3 Kisah Dibuang Kerja Akibat Pandemik, Kemudian Bangkit Semula

Sejak berlakunya pandemik COVID-19, kebanyakan perniagaan mengalami kerugian yang besar. Selain daripada itu, ramai yang telah dibuang kerja kerana majikan terpaksa menanggung kerugian disebabkan kegawatan ekonomi.

Namun, ada yang telah berjaya menempuhi dugaan dan memiliki kehidupan yang lebih berjaya daripada pekerjaan asal mereka. Jom lihat 3 kisah dibuang kerja akibat pandemik, kemudian bangkit semula untuk melakar kejayaan.

Kisah 1: Siti Hartika Shaari (Bekas Tukang Masak)

Kredit Gambar: Asia Parent

Siti Hartika Shaari sebelum ini bekerja sebagai seorang tukang masak di sebuah kedai makan, telah diberhentikan kerja kerana majikannya tidak mampu untuk menanggung kos gaji.

Ekoran terjejas dengan keadaan yang kewangan yang semakin terkesan, Siti Hartika telah mengambil keputusan untuk membuka perniagaan menjual ikan yang telah siap dibersihkan atau disiang. Harga yang ditawarkan adalah serendah RM30 mengikut pakej yang disediakan oleh beliau bersama saudaranya.

Bila beliau menceritakan kisahnya sebelum beliau terfikir perniagaan ini, hidupnya sangat terjejas. Akibat terkesan dengan ekonomi yang semakin tergugat, anaknya juga pernah makan bubur kosong kerana tidak mempunyai wang.

Namun selepas kerajaan memberikan sedikit bantuan, beliau telah mengambil keputusan untuk memulakan perniagaan menjual ikan yang telah dibersihkan tersebut.

Kisah 2:  Nana Dan Bancik (Bekas Pembantu Jurutera)

Kredit Gambar: gempak

Nana dan suaminya Bancik juga menerima tamparan hebat akibat pandemik COVID-19 ini. Suaminya yang sebelum ini bekerja sebagai pembantu jurutera syarikat pembinaan rumah telah diberhentikan kerja.

Namun apa yang hebatnya mengenai Nana, beliau terus meminta suaminya untuk memberi komitmen yang penuh terhadap perniagaan Lauk Box Cik Mah yang dimulakan sejak 2016 lagi oleh resepi arwah ibunya.

Pada mulanya, perniagaan ini dilakukan sekadar suka-suka pada tahun 2016. Namun semenjak pandemik COVID-19 ini, mereka berdua telah merancang strategi bagi menjana pendapatan mereka.

Saban hari strategi mereka membuahkan hasil, pelanggan mereka semakin bertambah dan permintaan Lauk Box Cik Mah semakin meningkat.

Kisah 3: Ayu Zalani (Bekas Pramugari)

Kredit Gambar: mStar

Seorang bekas pramugari sebuah syarikat penerbangan juga turut menerima kesan yang sama. Ayu Zalani sebelum ini agak terkejut dan kecewa selepas dibuang kerja.

Selepas itu, beliau telah menerima kerja sebagai perunding pemasaran digital dan juga pembaca berita di sebuah platform digital pada waktu malam.

Kini beliau membuat dua kerja. Pada waktu pagi beliau akan bekerja sebagai perunding pemasaran digital dan pada waktu malamnya beliau akan menjadi pembaca berita.

Semoga kita semua dapat mencari jalan penyelesaian dalam mengubah nasib kewangan kita akibat daripada musibah yang melanda. Kita semua mungkin terasa sangat terkesan dan kecewa, tetapi bersabarlah kerana pasti ada jalan keluar.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Sejarah Lamborghini Yang Bersaing Di Pasaran Supercar Dengan Ferrari

Jika tidak kerana keceluparan Enzo Ferrari, jenama Lamborghini tidak akan wujud pada hari ini. Walaupun nampak macam pelik, itulah hakikat sebenar yang telah berlaku dalam dunia automotif.

Oleh itu, tidak hairanlah Lamborghini merupakan satu-satunya pesaing terdekat kepada Ferrari dalam dunia automotif dan sememangnya jenama tersebut diwujudkan untuk menewaskan Ferrari dalam kategori supercar.

Baca: Kisah Kejayaan Pengasas Ferrari

Enzo Ferrari yang terkenal dengan seorang yang outspoken sering menimbulkan kemarahan pesaing mereka.

Selain Lamborghini, Enzo Ferrari juga turut memperkecilkan kenderaan jenama Ford yang mana akhirnya Ferrari terpaksa akur dengan kekalahan mereka dalam perlumbaan di litar Perancis yang mana kisah ini telah diabadikan dalam sebuah filem yang bertajuk “Ford vs Ferrari”.

Permulaan Lamborghini

This image has an empty alt attribute; its file name is Sejarah-Syarikat-Lamborghini-Yang-Bersaing-Di-Pasaran-Supercar-Dengan-Ferrari2-700x394.jpg
Kredit Gambar: Motor Valley

Kenderaan supercar Lamborghini ini diperkenalkan pada tahun 1963 oleh Ferruccio Lamborghini. Beliau sebelum ini merupakan seorang industrialist yang mempunyai syarikat menghasilkan traktor.

Ferruccio Lamborghini dilahirkan pada tahun 1916 dan pernah membantu Itali dalam Perang Dunia Kedua. Syarikat beliau menyediakan peralatan lori perang kepada Itali semasa berlakunya perang tersebut.

Selepas perang dunia kedua berakhir, perniagaan traktor syarikatnya mendapat tempat di Itali dan menjadikan dirinya seorang yang kaya-raya.

Peristiwa penubuhan syarikat ini berlaku apabila Ferruccio Lamborghini berjumpa dengan Enzo Ferrari di mana pada ketika itu, beliau memiliki sebuah kereta Ferrari dan tidak berpuas hati dengan kenderaan tersebut.

Beliau mengriktik jentera Ferrari yang dikatakan tidak sempurna tetapi malangnya, kritikan itu telah dibalas oleh Enzo Ferrari dengan angkuh sekali.

Dikatakan Enzo Ferrari telah membalas kritikan tersebut dengan mengatakan bahawa beliau tidak perlu mendengar pandangan dari seseorang yang hanya tahu dalam menghasilkan traktor, bukan sebuah supercar.

Kredit Gambar: Motor Valley

Kata-kata tersebut telah membuat Ferruccio Lamborghini terbakar dan beliau berazam untuk membangunkan kenderaan supercar yang lagi bagus daripada Ferrari.

Beliau yang mempunyai banyak kelebihan daripada sudut kewangan, telah membangunkan sebuah syarikat kenderaan menggunakan namanya sendiri iaitu Lamborghini.

Beliau menggunakan lambang lembu kerana horoskop tarikh kelahirannya adalah Taurus.

Kenderaan rasmi pertama keluaran syarikat tersebut dikenali sebagai GT350 yang mempunyai enjin V 12. Seterusnya, kereta GT400 merupakan kenderaan yang terlaris keluaran syarikat tersebut pada era 1960-an.

Perkembangan Lamborghini

This image has an empty alt attribute; its file name is Sejarah-Syarikat-Lamborghini-Yang-Bersaing-Di-Pasaran-Supercar-Dengan-Ferrari4-700x525.jpg
Kredit Gambar: Supercars.Net

Selepas mempunyai syarikat kenderaan supercar, Ferruccio Lamborghini mula fokus kepada syarikat tersebut dan menjual semua saham dalam syarikat traktor.

Kejayaan Lamborghini amat memberangsangkan pada era 1970-an lalu Lamborghini telah menjual semua pemilikan saham syarikatnya kepada pihak luar.

Disebabkan syarikat ini mempunyai prestij yang tinggi, banyak pengeluar kenderaan yang ingin memiliki syarikat ini. Di antara syarikat terawal yang memiliki syarikat ini adalah Chrysler.

Chrysler membeli Lamborghini pada tahun 1987 dan jodoh kedua syarikat ini tidak panjang disebabkan Chrysler tidak memahami pasaran segmen kenderaan supercar.

Lamborghini kemudiannya dijual kepada pelabur luar dan jangan terkejut bahawa negara jiran kita Indonesia pernah memillki Lamborghini ini.

Lamborghini Pada Hari Ini

This image has an empty alt attribute; its file name is Sejarah-Syarikat-Lamborghini-Yang-Bersaing-Di-Pasaran-Supercar-Dengan-Ferrari5-700x356.jpg
Kredit Gambar: The Star

Kebangkitan Lamborghini bermula pada awal tahun 2000 di mana Volkswagen telah membeli Lamborghini dan dijadikan anak syarikat mereka.

Di bawah syarikat terbesar automotif Jerman ini, Lamborghini banyak mendapat sentuhan magis Volkswagen dan menjadi kenderaan yang dipandang tinggi oleh penggemar kenderaan supercar.

Volkswagen telah berjaya menaikkan imej Lamborghini di mata dunia dan kekal menjadi pesaing terdekat kepada Ferrari dalam kategori supercar.

Walaupun mencapai kejayaan yang luar biasa di bawah payung Volkswagen, terdapat ura-ura yang mengatakan Lamborghini akan dijual kepada pihak luar dalam masa yang terdekat.

Baca: Volkswagen Bakal Jual Sebahagian Daripada Bugatti Dan Lamborghini Untuk Fokus Kepada Kenderaan Elektrik

Desas-desus yang bermain di dalam dunia automotif yang menyatakan Volkswagen bakal menjual syarikat tersebut bagi fokus kepada penghasilan kenderaan elektrik bagi menyaingi dominasi Tesla.

Sumber Rujukan: Lamborghini

Majalah Labur