Bagaimana Isu Politik Beri Kesan Kepada Harga Rumah Di Malaysia

Telah banyak kajian yang dilakukan cerdik pandai profesional dalam dan luar negara akan pengaruh politik kepada harga rumah tempatan.

Buat pengetahuan anda, politik memberi kesan besar kepada sekuriti kewangan bank menerusi polisi-polisi dan rang undang-undang yang dikuatkuasa oleh pihak Kerajaan.

Baca : Kajian Menunjukkan Harga Rumah Bakal Turun Sampai Tahun 2021

Selain itu, badan perundangan turut memberi impak kepada kos kapital yang akhirnya memberi kesan kepada harga ekuiti. Bahkan, kualiti kerja institusi politik turut mempengaruhi kos luaran dalam perlaksanaan dasar dan polisi.

Baca : Belanjawanku Kata RM870 Untuk Memiliki Rumah Di Lembah Klang, Cukup Ke?

“Bila lebih banyak kempen dan program kebajikan rakyat dijalankan, lebih banyak dana dan modal diperuntukkan untuk Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri.”

Apakah benar politik memberi kesan yang besar kepada harga rumah di Malaysia?

Jika ya, sejauh manakah kesannya dan apakah bukti secara kolektif yang kita dapat lihat?

Jom kita tengok bagaimana isu politik boleh memberi kesan kepada harga rumah di Malaysia.

1. Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB)

Pada tahun 1997, Malaysia mengalami krisis rumah apabila berlaku masalah mismatch untuk hartanah kos rendah dan kos sederhana kerana pemaju lebih suka membangunkan hartanah mewah untuk mendapat lebih banyak keuntungan hasil daripada jualan unit hartanah.

Baca : Kupasan Pakar Mengenai Masalah Besar Isu Pemilikan Rumah Di Malaysia

Kesannya, Kementerian Kewangan telah menubuhkan Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) pada 21 Ogos 1997 untuk menyediakan lebih banyak rumah mampu milik yang berkualiti.

Menerusi SPNB, banyak projek perumahan mesra rakyat dengan rumah yang berkualiti dibina di bawah pelbagai skim.

2. Integrated Public Low-Cost Housing Scheme (IPLC)

Masalah lambakan setinggan di pusat bandar juga telah menyebabkan Kerajaan memperkenalkan Integrated Public Low-Cost Housing Scheme (IPLC) pada tahun 1998.

Baca : Kenapa Harga Rumah Semakin Mahal?

Fokusnya adalah untuk membina lebih banyak flat kos rendah bagi menempatkan penduduk setinggan ke satu kediaman yang lebih sistematik dan selesa.

Kesannya, hari ini Kuala Lumpur telah dikenali sebagai ‘Bandaraya’ yang mempunyai sifar setinggan.

3. Projek Rumah Mampu Milik

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah memperkenalkan Dasar Rumah Mampu Milik pada tahun 2012.

Baca : Orang Malaysia Kedua Terbanyak Beli Hartanah Di Singapura, Selepas China

Tindakan ini ekoran kebimbangan akan krisis hartanah di kalangan golongan B40 dan M40 dengan fokus membantu pemilikan hartanah pada harga rumah di bawah RM300,000.

Di antara projek di bawah dasar ini adalah:

  • Perumahan Rakyat 1Malaysia
  • Projek Perumahan Rakyat (PPR)
  • Skim Perumahan Mampu Milik Swasta
  • Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M)
  • Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia(RMR1M)
  • Rumah Selangorku
  • Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutuan (RUMAWIP)
  • Rumah Idaman Rakyat (RIR)

4. Kempen Pemilikan Rumah (HOC)

Inisiatif bersama Kementerian Kewangan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan ini boleh dikatakan berjaya.

Kempen bermula 1 Januari 2019 sehingga 31 Disember 2019 ini memberi peluang kepada seluruh warganegara Malaysia yang membeli rumah berharga RM100,000 sehingga RM2.5 juta dengan-

  • Diskaun minimum 10%
  • Pengecualian duti setem 100%

Setiap pemaju yang ingin mengambil bahagian dalam HOC diwajibkan memberi potongan diskaun minimum 10%.

Baca : Adakah Skim FundMyHome Penyelesaian Bagi Mereka Yang Belum Beli Rumah?

Kesannya, 28,000 unit hartanah kediaman terjual pada September 2019 sahaja.

5. Malaysia My Second Home (MM2H)

Program ini dilancarkan dengan usaha sama Lembaga Pelancongan Malaysia dan Jabatan Imigresen Malaysia pada tahun 2010.

Program ini membenarkan warga asing tinggal di Malaysia selama sepuluh tahun dan membawa pasangan, anak yang belum berkahwin berumur bawah 21 tahun dan ibu bapa berumur lebih 60 tahun.

Program MM2H telah menyebabkan pemaju hartanah membuat keputusan membuat hartanah mewah dengan lebih banyak kerana Malaysia merupakan destinasi pilihan utama warganegara China, Hong Kong, Jepun dan Asia Barat berbanding Singapura.

Menjelang tahun 2019, terdapat kurang lebih 54,000 unit hartanah tidak terjual di Malaysia.

6. Baik Buruk Politik Kepada Hartanah Di Malaysia

Kajian daripada Jabatan Ekonomi, UiTM Sungai Petani pada tahun 2018 mendapati bahawa pra-pilihan raya memberi kesan positif kepada harga rumah di Malaysia secara signifikan.

Akan tetapi daripada segi kolektifnya, dasar dan polisi Kerajaan yang memerintah pada hari itulah yang menentukan harga rumah dan penawaran hartanah kediaman secara saksama kepada golongan B40 dan M40.

Baca : Apa Faktor Yang Mempengaruhi Nilai Hartanah?

Kesan buruk politik yang terdekat adalah pada Februari 2020 yang lalu, di mana pertukaran Kerajaan telah menyebabkan saham domestik jatuh merudum dan harapan baru Malaysia tertangguh.

Baca : Belanjawan 2019 – 4 Persoalan Rakyat Malaysia Wajib Tahu Berkaitan Hartanah

Politik memberi kesan kepada kebebasan ekonomi sekaligus kemampuan pendapatan rakyat Malaysia untuk memiliki rumah.

Kebebasan pelaburan berkaitan hartanah juga secara jelas meningkatkan pembangunan perumahan di Malaysia.

Baca : Isu Pemilikan Rumah dan 4 Garis Panduan Yang Disyorkan Bank Negara Malaysia (BNM)

Apabila ekonomi berkembang pesat, maka banyak dasar yang baik dapat dilaksanakan.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sime Darby Property Perkenal Logo Baharu, Mengukuhkan Legasi 50 Tahun Dalam Hartanah

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Sime Darby Property Bhd hari ini telah memperkenalkan logo baharu, mengesahkan peranannya sebagai peneraju dan pembina negara dengan rangkuman legasi lebih dari 50 tahun dalam pembangunan hartanah.

Pengerusi, Datuk Rizal Rickman Ramli berkata pembaharuan jenamanya merupakan evolusi strategik untuk memastikan kumpulan terus memberikan nilai yang mampan kepada semua pihak berkepentingan.

Setiap langkah kumpulan dipandu dengan pertimbangan yang teliti agar kekal relevan, untuk mewujudkan impak yang bermakna dan menyumbang kepada pertumbuhan Malaysia dengan kaedah, dari kemampanan serta biodiversiti kepada perkongsian dan pengalaman pelanggan.

“Sebagai sebuah syarikat di bawah Permodalan Nasional Bhd (PNB), mandat kami sentiasa melangkaui prestasi perniagaan. Kami berkongsi visi PNB untuk pembangunan negara dan kemajuan sosial.

“Pembaharuan jenama ini mengasah tumpuan kami terhadap tanggungjawab itu, memperkuat peranan kami dalam membangunkan komuniti yang mampan, menyokong perniagaan tempatan serta mewujudkan peluang yang memberi manfaat kepada rakyat Malaysia,” katanya semasa majlis pelancaran pembaharuan jenama itu di sini hari ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Seri Azmir Merican berkata jenama Sime Darby Property adalah janji yang dibina melalui penyampaian yang sudah sedekad sambil menonjolkan evolusi ini akan memantapkan bertapa relevannya penawaran kumpulan itu.

Beliau berkata dari Sime UEP Properties Bhd ke Sime Darby Property hari ini, legasi kumpulan itu sentiasa tertumpu kepada mewujudkan perbandaran yang berdaya tahan dan komuniti yang berkembang maju.

“Kami tidak cuba melupakan sejarah lampau kami dan kami tidak pinggirkan apa yang telah membawa kami sejauh ini.

“Pembaharuan jenama ini datang pada masa yang penting dalam perjalanan kami. Ia mencerminkan bukan hanya siapa kami pada hari ini tetapi arah strategik yang dicarta untuk tahun-tahun akan datang,” katanya.

Pembangunan perindustrian dan logistik kumpulan seperti Bandar Elmina dan Bandar Bukit Raja, bukan sekadar bangunan sahaja memandangkan perkembangan ini juga membentuk koridor ekonomi dan menarik perniagaan global melalui perkongsian strategik.

“Seiringan itu, platform pengurusan pelaburan aset dan pelaburan kami sedang berkembang, dengan aset runcit, komersial termasuk perindustrian yang menyediakan pendapatan berulang serta kestabilan jangka panjang bagi melengkapkan perniagaan teras kami dan menyediakan kestabilan masa depan,” katanya.

Menurut Sime Darby Property, pembaharuan jenama itu juga mencerminkan keutamaan strategik kumpulan di bawah strategi SHIFT25, yang telah memasuki fasa terakhirnya.

“Ini termasuk mengukuhkan aliran pendapatan berulang dan meletakkan dirinya sebagai penyedia penyelesaian perbandaran. Hala tuju ini ini sudah dapat dilihat dalam portfolio perindustrian dan logistik serta kemasukannya ke segmen pusat data di Elmina Business Park,” katanya.

Dengan legasi yang merangkumi lebih dari 50 tahun dalam pembangunan hartanah serta lebih daripada 200 tahun melalui warisan Guthrie, Golden Hope dan Sime Darby, kumpulan itu telah lama memainkan peranan penentu dalam membentuk perbandaran dan komuniti Malaysia.

Bermula dengan projek perintis seperti Taman Melawati dan Subang Jaya ke perbandaran yang memenangi anugerah seperti Bukit Jelutong dan Bandar Elmina, Sime Darby Property telah menyampaikan lebih daripada 100,000 kediaman di 26 perbandaran aktif, hari ini berkhidmat kepada lebih dari 300,000 rakyat Malaysia.
— BERNAMA