Rumah Penjawat Awam Kena Lelong? Ini Sebabnya

Saban tahun banyak rumah penjawat awam yang dilelong menerusi portal lelongan hartanah Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Lokasinya tidak terbatas di bandar – bandar seperti Lembah Klang, Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kota Kinabalu sahaja, bahkan merangkumi segenap kawasan dan negeri di Malaysia.

Terbaru, portal LPPSA telah mengiklankan lima unit kediaman jenis landed empat daripadanya terletak di luar bandar.

Kredit : Portal LPPSA

Penulis percaya, ramai pembaca bersetuju yang anda pasti pernah terlihat iklan lelong hartanah penjawat awam di sosial media dan portal hartanah. Dan kes lelong ini bukanlah isu baharu.

Pada 28 Mac 2020 yang lalu, berlaku proses lelongan unit kediaman penjawat awam di Kuala Lumpur. Dahsyat! Pelbagai jenis rumah daripada flat, apartmen, kondominium, Semi-D dan banglo dilelong dengan nilai bermula RM90,000 sehingga RM850,000!

Baca : Berapa Downpayment Untuk Rumah Subsale, Lelong dan Undercons?

Sebelum kita mula mengeluarkan pendapat masing – masing, apa kata kita selami dahulu kenapa banyak rumah penjawat awam dilelong.

Rumah Penjawat Awam Kena Lelong? Ini Sebabnya

Berdasarkan Presiden Persatuan Guaman Hartanah Malaysia (HartaGuam), Salkukhairi Abd Shukor, sesuatu hartanah itu boleh dilelong apabila pemiliknya gagal menjelaskan bayaran ansuran bulanan pinjaman atau pembiayaan pembelian hartanah dengan bank atau pembiaya.

Kredit Gambar: MN Property Management

Selepas tempoh tiga bulan berturut – turut pemilik kediaman tidak membuat pembayaran ansuran pinjaman hartanah kepada bank, secara automatik pihak bank akan menghantar surat notis tuntutan.

Baca : Step by Step Nak Beli Rumah Lelong

Notis tuntutan ini sebagai pemberitahuan kepada pemilik untuk menjelaskan baki tunggakan dalam satu tempoh masa yang ditetapkan.

“Tahukah anda, 26% daripada 300,000 rakyat Malaysia yang muflis setakat Ogos 2019 adalah gara – gara pinjaman hartanah.”

Kuncinya mudah, bila anda sebagai peminjam gagal membuat bayaran ansuran pinjaman hartanah, maka rumah anda akan kena lelong.

Selain itu, antara sebab yang cukup popular juga adalah kerana penjawat awam menamatkan perkhidmatan mereka.

Ya, bukan sektor swasta sahaja pekerja berhenti kerja, bahkan dalam sektor awam pun ramai yang berhenti kerja atas pelbagai alasan.

Ini termasuk dengan pegawai kerajaan yang membuat keputusan untuk pencen awal. Rata – rata daripada mereka mempunyai pinjaman hartanah dengan LPPSA.

Apa yang mereka sepatutnya lakukan menurut pelabur hartanah terkemuka Shafie Bustan adalah mereka wajib melangsaikan hutang pinjaman hartanah tersebut dengan membuat fincancing dengan bantuan institusi perbankan atau membuat bayaran secara tunai.

Baca : Rumah Boleh Jadi Aset Dan Beban

Biasanya, pihak LPPSA akan memberikan surat pemberitahuan kepada pemilik hartanah. Ramai pemilik yang bukan sahaja gagal membuat bayaran ansuran pinjaman 6 bulan, ada juga yang melebihi 12 bulan.

Dan bila tiada usaha untuk menghubungi pihak LPPSA untuk membuat jadual pembayaran ansuran, maka kesudahannya, pihak LPPSA terpaksa mengikut prosedur dengan melelong unit kediaman tersebut.

Untuk pemilik hartanah yang telah dilelong rumah mereka, bak kata pepatah nasi sudah menjadi bubur. Yang secupak takkan jadi segantang dan yang sehasta tidak akan menjadi sedepa.

Baca : Rumah Lelong: Merugikan atau Menguntungkan? Ambil Tahu 5 Perkara Ini

Suka atau tidak, unit kediaman anda akan dilelong kepada pemilik baru samada individu atau organisasi.

Untuk mereka yang pandai mengambil peluang, pasaran lelong adalah lubuk untuk mengumpul portfolio pelaburan hartanah dengan harga di bawah harga pasaran.

Sungguhpun rumah lelong sering dipandang serong dan sepi sebagai rumah busuk dan sebagainya, ada banyak rumah lelong yang cantik dan berbaloi untuk anda beli.

Baca : Hanya 1 Daripada 3 Bumiputera Teroka Pasaran Hartanah Lelong

“Untung nasib dapat rumah yang fully renovate dengan aircond dan perabot mahal yang melekat.”

Untuk membeli rumah lelong, ilmu hartanah sahaja tidak mencukupi kerana anda memerlukan kuasa modal yang tinggi. Sekurang – kurangnya 15% daripada harga rumah lelong tersebut.

Akhir kata, jika anda benar – benar berhasrat dan tekad untuk membeli rumah lelong, sediakan mental anda.

Kelak anda akan berhadapan dengan pemilik lama unit kediaman tersebut yang mungkin sudah berbelas tahun tinggal di rumah yang penuh nostalgia itu.

Sumber Rujukan :

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sime Darby Property Perkenal Logo Baharu, Mengukuhkan Legasi 50 Tahun Dalam Hartanah

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Sime Darby Property Bhd hari ini telah memperkenalkan logo baharu, mengesahkan peranannya sebagai peneraju dan pembina negara dengan rangkuman legasi lebih dari 50 tahun dalam pembangunan hartanah.

Pengerusi, Datuk Rizal Rickman Ramli berkata pembaharuan jenamanya merupakan evolusi strategik untuk memastikan kumpulan terus memberikan nilai yang mampan kepada semua pihak berkepentingan.

Setiap langkah kumpulan dipandu dengan pertimbangan yang teliti agar kekal relevan, untuk mewujudkan impak yang bermakna dan menyumbang kepada pertumbuhan Malaysia dengan kaedah, dari kemampanan serta biodiversiti kepada perkongsian dan pengalaman pelanggan.

“Sebagai sebuah syarikat di bawah Permodalan Nasional Bhd (PNB), mandat kami sentiasa melangkaui prestasi perniagaan. Kami berkongsi visi PNB untuk pembangunan negara dan kemajuan sosial.

“Pembaharuan jenama ini mengasah tumpuan kami terhadap tanggungjawab itu, memperkuat peranan kami dalam membangunkan komuniti yang mampan, menyokong perniagaan tempatan serta mewujudkan peluang yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,” katanya semasa majlis pelancaran pembaharuan jenama itu di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Azmir Merican berkata jenama Sime Darby Property adalah janji yang dibina melalui penyampaian yang sudah sedekad sambil menonjolkan evolusi ini akan memantapkan bertapa relevannya penawaran kumpulan itu.

Beliau berkata dari Sime UEP Properties Bhd ke Sime Darby Property hari ini, legasi kumpulan itu sentiasa tertumpu kepada mewujudkan perbandaran yang berdaya tahan dan komuniti yang berkembang maju.

“Kami tidak cuba melupakan sejarah lampau kami dan kami tidak pinggirkan apa yang telah membawa kami sejauh ini.

“Pembaharuan jenama ini datang pada masa yang penting dalam perjalanan kami. Ia mencerminkan bukan hanya siapa kami pada hari ini tetapi arah strategik yang dicarta untuk tahun-tahun akan datang,” katanya.

Pembangunan perindustrian dan logistik kumpulan seperti Bandar Elmina dan Bandar Bukit Raja, bukan sekadar bangunan sahaja memandangkan perkembangan ini juga membentuk koridor ekonomi dan menarik perniagaan global melalui perkongsian strategik.

“Seiringan itu, platform pengurusan pelaburan aset dan pelaburan kami sedang berkembang, dengan aset runcit, komersial termasuk perindustrian yang menyediakan pendapatan berulang serta kestabilan jangka panjang bagi melengkapkan perniagaan teras kami dan menyediakan kestabilan masa depan,” katanya.

Menurut Sime Darby Property, pembaharuan jenama itu juga mencerminkan keutamaan strategik kumpulan di bawah strategi SHIFT25, yang telah memasuki fasa terakhirnya.

“Ini termasuk mengukuhkan aliran pendapatan berulang dan meletakkan dirinya sebagai penyedia penyelesaian perbandaran. Hala tuju ini ini sudah dapat dilihat dalam portfolio perindustrian dan logistik serta kemasukannya ke segmen pusat data di Elmina Business Park,” katanya.

Dengan legasi yang merangkumi lebih dari 50 tahun dalam pembangunan hartanah serta lebih daripada 200 tahun melalui warisan Guthrie, Golden Hope dan Sime Darby, kumpulan itu telah lama memainkan peranan penentu dalam membentuk perbandaran dan komuniti Malaysia.

Bermula dengan projek perintis seperti Taman Melawati dan Subang Jaya ke perbandaran yang memenangi anugerah seperti Bukit Jelutong dan Bandar Elmina, Sime Darby Property telah menyampaikan lebih daripada 100,000 kediaman di 26 perbandaran aktif, hari ini berkhidmat kepada lebih dari 300,000 rakyat Malaysia.
— BERNAMA