Cara Simpan Emas Untuk Pergi Umrah Dan Haji

Umrah dan haji merupakan rukun Islam yang ke 5 dan perlu ditunaikan oleh kita yang beragama Islam sekiranya berkemampuan. Ramai yang bertungkus lumus bekerja mencari duit untuk mencapai impian menunaikan umrah dan haji. Untuk pengetahuan anda, kos untuk menunaikan umrah dan haji juga boleh dibiaya menggunakan emas.

Emas sememangnya boleh digunakan untuk tujuan menampung kos bagi anda yang ingin menunaikan umrah dan haji kerana nilainya lebih kukuh berbanding dengan mata wang.

Seperti yang kita ketahui, semenjak tahun 2010 sehingga kini, nilai mata wang mula menurun manakala nilai emas semakin naik dari tahun ke tahun. Bagi anda yang mempunyai simpanan emas, mungkin anda sudah boleh menunaikan umrah dan haji menggunakan emas tersebut. 

Bagi anda yang belum mempunyai simpanan untuk menunaikan umrah dan haji, ini cara simpan emas untuk pergi umrah dan haji yang perlu anda tahu.

1. Beli 1 Gram Emas Setiap Bulan

Cara simpan emas untuk pergi umrah dan haji yang paling mudah adalah dengan membeli 1 gram emas setiap bulan. Cara ini merupakan paling berkesan bagi anda yang mempunyai pendapatan yang rendah. 

Lebih kurang 4 tahun, pasti anda dapat menunaikan umrah dan haji sekiranya anda membeli 1 gram emas setiap bulan secara konsisten. Apabila ditukarkan dengan nilai bayaran untuk haji dan umrah, ia sangat mencukupi!

2. Buat Simpanan Emas Fizikal di Public Gold

Bagi anda yang sudah mempunyai emas fizikal, dicadangkan untuk menyimpannya di syarikat Gold seperti Public Gold melalui akaun emas Gold Accumulation Program atau dikenali juga sebagai GAP.

Di sini, anda boleh menyimpan emas fizikal dengan selamat. Selain itu, anda juga boleh membeli, menjual dan gadai emas secara online menggunakan GAP.

3. Menggunakan Duit Kutu

Selain membeli emas setiap bulan untuk dijadikan simpanan pergi umrah dan haji, anda juga boleh menggunakan teknik duit kutu. Cara ini dilihat sangat berkesan dan boleh menjana lebih banyak simpanan emas setiap bulan. 

Sebagai contoh, jika satu kepala RM100 sebulan dan ahlinya seramai 20 orang, jadi anda akan mendapatkan duit kutu sebanyak RM2,000 kan? Jadi, dalam masa 2 tahun, pasti anda sudah memiliki simpanan emas sekitar 6.5gram.

4. Beli Emas Dengan Harga RM100 Setiap Bulan

Bagi anda yang tidak mampu menyimpan emas yang banyak setiap bulan untuk pergi haji dan umrah, anda boleh membeli emas dengan harga RM100 setiap bulan dengan Public Gold.

Ini mungkin antara cara simpan emas yang nilainya agak rendah untuk pergi umrah dan haji, tetapi dengan usaha berterusan, insyaallah akan berhasil. Walaupun cara ini paling rendah, namun dalam masa tidak lebih daripada 10 tahun, pasti impian anda untuk ke tanah suci akan tercapai.

5. Membuka Akaun Pelaburan Emas

Kita tahu bahawa dalam pelaburan emas, terdapat banyak syarikat yang tidak patuh syariah yang tidak sesuai untuk kita yang beragama Islam. Namun, dengan adanya syarikat emas yang patuh syariah seperti Kuwait Finance House (KFH) contohnya, anda boleh membuka akaun pelaburan emas yang patuh syariah untuk tujuan simpanan emas untuk pergi umrah dan haji. Namun, cara ini tidak disyorkan untuk anda yang berpendapatan rendah.

Kesimpulannya, cara simpan emas untuk pergi umrah dan haji di atas sememangnya antara cara yang paling cepat ke tanah suci berbanding membuat simpanan kewangan yang nilainya dilihat semakin jatuh dan tidak stabil. 

Berbeza pula dengan emas, yang dilihat nilainya semakin naik sehingga hanya memerlukan 39 gram emas untuk kos haji pada tahun 2020. 

Bagi anda yang belum membuat simpanan emas untuk pergi umrah dan haji, jangan lengahkan masa dan simpanlah emas mulai sekarang! Sedikit demi sedikit, lama-lama jadi bukit. Pasti akan berhasil.

Jom baca lagi:

Terima kasih kepada anda yang menyokong kami selama ini. Hari-hari kami bersemangat nak sebarkan ilmu tentang kewangan dan pelaburan.

Kami sedar yang majoriti pembaca kami adalah anak-anak muda yang tercari-cari panduan bagaimana untuk mula melabur. Jadi buku ini sangat sesuai bagi newbie yang nak mulakan langkah pertama.

Anda ada soalan-soalan berikut yang memerlukan jawapan?

  • Ada duit tapi tak tahu nak melabur di mana?
  • Nak melabur tapi takut kena tipu dengan scammer?
  • Bagaimana nak tahu sesuatu pelaburan itu adalah patuh Syariah atau tidak?
  • Ada banyak sangat jenis pelaburan dekat luar sana, apa yang paling sesuai dengan jiwa?
  • Dalam suasana ekonomi yang tak menentu, apakah pelaburan ‘safe haven’ yang menjadi pilihan?
  • Pelaburan tanpa tunai tu macam mana?
  • Soalan-soalan lazim berkenaan pelaburan

Jika ya, maka anda perlu miliki buku Buku Malaysia Melabur : 10 Benda Kita Kena Tahu.

Buku Malaysia Melabur juga telah berada dalam senarai MPH Best 2020 dalam kategori MPH Best Malay Non-Fiction 2020.

Sesungguhnya kami bersyukur diberi peluang oleh Allah untuk berubah menjadi lebih baik dan mendapat rezeki seperti yang diidamkan. Kami doakan semoga tuan puan juga dilimpahi rezeki yang penuh keberkatan.

Boleh miliki buku ini secara online di Shopee

Previous ArticleNext Article

FCPO: Penurunan Harga Masih Sedang Berlaku

Kekalkan pegangan jualan.

FCPO melanjutkan perubahan harganya pada hari Jumaat dengan menyusut RM53 untuk ditutup pada harga RM3,815. Ia asalnya memulakan sesi dagangan hari Jumaat pada harga RM3,845 dan mencapai paras tertinggi sebanyak RM3,870. Namun begitu, momentum jualan muncul, lantas mengheret komoditi ini ke arah paras terendah intrahari pada RM3,793 sebelum ia ditutup pada harga atas sedikit daripada paras terendah.

Corak lilin menurun terbaharu ini mengesahkan momentum penurunan yang terus berlaku bawah paras rintangan RM4,000, sekali gus mengukuhkan lagi struktur pasaran menurun yang wujud. Melihat pada kedua-dua garis SMA 50 dan 200 hari yang mencatat trend lebih rendah dan tindakan harga yang kekal bawah garis-garis purata bergerak ini, keadaan teknikal dilihat memihak pada pedagang yang menjangkakan penurunan pasaran.

Selagi FCPO diniagakan bawah paras RM4,000, penyusutan lanjut ke aras paras sokongan RM3,700 dilihat berkemungkinan berlaku. Oleh sebab keadaan menurun masih berlaku, kami tetap berpegang pada bias dagangan negatif. Para pedagang disarankan untuk mengekalkan pegangan jualan yang dimulakan pada RM4,328 atau penutupan 4 Apr.

Bagi melindungi daripada risiko-risiko dagangan:

  • Paras ambang henti rugi ditetapkan pada RM4,000
  • Paras sokongan segera dikenal pasti pada harga RM3,700, diikuti oleh RM3,500
  • Bagi pergerakan menaik, paras rintangan segera ditetapkan pada RM4,000, disusuli oleh RM4,100

Nak Mula Trade FCPO?

Kami faham, pembaca yang beginner mesti ada banyak soalan.

Nak tahu strategi terbaik untuk trade FCPO? Nak dapatkan pulangan yang baik, tak kira pasaran menaik atau menurun?

Belajar dulu.

Kemudian mula dengan modal yang paling minimum. Bukan trade dulu kemudian baru belajar.

Ini bukan kelas PREVIEW. Terus belajar teknik penting untuk berdagang FCPO.
Yang penting, akan dapat ilmu dengan yuran yang berbaloi-baloi!

Klik link di bawah untuk daftar sebelum sold out 👉 👉 SAYA NAK TRADE FCPO