6 Elemen Yang Mempengaruhi Kejayaan Pelaburan Hartanah Anda

Seperti yang semua orang tahu, pelaburan hartanah boleh dijadikan side hustle tanpa perlu meninggalkan kerja hakiki 9-5 dan jana pendapatan sampingan.

Di Malaysia, kita mempunyai ramai sifu hartanah yang tanpa henti berkongiskan tips dan strategi pelaburan hartanah.

Akan tetapi, pelaburan hartanah tidaklah semudah yang disangka sungguhpun ianya merupakan jenis pelaburan paling konvensional dan tidak memerlukan sebarang ilmu fundamental analysis dan teknikal analysis seperti pelaburan saham.

Baca : Pelaburan Saham vs Hartanah. Ini 9 Perbandingannya

Tapi, itu tidak bermakna anda perlu mengabaikan ilmu menilai hartanah daripada segi menilai permintaan dan penawaran semasa dan mendatang.

Tidak lupa juga, ilmu mengenal pasti potensi lokasi hartanah dan mengkaji kadar faedah terbaik dari institusi perbankan.

Baca : Komersial vs Kediaman: Hartanah Mana Lebih Ideal Untuk Pelaburan?

Dengan ilmu yang cukup sebelum melabur dalam hartanah, belum mampu memastikan pelaburan hartanah anda berjaya 100%.

Atas kertas, mungkin anda boleh menjadi jutawan hartanah dalam satu jangka masa.

Baca : Bukan Semuanya Indah Dalam Pelaburan Hartanah

Sebaliknya yang berlaku apabila kita melihat  faktor yang lebih luas seperti keadaan politik semasa, polisi kerajaan, sentimen sosial semasa dan permintaan vs penawaran

Oleh yang demikian, adalah sangat penting untuk anda mengetahui dengan mendalam 6 elemen yang mempengaruhi kejayaan pelaburan hartanah anda.

Baca : 4 Langkah Mulakan Pelaburan Hartanah

1. Hapuskan Stigma Dan Persepsi

Jika anda pernah mendengar kisah Musang & Cherry Merah, anda akan tahu kesan buruk sekiranya membenarkan diri anda mendengar dah hidup dengan stigma dan persepsi.

Baca : Kisah Musang & Cherry Merah, Iktibarnya Dalam Pelaburan Hartanah

Kebanyakan stigma dan persepsi dalam hartanah boleh dipatahkan dengan data & statistik dan ilmu pelaburan yang betul.

Antara stigma dan persepsi negatif yang anda perlu hapuskan adalah seperti :-

  • Pelaburan hartanah tidak sesuai buat masa ini
  • Tiada duit bermakna anda tidak boleh melabur dalam hartanah
  • Harga rumah mahal dan sekarang bukan masa sesuai beli rumah
  • Beli rumah untuk pelaburan tidak boleh kaya seperti melabur dalam saham dan emas

2. Faham Permintaan Semasa Dan Mendatang

Ini merupakan skill yang perlu anda kuasai dengan membaca data dan statistik yang dikeluarkan NAPIC dan JPPH dan DOSM.

Data ini menerangkan tentang jumlah populasi di sesebuah kawasan dan keperluan hartanah untuk mereka.

Baca : 10 Faktor Yang Dipertimbangkan Rakyat Malaysia Sebelum Beli Rumah

Setakat tahun 2019, Selangor dengan jumlah populasi mencecah 6.47 juta orang mempunyai lebih daripada 118,000 hartanah sedang dibangun dan 78,000 hartanah bakal dibangunkan.

Bandar – bandar utama seperti Selangor,  Kuala Lumpur, Selangor, Pulau Pinang dan Johor Bahru menghadapi isu permintaan rumah mampu milik yang serius.

Dan permintaan hartanah di Sabah, Kelantan dan Terengganu adalah tidak selari dengan jumlah populasi dan wujud keperluan untuk menggandakan penawaran hartanah kepada penduduk di negeri ini.

Baca : Produk Tak Bagus atau Rakyat Malaysia Yang Tak Beli Hartanah?

Perlis mempunyai kadar permintaan hartanah yang stabil di antara semua negeri di Malaysia dengan kadar lambakan hartanah tidak terjual di seluruh Perlis pada tahun 2019 hanya mencecah angka 94 unit sahaja.

3. Faktor Penawaran Semasa Dan Mendatang

Indeks penawaran hartanah di Malaysia sepanjang tahun 2020 menunjukkan graf yang dinamik.

Seluruh negeri mencatatkan penyusutan penawaran hartanah dan hanya Pulau Pinang mencatatkan peningkatan penawaran hartanah sebanyak 16.43%.

Hartanah jenis landed seperti teres, townhouse dan Semi D mendominasi penawaran hartanah di Malaysia sepanjang tahun 2020.

Baca : Gaji Bawah RM3,000 Boleh Miliki Townhouse RM42,000? Ini Hartanahnya

Apa yang menarik adalah, hartanah di bawah RM300,000 mewakili 50.5% daripada pelancaran hartanah di Malaysia sekaligus meningkatkan pasaran hartanah rumah mampu milik seawal tahun 2021.

Baca : Harapan Rakyat Malaysia Untuk Industri Hartanah Bagi Tahun 2021

4. Faktor Penaik Hartanah

Harga rumah di sesebuah kawasan tidak akan sesekali meningkat secara drastik tanpa adanya faktor yang meningkatkan nilai hartanah di kawasan tersebut.

Faktor – faktor yang menaikkan nilai hartanah di sesebuah kawasan adalah :-

  • Projek pembangunan berskala mega
  • Peluang pekerjaan
  • Dasar kerajaan

Baca : Projek CSR Booster Hartanah Terbaru Di Kelantan

Sekiranya ada projek pembangunan mega yang mewujudkan peluang pekerjaan dan dalam masa yang sama, dasar Kerajaan semasa menggalakkan pemilikan hartanah, maka berkemungkinan besar harga rumah di lokasi itu akan meningkat.

5. Keluasan Kediaman (Baru vs Lama)

Ambil tahu juga harga rumah dan harga keluasan kediaman di antara projek sedia ada dan projek undercon untuk saiz yang sama.

Baca : Cara Analisa Hartanah Mengikut Harga Kaki Persegi

Boleh jadi, harga rumah dan harga per kaki per segi projek undercon lebih murah berbanding projek sedia ada dan sebaliknya.

Buatlah tindakan bijak dengan membeli rumah pada harga yang lebih rendah dan sewakan pada kadar semasa.

Baca : Kebangkitan Hartanah SOHO Selepas COVID-19 Selesai

Dengan cara ini, berkemungkinan besar anda boleh mencapai rental yield yang lebih selesa.

6. Turun Naik Harga Rumah

Harga rumah sememangnya naik secara purata RM30,000 setahun sepanjang tahun 2000 hingga tahun 2014.

Akan tetapi, ada lokasi yang mencatatkan kadar kenaikan yang lebih perlahan berbanding kawasan lain yang mempunyai potensi pembangunan mega seperti :-

  • MRT
  • Township baru
  • Pusat beli belah
  • Restoran makanan segera
  • Pusat perindustrian & lot komersial

Baca : Benarkah Harga Rumah Naik Setiap Dekad?

Elemen ini penting untuk anda yang mempunyai holding power dan membeli rumah untuk dijual selepas harga rumah naik pada kadar yang memuaskan.

Baca : Harga Rumah Naik 313% Sejak 2002. Ini 4 Punca Dan 2 Solusinya

Dengan mengetahui trend kenaikan hartanah mengikut kawasan dan negeri, anda mampu merancang keuntungan yang ingin anda perolehi jika flipping adalah teknik yang anda pilih.

Satu fakta yang tidak ramai orang kongsikan kepada umum adalah, sebenarnya banyak pelabur hartanah yang mengalami kerugian semenjak tahun 2018 selepas industri hartanah mula memasuki recession phase.

Ramai yang tidak bersedia dan tidak tahu jalan keluar untuk masalah itu.

Baca : Boleh Ke Dapat Cashflow & Capital Gain Serentak Dalam Hartanah?

Ada yang masih keliru untuk terus memilih objektif pelaburan cashflow atau flipping. Pokok pangkalnya, kewangan anda yang menjadi sandaran dan mempengaruhi tahap rasional pelaburan yang anda ingin lakukan.

Baca : 6 Tanggapan Yang Salah Tentang Pelaburan Hartanah

Dengan ilmu dan kesabaran, hartanah sebenarnya mampu memberikan anda peluang untuk mencapai financial freedom atau menjana pendapatan berkali ganda.

Sumber Rujukan: PropertyGuru

Pada tahun 2020, waktu PKP pertama, Tuan Faizul Ridzuan telah membuat 6 ramalan yang satu persatu menjadi kenyataan.

1. PKP mustahil hanya 2 minggu, akan berakhir pada bulan Jun 2020

2. Kita berada dalam recession yang paling teruk dalam sejarah moden Malaysia – Disahkan selepas beberapa minggu oleh World Bank

3. Interest bakal jatuh banyak akibat recession. Hari ni interest rate kita adalah pada kadar terendah dalam masa 50 tahun.

4. Bull run bagi saham dalam jangka masa 12-24 bulan sehingga boleh buat pulangan lebih daripada 100%. 2 bulan lepas ramalan saya, volume bursa naik pecah rekod 

5. Transaksi hartanah tahun 2020 akan jadi tahun paling teruk sejak tahun 2000, dan kita akan sampai market bottom. Sila nantikan data NAPIC yang akan keluar lagi beberapa minggu.

6. Property bull run akan tiba dalam masa 5 tahun

Terlepas nak hadiri webinar percuma Tuan Faizul Ridzuan minggu-minggu yang lalu? Jom kita sertai webinar seterusnya yang akan diadakan pada hari Ahad, 16 Mei 2021, jam 930 malam.

Daftar sekarang di -> Webinar Faizul Ridzuan

Slot ke webinar adalah terhad. Sila pastikan anda daftar dan hadir awal pada tarikh dan masa yang ditetapkan.

Kita jumpa nanti Ahad ini.

Previous ArticleNext Article

Kenapa Sunway Menyerupai Berkshire Hathaway Versi Malaysia

Bila orang sebut Sunway, kebanyakannya akan terbayang Sunway Pyramid atau Sunway Lagoon.

Sunway bukan sekadar itu. Kalau tengok betul betul, ia sudah berkembang menjadi sesuatu yang jauh lebih besar. Ia lebih tepat digambarkan sebagai sebuah empayar yang mengawal pelbagai lapisan kehidupan moden daripada rumah, beli belah, pendidikan, kesihatan sehinggalah pelancongan dan infrastruktur.

Mereka sedang membina satu empayar aset dan cara ia berkembang semakin menyerupai model Berkshire Hathaway. Sunway memiliki dan mengendalikan pelbagai sektor yang menyentuh kehidupan seharian orang ramai.

Mereka membina rumah dan bandar.
Mereka memiliki pusat beli belah.
Mereka mengendalikan hotel dan taman tema.
Mereka mengurus universiti dan sekolah.
Mereka memiliki hospital.
Mereka juga membina lebuh raya dan pusat data.

Ini penting kerana setiap sektor ini menjana aliran tunai yang berbeza. Bila segmen hartanah perlahan, hospital masih ada pesakit. Bila pelancongan turun, universiti masih ada pelajar. Bila jualan rumah lembap, mall masih ada penyewa.

Model ini sama seperti Berkshire yang tidak bergantung kepada satu industri untuk hidup. Sebagai bukti betapa besarnya empayar ini, Sunway Berhad mencatatkan rekod hasil tertinggi pada tahun kewangan 2024, iaitu sekitar RM7.88 bilion, meningkat lebih 28% berbanding tahun sebelumnya dan menunjukkan pertumbuhan hasil di hampir semua segmen perniagaan kumpulan.

Warren Buffett pernah berkata bahawa kekayaan sebenar datang daripada memiliki perniagaan yang menjana aliran tunai berulang dan boleh bertahan berdekad lamanya. Itulah falsafah di sebalik Berkshire Hathaway. Ia bukan terkenal kerana satu industri, tetapi kerana memiliki banyak perniagaan yang orang guna setiap hari, dari insurans hingga elektrik dan pengangkutan.

Bandar dan pembangunan hartanah

Sunway bermula dengan Bandar Sunway dan kini mempunyai pembangunan berskala bandar di beberapa tempat lain seperti Sunway City Iskandar Puteri di Johor dan Sunway City Ipoh di Perak. Ini bukan projek kecil tetapi kawasan bersepadu yang merangkumi perumahan, komersial, pendidikan dan kemudahan awam.

Selain itu, Sunway juga telah membangunkan lebih daripada 100 projek kediaman dan hartanah merangkumi rumah teres, kondominium serta bangunan komersial di seluruh negara dan luar Malaysia. Ini memberi mereka aliran projek yang berterusan untuk jangka masa panjang.

Mesin trafik melalui pusat beli belah

Sunway memiliki rangkaian pusat beli belah yang besar dan ikonik seperti Sunway Pyramid, Sunway Putra Mall, Sunway Square Mall dan Sunway Carnival Mall (Pulau Pinang). Mall ini bukan sekadar tempat orang membeli belah tetapi berfungsi sebagai pusat aktiviti yang menggerakkan ekonomi kawasan sekeliling.

Kehadiran mall besar ini meningkatkan nilai hartanah, menarik penyewa berkualiti dan mencipta aliran tunai yang stabil kepada kumpulan Sunway.

Pelancongan dan hotel sebagai enjin ekonomi

Sunway Lagoon berperanan sebagai tarikan utama kepada Bandar Sunway dengan menarik jutaan pelawat setiap tahun. Pelawat ini kemudiannya mengisi hotel, restoran dan pusat beli belah di sekeliling, mewujudkan kitaran ekonomi yang berterusan.

Di bawah Sunway Hotels and Resorts, kumpulan ini mengendalikan sekitar 12 belas hotel dan resort di Malaysia, Kemboja dan Vietnam dengan hampir 4,000 ribu bilik, suite dan vila. Ini menjadikan pelancongan satu sumber pendapatan penting yang tidak bergantung kepada jualan hartanah semata mata.

Kilang bakat melalui pendidikan

Melalui Sunway Education Group, mereka mengurus 23 institusi pendidikan merangkumi universiti, kolej berbilang kampus, sekolah antarabangsa dan institut khusus. Semua ini berada di bawah Jeffrey Cheah Foundation yang juga menyediakan biasiswa dan menyokong aktiviti penyelidikan.

Kesihatan sebagai aset strategik

Sunway turut mengendalikan rangkaian hospital melalui jenama Sunway Medical Centre di lokasi utama seperti Penang, Kuala Lumpur, Damansara dan Ipoh. Hospital ini melayani pesakit tempatan dan juga pelancong perubatan, menjadikan sektor kesihatan satu lagi sumber pendapatan yang stabil.

Kehadiran hospital juga meningkatkan nilai kawasan dan menyokong pembangunan bandar bersepadu Sunway.

Sunway Healthcare Holdings Bhd (unit penjagaan kesihatan di bawah Sunway) telah membuat persiapan untuk penyenaraian awam (IPO) di Bursa Malaysia. Prospektus awal menunjukkan cadangan untuk menawarkan sehingga hampir 1.97 bilion saham dalam IPO ini, termasuk jualan saham sedia ada dan terbitan saham baharu.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) telah meluluskan cadangan penyenaraian Sunway Healthcare Holdings di pasaran utama Bursa Malaysia, termasuk langkah pecahan saham pra-IPO untuk memperluas asas saham syarikat tanpa mengubah nilai keseluruhannya.

Jika berjaya, IPO Sunway Healthcare berpotensi menjadi salah satu penyenaraian besar di Malaysia dalam beberapa tahun, dengan dana yang besar dan memperluas peluang pelaburan dalam sektor penjagaan kesihatan swasta.

Baca juga Panduan Asas Bagaimana Nak Beli Saham IPO di Bursa Malaysia

Keupayaan membina dari dalam

Sunway tidak bergantung sepenuhnya kepada kontraktor luar. Mereka mempunyai keupayaan pembinaan dan infrastruktur sendiri melalui anak syarikat yang terlibat dalam projek seperti Kajang SILK Highway, South Klang Valley Expressway, lebuh raya NH844 di India serta pembinaan pusat data bernilai lebih satu bilion ringgit.

Ini memberi mereka kawalan kos, kelajuan pelaksanaan dan keupayaan untuk mengambil projek berskala besar.

Tanah sebagai masa depan Sunway

Dengan rizab tanah sekitar 2,200 ratus ekar, Sunway memiliki cukup tanah untuk membina hampir tiga buah Bandar Sunway baharu. Ini memberikan mereka stok pembangunan jangka panjang yang boleh dibangunkan secara berperingkat selama bertahun tahun.

Akhirnya, semua ini menunjukkan Sunway bukan sekadar menjual rumah atau membina bangunan. Mereka membina, memiliki dan menggerakkan keseluruhan ekonomi sebuah bandar. Itulah sebabnya Sunway hari ini lebih tepat digambarkan sebagai sebuah empayar moden di Malaysia.

Pemegang saham utama Sunway Berhad. Sumber: Bursa Malaysia.

Prestasi harga saham Sunway Berhad

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.