7 Langkah Mudah Nak Melabur Dengan Wahed Invest Modal Serendah RM100, Guna Smartphone Saja

Baru-baru ini, kita amat bertuah kerana Wahed Invest Dilancarkan di Malaysia. Ianya menawarkan rakyat Malaysia cara yang lebih bijak untuk melabur dengan menyediakan akses kepada portfolio patuh Syariah yang pelbagai.

Bergantung kepada toleransi kita terhadap risiko dan portfolio yang bersesuaian, Wahed Invest akan melaburkan wang kita ke dalam pelbagai instrumen seperti:

  • Saham di Amerika Syarikat
  • Saham di Malaysia
  • Sukuk
  • Emas

Tanpa melengahkan masa, jom kita tengok cara-cara untuk melabur dalam Wahed Invest dengan modal serendah RM100 dengan 7 langkah mudah.

1. Muat Turun Aplikasi Telefon Pintar

Pertama sekali, kita kena muat turun aplikasi Wahed Invest di Google Play Store atau Apple App Store.

2. Lancar Aplikasi Wahed Invest Dan Buka Akaun

Seterusnya, kita buka akaun kita dengan memasukkan emel dan kata laluan. Sahkan emel dengan code verifikasi yang dihantar pada emel.

3. Jawab Soalan Untuk Kenalpasti Diri Kita Sebagai Seorang Pelabur

Jawab lapan soalan bagi mengenalpasti tahap toleransi risiko, objektif pelaburan dan juga portfolio yang sesuai dengan kita.

Tetapkan Portfolio Pilihan

Wahed Invest akan mencadangkan portfolio yang bersesuaian, kita kena tetapkan samada ini adalah portfolio yang memang sesuai atau kita boleh pilih portfolio lain.

4. Buka Akaun Pelaburan Dengan Wahed Invest

Dah bersedia untuk buka akaun pelaburan anda dengan Wahed Invest? Masukkan nama, tarikh lahir, alamat tempat tinggal dan surat-menyurat, nombor telefon dan sebagainya.

Masukkan Kod Promosi

Nak promosi terhebat untuk akaun Wahed Invest anda? Pastikan anda masukkan kod promosi berikut semasa mendaftar pada page Semak Semula Butiran anda:

MOHAHM884

Anda akan memperolehi RM20 sebagai tambahan modal pelaburan anda.

5. E-KYC (E-Know Your Customer) / Kenalpasti Pelanggan Anda Secara Elektronik

Biasa kalau kita nak buka akaun baru dengan mana-mana bank, mesti dia minta macam-macam dokumen sebagai bukti kita adalah diri kita yang sebenarnya. Kena bawa Kad Pengenalan atau Lesen Memandu, bil elektrik atau bil air atas nama kita atau sebarang dokumen pembuktian diri dan alamat tempat tinggal kita.

Begitu juga halnya dengan Wahed Invest, cuma kali ini semua dokumen dihantar dan diproses secara online. Jangan risau pasal keselamatan, kerana mereka menggunakan tahap keselamatan dan penyulitan (encryption) seperti yang bank gunakan.

6. Masukkan Modal Pelaburan

Kita kena masukkan modal pelaburan minima RM100. Nak masukkan modal boleh gunakan perkhidmatan FPX untuk transfer duit ke dalam akaun pelaburan kita. Senang macam nak checkout item di website e-commerce. Biasanya ia akan mengambil 1-2 hari bekerja untuk proses, dan Wahed Invest akan memaklumkan kita bahawa deposit tersebut telah diterima dan pelaburan kita telah pun bermula.

7. Monitor Portfolio Dan Prestasi

Kita boleh monitor prestasi semasa pelaburan kita, naik ke turun. Tapi jangan risau, kerana anggaplah Wahed Invest ini sebagai pelaburan jangka masa panjang.

Kita juga boleh tengok di manakah pelaburan kita dan pecahan pelaburan kita, berdasarkan portfolio yang kita pilih tadi. Kalau nak tahu lebih lanjut mengenai saham, ETF, REIT, sukuk dan indeks yang ada, jemput baca Kenali Produk Patuh Syariah Dalam Bursa Malaysia.

Akhir sekali, kita boleh dapat snapshot pegangan portfolio kita termasuklah dengan jumlah keuntungan dan fee yang Wahed kenakan terhadap jumlah yang dilaburkan. Kita juga boleh track cash bonus (referral bonus) yang kita dapat bila kita refer kepada setiap kawan-kawan yang buka akaun dan dah mula melabur (dengan sekurang-kurangnya RM-100).

Bonus – Masukkan Kod Referral Dan Dapatkan RM10 RM40

Langkah terakhir dan dikira sebagai bonus, bagi setiap kawan yang anda refer untuk membuka akaun dengan Wahed Invest; anda akan dapat RM10 RM40. Lagi ramai anda ajak untuk sertai dan guna kod anda, lagi banyak bonus anda akan dapat ke dalam dana pelaburan anda.

Cepat sikit duit pelaburan tu berkembang kan?

Muat Turun Sekarang Dan Dapatkan Bonus Anda Hari Ini

Jadi apa tunggu lagi, muat turun aplikasi Wahed Invest di Google Play Store atau Apple App Store sekarang juga.

Jangan lupa untuk ikuti langkah #4 untuk dapatkan bonus anda hari ini juga. Pastikan anda masukkan kod promosi berikut semasa mendaftar pada page Semak Semula Butiran anda.

Previous ArticleNext Article

12 Comments

  1. Salam nak tanya juga, kalau ASB dia takde istilah rugi sebab tak de negatif dalam dividen. Jadi, wahed pun sama juga ke tiada negatif dalam account selepas sebulan?

  2. salam..nak tanya..kalau nk masukkan duit bulanan tu mmg dh tetap rm100 ke atau kita ikut suka hati kita je…contoh below rm100

  3. Assalamu’alaikum,tuan.
    Jika saya ingin membuka akaun wahed invest untuk emas sahaja.
    Bermakna saya nak buka akaun yang ke dua TANPA merubah akaun yang sedia ada.

  4. Jujur ckp saya tak pandai sgt investment ni. tp sy cuba invest minimum je sebab takut tak ok. tp Alhamdulillah, lepas beberapa bulan boleh nampak hasil walaupun sikit-sikit lama2 jd mountain. platform ni recommended utk baru2 nak join jgk. masa register masukkan kod “binmoh1”, dan start RM100 utk mula invest. tq guys 👍

    1. Sorry bro, I nak tanya soalan bodoh dr I ni sbb dah byk kali I nak download Wahed app tapi tak berjaya.. jadi macamana nak berjaya.. betul tak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

5 Faktor Harga Emas Boleh Terus Jatuh

Ramai orang melihat emas sebagai aset yang sentiasa selamat dan nilainya hanya akan meningkat dari masa ke masa. Persepsi ini menyebabkan ramai menganggap emas sebagai “simpanan kebal” yang tidak terkesan dengan keadaan ekonomi.

Namun hakikatnya, harga emas tetap bergerak mengikut kitaran pasaran dan boleh jatuh untuk tempoh yang panjang jika faktor-faktor tertentu berlaku serentak.

USD Menguat Akan Tekan Harga Emas

Harga emas mempunyai ‘hubungan songsang’ dengan kekuatan dolar Amerika Syarikat. Apabila USD mengukuh, emas menjadi lebih mahal kepada pelabur di luar Amerika, sekali gus mengurangkan permintaan global. Dalam keadaan ini, tekanan jualan akan meningkat dan harga emas boleh menurun.

Sebagai contoh, apabila nilai USD meningkat dengan ketara berbanding ringgit Malaysia, pelabur tempatan mungkin melihat harga emas dalam USD tidak banyak berubah, tetapi dari sudut global, permintaan semakin lemah. Situasi ini pernah berlaku apabila USD berada dalam fasa pengukuhan agresif, menyebabkan harga emas global bergerak mendatar atau menurun walaupun sentimen terhadap emas masih positif.

Kadar Faedah Tinggi Kurangkan Tarikan Emas

Emas tidak memberikan sebarang pulangan berkala seperti dividen atau faedah. Oleh itu, apabila kadar faedah meningkat, pelabur akan mula beralih kepada instrumen yang menawarkan pulangan tetap dan lebih stabil. Ini menjadikan emas kurang menarik dalam persekitaran kadar faedah tinggi.

Sebagai contoh, ketika kadar faedah meningkat dan bank menawarkan pulangan simpanan tetap sekitar 4 hingga 5 peratus setahun, pelabur konservatif mungkin memilih untuk mengunci pulangan tersebut berbanding memegang emas yang tidak memberikan sebarang aliran tunai. Peralihan ini secara berperingkat akan mengurangkan permintaan terhadap emas dan memberi tekanan kepada harganya.

Ekonomi Stabil Kurangkan Keperluan “Safe Haven”

Emas biasanya mendapat permintaan tinggi ketika berlaku ketidaktentuan ekonomi atau krisis geopolitik. Namun apabila keadaan kembali stabil, pelabur cenderung untuk mengambil risiko dan beralih kepada aset yang menawarkan pulangan lebih tinggi seperti saham.

Sebagai contoh, dalam tempoh pasaran saham global sedang berkembang pesat, ramai pelabur akan mengalihkan dana daripada emas ke pasaran ekuiti untuk mengejar keuntungan yang lebih besar. Pergerakan dana ini menyebabkan permintaan terhadap emas menurun, sekaligus menekan harga walaupun tiada perubahan besar dalam penawaran fizikal.

Jualan Oleh Bank Pusat Tingkatkan Penawaran

Bank pusat merupakan antara pemegang emas terbesar di dunia. Sebarang perubahan dalam polisi pegangan emas oleh institusi ini boleh memberi kesan besar kepada pasaran. Jika bank pusat menjual sebahagian daripada rizab emas mereka, penawaran dalam pasaran akan meningkat dengan ketara.

Sebagai contoh, sekiranya sebuah negara besar membuat keputusan untuk mengurangkan pegangan emas dan menjual sebahagian rizabnya, lambakan emas dalam pasaran boleh berlaku dalam masa yang singkat. Jika permintaan tidak meningkat pada kadar yang sama, harga emas akan mengalami tekanan menurun.

Terkini, laporan Bloomberg menyatakan bank pusat Turki telah menjual dan menukar 60 tan emas bernilai lebih USD8 bilion sebagai sebahagian daripada usaha mempertahankan mata wang mereka. Menariknya, sebahagian daripada emas tersebut bukan sahaja dijual secara langsung, tetapi juga digunakan dalam bentuk “swap” untuk mendapatkan kecairan dalam mata wang asing.

Kes ini jelas menunjukkan bahawa emas bukan sekadar aset “disimpan”, tetapi boleh menjadi alat kecemasan yang digunakan oleh negara apabila berdepan tekanan ekonomi. Namun pada masa yang sama, apabila emas dilepaskan ke pasaran dalam jumlah besar, ia berpotensi menambah penawaran dan memberi tekanan kepada harga emas global.

Sentimen Pasaran dan Tindakan Pelabur Besar

Pergerakan harga emas dalam jangka pendek juga sangat dipengaruhi oleh sentimen pasaran dan tindakan pelabur institusi. Kadangkala, perubahan harga berlaku bukan kerana faktor ekonomi yang jelas, tetapi disebabkan oleh aliran keluar masuk dana dalam skala besar.

Sebagai contoh, apabila dana besar atau ETF emas mengalami pengeluaran dana secara mendadak, ia boleh mencetuskan gelombang jualan dalam pasaran. Pelabur lain yang melihat pergerakan ini mungkin turut mengambil tindakan sama, menyebabkan harga jatuh dengan lebih cepat walaupun asas ekonomi tidak berubah secara signifikan.

Kesimpulan

Emas bukanlah aset yang sentiasa meningkat nilainya tanpa risiko. Ia berfungsi dengan baik sebagai alat perlindungan nilai dalam jangka panjang, tetapi tetap terdedah kepada turun naik harga dalam jangka pendek. Memahami faktor-faktor ini penting supaya pelabur tidak meletakkan jangkaan yang tidak realistik terhadap emas.

Namun begitu, terdapat juga naratif yang sering dimainkan dalam kalangan ejen emas iaitu “jangan fokus kepada harga, tetapi fokus kepada jumlah gram yang dimiliki”. Walaupun pendekatan ini kelihatan menenangkan dan sesuai untuk membina disiplin simpanan, ia boleh menjadi mengelirukan jika difahami secara literal. Hakikatnya, setiap pembelian emas tetap melibatkan penggunaan wang dan harga memainkan peranan penting dalam menentukan nilai yang diperoleh pada sesuatu masa. Mengabaikan harga seolah-olah menafikan konsep asas dalam pelaburan, iaitu hubungan antara kos dan nilai.

Dalam dunia kewangan, tiada aset yang bergerak sehala sepanjang masa. Yang lebih penting adalah memahami peranan setiap aset dan bagaimana ia boleh digunakan secara strategik dalam membina portfolio yang seimbang.

Baca juga 7 Platform Yang Ada Untuk Kita Melabur Emas