Apa itu pelaburan saham di Bursa Malaysia?

“Wah! Perniagaan nasi lemak Ali ni semakin maju aku tengok, sekarang dah tambah beberapa kedai lagi. Bank pun banyak yang nak bantu Ali dari segi kewangan”.

Ingat lagi tak kisah Ali sebelum ini? (Baca di sini)

Jom kita throwback ringkasan cerita Ali:

  1. Ali mula berniaga nasi lemak tepi jalan berhampiran rumah.
  2. Perniagaan Ali bertambah maju, mula menggaji pekerja dan menambah pengeluaran dari 100 bungkus ke 1,000 bungkus sehari.
  3. Ali buka beberapa gerai lagi di taman berhampiran.
  4. Hasrat Ali untuk membuka kedai di seluruh Malaysia terbantut kerana perlukan modal RM1 juta.
  5. Bank tidak berani untuk bagi pinjaman, maka Ali pinjam dari keluarga dan rakan; maka cukuplah RM1 juta. Mereka inilah yang digelar sebagai ‘pelabur’.
  6. Ali bayar sejumlah wang kepada pelabur setiap tahun berdasarkan keuntungan tahunan perniagaan nasi lemak.

Daripada senario di atas, ada 2 golongan iaitu Ali seorang usahawan hebat dan pelabur.

Tapi sebelum itu, nak tanya dulu lah. Anda yang baca ni tergolong daripada usahawan hebat atau pun pelabur?

Rata-rata nak jadi usahawan hebat ni tak ramai, kebanyakan daripada kita ni biasa-biasa je dalam aspek perniagaan. Dah berniaga bertahun-tahun tapi masih tak kaya.

Maka lebih mudah sebenarnya untuk kita menjadi pelabur, dengan syarat kita bijak dalam menilai potensi perniagaan usahawan atau perniagaan mana yang bakal berkembang.

Jom kita sambung cerita Ali ni sikit:

  1. Ali semakin yakin dengan perniagaannya dan kini memerlukan pula RM50 juta untuk berkembang lagi kerana permintaan yang semakin bertambah.
  2. Daripada Ali meminjam duit daripada bank, Ali terpaksa meminjam daripada 10 bank; kerana kebanyakan bank hanya mampu meminjam RM5 juta kepada Ali.
  3. Ali rasa sudah masanya untuk perniagaan beliau disenaraikan di pasaran saham bagi mencukupkan modal RM50 juta.
  4. Pelabur asal RM1 juta yang banyak membantu Ali di awal perniagaan, beliau jadikan mereka sebahagian daripada pengarah.
  5. Ali terpaksa melepaskan pegangan syarikat dan berkongsi dengan pengarah dan pelabur lain, tetapi beliau masih memegang majority syarikat iaitu sebanyak 51%

Kalau ikut pengiraan, adakah Ali rugi berbuat sedemikian?

Bagi menjawab persoalan tersebut, sudilah kiranya anda teliti dengan elok-elok.

“100% pegangan untuk RM1 juta lebih baik atau 51% pegangan untuk RM50 juta lebih baik”?

Kalau kita ambil kiraan 25% keuntungan daripada di atas:

  1. Ali untung sebanyak RM250,000 dengan modal RM1 juta dengan 100% pegangan -> 1,000,000 * 25% -> RM250,000
  2. Ali untung sebanyak RM6,375,000 dengan modal RM50 juta dengan 51% pegangan-> (50,000,000 * 25%) * 51% -> RM12,500,000 * 51% -> RM6,375,000

Masih ingat lagi bahawa pelabur akan untung besar kalau perniagaan juga untung besar?

Lagi besar keuntungan yang dijana, lagi besar pulangan yang boleh dijangkakan.

 

Apa Itu Saham

Previous ArticleNext Article

Dumb Money Vs Smart Money Dalam Pelaburan Saham

“Nak melabur saham mestilah tunggu Buy Call, baru boleh untung!”

Anda yang sedang melabur saham secara individu atau runcit, apa anda rasa jika anda sebenarnya dilabel sebagai ‘bodoh’ dalam dunia pelaburan saham ini? 

Jika anda ‘bodoh’, jadi siapa yang pandai sangat dalam pelaburan saham ini? Yang ‘cerdik’ ini ialah mereka yang datangnya dari industri atau lebih dikenali sebagai pelabur institusi. 

Marah dengan label yang diberikan? Bertenang, kerana label ini diberikan oleh pihak media kewangan di Wall Street yang menggambarkan perbezaan aliran tunai kedalam pasaran saham daripada pelabur individu dan aliran tunai daripada pelabur institusi. 

Kenapa Pelabur Runcit Dilabel ‘Dumb‘?

Jangan kecil hati, istilah ini diberikan hanya kerana pelabur runcit tidak mempunyai masa, akses kepada maklumat pasaran yang terhad dan juga kurang kesungguhan mengkaji laporan kewangan syarikat ketika membuat keputusan pelaburan.  

Pelabur runcit juga membuat kajian tentang saham syarikat secara individu dan tidak memiliki kumpulan penyelidik yang dedikasi memuat kajian dan mendapatkan maklumat. 

Oleh sebab ini, aliran tunai daripada pelabur runcit ke dalam pelaburan saham dilabel sebagai aliran tunai ‘bodoh’.

Tetapi mari kita semak semula, sampai hari ini kita masih jumpa pelabur-pelabur runcit yang membeli dan menjual saham dengan mengharapkan ‘buy call’. Malah ‘group‘ yang menawarkan perkhidmatan ‘buy call’ ini laris dilanggan. 

Banyak juga kisah pelabur rugi besar sebab beli saham yang naik ketika di puncak dan akhirnya menangis di bucu katil akibat kerugian. 

Belum cerita mereka yang ditipu (scam) dengan pelaburan yang tidak wujud. 

Jumlahnya bukan sedikit, ramai sebenarnya. Jadi cuba jawab soalan ini, adakah pelaburan seperti ini bijak? 

Pelabur Institusi Pula Bijak Sangat Ke?

Sumber: Investopedia

Pelabur institusi yang dilabel ‘Smart Money’ bijak sangat ke? Boleh buat keuntungan beratus peratus ke?

Jawapannya tidak juga, pernah sahaja pelabur institusi dan pengurus dana membuat keputusan yang salah yang mengakibatkan kerugian kepada organisasi mereka. Yang sampai melingkup pun ada!

Tetapi apa yang mereka ada dan pelabur runcit tiada, ialah mereka ada kelebihan (unfair advantage) untuk mendapatkan maklumat pasaran, kumpulan penganalisis pasaran berdedikasi dan berpengalaman yang cakna tentang apa yang terjadi dalam pasaran. Ini menjadikan mereka membuat keputusan pelaburan yang maklum.

Pelabur Runcit Hari Ini Semakin Bijak

Dengan usaha yang berterusan daripada pihak yang terlibat, banyak kelas dan sesi pembelajaran saham yang diadakan khas untuk pelabur runcit supaya melabur dengan ilmu

Walaupun mungkin pelabur runcit tidak mendapat maklumat sehebat pelabur institusi, tetapi kajian yang dibuat memadai untuk mereka meraih keuntungan dalam pasaran saham ini.

Nak berjaya dalam pelaburan saham ini tiada jalan mudah. Pengalaman dan usaha yang tidak putus di samping ketekunan menuntut serta menambah ilmu pelaburan akan menjadikan anda pelabur yang berjaya. 

Semoga berjaya!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

InshaAllah berbaloi……

>> Pradaftar Sekarang & Dapatkan Akses Terawal!