Faktor Yang Perlu Diambil Kira Sebelum Memilih Seminar Saham

Kini, terdapat banyak seminar, bengkel atau kelas pembelajaran saham yang dianjurkan oleh orang perseorangan atau bank pelaburan atau syarikat broker. Dulu memang susah nak jumpa seminar-seminar seumpama ini, lebih-lebih lagi anjuran Bumiputera dalam bahasa Melayu.

Sebagai pengguna, kita berhak mendapatkan panduan yang lebih terperinci berkaitan program yang dijalankan tidak kira sama ada seminar, webinar ataupun bengkel.

1. Jangan tersalah pilih – Iklan mereka sekali pandang nampak macam kelas saham tetapi rupa-rupanya mempromosikan seminar Forex Trading. Forex Online – Fatwa Kata Haram, Tapi Masih Ramai Yang Selamba Join

2. Dapatkan maklumat penting. Jika tidak disebut di dalam iklan, tanya kepada pihak penganjur, siapakah penceramah pada hari program tersebut. Kemudian, cuba selidik latar belakang penceramah dari segi tahap kelulusan dan pengalaman.

Buat semakan juga adakah seminar mereka diiktiraf atau disokong oleh badan berautoriti seperti Bursa Malaysia?

3. Membuat pemilihan yang tepat berkaitan modul pembelajaran. Lihat dan kaji terlebih dahulu apakah kandungan program sesuai dengan apa yang anda perlukan.

Contohnya, anda inginkan ilmu-ilmu asas saham atau yang lebih advance?

Jika ada seminar yang bersiri pun lebih baik, kita bukannya boleh pandai dalam masa 3-4 hari. Ada hikmah mengapa kelas saham itu direka sebegitu rupa. Kita ambil ijazah pun macam-macam subjek kena ambil dan makan tahun juga kan? Kami sendiri masih belum berhenti belajar. Kena sentiasa kemaskini ilmu-ilmu fundamental dan teknikal yang ada.

4. Yuran – Speaker yang bereputasi tinggi dan telah memenangi pelbagai anugerah biasanya memang lebih tinggi yuran mereka. Tiada masalah kerana sekurang-kurangnya bakal peserta yakin ianya berbaloi. Bak kata pepatah, price is what you pay; value is what you get.

Bursa Malaysia melalui Bursa MarketPlace juga aktif menganjurkan seminar percuma kepada mereka yang baru nak bermula.

Jika sedang mencari seminar saham advance dengan harga yang lebih murah, boleh cuba Webinar Senang Saham anjuran TheKapital.

5. Sebaiknya dapatkan khidmat bimbingan daripada remisier terlebih dahulu. Ini kerana, mereka lebih berpengalaman dalam selok-belok dunia saham. Tiada salahnya, jika anda mendapatkan khidmat mereka. Jangan pula tanya dia nak beli saham apa sebab ianya salah di sisi undang-undang.

Justeru, amat penting bagi anda untuk mengambil berat setiap inci tentatif program serta tahap kemampuan anda sebelum menghadiri sebarang program pembelajaran saham.

Semoga panduan yang diberikan dapat membantu anda.

Panduan:

Sebelum Nak Untung Dalam Pelaburan Saham Kena Sanggup Buat 3 Perkara Ini

Tutorial Buka Akaun CDS Secara Online Guna Aplikasi Bursa Anywhere

Nak buka akaun saham (CDS)? Ini Perbezaan Akaun Direct dan Nominee

3 Perkara Asas Kena Tahu Sebelum Nak Melabur Saham

Pengenalan Kepada Sektor Dan Industri Dalam Saham

Kenali 5 Jenis Chart Utama Technical Analysis

Asas Analisa Teknikal (Technical Analysis) Dalam Saham

3 Cara Untuk Tentukan Support dan Resistance

6 Sebab Kenapa ‘Japanese Candlestick’ Masih Relevan Sehingga Ke Hari Ini

Apa Yang Dimaksudkan Dengan ‘Breakout’ Dalam Saham?

Saham Yang Baru Breakout 52-Weeks High Berpotensi Untuk Naik Lagi

Kajian 4 Saham Yang Baru Buat Breakout

Untung Saham Yang Sama Berkali-Kali Dengan Teknik Ini

CANSLIM – Mencari Syarikat Kegemaran Pelabur Institusi

CANSLIM – ‘Leader Dan Laggard’ Penentu Saham Mana Yang Gerak Dulu

Boleh Jual Saham Anda Jika Keluar 3 Tanda Ini

3 Indikator Mudah Untuk Pelabur Baru Gunakan

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, tahun 2021 ini kami terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Buku Malaysia Melabur Saham ini juga boleh dibeli di Shopee!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Pelabur Asing Akhiri Dua Minggu Aktiviti Belian, Bawa Keluar US$1.71 Bilion Dari Pasaran Asia

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) — Pelabur asing beralih menjadi penjual bersih, mengakhiri aktiviti belian bersih mereka selama dua minggu berturut-turut di pasaran Asia minggu lepas dengan mencatatkan aliran keluar bersih asing bernilai US$1.71 bilion.

MBSB Investment Bank Bhd (MBSB IB) dalam Laporan Aliran Dana bagi minggu berakhir 17 Okt, 2025 berkata antara pasaran yang dipantau hanya melibatkan India, Korea Selatan dan Indonesia mencatatkan aliran masuk bersih asing, manakala selebihnya menyaksikan aktiviti jualan bersih yang didahului oleh Taiwan, yang merekodkan aliran keluar terbesar di rantau ini.

“India meneruskan aliran belian bersih asing selama dua minggu berturut-turut, mencatatkan aliran masuk bersih asing terbesar di rantau ini sebanyak US$968.5 juta, meningkat sebanyak 4.9 kali ganda berbanding minggu sebelumnya.

“Korea Selatan meneruskan aktiviti belian bersih asing selama tiga minggu berturut-turut dengan mencatatkan aliran masuk bersih asing sebanyak US$569.5 juta, manakala Indonesia melanjutkan aliran belian bersih asing selama dua minggu berturut- turut dengan mencatatkan belian asing bernilai US$117.9 juta,” katanya.

Di Malaysia pula, MBSB IB berkata pelabur asing meneruskan aliran jualan bersih selama dua minggu berturut-turut dengan mencatatkan aliran keluar bersih sebanyak RM962.8 juta.

Ia berkata pelabur asing merupakan penjual bersih pada setiap hari dagangan minggu lepas, dengan aktiviti jualan bersih tertinggi dicatatkan pada Isnin sebanyak RM393.5 juta, diikuti Selasa (-RM320.0 juta), Jumaat (-RM190.8 juta) dan Rabu (-RM47.5 juta).

“Aliran keluar paling kecil berlaku pada Khamis yang menyaksikan pengeluaran sederhana berjumlah RM11.0 juta,” katanya.

Bank pelaburan itu berkata hanya tiga sektor yang mencatatkan aliran masuk bersih asing minggu lalu iaitu produk pengguna dan perkhidmatan (RM518.9 juta), teknologi (RM87.3 juta) dan pembinaan (RM6.5 juta).

Ia berkata tiga sektor teratas yang mencatatkan aliran keluar bersih asing ialah perkhidmatan kewangan (-RM835.5 juta), penjagaan kesihatan (-RM270.3 juta), dan utiliti (-RM106.7 juta).

MBSB IB turut berkata pelabur institusi tempatan meneruskan aliran belian bersih selama dua minggu berturut-turut dengan mencatatkan pembelian sebanyak RM1.32 bilion, manakala peruncit tempatan meneruskan aliran jualan bersih selama enam minggu berturut-turut dengan merekodkan aliran keluar bersih sebanyak RM357.4 juta.

“Purata jumlah dagangan harian (ADTV) mencatatkan peningkatan secara menyeluruh minggu lalu, dengan peruncit tempatan dan pelabur asing masing-masing mencatatkan kenaikan sebanyak 26.7 peratus dan 18.7 peratus, manakala institusi tempatan menyaksikan penurunan sebanyak 4.3 peratus,” katanya.
— BERNAMA