[TERKINI] Apa Jadi Pada Industri Hartanah 2020? Ini Datanya

Terbaru, National Property Information Centre (NAPIC) telah mengeluarkan data dan statistik berkenaan industri hartanah sepanjang tahun 2020.

Berdasarkan pengamatan penulis, ada perkara yang baik dan yang buruk berlaku sepanjang tahun 2020 berkaitan industri hartanah.

Baca : 36 Lokasi Dijangka Alami Kenaikan Harga Hartanah Bermula Julai 2021

Ini tidak dapat disangkal lagi dengan kelembapan pasaran industri hartanah, kemelut politik tempatan dan krisis kesihatan yang melanda.

Untuk rekod, industri hartanah tempatan mencatatkan sejarah apabila pergerakan pasaran dilihat paling perlahan dalam tempoh 10 tahun.

Baca : [TERKINI] Median Harga Rumah Di Malaysia Bulan Januari – Julai 2020

Data dan statistik yang akan dikongsikan adalah :-

  • Lambakan Hartanah di Malaysia
  • Punca lambakan hartanah di Malaysia
  • Trend transaksi dan harga hartanah di Malaysia

Data & Statistik Industri Hartanah Tahun 2020

Startup Stock Photo

Sepanjang tahun 2020, pasaran industri hartanah Malaysia hanya mencatatkan 295,968 transaksi jual beli bernilai RM119 bilion.

Nilai transaksi ini menurun sebanyak 9.9% untuk jumlah transaksi dan 15.8% dalam nilai jualan berbanding tahun 2020.

Akan tetapi, sub sektor kediaman terus menjadi pemacu utama aktiviti pasaran hartanah yang menyumbang kepada 65% keseluruhan transaksi hartanah sepanjang tahun 2020.

Baca : 4 Cara Hotel ‘Survive’ Di Kala COVID-19 Melanda

“Tahukah anda, 191,350 hartanah kediaman bernilai RM65.87 bilion yang dijual pada tahun 2020, dengan jumlah dan nilai menurun masing-masing 8.6% dan 9% berbanding 2019”

Tahun 2020 menyaksikan penurunan sebanyak hampir 60,000 unit hartanah baharu berbanding tahun 2019.

Kediaman jenis servis apartmen terus menjadi penyumbang terbesar kepada jumlah lambakan hartanah di Malaysia.

Untuk SOHO, bekalan sedia adalah sebanyak 47,878 unit, lebih tinggi berbanding bekalan masa depan iaitu 32,003 unit dan pembangunan dirancang yaqni 14,201 unit.

Manakala servis apartmen pula, bekalan sedia adalah sebanyak 282,992 hampir separuh berbanding bekalan masa depan 132,818 unit dan pembangunan dirancang iaitu 168,028 unit.

Jumlah lambakan hartanah  adalah 55,300 unit dengan nilai RM40.8 bilion.

Baca : Ulasan Industri Hartanah Sepanjang Tahun 2020, 6 Perkara Yang Berlaku

Unit lambakan terbesar adalah servis apartmen dengan 42.69% diikuti kediaman high rise 28.42%, teres pada angka 15.02% diikuti SOHO 3.85% dan terakhir adalah lain – lain 10.02%.

Jumlah keseluruhan transaksi hartanah adalah 295,968 unit dan mengikut turutan kategori pula :-

  • Kediaman : 191,354 unit (64.7%)
  • Pertanian : 61,326 unit (20.7%)
  • Komersial : 20,255 unit (6.8%)
  • Harta Tanah & Lain – Lain : 19,275 unit (6.2%)
  • Perindustrian : 4,758 unit (1.6%)

Manakala nilai keseluruhan hartanah adalah RM119 bilion dan mengikut turutan kategori pula :-

  • Kediaman : RM65.87 bilion
  • Pertanian : RM12.5 bilion
  • Komersial : RM19.53 bilion
  • Harta Tanah & Lain – Lain : RM8.42 bilion
  • Perindustrian : RM12.76 bilion

Trend jumlah transaksi hartanah pada tahun 2020 adalah 295,968 unit iaitu -9.9% lebih rendah berbanding tahun 2019 yang mencatatkan trend jumlah transaksi sebanyak 328,647 unit.

Manakala trend nilai transaksi hartanah yang pada tahun 2020 hanya mencatatkan RM119 bilion, -15.8% lebih rendah berbanding RM141.4 bilion pada tahun sebelumnya.

Data yang lebih menarik pula adalah transaksi hartanah mengikut harga pada tahun 2020.

Untuk rekod, berlaku penurunan dalam transaksi hartanah mengikut harga.

  • Bawah RM300,000 : -9.3%
  • RM300,000 – RM500,000 : -7.1%
  • RM500,000 – RM1 juta : –13.6%
  • Atas RM1 juta : -18.5%

Apa yang lebih mengejutkan adalah, jumlah transaksi hartanah mengikut negeri mencatatkan Selangor, Perak dan Johor sebagai negara tertinggi.

  • Selangor : 18.7% daripada keseluruhan transaksi
  • Perak : 12.6% daripada keseluruhan transaksi
  • Johor : 12.2% daripada keseluruhan transaksi

Baca : Harga Jualan Rumah Di Kelantan Bagi Suku Pertama (Q1) 2020

Sementara itu, kadar huni bagi pejabat di Malaysia telah jatuh dari 80.6% pada tahun 2019 kepada 80.2% pada tahun 2020 menurut Pusat Informasi Hartanah Negara.

Turut jatuh dengan ketara adalah kadar huni kompleks beli belah yang telah menurun dari 79.2% kepada 77.5% dalam tempoh yang sama.

Seperti tahun – tahun sebelumnya, isu lambakan hartanah bukanlah isu baharu dan kini telah menjadi satu isu nasional yang perlu ditangani pada kadar segera dengan pendekatan holistik.

Menurut pakar hartanah, punca utama kepada masalah lambakan hartanah di Malaysia ini ada tiga iaitu :-

  • Penawaran hartanah yang salah dari pemaju
  • Harga penawaran hartanah terlalu mahal
  • Lokasi hartanah baharu tidak strategik

Baca : Dengan Modal RM300,000, Berapa Luas Rumah Anda Boleh Dapat Di Malaysia?

Kesimpulan daripada artikel ini, dapat kita fahami bahawa pelancaran unit baharu hartanah telah turun sehingga 40% berbanding tahun 2019.

Apa yang bagus adalah, data dan statistik lambakan hartanah telah turun 3.6% kepada 29,565 unit pada tahun 2020.

Baca : Covid-19 Bak Badi Untuk Industri Hartanah Di Malaysia

Tidak dapat disangkal lagi bahawa, atmosfera dan situasi industri hartanah umpama sudah jatuh ditimpa tangga dan kekal menjadi pasif.

Sumber Rujukan :

Pada tahun 2020, waktu PKP pertama, Tuan Faizul Ridzuan telah membuat 6 ramalan yang satu persatu menjadi kenyataan.

1. PKP mustahil hanya 2 minggu, akan berakhir pada bulan Jun 2020

2. Kita berada dalam recession yang paling teruk dalam sejarah moden Malaysia – Disahkan selepas beberapa minggu oleh World Bank

3. Interest bakal jatuh banyak akibat recession. Hari ni interest rate kita adalah pada kadar terendah dalam masa 50 tahun.

4. Bull run bagi saham dalam jangka masa 12-24 bulan sehingga boleh buat pulangan lebih daripada 100%. 2 bulan lepas ramalan saya, volume bursa naik pecah rekod 

5. Transaksi hartanah tahun 2020 akan jadi tahun paling teruk sejak tahun 2000, dan kita akan sampai market bottom. Sila nantikan data NAPIC yang akan keluar lagi beberapa minggu.

6. Property bull run akan tiba dalam masa 5 tahun

Terlepas nak hadiri webinar percuma Tuan Faizul Ridzuan minggu-minggu yang lalu? Jom kita sertai webinar seterusnya yang akan diadakan pada hari Ahad, 9 Mei 2021, jam 930 malam.

Daftar sekarang di -> Webinar Faizul Ridzuan

Slot ke webinar adalah terhad. Sila pastikan anda daftar dan hadir awal pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Kita jumpa nanti Ahad ini.

Previous ArticleNext Article

Axis REIT: Pengambilalihan Kedua Tahun Ini

Saranan BELI dan harga sasar (TP) MYR2.42 dikekalkan, potensi kenaikan harga saham sekitar 20%, dengan kadar hasil dividen 5.2% untuk FY26F

Axis REIT telah mengumumkan pengambilalihan keduanya untuk tahun 2026, iaitu sebuah perjanjian jualan dan pajakan semula bernilai MYR128j dengan City-Link Express (M) untuk sebuah pusat pengedaran di Bandar Saujana Putra, Selangor. Kami memandang agak positif akan perkara ini kerana ia masih menepati strategi REIT ini untuk memperoleh aset-aset perindustrian yang memberikan kenaikan hasil sambil menyokong sasaran pengambilalihan pihak pengurusan sebanyak kira-kira MYR350j sepanjang FY26-27.

Butiran mengenai pengambilalihan

Axis REIT mengambil alih hartanah ini dengan bayaran tunai sebanyak MYR128j (kira-kira 2% daripada jumlah aset), yang dibiayai menerusi pembiayaan bank sedia ada. Hartanah ini sekarang dihuni 100% oleh pemilik dan akan dipajak semula kepada City-Link Express untuk tempoh tetap selama 15 tahun, dengan kenaikan sewaan yang dipersetujui semasa tempoh pajakan. Pengambilalihan ini menawarkan pendapatan berulang yang stabil, dengan sokongan daripada struktur pajakan semula yang panjang dan kadar hasil kasar awal yang baik sebanyak 6.2%.

Pengambilalihan ini dijangka selesai pada 4Q26. Selepas perjanjian selesai dimeterai, paras hutang Axis REIT dijangka meningkat kepada kira-kira 35.1%, dengan ruang untuk mengambil pinjaman sekitar MYR840j lagi (berdasarkan penyata kewangan 1Q26 yang terkini).

Butiran mengenai hartanah

Aset ini terdiri daripada dua tanah komersial bersambung dengan status pegangan pajakan selama 99 tahun (baki tempoh pajakan lebih kurang 68 tahun), di samping bangunan-bangunan pusat pengedaran, blok pejabat dan fasiliti sokongan. Hartanah ini mempunyai jumlah kawasan boleh disewakan sebanyak kira-kira 355 ribu kps (sekitar 2% daripada jumlah NLA) dan terletak di Bandar Saujana Putra dengan akses kepada Rangkaian Pusat Lebuh Raya Utara Selatan E6 atau ELITE, Lebuh Raya Lembah Klang Selatan (SKVE), Lebuh Raya Pesisir Barat (WCE), dan Lebuh Raya Shah Alam atau KESAS. Hal ini menyokong kegunaannya sebagai hab logistik dan pengedaran.

Pandangan kami

Kami memandang agak positif akan perjanjian ini, dan setelah ia selesai, kami menjangka ia akan memberikan sumbangan positif mulai FY27, dengan pendapatan sewaan tahunan sekitar MYR7.9j (kira-kira 2% daripada hasil FY27). Perkara ini diterjemahkan kepada kadar hasil kasar sebanyak 6.2% sebelum mengambil kira kos pembiayaan yang berkaitan dengan pinjaman baru. Kami menjangka pengambilalihan ini secara bersihnya akan menaikkan kadar hasil semasa Axis REIT untuk FY27F sebanyak 5.3%.

Sementara itu, tempoh pajakan semula selama 15 tahun kepada pengendali sedia ada, di samping kenaikan sewaan yang termasuk dalam perjanjian, menawarkan prospek jelas untuk pendapatan dalam jangka sederhana. Walaupun ia dibiayai sepenuhnya menggunakan hutang, paras hutang Axis REIT selepas memeterai perjanjian ini masih dalam keadaan terkawal, dengan adanya kapasiti kunci kira-kira yang mencukupi untuk langkah pengambilalihan lain.

Ramalan dan penilaian

Sementara menunggu selesainya pengambilalihan ini dan bayangan lanjut daripada pihak pengurusan, kami kekalkan ramalan perolehan dan TP MYR2.42 yang diperoleh melalui kaedah DDM (dengan kiraan premium ESG 2% kerana markah REIT ini ialah 3.1), iaitu kadar dividen kira-kira 5% untuk FY26F mengikut TP. Risiko negatif: Tiada pembaharuan bagi pajakan-pajakan REIT yang tamat tempoh, kadar turun naik harga sewa yang lebih rendah daripada jangkaan, dan cadangan pengambilalihan aset terbatal.

Asas Penilaian

Model diskaun dividen (DDM)

Faktor Pemacu Utama

Permintaan lebih tinggi untuk hartanah perindustrian yang disokong oleh penembusan pasaran e-dagang yang berterusan, penstrukturan semula rantai bekalan dan kemasukan pelaburan asing langsung yang kukuh dalam segmen pembuatan.

Risiko Utama

i. Pajakan yang tamat tempoh tidak diperbaharui
ii. Kadar turun naik harga sewa yang lebih rendah berbanding jangkaan
iii. Cadangan pengambilalihan aset dibatalkan

Profil Syarikat

Axis REIT sebuah REIT yang mempunyai portfolio perniagaan pelbagai, dan berpengkhususan dalam hartanah komersial dan perindustrian.

Carta Saranan

Penganalisis
Loong Kok Wen CFA +603 2302 8116 ([email protected])

Penafian :
Laporan penyelidikan ini disediakan oleh pasukan Penyelidikan RHB (RHB Research Team) dari RHB Investment Bank Bhd.