Unit Trust & Takaful : Mana Lebih Penting?

Apabila bercakap tentang unit trust dan takaful, ianya adalah 2 perkara yang berbeza. Kedua-duanya memainkan peranan dan fungsi yang tersendiri.

Namun, mana satukah yang lebih penting untuk dibawa ke hadapan dan menjadi keutamaan? Sama ada unit trust ataupun takaful?

Ianya bergantung kepada pandangan masing-masing dalam melihat kelebihan unit trust juga takaful. Ada yang berpendapat, takaful perlu diutamakan manakala ada yang mengatakan unit trust perlu diutamakan.

Namun, bagi pandangan saya, takaful adalah lebih penting jika hendak dibandingkan dengan unit trust. Mengapa syaa katakan begitu? Mari baca 3 sebab di bawah.

1. Pelindung Pelaburan

Tahukah anda fungsi sebenar takaful? Takaful adalah merupakan satu bentuk pelan pelaburan. Terlebih dahulu, dalam anda membuat pelaburan, semestinya perkara utama yang perlu dititikberatkan adalah perlindungan.

Tidak kira sama ada pelaburan yang dibuat berhadapan risiko tinggi ataupun rendah. Ianya tetap memerlukan perlindungan bagi mencapai matlamat yang anda inginkan dalam pelaburan tersebut. Boleh jadi, tanpa perlindungan pelaburan, ia menjadi satu yang sia-sia.

2. Elak Kerugian

Sibuk mengejar untung tapi akhirya rugi. Mana satu lebih baik? Apa yang cuba disampaikan dalam point kedua ini adalah, bagaimana anda dapat mengelakkan diri anda daripada tidak menanggung rugi besar.

Lihat kepada situasi ini jika anda tidak mengambil pelan perlindungan. Andaikan jika anda jatuh sakit dan memerlukan rawatan yang menelan kos yang tinggi. Pada ketika itu anda juga sedang dalam membuat pelaburan unit trust RM350 sebulan. Anda sakit dan terdesak untuk menggunakan duit sehingga terpaksa mengeluarkan duit pelaburan unit trust lebih awal dari jangka masa yang ditetapkan.

Adakah pada situasi begini anda masih mampu mencapai keuntungan? Pastinya tidak, malah kerugian semata-mata.

3. Tahap Kewangan

Teliti dan nilai terlebih dahulu tahap kewangan anda sama ada berada pada tahap yang sihat ataupun tidak. Jika anda mampu mengambil kedua-duanya, ini menandakan tahap kewangan anda berada pada keadaan sihat dan stabil.

Namun, jika keadaan memerlukan anda untuk memilih salah satu, sebaiknya utamakanlah pelan perlindungan iaitu takaful.

Jangan dek kerana mengejar pelaburan, penghujungnya anda terpaksa menangung kerugian disebabkan tiadanya back up perlindungan.

Artikel ini merupakan pandangan peribadi penulis. Sebarang keputusan untuk melabur atau mengambil perlindungan adalah atas keputusan anda sendiri.

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih Takaful Malaysia Susut Kepada RM83.82 Juta Pada Suku Kedua 2025

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Bhd (Takaful Malaysia) mengecil kepada RM83.82 juta pada suku kedua yang berakhir 30 Jun, 2025 daripada RM93.10 juta pada suku kedua 2024.

Syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, perolehan meningkat kepada RM1.01 bilion daripada RM998.07 juta sebelumnya, disumbangkan terutamanya oleh perniagaan Takaful Keluarga.

Mengenai prospek, Takaful Malaysia menjangkakan permintaan terhadap takaful dan insurans akan kekal kukuh memandangkan masih wujud jurang perlindungan yang berterusan.

“Perniagaan teras kumpulan dalam Bancatakaful, Perbendaharaan, Faedah Pekerja dan Takaful Am merupakan pemacu utama kejayaan kami sebagai peneraju dalam industri Takaful dan kami terus melihat permintaan yang baik dalam segmen-segmen ini,” katanya.

Bagi separuh pertama tahun kewangan 2025, keuntungan bersih syarikat berkurang kepada RM178.36 juta daripada RM195.40 juta dalam separuh pertama 2024 manakala perolehan berkembang kepada RM2.14 bilion daripada RM1.96 bilion sebelumnya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Nor Azman Zainal berkata dengan perniagaan teras yang diperkukuh, syarikat berada dalam kedudukan yang baik untuk mengharungi baki tahun ini dengan penuh ketangkasan.

“Inovasi berteraskan pelanggan, pemerkasaan digital serta integrasi alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) akan terus menjadi tunjang strategi kami bagi menyampaikan nilai jangka panjang kepada pihak berkepentingan sambil menyumbang kepada kemajuan sosioekonomi Malaysia dan pemeliharaan alam sekitar,” katanya.

— BERNAMA