David Harding, Pelabur Yang Menggabungkan Aplikasi Matematik Dan Trend Following

Pada artikel yang lepas, kita telah lihat bagaimana Jim Simons, yang merupakan ahli matematik dan CEO Renaissance Technologies, sebuah hedge fund terkemuka; menggunakan ilmu matematiknya untuk menjangkakan harga saham dan berjaya meraih pulangan yang luar biasa setiap tahun. Beliau telah menggunakan aplikasi matematik di dalam pemilihan saham yang dijangka akan meningkat pada masa hadapan.

Baca : Jim Simons, Ahli Matematik Terkaya Dunia

Kita juga pernah baca bagaimana Ed Seykota yang merupakan seorang trader yang mempopularkan teknik trend following pada era moden ini, yang telah berjaya menggandakan duit pelanggannya dari USD5 ribu kepada USD15 juta dalam tempoh 12 tahun.

Baca : Ed Seykota, Pelabur Lagenda Yang Mempopularkan Teknik ‘Trend Following’

Sekarang kita dengarkan pula kisah seorang trader yang berasal dari Britain yang menggunakan kedua-dua teknik penggabungan aplikasi matematik dan juga trend following bagi membuat pemilihan saham.

Beliau yang dimaksudkan adalah David Harding yang merupakan trader trend following yang paling berjaya di Eropah. Beliau dilahirkan pada tahun 1961 dan merupakan seorang pemegang ijazah di dalam bidang matematik dari Universiti Cambridge. Beliau memang meminati dunia sains yang berkaitan dengan matematik sejak usia remaja lagi.

Selepas menamatkan pengajianya di Universiti Cambridge, David Harding telah bekerja di sebuah syarikat broker yang bernama Wood Mackenzie. Setelah dua tahun menimba pengalaman di syarikat tersebut, beliau telah mengubah haluan kepada perdagangan komoditi dan bekerja di syarikat Johnson Matthey & Wallace.

Di sinilah beliau mengaplikasikan ilmu matematiknya bagi mencipta formula untuk menjangkakan harga komoditi di masa hadapan.

Kredit Gambar: Evening Standard

Kemudiannya, beliau menubuhkan sebuah syarikat pelaburan bersama dua orang lagi sahabatnya yang diberi nama sebagai Adam, Harding and Leuck (AHL). Beliau telah bersama-sama dengan syarikat itu hampir satu dekad sebelum menubuhkan syarikat hedge fund beliau sendiri iaitu Winton Group.

Beliau yang tidak bersetuju dengan polisi yang dijalankan oleh syarikat AHL yang kurang mengambil risiko semasa pelaburan. Beliau menubuhkan syarikat hedge fund Winton Group dengan bermodalkan wang sebanyak USD1.6 juta pada tahun 1997.

Winton Group sangat unik apabila menggabungkan teknik matematik dan trend following di dalam pasaran saham. Dalam tempoh dua dekad, mereka telah berjaya menambah aset di bawah pengurusan mereka sebanyak USD30 bilion.

Sama seperti Renaissance Technologies, keunikan syarikat ini adalah mereka mempunyai lebih daripada 100 orang pakar matematik yang bekerja untuk syarikat daripada seramai 400 orang pekerja. Syarikat ini mula berkembang dengan pesat selepas krisis ekonomi dunia yang melanda dunia pada tahun 2008 di Amerika Syarikat.

David Harding merupakan seorang yang sanggup bekerja keras untuk berjaya. Ketika zaman beliau mula-mula terlibat dalam dunia pelaburan, beliau dan rakan-rakannya telah melakar sendiri chart menggunakan tangan untuk mengkajii pasaran saham.

Beliau telah melakar lebih daripada 400 chart secara manual setiap hari bersama 10 orang rakannya.

Melalui teknik inilah beliau sedar bahawa pasaran mengikut trend dan dengan menggabungkan data yang diperolehi, keputusan yang dilakukannya mempunyai peratusan yang sangat tinggi untuk berjaya. Pulangan pelaburan yang diperolehi oleh hedge fund yang beliau uruskan adalah di antara 15-20% setiap tahun.

Beliau kini telah bergelar seorang bilionaire di dalam pelaburan. Walaupun kaya-raya, David Harding tetap dengan sifat rendah diri dan juga merupakan seorang dermawan.

Kredit Gambar: Cambridge University

Beliau menggunakan wangnya untuk penyelidikan sains dan pernah menderma sebanyak £100 juta kepada Universiti Cambridge bagi tujuan penyelidikan. Ternyatalah, David Hardingg merupakan pelabur di Eropah yang paling berjaya dalam membangunkan sistem pelaburan yang paling berkesan di benua tersebut.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.