Harga Hartanah Di 24 Kawasan Ini Akan Melonjak Menjelang 2021

Dengan jumlah penduduk mencapai 1.7 juta di Kuala Lumpur, kesesakan lalu lintas dilihat sebagai makanan ruji penduduk ibu kota Kuala Lumpur.

Di bawah program Greater Kuala Lumpur dengan usahasama 10 majlis perbandaran, Kuala Lumpur kini dalam satu proses transformasi besar – besaran bukan sahaja untuk memajukan sistem infrastruktur bahkan juga keperluan perumahan di Kuala Lumpur.

“Kemajuan sebuah bandar disukat dengan kemajuan infrastruktur dan pengangkutan awam.”

Kewujudan MRT 1 Sungai Buloh – Kajang (Aliran SBK) yang dilancarkan pada Julai 2017 yang lalu, telah membantu mengurangkan kesesakan lalu lintas dan membantu aksesabiliti penduduk Kuala Lumpur.

Baca: Pelancaran MRT Fasa 2, Pelabur Hartanah Rebut Peluang Baik Ini!

MRT 2 yang bakal dibuka untuk awam bermula Julai 2021 kelak dilihat sebagai satu alternatif kepada warga kota yang berada di pinggir bandar untuk mengakses pusat bandar dalam masa kurang daripada 90 minit.

Berdasarkan data yang dikeluarkan pada Julai 2019 yang lalu, MRT2 telah 54% siap dan dijangka siap sepenuhnya mengikut jadual menjelang Julai 2022.

Fakta Dan Data MRT 2 Aliran Sungai Buloh – Serdang – Putrajaya (SSP)

  • MRT2 mempunyai kapasiti untuk membawa 1,204 penumpang dalam sebuah gerabak.
  • MRT2 merangkumi 35 stesen dengan 11 stesen bawah tanah, 24 di permukaan dan 16 stesen yang mempunyai kemudahan parkir awam.
  • Dijangka membantu 2 juta rakyat Malaysia
  • 11 stesen pertukaran ke aliran lain.
  • 58 gerabak elektrik yang akan beroperasi.
  • Perjalanan dari Sungai Buloh ke Putrajaya dijangka hanya memakan masa selama 88 minit sahaja.
  • Kelajuan maksimum adalah 100km/j.
  • Panjang trek MRT2 adalah sejauh 52.2KM dengan 13.5KM di bawah tanah dan 38.7KM di permukaan.
  • 529,000 pengguna dijangka menggunakan perkhidmatan MRT2 setiap hari.
  • Membantu lokasi dengan kepadatan penduduk yang tinggi seperti Sungai Buloh, Kepong dan Sri Damansara.
  • Membantu akses ke Damansara Damai, Kepong Sentral, Kepong Baru, Jinjang, Seri Kembangan, Equine Park dan Cyberjaya North.

Baca: Ketahui 6 Rahsia Kenapa Orang Lain Mudah Beli Rumah

Kesan Langsung MRT2 Terhadap Hartanah

Di antara elemen utama yang mempengaruhi turun naik harga hartanah di sebuah lokasi adalah dasar kerajaan.

Seperti MRT1, terdapat banyak impak positif yang diterima industri hartanah dengan kewujudan 31 stesen bermula Sungai Buloh dan Kajang.

Untuk MRT2 kawasan yang dijangka menerima impak positif terbesar adalah Sungai Buloh, Kepong, Sri Damansara, dan Seri Kembangan.

Baca: Apa Faktor Yang Mempengaruhi Nilai Hartanah

Ketiga – tiga kawasan tersebut mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi tetapi dengan aksesasibiliti pengangkutan awam yang lemah.

Dengan kewujudan MRT2 kelak, ianya secara langsung membantu akses ke banyak kawasan pinggir bandar yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dan semakin meningkat seperti :-

  • Damansara Damai
  • Kepong Sentral
  • Kepong Baru
  • Jinjang
  • Seri Kembangan
  • Equine Park
  • Cyberjaya

3 Kelebihan Dan 3 Kekurangan Beli Hartanah Di Kawasan MRT

Kelebihan:

1. Peningkatan Harga Hartanah

HwangDBS Vickers Research pernah melaporkan bahawa harga hartanah di kawasan tumpuan utama mampu melonjak 100% hingga 500% dalam masa lima tahun akan datang.

Harga hartanah dalam radius 500 meter dari stesen MRT turut bakal meningkat naik lebih – lebih lagi di kawasan stesen pertukaran seperti kawasan Maluri.

Baca : Booster Hartanah Yang Meningkatkan Nilai Hartanah

2. Permintaan Sewaan Meningkat

Ramai orang yang menggunakan pengangkutan awam sebagai alternatif utama untuk bekerja lebih gemar menyewa rumah dalam jarak berjalan kaki ke stesen MRT.

Permintaan terhadap rumah atau bilik sewa akan meningkat sekaligus menjadikan pelaburan hartanah di sekitar stesen MRT adalah satu peluang besar untuk pelabur hartanah.

3. Aksesibiliti

Golongan kelas menengah kini mempunyai pilihan untuk menuju lokasi A ke lokasi B menggunakan kenderaan sendiri ataupun menggunakan pengangkutan awam.

Di waktu puncak, menggunakan perkhidmatan awam seperti MRT adalah lebih menjimatkan dan mudah berbanding memandu sendiri.

Kekurangan:

1. Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi yang terpaksa dihadapi mereka yang tinggal berhampiran stesen MRT bermula seawal jam 6 pagi dan berakhir lewat malam setiap hari.

2. Kesesakan Lalu Lintas

Rakyat Malaysia gemar untuk meletakkan kenderaan mereka seperti kereta atau motorsikal di bahu jalan MRT untuk menaiki MRT sungguhpun jaraknya cuma 10 minit berjalan kaki.

Kesannya, kawasan di sekitar MRT menjadi sesak lagi – lagi di waktu puncak ditambah lagi dengan bas awam yang berhenti untuk mengambil penumpang.

Baca : Yield Curve Inversion atau Penyongsangan Kadar Hasil – Petanda Kemelesetan Ekonomi?

3. Pemandangan Kurang Cantik

Mereka yang membeli atau menyewa hartanah berhadapan MRT terpaksa menghadap pemandangan seperti struktur konkrit kereta api, kereta api, bangunan MRT dan juga pemandangan kesesakan manusia.

Ianya tidaklah seindah mempunyai pemandangan kehijauan pokok, burung dan tasik.

Senarai Hartanah Untuk Pelaburan Di Sepanjang Stesen MRT 2

1. Damansara Damai
– One Damansara Condominium
– The Zizz Condominium

2. Sri Damansara
DK Properties
Damansara Avenue

3. Kepong Sentral
Kepong Central Condominium

4. Metro Prima
Fortune Central

5. Kepong Baru
The Herz
Vista Mutiara
Unio Residences

6. Jinjang
Enesta Kepong

7. Kampung Batu
Alam Puri

8. Batu Cantonment
UOA Jalan Ipoh Mixed Development
Pelangi Indah
Sri Intan 2

9. Jalan Ipoh
Sang Suria
Maple
Pano OCR

10. Sentul West
Rivercity
Rica Sentul
Putra Majestic
Viva Residency
SCP Birch
Court 28 KL City

11. Titiwangsa
Titiwangsa Sentral
TR Residences

12. Kampung Baru
Setia Sky Residences
The Orion
101 Skywheel

13. Ampang Park
The Trillion
Three28
MyHabitat
Vista Damai

14. KLCC East
The Oval
Binjai
Troika

15. Conlay
Ampersand
1A Stonor
The Pearl
8 Conlay
The Manor
One Stonor
Eaton Residences

16. Tun Razak Exchange (TRX)
The Horizon

17. Taman Naga Emas
Central Residences
The Suite Starz @ KL South
Residensi Hijauan Lumayan
Kenwingston Avenue
8th & Stellar Mix Development
I&P SP Setia Mix Development

18. Technology Park
Maju Kuala Lumpur

19. Serdang Raya
One South City
Flexis
Gardenz
Zeta Residences
Greenz
Cube

20. Equine Park
Zeva Residences

21. Taman Putra Permai
Villamas Meta City Mixed Development
O2 City
Sfera Residency

22. 16 Sierra
16 Sierra

23. Cyberjaya North
Skypark Cyberjaya

24. Cyberjaya City Centre
The Place

Sumber Rujukan:

  1. The Edge
  2. Faizul Ridzuan
  3. iProperty
  4. The Malaysian Reserve
  5. Lowyat.net
  6. EdgeProp

Ditulis oleh Mehmed Aezhad, beliau merupakan seorang Digital Marketing Specialist yang berpengalaman luas dalam bidang pemasaran digital hartanah.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sime Darby Property Perkenal Logo Baharu, Mengukuhkan Legasi 50 Tahun Dalam Hartanah

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Sime Darby Property Bhd hari ini telah memperkenalkan logo baharu, mengesahkan peranannya sebagai peneraju dan pembina negara dengan rangkuman legasi lebih dari 50 tahun dalam pembangunan hartanah.

Pengerusi, Datuk Rizal Rickman Ramli berkata pembaharuan jenamanya merupakan evolusi strategik untuk memastikan kumpulan terus memberikan nilai yang mampan kepada semua pihak berkepentingan.

Setiap langkah kumpulan dipandu dengan pertimbangan yang teliti agar kekal relevan, untuk mewujudkan impak yang bermakna dan menyumbang kepada pertumbuhan Malaysia dengan kaedah, dari kemampanan serta biodiversiti kepada perkongsian dan pengalaman pelanggan.

“Sebagai sebuah syarikat di bawah Permodalan Nasional Bhd (PNB), mandat kami sentiasa melangkaui prestasi perniagaan. Kami berkongsi visi PNB untuk pembangunan negara dan kemajuan sosial.

“Pembaharuan jenama ini mengasah tumpuan kami terhadap tanggungjawab itu, memperkuat peranan kami dalam membangunkan komuniti yang mampan, menyokong perniagaan tempatan serta mewujudkan peluang yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,” katanya semasa majlis pelancaran pembaharuan jenama itu di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Azmir Merican berkata jenama Sime Darby Property adalah janji yang dibina melalui penyampaian yang sudah sedekad sambil menonjolkan evolusi ini akan memantapkan bertapa relevannya penawaran kumpulan itu.

Beliau berkata dari Sime UEP Properties Bhd ke Sime Darby Property hari ini, legasi kumpulan itu sentiasa tertumpu kepada mewujudkan perbandaran yang berdaya tahan dan komuniti yang berkembang maju.

“Kami tidak cuba melupakan sejarah lampau kami dan kami tidak pinggirkan apa yang telah membawa kami sejauh ini.

“Pembaharuan jenama ini datang pada masa yang penting dalam perjalanan kami. Ia mencerminkan bukan hanya siapa kami pada hari ini tetapi arah strategik yang dicarta untuk tahun-tahun akan datang,” katanya.

Pembangunan perindustrian dan logistik kumpulan seperti Bandar Elmina dan Bandar Bukit Raja, bukan sekadar bangunan sahaja memandangkan perkembangan ini juga membentuk koridor ekonomi dan menarik perniagaan global melalui perkongsian strategik.

“Seiringan itu, platform pengurusan pelaburan aset dan pelaburan kami sedang berkembang, dengan aset runcit, komersial termasuk perindustrian yang menyediakan pendapatan berulang serta kestabilan jangka panjang bagi melengkapkan perniagaan teras kami dan menyediakan kestabilan masa depan,” katanya.

Menurut Sime Darby Property, pembaharuan jenama itu juga mencerminkan keutamaan strategik kumpulan di bawah strategi SHIFT25, yang telah memasuki fasa terakhirnya.

“Ini termasuk mengukuhkan aliran pendapatan berulang dan meletakkan dirinya sebagai penyedia penyelesaian perbandaran. Hala tuju ini ini sudah dapat dilihat dalam portfolio perindustrian dan logistik serta kemasukannya ke segmen pusat data di Elmina Business Park,” katanya.

Dengan legasi yang merangkumi lebih dari 50 tahun dalam pembangunan hartanah serta lebih daripada 200 tahun melalui warisan Guthrie, Golden Hope dan Sime Darby, kumpulan itu telah lama memainkan peranan penentu dalam membentuk perbandaran dan komuniti Malaysia.

Bermula dengan projek perintis seperti Taman Melawati dan Subang Jaya ke perbandaran yang memenangi anugerah seperti Bukit Jelutong dan Bandar Elmina, Sime Darby Property telah menyampaikan lebih daripada 100,000 kediaman di 26 perbandaran aktif, hari ini berkhidmat kepada lebih dari 300,000 rakyat Malaysia.
— BERNAMA