Rumah Bagaimana Yang Sesuai Untuk Beli Lelong?

Semenjak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuat kuasakan pada Mac 2020 yang lalu, banyak rumah yang dilelong seluruh Malaysia.

Sungguhpun Bank Negara Malaysia membenarkan semua peminjam memohon moratorium dari institusi perbankan, masih tetap ada rumah yang dilelong.

Alasannya hanya satu. Peminjam gagal membuat bayaran ansuran pinjaman hartanah tersebut.

Keadaan pasaran hartanah sepanjang tahun 2020 juga sebenarnya lebih lesu berbanding tahun 2019.

Baca : Ulasan Industri Hartanah Sepanjang Tahun 2020, 6 Perkara Yang Berlaku

Tahun 2019 menyaksikan banyak hartanah dari pasaran undercon dijual sehingga mencatatkan jualan 28,000 unit kediaman dengan nilai anggaran RM21 bilion.

Tetapi, buat anda yang tidak berminat membeli hartanah jenis undercon dan lebih sukakan hartanah di kawasan matang pasti pernah terfikir untuk meneroka pasaran hartanah lelong bukan?

Kelebihan memiliki hartanah lelong yang ramai orang tak tahu adalah anda boleh memiliki unit hartanah tersebut pada harga jauh lebih murah berbanding harga Sales & Purchase Agreement (S&P).

Baca : 5 Strategi Pelik Jual Rumah Yang Wujud

Kita ambil contoh projek high rise D’ Sara Sentral, sebuah projek Transit Oriented Development (TOD) dengan nilai RM600,000 dilelong pada harga RM360,000 pada Januari 2021 yang lalu.

Untuk projek rumah landed, kita boleh ambil contoh sebuah projek di Semenyih yang dijual pada harga RM800,000 pada tahun 2018.

Hari ini, projek tersebut banyak yang dilelong pada harga bermula RM650,000.

Apa kriteria untuk memiliki rumah dari pasaran lelong selain daripada kuasa modal?

Adakah dengan membuat semakan di portal lelong tentang pengalaman pembeli lain?

Sebelum anda buat semakan secara online, anda kena tahu dahulu rumah bagaimana yang sesuai untuk beli lelong.

Baca : Hanya 1 Daripada 3 Bumiputera Teroka Pasaran Hartanah Lelong

Jom kita tengok rumah bagaimana yang sesuai untuk dibeli secara lelong?

1. Lokasi

Dalam pasaran lelong, tak semestinya rumah yang terletak jauh daripada fasiliti dan kemudahan seperti MRT dan pusat beli belah bukan rumah yang bagus.

Stigma yang mengatakan rumah yang terletak jauh dari fasiliti dan kemudahan kurang tepat untuk rumah lelong.

Baca : Rumah Lelong: Merugikan atau Menguntungkan? Ambil Tahu 5 Perkara Ini

Hal ini kerana, harga akhir rumah lelong yang terletak betul-betul berdekatan dengan fasiliti dan kemudahan biasanya mahal.

Susah untuk anda dapat reserve price atau jadi single bidder kerana jerung-jerung hartanah sudah tentu akan masuk dan menganggu fokus anda memiliki hartanah tersebut.

Jika fokus utama anda adalah pelaburan jangka panjang dengan harga sekurang-kurangnya 40% di bawah harga pasaran, sebenarnya ada baiknya jika anda sasarkan kawasan pinggir bandar.

2. Jangan Tunggu Harga Turun

Ada orang, dia hanya akan membida hartanah tersebut bila harganya sudah turun sehingga 50% di bawah harga pasaran.

Saat ini, ramai pelabur hartanah sudah tertarik dan akan ikut serta membida rumah tersebut. Paling parah bila hartanah tersebut dibida hingga capai harga pasaran semasa. Rugi.

Baca : Berapa Downpayment Untuk Rumah Subsale, Lelong dan Undercons?

Sebaiknya, anda bida hartanah tersebut seawal lelongan pada harga 20% – 30% di bawah pasaran kerana anda berpotensi jadi single bidder dan jika ada persaingan pun, pasti tidak sesukar harga 50% ke atas di bawah pasaran.

3. Buat Semakan

Ramai orang yang ingin beli rumah lelong gagal membuat semakan dengan tepat akan unit tersebut. Rata-rata hanya bersandarkan satu atau dua sumber sahaja.

Apa yang anda perlu lakukan adalah membuat semakan secara penuh dari:

  •  Penilai hartanah – Harga semasa hartanah
  •  Portal hartanah lelong – Info terkini unit hartanah
  •  Brickz.my – Harga berdasarkan transaksi

Baca : Step by Step Nak Beli Rumah Lelong

Dalam pasaran rumah lelong, harga adalah faktor yang penting kerana anda perlu mengetahui anggaran sebenar rumah tersebut kerana ianya melibatkan kos dan modal yang tidak sedikit.

Selain daripada itu, kalau boleh anda buat semakan akan pemilik dan penghuni sedia ada hartanah supaya anda dapat menjangkakan apa yang ada dalam unit hartanah itu.

Untung nasib, rumah siap dengan renovasi dan aircond di setiap bilik, tiada nasib rumah tersebut kotor dan bersepah dikerjakan penyewa dari neraka.

Untuk pasaran lelong, rumah yang sesuai untuk beli lelong sebenarnya adalah apabila anda berjaya membeli rumah tersebut lebih rendah daripada harga pasaran.

Baca : 6 Perkara Wajib Tahu Sebelum Membeli Rumah Lelong

Semakin tinggi % di bawah harga pasaran, semakin untunglah anda. Tak kisahlah rumah itu terletak di sebelah KLCC atau di sebelah balai raya Sungai Koyan sekalipun.

Lelong memerlukan anda membuat semakan harga dan kuasa modal yang besar. Pilihan lelong semakin banyak untuk tahun 2021, lihat dan nilai terlebih dahulu dan jangan tersilap.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Sime Darby Property Perkenal Logo Baharu, Mengukuhkan Legasi 50 Tahun Dalam Hartanah

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Sime Darby Property Bhd hari ini telah memperkenalkan logo baharu, mengesahkan peranannya sebagai peneraju dan pembina negara dengan rangkuman legasi lebih dari 50 tahun dalam pembangunan hartanah.

Pengerusi, Datuk Rizal Rickman Ramli berkata pembaharuan jenamanya merupakan evolusi strategik untuk memastikan kumpulan terus memberikan nilai yang mampan kepada semua pihak berkepentingan.

Setiap langkah kumpulan dipandu dengan pertimbangan yang teliti agar kekal relevan, untuk mewujudkan impak yang bermakna dan menyumbang kepada pertumbuhan Malaysia dengan kaedah, dari kemampanan serta biodiversiti kepada perkongsian dan pengalaman pelanggan.

“Sebagai sebuah syarikat di bawah Permodalan Nasional Bhd (PNB), mandat kami sentiasa melangkaui prestasi perniagaan. Kami berkongsi visi PNB untuk pembangunan negara dan kemajuan sosial.

“Pembaharuan jenama ini mengasah tumpuan kami terhadap tanggungjawab itu, memperkuat peranan kami dalam membangunkan komuniti yang mampan, menyokong perniagaan tempatan serta mewujudkan peluang yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,” katanya semasa majlis pelancaran pembaharuan jenama itu di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Azmir Merican berkata jenama Sime Darby Property adalah janji yang dibina melalui penyampaian yang sudah sedekad sambil menonjolkan evolusi ini akan memantapkan bertapa relevannya penawaran kumpulan itu.

Beliau berkata dari Sime UEP Properties Bhd ke Sime Darby Property hari ini, legasi kumpulan itu sentiasa tertumpu kepada mewujudkan perbandaran yang berdaya tahan dan komuniti yang berkembang maju.

“Kami tidak cuba melupakan sejarah lampau kami dan kami tidak pinggirkan apa yang telah membawa kami sejauh ini.

“Pembaharuan jenama ini datang pada masa yang penting dalam perjalanan kami. Ia mencerminkan bukan hanya siapa kami pada hari ini tetapi arah strategik yang dicarta untuk tahun-tahun akan datang,” katanya.

Pembangunan perindustrian dan logistik kumpulan seperti Bandar Elmina dan Bandar Bukit Raja, bukan sekadar bangunan sahaja memandangkan perkembangan ini juga membentuk koridor ekonomi dan menarik perniagaan global melalui perkongsian strategik.

“Seiringan itu, platform pengurusan pelaburan aset dan pelaburan kami sedang berkembang, dengan aset runcit, komersial termasuk perindustrian yang menyediakan pendapatan berulang serta kestabilan jangka panjang bagi melengkapkan perniagaan teras kami dan menyediakan kestabilan masa depan,” katanya.

Menurut Sime Darby Property, pembaharuan jenama itu juga mencerminkan keutamaan strategik kumpulan di bawah strategi SHIFT25, yang telah memasuki fasa terakhirnya.

“Ini termasuk mengukuhkan aliran pendapatan berulang dan meletakkan dirinya sebagai penyedia penyelesaian perbandaran. Hala tuju ini ini sudah dapat dilihat dalam portfolio perindustrian dan logistik serta kemasukannya ke segmen pusat data di Elmina Business Park,” katanya.

Dengan legasi yang merangkumi lebih dari 50 tahun dalam pembangunan hartanah serta lebih daripada 200 tahun melalui warisan Guthrie, Golden Hope dan Sime Darby, kumpulan itu telah lama memainkan peranan penentu dalam membentuk perbandaran dan komuniti Malaysia.

Bermula dengan projek perintis seperti Taman Melawati dan Subang Jaya ke perbandaran yang memenangi anugerah seperti Bukit Jelutong dan Bandar Elmina, Sime Darby Property telah menyampaikan lebih daripada 100,000 kediaman di 26 perbandaran aktif, hari ini berkhidmat kepada lebih dari 300,000 rakyat Malaysia.
— BERNAMA