5 Cara Hilangkan Ketakutan Dalam Pelaburan Saham

Sebut sahaja mengenai pelaburan saham, ramai yang memberi tindak balas dan gambaran yang sangat menakutkan. Kebanyakan pelabur yang mempunyai rasa takut, cenderung berfikir akan risiko pelaburan sahaja berbanding dengan potensi pulangannya.

Rugi RM10,000 dengan untung RM10,000, yang mana lebih kuat untuk buat kita tak boleh tidur malam?

Kajian telah menunjukkan emotional pain yang dirasai apabila seseorang rugi adalah 2 kali ganda lebih teruk berbanding keseronokan apabila untung walaupun nilai kedua-duanya sama.

Rasa takut itu biasa.

Tahukah anda bahawa situasi ini juga turut dirasai oleh para pelabur di pasaran saham tetapi mereka mempunyai cara untuk menghilangkan ketakutan tersebut? Mari kami kongsikan beberapa cara untuk hilangkan ketakutan dalam pelaburan saham.

1. Mula Dengan Modal Yang Kecil

Pertama kali melabur saham, anda mungkin akan menghadapi sedikit masalah namun jangan khuatir, itu adalah perkara biasa. Jadi, disarankan untuk memulakan pelaburan dengan jumlah modal yang kecil agar kelak bila rugi masih boleh meneruskan hidup seperti biasa.

Kecil itu berapa? RM500? RM1,000? RM5,000? Tepuk dada tanya selera, hanya anda sendiri yang tahu nilainya berapa.

Lebih kecil modal, lebih mudah kita nak mengawal emosi (kita takkan cepat gelabah).

2. Sasarkan Jangka Masa Panjang

Dalam pelaburan, jangan sesekali menilai prestasi pelaburan anda sendiri dalam masa yang singkat. Biasanya ia memerlukan jangka masa yang panjang. Adakala ia memerlukan masa berbulan-bulan atau bertahun-tahun untuk memberi pulangan.

Jadi, sasarkan pelaburan jangka masa panjang jika ingin hilangkan ketakutan dalam pelaburan saham. Konsep melabur jangka masa panjang pasti akan membuahkan hasil, namun kuncinya anda perlu pandai memilih saham yang baik dan sanggup bersabar.

Baca juga Inspirasi Untung RM1 Juta Dalam Masa Setahun Dengan Pelaburan Saham

3. Sentiasa Belajar

Manusia secara fitrahnya akan takut terhadap perkara yang tidak difahami. Jadi, salah satu cara hilangkan ketakutan dalam pelaburan saham adalah dengan menambahkan ilmu.

Anda boleh menambahkan ilmu pelaburan saham melalui sumber bacaan seperti majalah, akhbar, blog dan sebagainya. Kami sendiri telah menerbitkan pelbagai artikel berkaitan pelaburan saham.

Sebelum Nak Untung Dalam Pelaburan Saham Kena Sanggup Buat 3 Perkara Ini

Tutorial Buka Akaun CDS Secara Online Guna Aplikasi Bursa Anywhere

Nak buka akaun saham (CDS)? Ini Perbezaan Akaun Direct dan Nominee

3 Perkara Asas Kena Tahu Sebelum Nak Melabur Saham

Pengenalan Kepada Sektor Dan Industri Dalam Saham

Kenali 5 Jenis Chart Utama Technical Analysis

Asas Analisa Teknikal (Technical Analysis) Dalam Saham

3 Cara Untuk Tentukan Support dan Resistance

6 Sebab Kenapa ‘Japanese Candlestick’ Masih Relevan Sehingga Ke Hari Ini

Apa Yang Dimaksudkan Dengan ‘Breakout’ Dalam Saham?

Saham Yang Baru Breakout 52-Weeks High Berpotensi Untuk Naik Lagi

Kajian 4 Saham Yang Baru Buat Breakout

Untung Saham Yang Sama Berkali-Kali Dengan Teknik Ini

CANSLIM – Mencari Syarikat Kegemaran Pelabur Institusi

CANSLIM – ‘Leader Dan Laggard’ Penentu Saham Mana Yang Gerak Dulu

Boleh Jual Saham Anda Jika Keluar 3 Tanda Ini

3 Indikator Mudah Untuk Pelabur Baru Gunakan

Anda boleh belajar daripada mereka yang pakar dan aktif dalam pelaburan saham, pasti keyakinan bertambah dan bakal peroleh hasil!

4. Jangan Bertangguh

Salah satu sebab rasa takut menghantui kita adalah sebab percaya bahawa seseorang yang lebih berusia itu lebih pandai melabur kerana mereka lebih banyak pengalaman. Jangan anggap hanya orang berusia sahaja boleh melabur.

Kita yang masih muda juga mempunyai potensi meraih pulangan yang baik dari pasaran saham. Jadi, jangan bertangguh.

5. Baiki Strategi Pelaburan

Kita mungkin pernah gagal dengan teknik pelaburan yang pernah kita cuba. Cara hilangkan ketakutan dalam pelaburan saham juga adalah dengan membaiki strategi pelaburan yang sedia ada. Jadi, dengan adanya strategi pelaburan, kita dapat menjana keuntungan yang baik. Baca juga 5 Strategi Asas Pelaburan Saham.

Akhir kata, ketakutan dalam pelaburan saham adalah sukar untuk diatasi. Tidak ada seorang pun yang ingin gagal dalam dunia pelaburan saham, sebaliknya semua mahu meraih pulangan yang baik. Perasaan takut gagal adalah perkara pertama yang perlu kita atasi.

Boleh layan juga video Tuan Hj Mohd Asri tentang ‘Takut Rugi’.

Sumber Rujukan:

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, tahun 2021 ini kami terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Buku Malaysia Melabur Saham ini juga boleh dibeli di Shopee!

Previous ArticleNext Article

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.