Hutang Kereta Menjerat ke Neraka Kewangan

Ramai mungkin terlepas pandang terutamanya golongan muda yang baru berkerjaya, dan tak kurang pula golongan pertengahan yang baru nak stabil peribadi dan keluarga. Kereta “mampu beli” yang mereka beli dan pandu akhirnya membawa mereka ke #nerakakewangan.

Ini kerana mereka hanya “MAMPU BELI” namun tidak “MAMPU BELA” dan akhirnya menjadi tidak “MAMPU MILIK”.

Senarionya :

Adam (bukan nama sebenar) seorang graduan yang baru bekerja dan menjawat jawatan eksekutif muda di sebuah bank terkemuka dengan gaji permulaan RM2500 sebulan. Kerana sudah berkerja Adam merasakan wajib membeli sebuah kereta dan dengan jawatan yang disandang, kereta tempatan bukanlah menjadi pilihan Adam. Lalu Adam memilih membeli sebuah kereta Toyota Vios supaya bila reunion atau balik kampung Adam tak rasa kalah.

Gaji bersih Adam : RM 2500
Ansuran kereta : RM 850 bulanan
Kos Total Penyelenggaran: RM 1169

Baki lebihan gaji : RM 481
Anggaran duit makan : RM300
Baki dalam tangan : RM181

Dengan RM181 sahaja baki bulanan, Adam mula rasa bersalah kerana tak mampu beri mama dan papanya duit belanja . Ini pun nasib baik Adam masih tinggal di rumah ibu bapanya. Bagaimana pula jika Adam perlu membayar sewa? Kos di atas juga tanpa ditolak kos harian lain-lain (miscellaneous) .

Hujung tahun ni Adam akan berkahwin, Adam rasa balance RM181 tu kalau kumpul pun tak kan hasilkan RM20,000 sampai hujung tahun nanti. Jadi Adam sudah berkira-kira untuk buat Pinjaman Peribadi dengan bank untuk urusan perkahwinan.

Satu hari seseorang telah datang dan mempromosi kad kredit kepada Adam dengan menjual idea ” setiap orang perlu ada at least satu kad kredit untuk kecemasan encik. ” Adam terfikir yang memang duit tunai dia pon tak banyak, jadi Adam setuju mohon satu kad kredit. Sayangnya, tanpa bimbingan dan cetek ilmu kewangan , Adam tidak sekadar menggunakan Kad Kredit waktu KECEMASAN, namun Adam menggunakannya mengikut PERASAAN.

Ini belum lagi cerita tentang keperluan asas kewangan seperti Perlindungan Takaful dan Simpanan berkala. Pelaburan untuk hari tua pula bila nak mula?
Kemampuan beli rumah? Tak tau lah celah mana Adam nak selongkar!

Adam hanya pandu, pandu dan pandu selesa kereta Vios nya… Sehingga satu saat Adam mula terasa bahangnya.. Ya… bahang api… #nerakakewangan ….

Nota kaki;
Kos total penyelenggaraan di atas adalah termasuk semua kos penggunaan kereta yang dikira berdasarkan jumlah tahunan dan dibahagikan kepada nilai bulanan. Ini adalah kos tersembunyi yang jarang sekali kita sedari dan buat persediaan ketika kita membuat perancangan dan pemilihan membeli sesebuah kenderaan. Huraian sila rujuk gambar.

Kredit: Hasni Liana Hj Ahmad 


Ilmu di atas diperolehi dalam seminar Bijak Merancang Wang (BMW) yang dianjurkan oleh Tuan Afyan Mat Rawi. Itu baru satu saja contoh, dan ada banyak lagi contoh lain yang akan membuatkan kita sentap dan insaf.

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PROTON Cemerlang Jual 16,995 Unit Pada Mei, Saga Model Terlaris Malaysia Bulan Lalu

KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (PROTON) terus menguasai pasaran automotif Malaysia dengan jumlah jualan sebanyak 16,995 kenderaan pada Mei.

Prestasi itu dicapai walaupun jumlah keseluruhan industri (TIV) Malaysia dianggarkan susut 15.4 peratus berbanding bulan sebelumnya.

Prestasi kukuh itu meningkatkan jualan PROTON bagi setakat tahun ini kepada 84,294 unit dalam lima bulan pertama 2026.

Jumlah itu mewakili peningkatan 38 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu dan memberikan syarikat pegangan pasaran dianggarkan 26.7 peratus.

Pertumbuhan itu dicatatkan ketika TIV keseluruhan dianggarkan menguncup 1.4 peratus dalam tempoh yang sama, sekali gus menunjukkan keupayaan pengeluar automotif itu untuk meningkatkan pegangan pasaran dalam persekitaran pasaran yang mencabar.

Pemacu utama prestasi Mei ialah kebangkitan semula model Proton Saga, yang kembali menjadi kenderaan paling laris di Malaysia dengan 7,398 unit didaftarkan pada bulan lalu, sekali gus meningkatkan jualan setakat tahun ini sebanyak 41 peratus kepada 37,375 unit.

Syarikat itu turut melaporkan permintaan kukuh bagi model Proton S70 dan Proton X50, masing-masing mencatat jualan 2,350 unit dan 2,793 unit.

Jualan terkumpul Proton S70 meningkat kepada 10,525 unit, manakala Proton X50 mencapai 12,967 unit, sekali gus menjadi model dengan jualan tertinggi dalam segmen kenderaan utilitik sukan (SUV).

Sementara itu, Proton X90 terus mengukuhkan kedudukannya dalam segmen SUV D dengan jualan mencecah 402 unit pada Mei, menjadikan jumlah jualan YTD meningkat 38.6 peratus berbanding tempoh sama tahun lalu.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PROTON, Abdul Rashid Musa, berkata prestasi itu mencerminkan keyakinan pengguna yang berterusan terhadap kenderaan yang menawarkan nilai, teknologi dan pengalaman pemilikan yang baik.

Selain itu, perniagaan kenderaan elektrifikasi PROTON turut mencatat keputusan memberangsangkan apabila penghantaran gabungan model e.Mas mencecah 3,022 unit pada Mei merangkumi pasaran domestik dan eksport.

Jualan bagi model e.Mas setakat tahun ini pula mencapai 14,687 unit selepas lima bulan pertama tahun ini.

Model hibrid plug-in (PHEV) baharu Proton e.Mas 7 PHEV mencatat jualan 1,181 unit pada Mei, iaitu bulan kedua berturut-turut mencipta rekod baharu, sekali gus menjadikannya PHEV paling laris di Malaysia.

Jualan terkumpul model itu mencecah 2,936 unit sejak dilancarkan pada Februari lalu.

Versi elektrik sepenuhnya Proton e.Mas 7 turut kembali menjadi EV paling laris di Malaysia bagi bulan berkenaan, dengan penghantaran melonjak kepada 958 unit selepas pengeluaran pemasangan tempatan mencapai tahap yang lebih stabil.

Sementara itu, Proton e.Mas 5 kekal sebagai EV paling laris di negara ini bagi tempoh setakat tahun ini, dengan 9,357 unit telah dihantar setakat ini pada 2026.

Penghantaran bulanan model itu sedikit menurun kepada 883 unit menjelang permulaan operasi pemasangan tempatan.

Ketua Pegawai Eksekutif PRO-NET, Zhang Qiang, berkata permintaan pengguna terhadap EV dan PHEV mencerminkan penerimaan yang semakin meningkat terhadap mobiliti elektrifikasi di Malaysia.

“Ketika operasi pemasangan tempatan untuk Proton e.Mas 7 terus dipertingkatkan dan pemasangan tempatan Proton e.Mas 5 mula dijalankan, kami sedang memperkukuhkan keupayaan untuk memenuhi permintaan pelanggan sambil menyokong pembangunan ekosistem EV Malaysia,” katanya.