Nak Tingkatkan Pemilikan Hartanah Bumiputera? Ini Caranya

Kalau hendak dinilai mengikut jumlah dan keluasan tanah rizab Melayu, tanah wakaf dan natif milik Bumiputera di setiap negeri; sepatutnya tidak wujud sama sekali masalah pemilikan hartanah di kalangan Bumiputera.

Baca : Anak Muda, Jangan Tunggu Harga Rumah Turun

Daripada segi bekalan hartanah pula, terdapat kurang lebih 300,000 hektar tanah bekas lombong dan 230,000 hektar tanah pertanian terbiar.

Namun, laporan dari Berita Harian bertarikh 29 Januari 2020 yang lalu menunjukkan pemilikan hartanah Bumiputera adalah sebanyak 18% sahaja.

Baca : Harga Rumah Naik 313% Sejak 2002. Ini 4 Punca Dan 2 Solusinya

Jelas sekali golongan Bumiputera memerlukan satu inisiatif yang proaktif dalam menangani isu pemilikan hartanah ini.

Golongan Bumiputera tidak boleh menuding jari kepada Kerajaan dalam masalah ini, kerana Kerajaan menerusi Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah pun melaksanakan pelbagai dasar dan kempen dalam usaha membantu pemilikan hartanah di kalangan rakyat Malaysia.

5 Cabaran Dalam Pemilikan Hartanah Di Kalangan Bumiputera

1. Tidak Mampu Beli Rumah Mengikut Harga Pasaran

Pendapatan isi rumah rakyat Malaysia sepanjang tahun 2007 hingga tahun 2016 hanya meningkat sebanyak 8.3%, sedangkan harga rumah telah meningkat sebanyak 9.8%.

Hampir 50% golongan pekerja di Malaysia mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,160.

2. Permintaan dan Penawaran Harga Dan Lokasi Rumah Yang Tidak Sepadan

Tahukah anda, pada tahun 2016 dan 2017, terdapat 35% rakyat Malaysia yang sebenarnya mampu memiliki rumah pada harga sehingga RM250,000.

Sayang sekali hanya 24% daripada projek perumahan terbaru yang dilancarkan berada dalam kurungan harga RM250,000 ke bawah.

3. Tiada Sistem Tangani Isu Penawaran Dan Permintaan Rumah

KPKT kekurangan data dan informasi berkenaan jumlah sebenar pendapatan isi rumah, ciri-ciri dan pilihan isi rumah dengan bekalan rumah bagi memenuhi permintaan rumah.

Kesannya, Johor, Selangor dan Kedah mempunyai jumlah rumah tidak terjual yang tinggi, termasuklah rumah mampu milik berbanding negeri – negeri lain.

Baca : ‘Rumah Mampu Milik’ Pun Tidak Mampu Dimiliki

Dengan data dan maklumat yang tepat, Kerajaan dan pemaju hartanah swasta mampu menangani isu permintaan dan penawaran ini.

4. Program Rumah Mampu Milik Yang Tidak Selaras

Terdapat pelbagai rumah mampu milik yang dibangunkan samada menerusi Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri.

Akan tetapi, program rumah mampu milik ini semuanya seolah-olah ‘working in silo’ dan tiada pemusatan dalam penyelarasan bagi membantu lebih ramai rakyat Malaysia memiliki rumah.

Peruntukan dan perlaksanaan program rumah mampu milik ini juga tidak selaras. Kkerana itu jugalah, kos dan syarat kelayakan bagi setiap negeri adalah berbeza-beza.

5. Gagal Dapat Pembiayaan Pinjaman

1 daripada 2 pemohon pembiayaan pinjaman mempunyai rekod skor kredit yang lemah kerana bebanan hutang sedia ada yang tinggi.

Baca : Kadar Pinjaman Rumah Lulus Menurun, Ini 4 Puncanya

Nisbah Debt Service Ratio (DSR) juga tidak dipandang serius menyebabkan kebanyakan pemohon gagal di peringkat awal permohonan pembiayaan pinjaman.

Budaya buat hutang baru untuk tutup hutang lama memang begitu sinonim di kalangan rakyat Malaysia.

Pengurusan Kewangan Masalah Utama Golongan Bumiputera

Data daripada Jabatan Perumahan Negara menunjukkan 75% golongan Bumiputera sukar untuk memperoleh RM1,000 bagi keperluan kecemasan.

Baca : Ikut 7 Tips Urus Duit- Pesanan Seorang Otai

Manakala 47% anak muda di Malaysia terlibat dengan peminjaman kad kredit yang melampau dengan nisbah 88.4% keberhutangan isi rumah.

Selain daripada itu, KDNK 2016 juga menunjukkan kenaikan harga rumah yang melangkaui pendapatan menyebabkan golongan Bumiputera kurang berkemampuan untuk memiliki rumah.

4 Solusi Pemilikan Hartanah Di Kalangan Bumiputera

1. Lebih Banyak Rumah Mampu Milik Kepada Golongan Sasaran

Kerajaan dan pemaju hartanah swasta di Malaysia perlu bina lebih banyak rumah mampu milik di bawah harga RM250,000.

Baca : Masalah Kritikal Golongan Muda Nak Beli Rumah Pertama

Semenjak tahun 1960-an lagi, bekalan rumah kos rendah dan rumah mampu milik tidak pernah cukup. Sudah tiba masanya isu ini diselesaikan secara holistik dan proaktif.

2. Ilmu Kewangan

Ilmu pengurusan kewangan di kalangan Bumiputera boleh dikatakan sangat lemah berbanding kaum Cina dan India.

Ilmu kewangan perlu disebar luas dan dijadikan salah satu silibus pendidikan wajib di peringkat sekolah rendah dan menengah.

3. Ilmu Hartanah Di Universiti

Rata-rata anak muda yang masih menuntut di universiti hari ini sedia maklum akan harga rumah yang semakin tidak masuk akal.

Baca : Kenapa Anak Muda Tak Minat Beli Hartanah?

Alternatif rumah mampu milik yang hanya mampu tengok juga menyebabkan mereka hilang punca dan minat dalam ilmu hartanah.

Di peringkat ini, pihak universiti boleh memainkan peranan dengan mewujudkan seminar atau kursus kepada anak muda di universiti tentang ilmu hartanah dan pengurusan aset.

4. Dedah Cara / Teknik Beli Rumah

5 + 5 = 10, begitu juga 3 = 7 : 10. Terdapat pelbagai cara dan teknik untuk beli rumah dan mengumpul aset.

Golongan Bumiputera perlu didedahkan cara yang betul dalam membeli rumah kerana entry cost untuk beli rumah pertama dari pasaran undercon sebenarnya tidaklah tinggi.

Baca : Bila Masa Yang Sesuai Untuk Beli Rumah?

Dengan pendedahan cara dan teknik beli rumah yang sah, sedikit sebanyak dapat membantu pembeli rumah pertama membeli rumah seperti beli rumah dari pasaran lelong atau konsep sewa beli.

Sumber Rujukan:

  1. Jabatan Perumahan Negara
  2. Berita Harian
  3. Ieza Yusof

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Anugerah PropertyGuru Asia Malaysia ke-12: Johor Bahru Menerajui Permintaan Hartanah Pengguna

KUALA LUMPUR, 9 Oktober 2025 — Johor Bahru muncul sebagai kawasan pertumbuhan paling pesat di Malaysia pada tahun 2025, berdasarkan data permintaan hartanah terbaharu yang diumumkan di Anugerah PropertyGuru Asia Malaysia ke-12 dengan kerjasama iProperty. Buat pertama kali, anugerah ini menggabungkan penilaian pakar, data pasaran, dan pilihan pengguna untuk memberikan gambaran pasaran hartanah yang dipacu data — menonjolkan kawasan tumpuan pembeli dan pelabur, serta pemaju yang berjaya meraih kepercayaan rakyat.

Berdasarkan jutaan carian dan metrik penglibatan di PropertyGuru.com.my dan iProperty.com.my, anugerah ini mencerminkan peralihan permintaan di seluruh negara — dari pusat bandar ke koridor pertumbuhan wilayah yang mempunyai rangkaian infrastruktur baik, terutamanya di Johor dan Selangor. Dapatan tahun ini jelas menunjukkan rakyat Malaysia semakin cenderung kepada perbandaran bersepadu, pembangunan bercampur, dan projek berteraskan ESG yang menggabungkan gaya hidup menarik, nilai jangka panjang, dan kelestarian, sejajar dengan keutamaan baharu terhadap kemampuan, kesalinghubungan infrastruktur, serta perubahan keutamaan kerja dan kehidupan.

Data Pengguna Menunjukkan Johor Terus Menjadi Tumpuan

Anugerah Permintaan Pengguna edisi pertama meraikan lapan pembangunan paling mendapat perhatian pencari hartanah. R&F Princess Cove dan Leisure Farm mendahului senarai, mencerminkan daya tarikan Johor Bahru yang semakin meningkat dalam kalangan pembeli. Johor turut cemerlang dalam segmen pejabat apabila City Square Office Tower dinobatkan sebagai “Pejabat Paling Diminati untuk Disewa (Johor)”, manakala The Exchange 106 di Kuala Lumpur menduduki tempat teratas bagi “Pejabat Paling Diminati untuk Disewa (Kuala Lumpur)”.

Ketua Perisikan Hartanah Kumpulan PropertyGuru, Dr. Lee Nai Jia berkata, “Data menunjukkan pencari rumah Malaysia semakin melihat ke luar kawasan tumpuan tradisional Lembah Klang. Penguasaan Johor Bahru dalam pelbagai kategori mencerminkan transformasinya sebagai hab serantau yang dinamik, disokong oleh pelaburan infrastruktur berskala besar seperti RTS Link dan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura. Faktor-faktor ini meningkatkan akses rentas sempadan dan keyakinan pembeli serta pelabur tempatan. Kami juga melihat peningkatan minat terhadap komuniti terancang dan bersepadu di mana penduduk boleh tinggal, bekerja dan beriadah dalam komuniti yang sama. Peralihan ke arah perbandaran mampan dan menyeluruh ini menandakan kematangan pasaran hartanah, di mana nilai, kesalinghubungan dan kualiti hidup menjadi pemacu utama keputusan pembelian — bukan sekadar lokasi.”

Pemaju yang Meraih Kepercayaan Awam

Anugerah Pilihan Rakyat, yang ditentukan melalui hampir 28,000 undian awam, mengiktiraf 10 pemaju paling dipercayai pengguna Malaysia. Pemenangnya ialah Berinda Group; CPI Land; Gunung Impian Development Sdn Bhd; Mah Sing Group Berhad; Malton Berhad; Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS); Platinum Victory; Tiland Group; Tropicana Corporation Berhad; dan TRX City Sdn Bhd. Pemenang dipilih daripada senarai pendek 30 pemaju terkemuka.

Keputusan ini mengesahkan bahawa pengguna terus menaruh kepercayaan terhadap pemaju hartanah mapan yang konsisten menawarkan kualiti dan nilai jangka panjang. Dapatan ini memberi panduan berguna kepada pemaju, pelabur dan pembuat dasar tentang projek paling mendapat permintaan serta pemaju yang menikmati tahap kepercayaan pengguna tertinggi.

Pemimpin Industri Tetapkan Piawaian Baharu dalam Kelestarian & Inovasi

JLand Group muncul sebagai pemenang paling cemerlang, meraih gelaran Pemaju Terbaik (Malaysia), Pemaju Terbaik (Malaysia Selatan) dan Pemaju Perindustrian Terbaik. Projek unggulnya, Bandar Dato’ Onn di Johor Bahru, turut meraih pelbagai anugerah termasuk Pembangunan Perbandaran Terbaik (Malaysia), menyerlahkan kepimpinan JLand dalam pembangunan komuniti bersepadu.

Pemaju negeri PKNS menonjol sebagai peneraju ESG dengan gelaran Sustainable Design Champion dan Low Carbon Champion, mengiktiraf komitmen kukuh terhadap reka bentuk mesra alam melalui projek seperti Linkar 52, Aludra Residensi dan Galeria SA Sentral.

Pengurus Besar PropertyGuru Asia Property Awards & Events, Jules Kay berkata, “Anugerah ini bukan sekadar meraikan kecemerlangan, tetapi turut mencerminkan gambaran tentang apa yang paling dihargai oleh pasaran hartanah. Pemaju kini menetapkan piawaian dalam kelestarian, kesalinghubungan dan kualiti hidup, manakala data pengguna menunjukkan permintaan jelas terhadap pembangunan berkualiti. Terdapat peralihan ketara ke arah komuniti yang selesa didiami dan mempunyai rangkaian baik, khususnya di Johor dan Selangor yang menyaksikan pembangunan berskala besar mengubah landskap hartanah. Dalam masa yang sama, kelestarian bukan lagi pilihan — pemaju memimpin dengan mengintegrasikan prinsip ESG ke dalam setiap projek. Penyelarasan antara inovasi, data dan keperluan pengguna inilah yang akan membentuk kejayaan hartanah Malaysia pada masa depan.”

Meraikan Kecemerlangan Hartanah di Seluruh Malaysia

Sebanyak 73 kategori mengiktiraf pencapaian cemerlang dalam industri hartanah Malaysia — daripada kediaman mewah hingga perumahan mampu milik, serta pembangunan komersial inovatif di seluruh negara. Menandakan edisi ke-20 pada tahun 2025, siri Anugerah Hartanah Asia PropertyGuru akan mencapai kemuncaknya dalam Grand Final di Bangkok pada 12 Disember 2025. Seramai 23 pemenang dari Malaysia akan bersaing bagi gelaran Terbaik di Asia bersama penyertaan dari 14 pasaran lain di pentas antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk senarai penuh pemenang di bawah atau layari: AsiaPropertyAwards.com.