Senarai 10 Negara Yang Mempunyai Rizab Simpanan Emas Terbesar Dunia

Emas merupakan logam yang paling berharga dimuka bumi ini dan digunakan sejak sebelum masihi lagi sebagai mata wang. Sehingga kini emas masih lagi kekal relevan dalam menentukan kedudukan ekonomi sesebuah negara.

Setiap negara di dunia ini mempunyai rizab simpanan emas mereka yang tersendiri walaupun mereka tidak lagi menyandar nilai matawang mereka berdasarkan nilai emas.

Mari kita lihat senarai negara yang mempunyai rizab simpanan emas di dunia yang paling tinggi.

10) India – 607 Tan

Negara yang mempunyai penduduk yang kedua paling padat di China. Kerajaan India tidak menyimpan sepenuhnya rizab emas di negara sendiri.

India hanya menyimpan 10% simpanan emas yang dimilikinya di Bank of Mumbai dan selebihnya disimpan di Bank of England dan juga International Settlements di Switzerland.

9) Belanda – 612.5 Tan

Negara yang terkenal di dalam industri pengeksportan barangan makanan yang kedua terbesar di dunia dan juga pemprosesan makanan di antara yang terbaik di dunia. Negara ini telah menjual kebanyakan rizab simpanan emas mereka dan hanya sebahagian kecil sahaja yang disimpan di dalam negara.

Selebihnya disimpan di Bank of England 18%, 20% di Ottawa, dan 31% di New York dan Amsterdam.

8) Jepun – 765.2 Tan

Simpanan rizab emas Jepun berjumlah 2% daripada jumlah rizab emas dunia. Secara tradisinya, Jepun lebih gemar membeli emas dan tradisi itu terhenti apabila berlakunya gempa bumi yang memusnahkan loji nuklear di Fukushima.

Sejak dari peristiwa tersebut, Jepun lebih banyak menjual rizab simpanan emas mereka untuk memulihkan ekonominya.

7) Switzerland – 1,040 Tan

Negara terkenal dengan privasi pemegang akaun bank oleh masyarakat luar. Switzerland adalah tempat popular di dunia bagi menyimpan simpanan rizab emas mereka di sana.

Majoriti simpanan rizab emas Switzerland ini berada di Bern iaitu sebanyak 70% manakala selebihnya berada di Bank of England sebanyak 20% dan 10% di Ottawa.

6) China – 2,141 Tan

Sebelum ini, China banyak bergantung kepada perlombongan sebagai aktiviti ekonomi mereka. Setelah menjadi kuasa besar dunia ekonomi, negara ini banyak bergantung kepada ekonomi negara barat untuk tujuan pengeksportan.

Tidak diketahui secara jelas jumlah sebenar simpanan emas negara China ini.

5) Rusia – 2,228.2 Tan

Merupakan negara pengeluar emas ketiga terbesar di dunia. Ketika era Putin yang menerajui Rusia, presiden ini telah menambah jumlah rizab simpanan emas mereka dari setahun ke setahun.

Putin yang bukannya seorang penggemar Dolar Amerika Syarikat, namun terpaksa akur dengan sistem perdagangan dunia yang menggunakan USD dalam urusan jual beli.

4) Perancis – 2,436 Tan

Menyimpan semua rizab simpanan emasnya di Paris. Sebelum ini, Perancis  berada di tempat ke tiga dalam dalam senarai tetapi ketika era pemerintahan Nicolas Sarkozy, beliau telah menjual 500 tan rizab simpanan Perancis untuk membuat pelaburan dan juga membayar hutang negara tersebut.

3) Itali – 2,451.80 Tan

Mempunyai simpanan emas yang tidak disentuh sejak 20 tahun yang lalu walaupun keadaan negara berdepan dengan pelbagai masalah ekonomi. Sungguh pun berdepan bebanan hutang yang tinggi, Itali masih lagi merupakan kuasa besar ekonomi Eropah dan menjadi watak penting dalam kemakmuran ekonomi di Kesatuan Eropah.

2) Jerman – 3,367.9 Tan

Merupakan negara yang paling maju di dalam Kesatuan Eropah. Jerman menyimpan simpanan emas mereka di The Deutsche Bundesbank sebanyak 70% dan turtut menyimpan emas mereka di New York dan Bank of England.

Kebanyakan emas negara ini disimpan oleh negara sekutu (NATO) ketika era perang dingin sebelum ditebus kembali oleh Jerman.

1) Amerika Syarikat – 8,133.5 Tan

Kuasa ekonomi dunia dan tidak hairanlah mereka juga mempunyai simpanan emas yang terbesar di dunia. Walau bagaimanapun, terdapat pemerhati yang mempertikaikan jumah sebenar yang dimiliki oleh negara Amerika Syarikat kerana negara tersebut juga terkenal dalam meyimpan rizab emas untuk negara lain.

Sumber Rujukan: https://www.bullionbypost.co.uk

Baca juga


Jom mulakan simpanan emas patuh syariah dengan KAB Gold hari ini juga.

Dengan minimum pembelian 0.25gram emas atau serendah RM68.25 (berdasarkan harga emas RM273 segram), semuanya boleh dilakukan secara online.

Prosesnya sangat mudah:

Kemudian dah boleh login dan buat pembelian pertama anda hari ini juga.

Daftar secara percuma di KAB Gold sekarang.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bukan Semua Masalah Hutang Bermula Dengan Sikap Boros

Apabila kita membincangkan isu hutang, tanggapan yang sering muncul ialah seseorang itu mungkin terlebih berbelanja, tidak pandai mengurus wang, atau mengambil pinjaman tanpa berfikir panjang.

Namun, daripada pengalaman saya sendiri dan kerja harian kami bersama peminjam, realitinya tidak semudah itu.

Belakangan ini, ramai yang terperangkap dalam hutang bukan kerana mereka sengaja mahu hidup di luar kemampuan. Sebaliknya, masalah sering bermula daripada perkara yang nampak biasa, seperti kad kredit, bayaran minimum, ansuran kecil, pinjaman peribadi, atau kemudahan Beli Sekarang, dan Bayar Kemudian atau Buy Now, Pay Later (BNPL). Pada awalnya, angka pinjaman kelihatan kecil dan masih terkawal. Walau bagaimanapun, apabila faedah, caj lewat bayar dan komitmen bulanan mula bertambah, hutang yang kecil boleh menjadi suatu beban yang berat.

Inilah jurang yang jarang dibincangkan secara terbuka. Akses kepada kredit semakin mudah, tetapi kefahaman tentang kos sebenar hutang masih belum berkembang pada kadar yang sama.

Menurut Bank Negara Malaysia, hutang isi rumah kekal tinggi pada 84.8% daripada KDNK, bersamaan RM1.67 trilion pada akhir 2025. Angka ini menunjukkan betapa besarnya kebergantungan rakyat Malaysia terhadap kredit. Dalam masa yang sama, AKPK juga menekankan bahawa kad kredit dan pinjaman peribadi menyumbang kepada sebahagian besar kes pelanggan yang berhadapan kesukaran kewangan.

Bagi saya, isu ini bukan sekadar tentang berapa banyak peminjam, sebaliknya tentang berapa ramai yang benar-benar faham apa yang berlaku selepas mereka meminjam.

Sebagai contoh, bayaran minimum kad kredit. Ramai menganggap selagi mereka membayar jumlah minimum setiap bulan, status masih terkawal. Secara teknikal, akaun mungkin tidak tertunggak. Tetapi dari sudut kewangan, baki hutang masih berjalan, faedah masih dikira, dan tempoh pembayaran boleh menjadi jauh lebih panjang daripada yang dijangka.

Begitu juga dengan BNPL. Kemudahan ini boleh membantu jika digunakan secara berdisiplin, terutamanya untuk pembelian yang benar-benar perlu. Walaupun begitu, apabila seseorang mula mengambil beberapa komitmen kecil pada masa yang sama, jumlah keseluruhan boleh menjadi sukar dipantau. RM50 di satu platform, RM80 di platform lain, dan RM120 di tempat lain. Jumlah ini mungkin nampak kecil secara berasingan. Tetapi apabila digabungkan dengan sewa, ansuran kereta, bil telefon, pinjaman peribadi dan kad kredit, tekanan aliran tunai mula terasa.

Apa yang saya lihat adalah ramai peminjam sebenarnya bekerja, mempunyai pendapatan tetap, dan cuba memenuhi komitmen mereka sebaik mungkin. Mereka bukan tidak mahu membayar. Masalahnya, mereka lambat sedar bahawa struktur hutang mereka sudah tidak lagi sihat.

Di BlueBricks, kami menerima sekitar 30 hingga 40 pertanyaan penyatuan hutang setiap hari. Sebahagian besar datang daripada golongan bekerja yang pada awalnya menyangka hutang mereka masih boleh dikawal. Hal ini dapat kita lihat, apabila satu pinjaman digunakan untuk menutup pinjaman lain, atau kad kredit digunakan untuk menampung perbelanjaan asas, itu biasanya tanda bahawa masalah sudah masuk ke peringkat yang lebih serius.

Saya sendiri pernah melalui tekanan hutang yang besar selepas satu pelaburan gagal. Pengalaman itu mengajar saya bahawa tekanan kewangan bukan hanya soal nombor. Implikasinya, dari sudut emosi, keluarga, keyakinan diri dan cara seseorang membuat keputusan. Apabila seseorang berada dalam keadaan terdesak, mereka lebih mudah percaya kepada tawaran yang nampak cepat, mudah dan terlalu baik untuk menjadi benar.

Oleh itu, literasi kewangan tidak boleh berhenti pada nasihat umum seperti “jangan berhutang” atau “belanja ikut kemampuan”. Nasihat itu betul, tetapi tidak cukup. Pengguna perlu faham bagaimana faedah dikira, apa kesan bayaran minimum, bagaimana caj penalti terkumpul, dan bila sesuatu komitmen itu sudah mula menjejaskan kestabilan kewangan mereka.

Kita juga perlu lebih jujur bahawa celik kewangan bukan hanya penting untuk mereka yang berpendapatan rendah. Golongan profesional juga boleh terperangkap, terutamanya apabila gaya hidup, komitmen keluarga, kos sara hidup dan akses mudah kepada kredit bertembung pada masa yang sama.

Pada akhirnya, kad kredit, pinjaman dan BNPL boleh menjadi alat yang berguna jika dimanfaatkan dengan kefahaman dan disiplin. Tetapi tanpa pengetahuan yang mencukupi, alat yang sama boleh menjadi permulaan kepada kitaran hutang jangka panjang.

Jika Malaysia mahu membina masyarakat yang lebih stabil dari segi kewangan, kita perlu bergerak daripada sekadar memberi akses kepada kredit kepada memastikan pengguna benar-benar faham tanggungjawab yang datang bersamanya.

Kerana selalunya, masalah hutang tidak bermula apabila seseorang gagal membayar. Ia bermula lebih awal, apabila seseorang tidak benar-benar tahu berapa mahal harga sebenar hutang yang mereka ambil.

Penafian: Pandangan yang disediakan dalam artikel ini adalah untuk tujuan pendidikan. Harap maklum bahawa produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh BlueBricks Holdings adalah tidak patuh Syariah.

Nota: Artikel ini merupakan hasil sumbangan daripada Karl Ng, Pengarah BlueBricks Holdings