Tak Pasti Nak Beli Atau Sewa Rumah? Boleh Ikut Panduan Ini

Membeli hartanah boleh menjadi satu nikmat dan juga menjadi satu musibah kepada kewangan seseorang.

Lebih-lebih lagi dengan situasi hari ini di mana 50% daripada rakyat Malaysia berpendapatan RM2,500 ke bawah.

Harga rumah yang terlalu mahal dan di luar kemampuan rakyat Malaysia hanya memburukkan lagi keadaan dan dilema kebanyakan rakyat Malaysia khususnya generasi milennial.

Baca : Ramai kata tak mampu beli rumah. Bukan tak mampu tapi “tak tahu

Bagi sesetengah orang, median harga rumah di Kuala Lumpur RM786,800 dan median harga rumah di Selangor pada angka RM479,894 adalah luar dari kemampuan kewangan mereka.

Kaji selidik oleh Propertyguru pada tahun 2017 menunjukkan 92% rakyat Malaysia lebih suka menyewa berbanding rumah.

Ini menjadi punca 71% golongan milennial menjadikan sewa rumah berbanding membeli rumah sebagai alternatif.

Panduan percuma:

Dengan pelbagai skim rumah pertama yang dilancarkan pihak Kerajaan dengan usaha sama pemaju hartanah swasta dan trend harga rumah yang menurun semenjak tahun 2019, adakah masih berbaloi untuk terus menyewa?

Kita sedia maklum bahawa memiliki rumah memerlukan modal yang besar dan komitmen jangka panjang.

Atau lebih baik kita beli sahaja rumah yang disewa selama ini?

Untuk memahami kemelut ini, kita perlu melihat setiap aspek dalam pemilikan hartanah dan menyewa hartanah dan membandingkan kelebihan dan kekurangannya.

1. Adakah kita bercadang untuk tinggal di satu lokasi melebihi tempoh 5 tahun?

Tidak : Sekiranya kita tidak bercadang untuk menetap di rumah tersebut, solusi terbaik untuk kita adalah menyewa.

Ya : Memandangkan kita bercadang untuk menetap di lokasi / rumah tersebut dalam tempoh lima tahun atau lebih, adalah lebih baik untuk kita membeli rumah tersebut.

2. Sudahkah kita sediakan dana kecemasan?

Tidak : Sekiranya dana kecemasan belum mencukupi, solusi yang ada untuk kita hanyalah menyewa.

Sila kurangkan perbelanjaan dan berusaha menambah pendapatan untuk melengkapkan dana kecemasan.

Ya : Jika anda telah mempunyai dana kecemasan, bagaimana pula dengan deposit rumah dan kos guaman?

3. Adakah modal hartanah kita sudah mencukupi?

Tidak : Modal untuk hartanah adalah pada kadar 13% – 15% daripada harga rumah. Sekiranya kita belum mempunyai modal hartanah yang mencukupi, sila teruskan menyewa.

Ya : Sekiranya simpanan kita cukup untuk digunakan sebagai modal hartanah, adakah dengan membeli rumah menyebabkan simpanan akan habis?

4. Adakah membeli hartanah menyebabkan simpanan kita habis?

Tidak : Sungguhpun selepas membeli hartanah dan kita masih mempunyai baki simpanan, adakah kita mampu untuk membayar ansuran komitmen bulanan hartanah?

Ya : Membeli hartanah hanyalah permulaan kerana kita masih perlu membayar ansuran komitmen bulanan rumah tersebut. Jika kita menghadapi masalah ini, kita masih perlu menyewa dan mengukuhkan profil kewangan.

5. Adakah skor kredit CCRIS kita dalam keadaan baik?

Tidak : Sungguhpun kita mempunyai modal dan mampu membayar ansuran komitmen bulanan, bank sukar meluluskan permohonan pembiayaan pinjaman hartanah kita.

Sila cantikkan skor kredit CCRIS anda untuk tempoh 6 bulan mendatang.

Ya : Skor kredit CCRIS yang baik meningkatkan potensi bank untuk meluluskan pinjaman hartanah kita.

Baca: eCCRIS – Laporan Kredit di Hujung Jari

6. Pernahkah kita tinggal di lokasi hartanah yang hendak dibeli?

Tidak : Kita memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Sekiranya kita tidak selesa tinggal di lokasi tersebut, kita berisiko untuk menjual hartanah tersebut di bawah harga pasaran.

Ya : Membeli hartanah bermaksud anda membeli persekitaran tersebut. Sekiranya kita pernah atau suka tinggal di kawasan tersebut, kita berkemungkinan besar sesuai untuk membeli hartanah tersebut.

7. Adakah kita sanggup menanggung sebarang risiko hartanah tersebut?

Tidak : Solusi untuk kita adalah terus menyewa sekiranya tidak sanggup menanggung risiko seperti penurunan harga pasaran, masalah sosial dan sebagainya.

Ya : Andai kata persekitaran rumah kita menghadapi masalah dan kita mampu menanganinya, kita layak membeli rumah tersebut.

Soalan-soalan di atas merupakan indikator kelayakan kita membeli hartanah atau terus menyewa.

Tidak perlu tergesa-gesa dalam pembelian hartanah dan tidak perlu malu untuk menyewa kerana dengan keadaan pasaran hartanah hari ini, menyewa adalah lebih ideal daripada membeli hartanah.

Baca : Rasa Susah Nak Menyimpan? Ikuti Tips Hebat Ini

Akan tetapi, seiring usia dan pendapatan anda meningkat, begitu juga dengan trend harga rumah di Malaysia.

Tanamkan azam untuk membeli hartanah kerana azam kita sebenarnya membantu pertumbuhan ekonomi Malaysia khususnya dalam industri hartanah!

Anda Nak Beli Rumah, Tapi Adakah Anda Tahu Tahap Kewangan Anda?

Takut-takut ianya kurang memuaskan, nanti nak apply pinjaman tak lepas pula.

  • Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
  • Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
  • Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?

Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.

Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.

Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:

✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis

Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dilema mahu membeli atau menyewa rumah

Memiliki rumah sejak sekian lama dianggap sebagai simbol kestabilan dan kejayaan hidup bagi rakyat Malaysia.

Tidak hairanlah ramai golongan muda merasakan mereka perlu membeli rumah secepat mungkin yang memaksa mereka menanggung komitmen pinjaman perumahan selama 30 hingga 40 tahun.

Namun, dalam cabaran kos sara hidup yang semakin meningkat, harga rumah yang terus berada di luar kemampuan sebahagian besar pembeli muda serta corak pekerjaan yang semakin dinamik, tiba masanya kita menilai semula maksud sebenar ‘seseorang itu ada rumah’.

Pada asasnya, rumah adalah tempat berteduh dan menyediakan keperluan asas untuk kediaman. Yang mustahak adalah ‘jaminan tempat kediaman dan kepentingan untuk mendiami’ yang lazimnya adalah melalui pemilikan tetapi boleh juga melalui penyewaan.

Bagi ramai golongan muda, terutamanya di peringkat awal kehidupan, menyewa boleh menjadi pilihan yang lebih praktikal dan fleksibel.

Ia membolehkan mereka mampu untuk menetap berhampiran tempat kerja, mengurus kewangan dengan lebih baik dan mengelakkan beban hutang jangka panjang sebelum benar-benar bersedia untuk membeli rumah sendiri.

Perubahan cara berfikir ini secara perlahan-lahan membuka ruang kepada perkembangan pasaran sewaan di Malaysia, termasuk kemunculan konsep ‘co-living’ atau kediaman bersama di dalam sebuah komuniti transit, serta juga konsep Rent-to-Own (RTO) atau Sewa-untuk-Beli.

Walaupun segmen ini masih kecil berbanding pasaran sewaan konvensional, ia semakin mendapat perhatian khususnya dalam kalangan generasi muda.

Konsep ‘co-living’ menawarkan bilik atau unit yang lengkap dengan perabot, tempoh sewaan yang lebih fleksibel serta kemudahan bersama yang diuruskan secara profesional.

Ia juga mengurangkan kos kemasukan (barrier of entry) kerana penyewa tidak perlu mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membeli perabot atau menanggung pelbagai kos utiliti secara berasingan.

Bagi golongan belia dan profesional muda, pekerja kontrak serta mereka yang sering berpindah lokasi pekerjaan, ‘co-living’ menyediakan pilihan perumahan yang lebih mudah dan praktikal tanpa perlu membuat komitmen membeli rumah ketika pendapatan mereka, khususnya pendapatan boleh guna mereka masih sedang dibina dan deperkukuhi.

Namun begitu, terdapat beberapa cabaran yang perlu diatasi sekiranya pasaran sewaan ingin berkembang menjadi satu cabang penting dalam ekosistem perumahan negara.

Cabaran pertama ialah persepsi masyarakat. Budaya pemilikan rumah masih sangat kuat dan menyewa sering dianggap sebagai pilihan sementara atau petanda seseorang mencapai kestabilan kewangan.

Persepsi ini ada benarnya, tetapi ia juga mewujudkan tekanan sosial yang menyebabkan ramai membeli rumah lebih awal daripada kemampuan sebenar mereka ataupun menyebabkan kerakusan pasaran yang sehingga mengakibatkan tekanan mental dan emosi.

Hakikatnya, keperluan perumahan setiap individu berbeza mengikut peringkat kehidupan. Ada yang memerlukan fleksibiliti untuk berpindah mengikut kerjaya, manakala ada yang lebih selesa menangguhkan pembelian rumah sehingga kedudukan kewangan mereka lebih kukuh.

Oleh itu, menyewa tidak sepatutnya sewenang-wenangnya dilihat sebagai pilihan yang kurang baik sehingga dilihat sebagai stigma berbanding pemilikan rumah.

Cabaran kedua ialah pasaran sewaan negara yang masih belum matang dan terpasung. Sebahagian besar pasaran masih dikuasai oleh pemilik individu dengan standard pengurusan, syarat penyewaan dan kualiti penyelenggaraan yang berbeza-beza.

Keadaan ini menyebabkan pengalaman menyewa tidak seragam dan kadangkala menimbulkan ketidakpastian kepada penyewa dan juga pemilik rumah.

Cabaran ketiga pula ialah kekurangan rangka kerja perundangan yang menyeluruh untuk mengawal selia sektor sewaan kediaman.

Pelaksanaan dan penggubalan sebuah akta, seperti Akta Penyewaan Kediaman (RTA) yang satu ketika dahulu diusulkan tetapi tertangguh, perlu disegerakan bagi mewujudkan pasaran sewaan yang lebih teratur dan telus.

Sebuah akta yang khusus untuk regulasi pasaran penyewaan sektor kediaman ini berpotensi untuk menyediakan perlindungan yang lebih jelas kepada penyewa dan juga pemilik, memperkukuhkan mekanisme penyelesaian pertikaian serta meningkatkan keyakinan pelabur dan pengendali profesional dalam sektor perumahan sewaan.

Bagi akta sedemikian, keutamaan harus diberikan kepada pendekatan yang mesra penyewa, mesra pemilik dan mesra pelabur yang mengimbangi secara saksama kepentingan-kepentingan setiap pemegangtaruh untuk melahirkan satu persekitaran pasaran yang menang-menang.

Tumpuan juga harus diberikan untuk memperhalusi dan mengukuhkan konsep RTO atau Sewa-untuk-Beli sebagai salah satu langkah penyelesaian menang-menang.

Dalam jangka panjang, pembangunan pasaran sewaan yang lebih tersusun akan memberikan lebih banyak pilihan kepada rakyat.

Persediaan dan ketersediaan bakal pembeli rumah adalah berbeza-beza di dalam persekitaran yang mencabar dewasa ini di samping tekanan sosial berkenaan kemampuan dan pemilikan rumah idaman.

Walaupun apapun keadaannya, yang pasti adalah setiap individu dan isi rumah seharusnya mempunyai akses dan jaminan tempat kediaman yang selesa, mempunyai akses kepada kemudahan, selamat dan mampu dibayar mengikut keperluan serta kedudukan kewangan masing-masing.

Dalam hal ini, memperkukuhkan pasaran sewaan melalui konsep seperti RTO dan ‘co-living’ serta pemerkasaan rangka kerja perundangan berpotensi untuk melengkapkan ekosistem perumahan negara dengan menyediakan pilihan yang lebih pelbagai dan inklusif untuk rakyat Malaysia.

Penulis ialah Pengarah Kanan, Penyelidikan Hartanah Rahim & Co Chestertons

— Berita Harian