Bulan 12 Waktu Terbaik Untuk Window Shopping Rumah?

Kadar Non-Performing Loan (NPL) negara pada suku ketiga 2020 berada pada angka 1.4% berbanding 1.6% pada suku pertama 2020.

Penulis menjangkakan kadar NPL akan meningkat pada kadar 2.4% menjelang akhir 2020 berbanding 2.0% pada tahun 2019.

Baca : Punca Dan Penentu ‘Non-Performing Loan’ (NPL) Di Malaysia

Dengan keadaan politik tempatan yang masih bercelaru, krisis kesihatan, krisis kewangan golongan kelas pekerja dan pertengahan, agak sedih untuk kita akui banyak hartanah bakal dilelong samada kita suka atau tidak.

Kredit Gambar: Free Malaysia Today

Kerajaan di bawah pemerintahan Tan Sri Muhyiddin Yassin wajar dipuji kerana mewujudkan banyak inisiatif jangka pendek pada skala makro untuk rakyat.

Baca : Belanjawan 2021: Ulasan Mengenai 9 Perkara Yang Berkaitan Dengan Industri Hartanah

Hakikatnya bantuan itu tidak cukup untuk membantu lebih daripada 800,000 pekerja yang hilang pekerjaan sejak COVID-19 merampas kebebasan dan orang yang kita sayangi.

Apa yang lebih membimbangkan adalah, informasi yang dikongsikan AKPK menunjukkan, 75% daripada rakyat Malaysia tidak mampu menyediakan simpanan RM1,000!

“Tahukah anda, 2/10 rakyat Malaysia sukar untuk menyimpan dalam tempoh enam bulan.”

Rakyat Malaysia berkemungkinan besar hanya boleh bertahan 1 bulan tanpa bekerja sungguh pun pelbagai skim dan bantuan jangka pendek dibelanjakan Kerajaan semenjak hari pertama PKP melanda.

Kredit Gambar: Berita Harian

Isu kesihatan mental di kalangan rakyat Malaysia adalah satu perkara yang perlu dipandang serius kerana majoriti rakyat Malaysia menghadapi beban kewangan yang melampau ekoran diberhentikan kerja, dipotong gaji dan setentunya golongan gig ekonomi paling terkesan.

Setakat Oktober yang lalu juga menyaksikan pasaran hartanah lesu ekoran peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19 dan berakhirnya moratorium.

Apa yang lebih menyesakkan dada adalah melihat banyak pemaju hartanah yang cuba menjual projek kediaman mereka secara online tetapi kurang mendapat sambutan.

Menurut Harian Metro, banyak pemilik kediaman yang kini telah menerima notis lelong dan tidak layak mendapat moratorium bersasar.

Angka ini dijangka meningkat bulan demi bulan ke satu paras pasaran subsales akan dibanjiri dengan iklan pemilik-pemilik rumah yang terdesak.

Baca : 73% Rumah Yang Tidak Terjual Adalah Dengan Harga Melebihi RM250,000

Selepas meneliti keadaan semasa dan pasaran hartanah, penulis menyimpulkan terdapat 3 punca utama bulan Disember waktu terbaik untuk window shopping rumah.

1. Pasaran Laku Keras

Kredit Gambar: Pelabur Bijak

Satu perkara yang ramai orang tidak perasan adalah, pasaran hartanah subsales membentuk 70% – 80% daripada transaksi dalam pasaran hartanah sepanjang tempoh PKP.

Kedua, wujud ramai pemilik kediaman yang terdesak dan menjual unit kediaman mereka dan ada juga yang dijual pada kadar 30% – 40% di bawah harga pasaran!

Baca : [TERKINI] Median Harga Rumah Di Malaysia Bulan Januari – Julai 2020

Contoh terkini adalah unit kediaman subsales di Eco Majestic Semenyih yang dijual pada harga RM680,000 berbanding RM800,000 baru-baru ini. Sungguhpun nilai tawaran adalah hanya 15%, namun ianya masih laku.

2. Kemampuan Kewangan Rakyat Malaysia

Umum mengetahui masalah kemampuan kewangan rakyat Malaysia telah menjadi isu nasional. Rata-rata rakyat Malaysia menyokong idea untuk pengeluaran one off dari akaun KWSP 1 sebanyak RM10,000.

Baca : Norma Baharu Dalam Beli Rumah? Lihat Apa Yang Rakyat Malaysia Mahu

Kebanyakan golongan yang terjejas teruk adalah golongan B40 dan M40 dari syarikat swasta yang terpaksa memberhentikan pekerja atau mengurangkan gaji pekerja.

Golongan B40 paling teruk terjejas kerana kebanyakan mereka merupakan pekerja kontrak dan pekerja yang dibayar gaji harian.

3. Dasar Kerajaan Yang Menggalakkan

Suka atau tidak dengan situasi hari ini, Kerajaan terpaksa melaksanakan PENJANA demi menggalakkan transaksi jual beli hartanah di Malaysia sekaligus menggerakkan ekonomi domestik selepas aktiviti import dan eksport susut.

Menerusi PENJANA, pembeli rumah sepanjang tempoh 1 Jun 2020 sehingga 31 Mac 2021 menikmati potongan cukai dalam pembelian hartanah dan diskaun sekurang-kurangnya 10% daripada pemaju hartanah.

Dan had pembiayaan bagi pinjaman rumah ketiga dan seterusnya bernilai RM600,000 ke atas tidak lagi tertakluk kepada 70% daripada nilai rumah.

Ramai pembeli rumah terpaksa menyelamatkan diri mereka daripada muflis dengan menjual unit kediaman mereka secepat yang mungkin.

Baca : Nak Beli Rumah Yang Kalis Inflasi? Ini Rahsianya

Dan pada saat ini, jerung-jerung hartanah akan memunculkan diri mereka dari permukaan kolam hartanah untuk melihat tawaran paling murah dalam pasaran subsales dan juga lelong.

Kitaran pasaran hartanah ini berlaku setiap 8-10 tahun dan telah banyak dibahaskan oleh pakar ekonomi tempatan.

Hanya mereka yang mempunyai holding power yang tinggi akan benar-benar membuat duit tebal hasil daripada kemelesetan ekonomi dan krisis kesihatan global ini.

Kredit Gambar: The Straits Times

Jangan anda menyangka situasi ini hanya berlaku di Malaysia sahaja. Landskap hartanah ini turut berubah di peringkat global. Dijangka kes Non-Performing Loan (NPL) di seluruh negara akan meningkat.

Baca : Krisis Rumah Mampu Milik Di Asia Tenggara Semakin Serius

Dan sebelum 2020 yang panjang dan berliku ini melabuhkan tirai, gunakanlah Disember ini sebagai masa untuk anda melakukan analisa hartanah dan window shopping.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman