Sektor Automotif Harap Lanjutan Pengecualian Duti EV Dalam Bajet 2023

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Pemain automotif berharap Bajet 2023 kali ini akan menyambung pengecualian cukai untuk kenderaan elektrik (EV).

Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata persatuan itu menghargai usaha kerajaan untuk menyokong pasaran EV tetapi menamatkan beberapa insentif semasa pada 2023 adalah terlalu awal.

“Kami memohon lanjutan pengecualian cukai import dan eksais sepenuhnya bagi unit siap dibina (CBU) EV sementara pasaran sedang bersiap sedia bagi pertumbuhan EV di Malaysia. 

“Kami berharap akan ada insentif sehingga 10 tahun,” katanya kepada Bernama. 

Walaupun usaha untuk memasang EV sepenuhnya (CKD) mungkin sedang berjalan, angka jualan EV daripada unit CBU mula mencerminkan kenaikan pada tahun ini apabila insentif yang diperkenalkan semasa Bajet 2022 mula memberikan impak.

Hanya 274 unit EV baharu didaftarkan pada 2021, daripada jumlah keseluruhan industri (TIV) sebanyak 508,911 unit. 

Sebelum ini, Bajet 2022 menawarkan pengecualian duti import dan eksais sebanyak 100 peratus serta cukai jalan sifar bagi EV CBU sehingga 31 Dis 2023 dan pengecualian duti 100 peratus untuk EV CKD sehingga penghung tahun 2025.

— BERNAMA

Artikel asal: https://thekapital.my/sektor-automotif-harap-lanjutan-pengecualian-duti-ev-dalam-bajet-2023/

Previous ArticleNext Article

Kerajaan Sedang Kaji Perluas Guna QR SARA Ke Pasar Tamu, Pasar Tani –  MOF

KUALA LUMPUR — Kerajaan sedang mengkaji pelaksanaan penggunaan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) menerusi pembayaran kod respons pantas (QR) di Pasar Tamu dan Pasar Tani dan keputusan mengenainya dijangka diumumkan dalam Belanjawan 2027 jika didapati mampan.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan kerajaan telah meningkatkan penglibatan kedai runcit kecil sebagai Rakan Niaga SARA kepada lebih 6,000 premis.

Selain itu, jumlah keseluruhan Rakan Niaga SARA telah mencecah lebih 13,700 kedai di seluruh negara setakat 15 Julai 2026 berbanding 700 buah kedai pada 2024 manakala terdapat 140,000 produk atau barangan yang boleh diperolehi di bawah pelaksanaan SARA.

“Sekiranya Rakan Niaga SARA berkenaan turut terlibat sebagai peniaga di Pasar Tamu/Pasar Tani, penerima SARA boleh menggunakan kredit SARA berkenaan bagi pembelian kategori barangan SARA sahaja.

“Namun, bagi keseluruhan penggunaan SARA melalui kaedah pembayaran kod QR di Pasar Tamu/Pasar Tani, ianya masih dalam peringkat kajian dan penelitian oleh kerajaan. Sekiranya didapati mampan, ini akan diumumkan dalam Belanjawan 2027 kelak,” menurut kementerian menerusi jawapan bertulis Dewan Negara disiarkan di laman sesawang Parlimen hari ini.

Kenyataan itu sebagai menjawab soalan Senator Larry Anak Asap mengenai peluasan skop perbelanjaan SARA di pasar tamu bagi memberikan manfaat kepada golongan penjaja dan peniaga kecil.

— Bernama