal di mana anda adalah pemilik.
  • Nama bank atau institusi kewangan yang memberi kemudahan kredit/pinjaman, cawangan institusi kewangan di mana kemudahan kredit/pinjaman yang anda diperolehi.
  • Jumlah pinjaman/had kredit, baki tertunggak daripada kemudahan kredit anda dan tarikh terakhir untuk jumlah belum dijelaskan akan dilaporkan oleh bank / institusi kewangan.
  • Jenis cagaran atau jaminan yang dicagarkan untuk kemudahan kredit.
  • Pembayaran yang kerap untuk setiap kemudahan, seperti setiap bulan atau mingguan.
  • Permohonan kredit yang diluluskan selama 12 bulan terakhir dengan ahli CCRIS yang mengambil bahagian.
  • Pelbagai kemudahan kredit anda dipantau khas oleh bank atau institusi kewangan di bawah Akaun Perhatian Khas

Selain itu, ada juga maklumat SPGA (Skim Potongan Gaji ANGKASA – baki potongan & sejarah pembayaran), PTPTN, maklumat bukan berkaitan perbankan dan banyak lagi.

Maklumat yang TIDAK termasuk dalam laporan ini adalah:

  • Akaun Deposit atau Simpanan
  • Rekod pekerjaan
  • Status perkahwinan
  • Kesihatan
  • Rekod jenayah
  • Butiran gaji
  • Agama

Contoh Laporan Kredit:

Dapat gred 10 kira dah terbaik, bermaksud kurang risiko untuk pembiayaan tidak dibayar atau default. Agak-agak ada ke bank nak bagi pembiayaan kalau kita berisiko tinggi? Paling teruk sekali dapat skor 1 – 3 (WEAK), bank pasti akan terus tolak bulat-bulat je permohonan korang tu tanpa cakap banyak.

Maklumat yang digunakan bagi mengira skor kredit ini termasuk:

  • Pinjaman yang anda ada (kad kredit, pinjaman / pembiayaan perumahan, kereta, pinjaman peribadi, dan lain-lain.);
  • Sama ada anda membayar pinjaman / pembiayaan tepat pada masanya;
  • Jumlah hutang anda yang belum dijelaskan;
  • Sama ada anda telah secara aktif memohon kredit baru;
  • Sama ada anda mempunyai apa-apa tindakan undang-undang;
  • Usia akaun anda

Skrol bawah sikit akan ada bahagian Banking Credit Information. Dekat sini akan disenaraikan segala pinjaman / pembiayaan / kredit kad dan sejarah pembayaran.

Kena pastikan lebih banyak angka kosong ‘0’ bermakna kita buat bayaran on-time setiap bulan. Kalau dapat semua ‘0’, itu memang terpaling flawlessbank tak akan tergamak nak reject dan dengan rela hati akan meluluskan permohonan pembiayaan korang.

Menarik bukan? Cepat check dan DOWNLOAD sekarang.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PropertyGuru & iProperty Anjur FutureBuilt Summit 2025, Bentuk Era Baharu Pembangunan Bandar Malaysia

Kuala Lumpur, 30 Oktober 2025 – Haluan Malaysia menuju ke arah pertumbuhan bandar mampan menjadi tumpuan utama hari ini apabila PropertyGuru Malaysia dan iProperty Malaysia menghimpunkan lebih daripada 121 pemaju dan 350 delegasi di FutureBuilt Summit 2025.

Dengan kerjasama Green Building Index, GreenRE, dan People Systems Consultancy, sidang sehari ini menggabungkan pemaju hartanah, pembuat dasar, institusi kewangan, jurutera, dan pakar kelestarian bagi membincangkan bagaimana ekosistem hartanah dapat mempercepat peralihan negara ke arah bandar yang lebih hijau, pintar dan berdaya tahan.

Seiring dengan matlamat Malaysia untuk mencapai neutral karbon menjelang 2050, sektor hartanah kini diiktiraf sebagai pemacu utama pertumbuhan mampan. Menurut kajian terhadap 91 syarikat hartanah tersenarai di Malaysia[1], prestasi ESG (Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus) yang kukuh dikaitkan dengan keuntungan yang lebih tinggi dan penilaian pasaran yang meningkat – memperkukuh hujah bahawa amalan mampan membawa nilai nyata kepada perniagaan. Ini menunjukkan bahawa pemaju yang melaksanakan prinsip ESG dengan menyeluruh bukan sahaja menyumbang kepada sasaran nyahkarbon negara, tetapi juga mencipta nilai yang dapat diukur untuk pemegang saham dan pihak berkepentingan.

Antara sorotan utama ialah Dr. Lee Nai Jia, Ketua Perisikan Hartanah, PropertyGuru Group, yang berkongsi pandangan tentang bagaimana keadaan ekonomi, dasar kerajaan, dan perubahan gaya hidup membentuk semula corak pembelian rumah di Malaysia. Berdasarkan data eksklusif PropertyGuru, permintaan perumahan mula pulih pada April 2025 selepas sedikit penyusutan, mencerminkan daya tahan pembeli walaupun dalam keadaan tidak menentu. Harga rumah bertingkat di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang juga terus meningkat dari tahun ke tahun, menunjukkan keyakinan pasaran yang stabil.

Dr. Nai Jia menambah bahawa pembeli muda – khususnya Generasi Z dan Milenial – kini lebih berhati-hati dan berorientasikan nilai, mengutamakan kepercayaan, jenama dan kelestarian apabila memilih pemaju. Beliau berkata, “Pemaju yang telus dan bertanggungjawab akan lebih menonjol dalam pasaran berhati-hati hari ini.” Kajian turut menunjukkan bahawa 84% rakyat Gen Z Malaysia memilih rumah bertingkat kerana kedekatannya dengan tempat kerja, pengangkutan awam dan kemudahan[2], manakala pembeli Milenial lebih cenderung membeli rumah hijau apabila mereka melihat harga yang adil, nilai yang baik dan memahami ciri mesra alam[3].

Kenneth Soh, Pengurus Negara PropertyGuru & iProperty Malaysia berkata: “Fokus FutureBuilt Summit terhadap ESG dan teknologi mencerminkan dua faktor utama yang membentuk landskap hartanah Malaysia. Di bawah Rancangan Malaysia Ke-13 dan Belanjawan 2026, kita melihat penyelarasan lebih kukuh terhadap kelestarian, pendigitalan dan kemampuan memiliki rumah – dengan RM6.09 bilion diperuntukkan bagi meningkatkan kebolehdiaman, serta Skim Jaminan Kredit Perumahan yang diperluas bernilai RM20 bilion untuk membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah. Data kami menunjukkan permintaan tertinggi ialah bagi rumah di bawah RM300,000, terutamanya di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang. Namun, kemampuan kini tidak hanya bergantung pada harga – ia turut merangkumi sambungan, keselesaan dan kelestarian. Perubahan ini membuka peluang kepada industri untuk mencipta pembangunan yang lebih inklusif, bertanggungjawab dan bersedia untuk masa depan.”

Sidang ini turut menampilkan sesi perbincangan bersama pemimpin pemikiran dan pembuat dasar mengenai pembiayaan mampan, pelaksanaan ESG, dan peranan teknologi dalam perancangan bandar pintar. Antara penceramah termasuk Ar. Sarly Adre Sarkum, Ketua Pegawai Eksekutif Green Building Index, yang membincangkan inovasi dalam pembangunan mampan, serta Nur Fateha Jamaluddin, Pengurus Kanan, GreenRE, yang menekankan nilai jangka panjang ESG. Panel oleh Green Building Index, GreenRE, Think City dan The Institution of Engineers Malaysia membincangkan pembangunan berfokus ESG, perancangan bandar, serta keperluan pembeli muda. Acara diakhiri dengan Meja Bulat CEO oleh Think City dan Triterra, yang menegaskan visi bersama ke arah komuniti yang mampan dan inklusif.

Cécile Corda, Ketua Kelestarian, PropertyGuru Group berkata: “Pasaran kini cenderung kepada kehidupan yang mampan dan inklusif, dan PropertyGuru bertindak balas dengan penyelesaian yang praktikal. Dengan melengkapkan pencari hartanah dan rakan industri dengan alatan untuk membuat keputusan yang bijak dan bertanggungjawab, kami membantu membentuk bandar yang berdaya tahan dan mendorong perubahan bermakna dalam landskap perumahan.”

Cécile turut berkongsi dapatan daripada Laporan Kelestarian PropertyGuru 2024, yang mendapati 83% rakyat Malaysia sanggup membayar lebih untuk rumah dengan ciri mampan, manakala 77% telah mempertimbangkan risiko iklim dalam keputusan hartanah mereka.

FutureBuilt Summit 2025 menegaskan pemikiran pertumbuhan baharu yang mentakrif semula kejayaan melebihi keuntungan semata-mata – iaitu memberi keutamaan kepada nilai jangka panjang untuk rakyat, komuniti dan alam sekitar. Ketika sektor hartanah Malaysia melangkah ke dekad penting yang dipengaruhi oleh urbanisasi, perubahan iklim dan jangkaan pembeli yang berkembang, sidang ini menyeru kerjasama awam-swasta bagi mempercepat peralihan ke arah bandar yang mampan, berdaya tahan dan inklusif. Para pemimpin bersetuju bahawa visi ini memerlukan ketelusan data, pembiayaan inovatif dan penjajaran dasar yang lebih kukuh untuk menterjemah aspirasi ESG kepada tindakan nyata.

Sidang ini mencerminkan komitmen PropertyGuru untuk membina sektor hartanah Malaysia yang lebih mampan, inovatif dan inklusif. Dengan menyatukan pemimpin industri, pembuat dasar dan pemaju, PropertyGuru terus memacu pertumbuhan bertanggungjawab dan komuniti yang bersedia untuk masa depan.

Untuk maklumat lanjut, layari www.propertyguru.com.my.