Misi Bebas Hutang Sebelum Umur 30

Ramai orang meletakkan target untuk bebas hutang dan kewangan sebelum umur mencecah 50 tahun. Apa kata kita letakkan sasaran untuk bebas hutang pada umur 30 tahun?

Bekerja keras di usia muda adalah kelebihan yang sepatutnya digunakan.

Kau punya tenaga, kau punya masa.

Penulis tidak berjaya bebas hutang sebelum umur 30 tahun. Lambat sedikit, masuk 36 tahun baru selesai. Hutang kereta selesai. Hutang PTPTN selesai. Personal loan pun selesai. Syukur Ya Allah.

Boleh cuba ikuti 10 tips bebas hutang yang mudah dan berkesan untuk pembaca amalkan!

 1. Ada Objektif Yang Jelas

Semua orang yang ingin bebas hutang haruslah mempunyai objektif dan matlamat yang jelas. Matlamat ini harus anda pegang walau ke mana sekalipun supaya anda tidak salah percaturan. Letakkan dalam minda anda untuk bebas kewangan dan hutang sebelum umur 30 tahun.

Secara automatik, otak dan badan kita akan bertindak secara bijak dan sentiasa berfikir jalan terbaik untuk menguruskan kewangan. Buat ini terlebih dahulu sebelum kita mula bertindak.

2. Jangan Memilih Kerjaya Tetapi Pastikan Ia Terbaik

Jangan terlalu memilih kerja, tetapi pastikan kerja yang kita lakukan adalah kerjaya yang terbaik.  Terbaik daripada segi gaji dan ganjaran, supaya ia dapat membantu dalam urusan pengurusan hutang dengan mudah. 

Paling tidak, pastikan kita mempunyai pekerjaan yang tetap dan menerima gaji setiap bulan. Ingin Tukar Kerjaya? Lihat Industri Terbaik Bagi Tahun 2019 Yang Anda Boleh Ceburi.

3. Kerja Keras Lebih Daripada Normal

Ya, kita memang pantang dengar orang cakap bangsa kita ni pemalas. Sila buktikan sebaliknya. Memang letih untuk bekerja siang dan malam, termasuklah hujung minggu. Kerja keras tidak bermaksud kita harus berpenat sentiasa, tetapi kita juga boleh melakukan kerja sambilan di rumah seperti bisnes sendiri seperti mengambil upah melakukan kerja-kerja freelance.

Sebab itu zaman ini ILMU itu penting. Buatlah apa sahaja yang kreatif bagi menambah wang poket.

Dulu penulis mengambil upah membuat laman web. Memang bersengkang mata try and error sebab dulu-dulu tak banyak orang mengajar di YouTube. Perisian atau template pun terhad.

Baca juga 9 Idea Buat Duit Sambil Tidur Dengan Cara Yang Halal

4. Jangan Bertangguh Untuk Membayar Hutang

Jangan sesekali bertangguh untuk membayar hutang. Buatlah pembayaran hutang setiap bulan. Akibat daripada bertangguh membayar hutang, mungkin kita akan terguna wang tersebut dan tempoh masa bayar hutang akan menjadi lebih panjang nanti kerana hutang masih banyak.

Jangan pula pergi tambah hutang baru yang membebankan.

Baca juga 5 Langkah Untuk Bayar Hutang PTPTN Guna Wang KWSP

5. Laburkan 10% – 20% Daripada Pendapatan

Kesilapan yang kerap dilakukan oleh orang muda adalah tidak melabur 10% sehingga 20% daripada pendapatan. Mereka yang cukup duitnya sibuk berbelanja, malah simpanan pun tak ada.

Sebenarnya, pelaburan dapat menggandakan wang kita untuk jangka masa sederhana dan panjang. Di antara instrumen pelaburan yang popular adalah amanah saham (unit trust), aset digital dan juga pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Panduan:

6. Sentiasa Bersedekah

Macam mana pula bersedekah dapat selesaikan hutang??

Itulah formula kebebasan hutang yang sebenar dan tips bebas hutang sebelum umur 30 tahun. Jangan terlalu takutkan dunia sehingga kita abaikan akhirat.

Sedekahlah walau sedikit RM5 sekalipun kerana dalam rezeki kita terdapat rezeki orang lain. Tips bebas hutang ini juga bergantung kepada kekerapan kita memberi.

Pernah dengar tentang kisah Founder Nurraysa yang sanggup memberi keuntungan perniagaannya pada ibu bapanya bagi memudahkan urusan mereka? Akhirnya beliau dilimpahkan rezeki yang berganda-ganda asbab daripada sedekah yang diamalkan setiap kali mendapat jualan.

Rebut Saham Akhirat Dengan Infaq Dan Waqaf Bagi Pembinaan Bangunan Tahfiz Al Quran Al Ansar

Panduan:

7. Hidup Bersederhana

Seterusnya, cuba jalani hidup bersederhana walaupun kita sebenarnya mampu. Kalau boleh, hidup seperti kita seorang pelajar universiti. Beli barang secara tunai dan jangan membazir.

Kesannya pasti kita akan dapat lihat pada masa hadapan.

Panduan:

8. Income Aktif Dan Pasif Dalam Genggaman

Pastikan kita mempunyai mesin jana duit secara aktif dan pasif. Active income adalah pendapatan yang kita terima di atas hasil kerja kita manakala pendapatan pasif pula adalah pendapatan yang masuk tanpa kita perlu mengusahakannya selalu.

Mungkin ia adalah hasil pelaburan atau bisnes rangkaian yang membolehkan kita mendapatkan komisen, bonus dan sebagainya.

Baca juga Cara Buat Duit Tepi Dengan Shopee

9. Jangan Sesekali Terjebak Dengan Skim Bukan-Bukan

Tolong elakkan diri daripada menyertai skim cepat kaya yang kita pun tak faham sebenarnya. Pantang nampak skim yang janjikan duit masuk tiap bulan atau minggu, laju je kau ya.

Baca juga 4 Ciri-Ciri ‘Pelaburan’ Scam – Melayu Mudah Lupa.

Dan jangan pula membuat pinjaman daripada Ah Long dan lain-lain lagi untuk menyelesaikan hutang sedia ada. Ianya bakal menjerat diri sendiri nanti.

10. Buat Jadual Pembayaran

Tips bebas hutang yang terakhir adalah dengan membuat jadual pembayaran balik untuk semua hutang yang kita ada. Tulis target bulanan dan tahunan yang kita ingin bayar berdasarkan umur, supaya kita dapat lihat garis masa dan follow rapat-rapat.

Tarikh bayar, jumlah bayaran, baki tempoh dan lain-lain perlu jelas dan sentiasa dikemaskini.

Selesaikan hutang yang kecil terlebih dahulu, yang juga dikenali sebagai snowball effect. Boleh baca selanjutnya di Langsaikan Hutang Dengan Mudah Menggunakan Kaedah Debt-Snowball. Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit, akhirnya hutang habis juga!

Sikap yang bersungguh-sungguh pasti ada jalannya. Selain itu, jangan lupa mendah tangan bermunajat kepada-Nya agar semuanya dipermudahkan.

Sumber Rujukan:

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Google Tubuh Entiti Tempatan Di Malaysia: Implikasi Terhadap WHT di Malaysia

Google baru-baru ini memaklumkan kepada pelanggan di Malaysia bahawa syarikat itu sedang menubuhkan entiti tempatan, Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Langkah ini membawa perubahan kepada struktur transaksi Google Cloud Platform dan Google Workspace bagi pelanggan yang mempunyai alamat pengebilan di Malaysia dan membuat pembayaran dalam Ringgit Malaysia (MYR).

Sebelum ini, transaksi pelanggan Malaysia dibuat dengan Google Asia Pacific Pte Ltd yang berpangkalan di Singapura.

Selepas migrasi, kontrak dan akaun pelanggan yang terlibat akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan syarikat teknologi, malah berpotensi memberi kesan kepada perniagaan dalam talian (online business) di Malaysia yang bergantung kepada perkhidmatan Google Cloud dan Google Workspace untuk menjalankan operasi harian.

Apa perubahan yang bakal berlaku?

Antara perubahan utama yang diumumkan:

1. Invois dikeluarkan oleh syarikat tempatan

Selepas migrasi, invois dan penyata bil akan dikeluarkan atas nama Google Cloud Malaysia Sdn. Bhd., termasuk alamat dan nombor pengenalan cukai entiti tempatan.

2. SST 8% dikenakan

SST akan dipaparkan sebagai komponen berasingan dalam invois dan dikutip oleh Google Cloud Malaysia mengikut kadar yang dinyatakan dalam notis tersebut.

3. Kontrak dipindahkan kepada entiti Malaysia

Kontrak sedia ada dengan Google Asia Pacific akan dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia. Entiti tempatan ini akan mengambil alih kedudukan kontrak berkenaan.

Jadi, bagaimana pula dengan Withholding Tax (WHT)?

Ini bahagian yang menarik dari perspektif percukaian.

Sebelum ini, pembayaran pelanggan Malaysia kepada Google Asia Pacific Pte Ltd perlu dinilai dari sudut cukai pegangan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967 (ACP 1967).

Antara peruntukan yang relevan ialah Seksyen 109 berkaitan pembayaran royalti kepada bukan pemastautin.

Mengapa royalti?

Di bawah Seksyen 2 ACP 1967, definisi royalti merangkumi bayaran bagi penggunaan atau hak untuk menggunakan hak cipta, termasuk perisian (software).

Sebagai contoh, bayaran untuk mendapatkan hak penggunaan sesuatu aplikasi atau perisian oleh pelanggan sendiri berpotensi dikategorikan sebagai royalti dan tertakluk kepada WHT di bawah Seksyen 109.

Kadar domestik WHT bagi royalti ialah 10%, tertakluk kepada kadar atau layanan berbeza di bawah Perjanjian Pengelakan Pencukaian Dua Kali (DTA), jika berkenaan.

Apa implikasinya kepada Malaysia?

Perubahan struktur entiti syarikat teknologi antarabangsa seperti Google AKAN memberikan beberapa implikasi kepada landskap percukaian negara:

  1. Lebih banyak transaksi perkhidmatan digital boleh dilaksanakan melalui entiti tempatan.
  2. Kutipan SST dapat dilaksanakan melalui pembekal tempatan.
  3. Pelanggan Malaysia mungkin tidak lagi perlu membuat potongan WHT bagi pembayaran Google Cloud yang telah dipindahkan kepada Google Cloud Malaysia, tertakluk kepada struktur kontrak dan penerima sebenar pendapatan.

Bila migrasi ini akan berkuatkuasa?

Google akan menghantar dua notifikasi berasingan kepada pelanggan:

  1. Sebelum migrasi – pemberitahuan awal sebelum akaun dan kontrak dipindahkan.
  2. Selepas migrasi – pengesahan bahawa perubahan telah berkuat kuasa.

Notifikasi akan dihantar ke alamat e-mel yang didaftarkan.

Kesimpulannya, penubuhan entiti tempatan oleh syarikat teknologi antarabangsa bukan sekadar perubahan alamat invois. Ia boleh mengubah kedudukan percukaian transaksi, termasuk kewajipan cukai pegangan di Malaysia.