3 Jenis Kawasan Perumahan Yang Perlu Elak Dibeli

Ramai yang memasang impian hendak membeli rumah untuk didiami ataupun dijadikan sebagai pelaburan. Namun, apa yang menjadi silapnya apabila ada yang membeli rumah impian tetapi tidak mematuhi kriteria rumah yang sebetulnya.

Jika dilihat, kemajuan pembangunan perumahan baru semakin giat membangun. Apa yang ingin disampaikan di sini, pembeli hartanh perlu lebih bijak dan teliti dalam membuat keputusan ketika membuat pemilihan rumah untuk dibeli.

Berikut adalah 3 jenis kawasan perumahan  yang perlu anda elakkan beli meskipun ianya adalah rumah impian yang anda inginkan.

1. Rumah Di Tepi Laut

Banyak berita yang diterima apabila terdapat kes seperti hakisan tanah dan yang paling menggemparkan adalah tsunami.

Tidak dinafikan bahawa rumah di tepi pantai adalah impian ramai orang disebabkan oleh pemandangan yang cantik serta suasanaya yang mendamaikan. Namun, jangan pula sanggup mengambil risiko membahayakan nyawa juga merugikan diri sendiri.

Beli rumah tepi laut yang mencecah beratus ribu ringgit tetapi akhirnya musnah disebabkan bencana.

2. Rumah Berdekatan Industri

Ramai yang memandang rumah berdekatan dengan industri ini membuka peluang cerah kerana terdedah dengan peluang pekerjaan. Namun, ianya tidak bagus apabila anda berhadapan dengan udara yang tidak sihat juga pencemaran bunyi yang bising.

Bayangkan sahaja jika rumah anda berhampiran kilang-kilang seperti kilang simen ataupun kilang kelapa sawit. Tahap kadar pencemaran udaranya terlalu tinggi. Ianya sama sekali tidak sessuai untuk didiami.

3. Rumah Yang Berhampiran Tanah Berpaya

Tidak selalunya kawasan berpaya ini mendapat tarikan pemaju untuk mendirikan kawasan perumahan. Ini kerana ia memerlukan kos yang sangat tinggi. Pelbagai perkara perlu dilakukan seperti penambakan dan juga pembersihan tanah terlebih dahulu.  Namun, ada juga yang berani mendirikan perumahan berdekatan dengan kawasan-kawasan seperti ini.

Tahukah anda, kawasan perumahan yang berhampiran tanah berpaya ini berisko tinggi. Antaranya ia berpotensi untuk menghadapi banjir, kejadian air pasang, juga digenangi air yang tidak mengalir.

Apabila tidak berlaku pengaliran air yang baik, kawasan ini akan terdedah kepada pembiakan nyamuk. Kesannya, akan timbul bermacam jenis penyakit seperti filariasis.

3 perkara di atas adalah wajar untuk dielakkan. Namun begitu, setiap individu mempunyai minat dan preferences yang berbeza. Apa-apa pun, pilihan di tangan anda.

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi REIT Patuh Syariah di Bursa Malaysia pada Tahun 2025

REIT atau Real Estate Investment Trust ialah cara mudah untuk melabur dalam hartanah tanpa perlu membeli bangunan sebenar. Tak perlu fikir loan tak lepas, tak perlu bayar maintenance, tak perlu hadap penyewa dari neraka. Cuma beli unit REIT, kerja macam biasa dan tunggu dividen sewa masuk setiap suku tahun.

Di Bursa Malaysia hanya beberapa REIT yang disahkan patuh syariah dan fokus artikel ini ialah meninjau prestasi mereka sepanjang tahun 2025, termasuk latar belakang asas, pergerakan harga serta aspek dividen.

REIT Patuh Syariah?

Sehingga artikel ini ditulis, 5 REIT yang disenaraikan di Bursa Malaysia ini berstatus patuh syariah :

  1. AXREIT (Axis REIT)
  2. ALAQAR (Al-’Aqar Healthcare REIT)
  3. KLCC Real Estate Investment Trust (KLCC REIT)
  4. ALSREIT (Al-Salam REIT)
  5. AMEREIT (AME REIT)

Sejarah ringkas:

  • Axis REIT ialah REIT pertama di Malaysia yang mempunyai portfolio hartanah yang terdiri terutamanya daripada pejabat dan industri (industrial/logistik), disenarai pada 3 Ogos 2005.
  • Al-’Aqar ialah REIT penjagaan kesihatan Islamik pertama di Asia seperti Hospital KPJ, disenarai pada 10 Ogos 2006.
  • KLCC REIT tertumpu pada hartanah komersial premium seperti Menara Berkembar Petronas, Menara 3 Petronas dan Menara ExxonMobil, disenarai di pasaran Bursa Malaysia pada 9 Mei 2013.
  • Al-Salam REIT banyak aset runcit dan F&B, contohnya restoran dan premis perniagaan yang mula disenarai di Bursa Malaysia pada 29 September 2015.
  • AME REIT pula memberi fokus kepada industri dan logistik, seperti kilang dan gudang.

Beberapa shopping mall popular di Malaysia berada di bawah REIT berbeza:

  • Mid Valley Megamall & The Gardens Mall → IGB REIT
  • Pavilion Kuala Lumpur → Pavilion REIT
  • Sunway Pyramid → Sunway REIT

Dari segi volum dan nilai dagangan: 2025 menunjukkan peningkatan yang baik. Sebagai contoh, bulan Jun 2025: nilai dagangan adalah sebanyak RM 1.317 billion manakala bukan Julai 2025 sebanyak RM 1.178 billion.

REITHarga terkiniAnggaran perubahan
AXREIT~ RM2.14 (Okt 2025)+24%
ALAQAR~ RM1.28 (Okt 2025)–5.8%
KLCC REIT~ RM8.70 (Okt 2025)+7.6%
ALSREIT~ RM0.46 (Okt 2025)+24%
AME REIT~ RM1.60 (Okt 2025)+13%

Kenaikan harga bukanlah pengukur utama bagi REIT kerana majoriti pelabur melabur dalam REIT kerana ingin mendapatkan dividen. Setiap REIT di atas juga semuanya mengagihkan dividen kepada para pelabur. 

Dividen bagi tahun kewangan 2025 sehingga artikel ini ditulis:

  • AXREIT = 2.50 + 2.65 + 2.65 = 7.80 sen.
  • KLCC REIT = 7.38 + 7.24 = 14.62 sen.
  • AME REIT = 1.96 + 2.16 = 4.12 sen.
  • ALSREIT = 0.51 + 0.47 = 0.98 sen. (setakat ini)
  • ALAQAR = 1.74 + 1.73 = 3.47 sen. (setakat ini)

Kiraan Jika Melabur RM10,000 Dalam AXREIT

Jumlah unit dibeli:

RM10,000 ÷ RM2.14 = ≈ 4,673 unit

Jumlah dividen diterima:

4,673 unit × RM0.078 = ≈ RM364.50

Ringkasnya:

  • Pelaburan RM10,000 dalam AXIS REIT bagi tahun 2025 dijangka beri pulangan tunai sekitar RM360–RM370 setakat ini.
  • Jika AXIS REIT tambah satu lagi agihan pada hujung tahun (contohnya total dividen naik ke 10 sen), jumlah dividen boleh meningkat ke sekitar RM467.

Cara Melabur Dalam REIT di Bursa Malaysia

1️⃣ Buka Akaun CDS & Trading

  • Sama seperti beli saham biasa.
  • Boleh guna platform seperti M+ Online, CGS iTrade, Maybank Trade, RHB Invest, Kenanga One Trade dan lain-lain.

2️⃣ Pilih REIT Yang Sesuai

Fokus pada:

  • Jenis aset – komersial, industri, kesihatan, runcit
  • Sejarah dividen
  • Occupancy rate

3️⃣ Beli Di Bursa Malaysia

  • Minimum pelaburan adalah 1 lot = 100 unit.
  • Kalau harga AXREIT RM2.14, 1 lot ≈ RM214 sahaja.

Risiko Utama

  • Jika kadar faedah (OPR) naik, harga REIT boleh jatuh. REIT biasanya pinjam duit bank untuk beli atau naik taraf bangunan. Bila kadar pinjaman naik, kos kewangan (interest expense) meningkat. Contoh: Axis REIT ada pinjaman RM1 bilion. Kalau kadar faedah naik 0.5%, kos tambahan dalam RM5 juta setahun. Keuntungan bersih REIT akan berkurang → dividen juga boleh menurun.
  • Nilai hartanah dan kadar sewa boleh terjejas jika ekonomi perlahan.
  • Tak semua REIT sama kukuh, pelabur perlu semak laporan tahunan.

Dulu kita selalu pandang twin tower KLCC dengan penuh bangga.
Sekarang kita boleh pandang dengan senyuman kecil sebab walaupun bahagian kita cuma 0.000001%, sekurang-kurangnya kita secara tidak langsung berkongsi pendapatan sewa dan nilai aset tersebut. Ini contohhhh……

Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.