Cara Buka Akaun Saham (CDS) Maybank

Sana-sini orang bercerita tentang peluang kembangkan duit secara sah di pasaran saham Bursa Malaysia? Mesti anda dah bersemangat nak buka akaun saham (CDS) kan?

Oh ya, tiada had untuk buka berapa banyak pun akaun CDS. Pada pandangan kami, setiap broker atau Bank Pelaburan ada kelebihan masing-masing, jadi susah juga beri jawapan broker mana yang terbaik.

Jika anda berminat menggunakan platform Maybank2U semasa nak jual beli saham di Bursa Malaysia, kenalah buka akaun saham dengan Maybank Investment (bukan cawangan Maybank biasa tu).

Boleh juga muat turun borang CDS siap-siap di laman web Bursa Malaysia.

Ikut panduan bergambar seperti di bawah:

Ini hanya contoh cawangan Maybank Investment Bank. Senarai penuh boleh lihat di sini.

Brokerage Fee bagi Maybank:

  • 0.42% jika transaksi < RM100,000
  • 0.42% jika transaksi > RM100,000
  • Intraday pula adalah 0.15%

Dah ada akaun saham barulah boleh beli saham syarikat-syarikat gergasi seperti DUTCH LADY, AJINOMOTO, POS, NESTLE, MR DIY, TENAGA NASIONAL, TOP GLOVE, MAH SING, MAXIS, DIGI, TELEKOM, TAKAFUL MALAYSIA, BANK ISLAM, MY EG, DRB-HICOM dan banyak lagi secara online.

Zaman dah mudah, guna smartphone je.

Baca juga Ini Tutorial Cara Beli Saham Melalui Smartphone (Apps Maybank)

Tak Tahu Macam Mana Nak Buat Duit Dengan Pelaburan Saham?

Baca artikel >>ini<< jika nak belajar lagi.

Dan kalau nak buka akaun CDS dengan broker lain, boleh rujuk:

Pernah dengar tentang buku Malaysia Melabur Saham? Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat dalam pelaburan saham tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

This image has an empty alt attribute; its file name is 210115-MMS-Thumbnail-700x468.jpg

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Beli Buku Ini?

  • Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.
  • Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
  • Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.
  • Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Tempah sekarang sebab masih ada harga istimewa -> Buku Malaysia Melabur Saham

Terima kasih lagi sekali kepada semua followers kami, semoga kita menjadi pelabur yang kaya dan berjaya.

Previous ArticleNext Article

17 Comments

  1. saya dah pergi buka akaun cds d menara maybank 2 minggu lepas. Dia ckp tunggu 1 bulan baru dapat email dari maybank. betul ke?

  2. Salam. Maybank H.O.T Broking sama ke dia punya brokerage fees ke lagi tinggi? Kalau beza, berapa bezanya ya?

  3. Apabila dh buka CDS & trading account, jika nk buat sendiri trading (jual/beli) tanpa melalui remiser bolehkan dan tidak perlu membayar apa2 fee kepada remiser or hanya certain fee saja?

    1. Memang boleh jual beli sendiri tetapi brokerage fee (broker ni syarikat remisier bekerja) tetap ada. Jangan risau, minimum saja kos ni

      1. Tidak perlu deposit. Kos buka akaun hanya RM10.60 sahaja. Jika buka CDS dengan RHB Investment Bank, dia akan datang bersama dengan platform RHB Tradesmart. Kemudian guna platform ini untuk beli dan jual saham-saham dekat Bursa Malaysia

  4. saya ingin buka akaun cds.. boleh syorkan di bank mana yg brokernya lebih baik atau ramah..sebab saya masih zero dlm hal ni..ingin melabur dlm masa yg sama ingin benar2 belajar

  5. Salam.. Untuk membuka akaun cds maybank perlu membuka akaun biasa maybank dahulu ke… Sebab saya belum buka akaun maybank

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Dumb Money Vs Smart Money Dalam Pelaburan Saham

“Nak melabur saham mestilah tunggu Buy Call, baru boleh untung!”

Anda yang sedang melabur saham secara individu atau runcit, apa anda rasa jika anda sebenarnya dilabel sebagai ‘bodoh’ dalam dunia pelaburan saham ini? 

Jika anda ‘bodoh’, jadi siapa yang pandai sangat dalam pelaburan saham ini? Yang ‘cerdik’ ini ialah mereka yang datangnya dari industri atau lebih dikenali sebagai pelabur institusi. 

Marah dengan label yang diberikan? Bertenang, kerana label ini diberikan oleh pihak media kewangan di Wall Street yang menggambarkan perbezaan aliran tunai kedalam pasaran saham daripada pelabur individu dan aliran tunai daripada pelabur institusi. 

Kenapa Pelabur Runcit Dilabel ‘Dumb‘?

Jangan kecil hati, istilah ini diberikan hanya kerana pelabur runcit tidak mempunyai masa, akses kepada maklumat pasaran yang terhad dan juga kurang kesungguhan mengkaji laporan kewangan syarikat ketika membuat keputusan pelaburan.  

Pelabur runcit juga membuat kajian tentang saham syarikat secara individu dan tidak memiliki kumpulan penyelidik yang dedikasi memuat kajian dan mendapatkan maklumat. 

Oleh sebab ini, aliran tunai daripada pelabur runcit ke dalam pelaburan saham dilabel sebagai aliran tunai ‘bodoh’.

Tetapi mari kita semak semula, sampai hari ini kita masih jumpa pelabur-pelabur runcit yang membeli dan menjual saham dengan mengharapkan ‘buy call’. Malah ‘group‘ yang menawarkan perkhidmatan ‘buy call’ ini laris dilanggan. 

Banyak juga kisah pelabur rugi besar sebab beli saham yang naik ketika di puncak dan akhirnya menangis di bucu katil akibat kerugian. 

Belum cerita mereka yang ditipu (scam) dengan pelaburan yang tidak wujud. 

Jumlahnya bukan sedikit, ramai sebenarnya. Jadi cuba jawab soalan ini, adakah pelaburan seperti ini bijak? 

Pelabur Institusi Pula Bijak Sangat Ke?

Sumber: Investopedia

Pelabur institusi yang dilabel ‘Smart Money’ bijak sangat ke? Boleh buat keuntungan beratus peratus ke?

Jawapannya tidak juga, pernah sahaja pelabur institusi dan pengurus dana membuat keputusan yang salah yang mengakibatkan kerugian kepada organisasi mereka. Yang sampai melingkup pun ada!

Tetapi apa yang mereka ada dan pelabur runcit tiada, ialah mereka ada kelebihan (unfair advantage) untuk mendapatkan maklumat pasaran, kumpulan penganalisis pasaran berdedikasi dan berpengalaman yang cakna tentang apa yang terjadi dalam pasaran. Ini menjadikan mereka membuat keputusan pelaburan yang maklum.

Pelabur Runcit Hari Ini Semakin Bijak

Dengan usaha yang berterusan daripada pihak yang terlibat, banyak kelas dan sesi pembelajaran saham yang diadakan khas untuk pelabur runcit supaya melabur dengan ilmu

Walaupun mungkin pelabur runcit tidak mendapat maklumat sehebat pelabur institusi, tetapi kajian yang dibuat memadai untuk mereka meraih keuntungan dalam pasaran saham ini.

Nak berjaya dalam pelaburan saham ini tiada jalan mudah. Pengalaman dan usaha yang tidak putus di samping ketekunan menuntut serta menambah ilmu pelaburan akan menjadikan anda pelabur yang berjaya. 

Semoga berjaya!

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

InshaAllah berbaloi……

>> Pradaftar Sekarang & Dapatkan Akses Terawal!